PENGALAMAN DI DUA TANAH SUCI.
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Alhamdulillah,Saya direzekikan dapat menunaikan haji fardhu pada tahun ini. Sebelum memulakan safar haji , berbagai-bagai maklumat berkenaan haji dan dua tanah suci telah dikumpulkan ala kadarnya sebagai persediaan . Mengetahui saja tanpa mengalami sendiri detik-detik perjalanan ibadah haji dan umrah yang merupakan ibadah puncak dalam Islam adalah sangat berbeza. Tanpa diduga-duga , berlaku perkara-perkara disebalik maklumat yang tersedia ada, rupa-rupanya memang terzahir hikmah yang sangat berharga dalam menempuh perjalanan hidup di dunia sementara .
Alhamdulillah,Saya direzekikan dapat menunaikan haji fardhu pada tahun ini. Sebelum memulakan safar haji , berbagai-bagai maklumat berkenaan haji dan dua tanah suci telah dikumpulkan ala kadarnya sebagai persediaan . Mengetahui saja tanpa mengalami sendiri detik-detik perjalanan ibadah haji dan umrah yang merupakan ibadah puncak dalam Islam adalah sangat berbeza. Tanpa diduga-duga , berlaku perkara-perkara disebalik maklumat yang tersedia ada, rupa-rupanya memang terzahir hikmah yang sangat berharga dalam menempuh perjalanan hidup di dunia sementara .
Selawat dan Salam terkhas kepada Junjungan Nabi s.a.w , dua Sahabat utama yang tersemadi disisi Baginda s.a.w. Pemberangkatan menuju ke Madinah al- Munawarrah dan bermukim selama 10 hari sebab tolak hari perjalanan datang dan perjalanan berangkat ke Mekah al- Mukarramah selama dua hari. Kerinduan kepada Rasulullah s.a.w membuak-buak didada semenjak ditanah air lagi. Satu perkara yang dirasakan, yang pada saya menganggap ianya puncak dari ziarah Madinah, apabila berhadapan menghadap makam Nabi s.a.w , tepat bulatan tembaga terbesar yang menembusi kedudukan makam Baginda s.a.w. Aliran air mata mengalir deras tiba-tiba tanpa ditahan-tahan . Mungkin juga zauqi, mungkin apa-apa perasaan, entah lah, payah juga untuk menterjemahkannya.. .
Semasa ketibaan diairport disambut seorang pelajar melayu dari University Islam Madinah. Dalam bas menuju kehotel dihidangkan syarahan untuk menghindari perkara-perkara bid'ah. Tapi biasa lah, bid'ah yang seperti fahaman yang ada di Saudi. Cuma cara penyampaian pelajar tersebut agak kurang matang , menyebabkan bakal-bakal pak haji dan mak haji agak terkojut. Ade ke pelajar tu kata “Ada yang datang sini yang bodo bodo… anggap tempat-tempat ziarah macam Uhud ada berkat dan …??”.. macam-macam .
“Satu sembahyang di masjid Ku ini sama seperti 10 ribu kali sembahyang di masjid-masjid lain”. Sabda Baginda s.a.w merangsangkan untuk bergegas ke masjid berjema'ah walaupun terkadang tuntutan berehat merengek dari dalam diri.
Ketenangan ketika berada di Masjid Nabawi s.a.w jelas apabila dipenuhi dengan acara ibadat, … nawafil, bacaan quran, selawat . Penziarah dari berbagai pelusuk dunia nampaknya berlumba-lumba mendapatkan saf jemaah. Yang dari benua India nampaknya kebanyakannya makhsyuk dengan bacaan hizib selawat berbagai ragam gurindam dan melodinya. Kita yang mendengar terpegun pesona. Tapi bila terpandang jemaah dari senegara , tidak jelas bacaan selawatnya , mungkin menumpukan pada Quran.
Yang agak kureng sedap , kedengaran lagu macam-macam dari hand phone . Mungkin rakan senegara tak ada yang begitu..Sebaiknya masuk kemasjid, silent kan hand set. Beradablah dengan majlis Rasulullah s.a.w.
Masuk ke Baqi , waktu pepagi selepas sembahyang subuh , sekadar ziarah , salam tanpa bacaan panjang, sebab ada mata yang memerhati tajam. Takut penziarah bertukar jadi penyembah kubur , bukan penziarah lagi… macam-macam fahaman. Mungkin semua penziarah-penziarah boleh terpengaruh dan bertukar begitu. Macam-macam.
Budaya Ahli Madinah memang lunak semenjak asal lagi. Walaupun dari kalangan Banga-bangla yang bekerja saja. Bahasa dan layanan Bangla-bangla di Madinah berbeza sangat dengan yang di Mekah . Saya terjumpa di kedai minyak atar di Mekah , dua penjaganya, seorang Bangla , seorang lagi Arab. Seorang pelanggan perempuan mungkin dari Syria pada anggapan saya . Jelas betapa kasarnya bahasa Bangla yang melayan dengan nada keras pada pertanyaan-pertanyaan perempuan Syria tersebut. Ntah lah tak tau saya sebabnya jadi begitu. Ini berlaku di Mekah , tidak terjumpa saya di Madinah sekalipun Bangla juga yang jaga kedai , bahasa percakapan mereka lemah lembut. Mungkin juga barakah Nabi s.a.w.
Selawat dan salam atas Mu wahai Rasulullah... s.a.w...
Menghabiskan wirid selepas sembahyang fardu berasa canggung , sebab lepas salam jema’ah bangun tanpa memanjangkan bacaan wirid seperti kebiasaan di tanahair. Keadaan sejuk diMadinah mengingatkan bacaan buku sejarah yang pernah terbaca , bagaimana Rasulullah s.a.w dan Para sahabat sembahyang dimasjid Nabi s.a.w dalam ketika musim dingin. Penuh khusyuk , penuh syahdu. Madinah sejuk dan dingin bila tiba musimnya , begitulah rutinnya semenjak zaman berzaman. Di khabarkan Saidina Abu Bakar r.a dalam salah satu riwayat , wafat disebabkan minum air dingin tika musim sejuk di situ. Rumahnya yang jauh dari masjid, pergi juga kemasjid Nabi s.a.w demi kasih dan tanggung jawab. Membawa gering lalu wafat.
Madinah yang nama asalnya Yatsrib ditukar Rasulullah s.a.w ke Madinah al- Rasul , Bandar Rasul atau Bandar cahaya.
Madinah yang menyimpan seribu satu macam peristiwa tersirat dan tersurat . Sebesar-besar perkara hingga yang sekecil-kecilnya yang berlaku di alam …. terkait dan berhubung terus ke Madinah. Terus terusan berhubungan maknawi dan rahsianya dengan Madinah . Khasnya dengan Tuan yang disemadikan ditanah yang gersang.
Melihat dan melangkah-langkah di Madinah tanpa sesuatu maklumat tentangnya, berbeza samasekali dengan melihat dan melangkah dibuminya dengan kacamata maklumat peristiwa yang telah berlaku dicelah-celah perincian tanah-tanah , petak dan retak belah buminya.
OOOh Madinah , tidakkan terlupa sepanjang hayat hingga ke akhirat , bumi dan tanah Mu telahku tapaki dan jejak. Terasa-rasa gegaran berlaku diatasmu oleh hentakkan kaki-kaki kuda Habib dan Para SahabatNya. Desiran angin menghembus diawanganMu , terbayang langkah-langkah Habib yang lemah lembut. Udaramu disedut bagaikan terhidu harumnya kasturi dan anbar-anbar dari Habib yang pernah semerbak disisiMu.
Oooo Madinah , dikau sungguh dicemburi tanah-tanah yang lain. Keuntungan yang dikau miliki tidak pernah terusik.
يا رسول الله, خذ بيدى , قلت حيلتى و أدركنى يا حبيبى ............................
brsmbung
No comments:
Post a Comment