Tuesday, February 28, 2006


PANTUN BALASAN UNTUK MADAH ANTI MAZHAB.




Ini madah dari seorang yang tidak berpegang dengan mazhab dan pantun jawapannya.

1.MADAH ANTI MAZHAB:

SUMBER ISLAM………………….
AL-QURAN DAN HADITS POKOK AGAMA.
ULAMA PELITA AGAMA


JAWAB:

AL-QURAN HADIS POKOK AGAMA ,
IJMAK DAN QIYAS JANGAN DILUPA,
ALIM ULAMAK PENAFSIR MAKNA,
AMANAH NABI DI ALAM DUNIA.

2. MAB:

QURAN ITU HIMPUNAN FIRMAN,
DARI ALLAH MALIKUL RAHMAN,

JAWAB:

QURAN ITU HIMPUNAN FIRMAN,
DARI TUHAN RABBUR RAHMAN,
KEPADA RASUL NABI JUNJUNGAN,
DIBACA DI KAJI SERTA DI AMALKAN.

3. MAB:

KEPADA RASUL AKHIRUZ ZAMAN,
TURUN DIDALAM BULAN RAMADHAN,

HADITHS ITU HIMPUNAN KATA,
SERTA TINGKAHLAKU BAGINDA,

JAWAB:

ADUHAI NABI RASUL ILLAHI,
RINDU DENDAM TIDAK TERPERI,
HIMPUNAN KATA , LAKU TERPERI,
CITA-CITA JUGA SUNNAH NABAWI.

4. MAB.

NABI MUHAMMAD PEMINPIN DUNIA,
DENGAN IZIN ALLAH TA’ALA,

JAWAB:

NABI PEMIMPIN DUNIA AKHIRAT ,
DI DALAM HADIS ADA TERSURAT ,
TERSERLAH NYATA DI HARI AKHIRAT ,
SYAFA’AT DIBERI TANDA SELAMAT.

5. MAB:

KITAB ITU KEDUA-DUANYA,
MENJADI ASAL POKOK AGAMA,


JAWAB:

KEDUA KITAB SUMBER ASALNYA ,
ISTINBATH HUKUM DARI KEDUANYA,
JANGAN DIKATA TANPA ASALNYA,
ADAKAH KELAM BEZA KEDUANYA?.

6. MAB:

ADAPUN KITAB DARI ULAMA’,
ITU HANYA BAGAI PELITA,

JAWAB:

KITAB ULAMAK IBARAT PELITA ,
TIDAKLAH SESUAI IBARAT DIKATA,
DIZAMAN CYBER TIDAK DIGUNA
NANTI TERBAKAR HABISLAH CERITA.

7. MAB:

ERTI PELITA KITALAH FAHAM,
PENERANGAN BAGI APA YANG KELAM,

BUKAN UNTUK BAGI PEMADAM,
FIRMAN ALLAH KHALIQUL ‘ALAM.


JAWAB:

KITAB ULAMAK MENERANGI YANG KELAM,
BUKAN UNTUK BAGI PEMADAM,
MEMANG DAH FAHAM TERANG BEDERANG,
TAK PAYAH BAHAS, TAK PAYAH TERANG.

SIAPA PULAK YANG MEMANDAI- MANDAI,
MEMADAM KALAM QODIM YANG TERANG,
ENTAHLAH PULAK, ADA KE YANG GITU TERSADAI ,
DIDALAM KALAM ULAMA TERBILANG ?.

ATAU TERPADAM DEK MENCUBA-CUBA,
JADI MUJTAHID , IJTIHAD TAK JADI,
MUJTAHID PALSU DIANGGAP BERBISA,
TERSESAT PENGIKUT MENJADI-JADI.

CUBA TENGOK SEBAGAI CONTOH,
ADA SEORANG CUBA MENJADI,
MUJTAHID DICUBA RASA BERKAPOH,
MENTASHIH HADIS , TAK SEKADAR MENGKAJI .

APA NAK JADI ORANG TAK SERIK,
ORANG PERCAYA, UNDANG , APA NAK BUAT,
BENTANG KERTAS KERJA , ISNAD DIKRITIK,
PADAHAL JARH WAT TA'DIL TAK CUKUP SYARAT.

8. MAB:

ITULAH SEBAB IMAM BEREMPAT ,
MEREKA SAMA MEMBERI INGAT ,


JAWAB:

IMAM BEREMPAT MEMBERI INGAT ,
PADA YANG MAMPU , FIKIRAN SIHAT,
KAEDAH DIPEGANG , WASIAT DIBUAT,
PADA YANG LEMAH “APA NAK BUAT?”.

9. MAB:

KALAU KAMU ADA MELIHAT,
KATA KAMI ADA YANG SESAT,
DENGAN KITAB HADIS DAN QURAN,


JAWAB:

DALAM HADIS ADA MENYEBUT,
SALAH IJTIHAD “TERSALAH DI SEBUT”,
ISTILAH “SESAT” TAK DISEBUT,
BEZAKAN IA , AGAR TAK SERABUT.

10. MAB:

JANGAN SEKALI KAMU AMALKAN,
MELAINKAN LEMPARBUANGKAN,

JAWAB:

“KALAU KAMI ADA YANG SESAT”,
QODHIYYAH SYARTHIYYAH TAK SEMESTI SESAT,
TUNJJUKKAN DI MANA ADANYA SESAT,
JIKA TIDAK , TUDUHAN TERLIPAT.

11. MAB:

MAKLUMLAH KAMI MANUSIA,
TIDAK LEPAS SALAH DAN LUPA,

JAWAB:

“TIDAK TERLEPAS SILAP DAN SALAH”,
MEMANG JUJUR IMAM BERMADAH,
TERHADAP ALLAH DAN RASUL PASRAH,
SETELAH BERIJTIHAD, ADAB TERSELAH.

12. MAB:

SEBAGAI MANUSIA UMUMNYA,
TIDAK BERBEZA SEDIKIT JUGA,

JAWAB:

BUKAN SEMUA JADI ULAMAK,
DICUBA JADI, JADILAH KURMAK,
KALAU DAH ILMU, ILMU SI HAMAK,
JANGAN DIPANGGIL ALIM ULAMAK.


ISTILAH ULAMAK, MANUSIA DIBERI,
PADA YANG BERILMU TIDAK TERPERI,
FUA’LA, ULAMA WAZAN TERDIRI,
JANGANLAH SI KURAP DIUNJUK DIRI.


13. MAB:

ITULAH KONON KITAB ‘ULAMA’,
BANYAK PERSELISIHAN TERSUA,


JAWAB:

KONON-KONON, BENDA TAK ADA,
KITAB MANA, CAKAP SAHAJA ?,
TAK ADA DALIL, TAK ADA RUPA,
ATAU SI KATA, TUDUH DURJA?.


14. MAB:

TENTANG MEMBERI HUKUM DAN FATWA,
MISALNYA WUDHU’ DAN ISTINJA,
KITAB ANU BERKATA BEGINI,
BEGITU QAULYANG LAIN LAGI,


JAWAB:

IKHTILAF ULAMAK DI ALAM BUANA,
KELUASAN ILMU YANG AMAT BERGUNA,
ITULAH ISYARAT TUHAN YANG ESA,
ILMU NYA DICATAT TIDAK TERHINGGA.

15. MAB:
AKHIR PERSELISIHAN TERJADI,
MENGANCAM PERSATUAN HATI,


JAWAB:

IKHTILAF MENGANCAM PERSATUAN HATI,
IDEA MEREKA YANG TAK PUAS HATI,
KALAU TAK IKUT MEREKA LAGI,
SIAPA SEBENAR, PEMECAH HATI?.


16. MAB:

SEPATUTNYA KITA SEMUA,
KALAU MEMBACA KITAB ‘ULAMA’,
JANGAN TERBURU-BURU MENERIMA,
TETAPI KITA MESTI PERIKSA,

JAWAB:

MENGAJI TUAN KITAB ULAMAK,
KAJI TUAN BUKU HUKAMAK,
JAUHI TUAN CERCA ULAMAK,
ITU LAH YANG PASTI TAK TERAGAK-TERAGAK.

17. MAB:
BAGINDA ‘ALI TELAH BERKATA,
KALAU DISALINKAN KEBAHASA KITA,
LIHATLAH APA YANG DIKATA,
JANGAN PANDANG YANG BERKATA,

JAWAB:

BAGINDA ALI BERMADAH KATA,
TAK SALAH LAGI APA DIKATA,
PANDANG KATA, TIDAK BERKATA,
PASTINYA SETELAH TIADA DURJA,

DIZAMAN RAMAI ORANG BERKATA,
DISEBALIK KATA ADA DURJA,
MANIS DIMULUT, LEMBUT DIKATA,
LAIN DIKATA, LAIN DIKOTA.

18. MAB:

BIAR KITAB KARANGAN ‘ULAMA’,
YANG ‘ALIMNYA TIDAK TERKIRA,

KALAU SALAH JANGANLAH KITA,
BERSEGAN-SEGAN MENOLAKNYA,

JAWAB:

KARANGAN ULAMAK , ALIM MASHYUR,
TERCIUM SALAH , TERUS DITEGUR,
BERTINDAK MELULU SIAPA YANG MUJUR,
TERSALAH LANGKAH JATUH TERSUNGKUR.

INIlLAH MEMANG KELAKU ORANG ,
KRITIK ORANG, KONON NYA SALAH,
DI ZAMAN INI SUDAH LAH TERANG,
PADA HAL PERASAN , TAK SUDAH SUDAH.

19. MAB:

SEBALIKNYA KARANGAN ORANG,
YANG KURANG ILMUNYA SERBA KURANG,

JAWAB:

BANYAK SIKIT, JADI TIMBANGAN,
ILMU AGAMA BUKAN MAINAN,
DULUKAN YANG BANYAK BAGI UKURAN,
INI TRADISI MEREKA YANG SOPAN,


KALAU MAKAN NAK KIRA BANYAK,
REHAT JUGA TENGOK KUALITI,
TAK BOLEH IKUT FIKIR SI HAMAK ,
ADA KE, ILMU SIKIT BOLEH BUAT BUKTI?.

20. MAB:
ASAL BENAR BAIK DAN TERANG,
ITULAH YANG HARUS DIPEGANG,


JAWAB:

OH, BETUL, TERANG MESTI DIPEGANG,
INI UKURAN MESTI DISANDANG,
CUBA DIBUAT SELALU KECUNDANG,
LANTARAN ALAT YANG TAK DIPEGANG.


21. MAB:

SALAH BENARNYA KITAB ‘ULAMA’,
KITA PERIKSA POKOK UGAMA,

JAWAB:

DIMANA UKURAN SALAH BENARNYA,
TANPA LAMPU KELAM SEBENARNYA,
TIADA ALAT, TIADALAH MAKNANYA,
ULAR KALA DISANGKA MUTIARA.


22. MAB:

QUR’AN HADITS YANG UTAMA,
NANTI TERNAMPAK DENGAN NYATA,

JAWAB:

QURAN HADIS, KALAMNYA ARABI,
NAHWU SARAF DAH TENTU AHLI,
KALAU ITU PUN DAH TAK TAU LAGI,
APA DI HARAP NAK UJIKAJI.

23. MAB:

RAKAMAN HABIS HINGGA DISINI,
LAIN KESEMPATAN BERTEMU LAGI.

JAWAB:

MESTI DISAMBUNG , MESTI DIJAWAB,
SEBAGAI PENERANG PADA YANG SOWAB,
KALAU TAK GITU, SIAPA LAGI NAK HARAP,
DI ANGGAP KASAR TAPI bole le harap.



WASSALAM.

No comments: