NABI S.A.W TIDAK PERNAH PUASA REJAB?.
Sebahagian orang mengatakan Nabi s.a.w tidak pernah berpuasa Rejab. Tidak ada Nas berpuasa Rejab. Lantaran itu Haram puasa Rejab atau makruh. Kalau berkepercayaan Nabi ada berpuasa di bulan Rejab maka Haram sebab dusta kepada Nabi s.a.w. Kalau nak buat juga tapi mengkhususkan niat Puasa Bulan Rejab maka makruh sebab tak ada dalil hadis yang terang.
Sebenarnya semua kenyataan tersebut salah dan kalau menafikan Nabi pernah berpuasa Rejab dengan sebab tidak kerana kejahilannya ,maka hendaklah bertaubat. Kalau sengaja-sengaja buat dusta dan kacau bilau ,maka pihak Kerajaan mestilah mengambil tindakan.
Cuba lihat ini , satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim , satu lagi hadis yang mana tidak disangsikan lagi kesahihan nya. Yang sangsi adalah mereka yang diadalam hati berpenyakit. Seperti yang sudah ditimpa kepada Puak yang anti Ulamak , anti Ahli Sunnah dan anti Mazhab . Barang di jauhkan Allah adanya.
Usman bin Hakam Al Ansori berkata:
"Saya telah bertanya Sa’id bin Jubair berkenaan Puasa Rejab sedangkan kami ketika itu masih berada di Bulan Rejab.Beliau(Sa’id) menjawab : Saya telah mendengar Ibnu Abbas r,a berkata:
{Adalah Rasulullah s.a.w Berpuasa sehingga kami mengatakan (menyangka) beliau tidak berbuka (tidak berhenti puasa) , dan baginda berbuka sehingga kami mengatakan (menyangka) beliau tidak berpuasa} . Riwayat Muslim.
Terang dalam hadis ini menunjukkan Nabi s.a.w berpuasa Rejab. Mengatakannya Nabi tak pernah berpuasa Rejab adalah dusta.
Mengenai hadis –hadis yang selalu dipertikaikan oleh kebanyakan orang, dan dikatakan telah digunakan sebagai dalil puasa Rejab oleh Mazhab pada hal yang sebenarnya tidaklah begitu. Mereka selalu memaparkan kepada awam hadis-hadis tersebut di setiap penulisan , ceramah , kuliah dan web-web fatwa mereka , konon sebagai asas dalil fatwa Mazhab yang mengatakan sunat puasa Rejab. Oleh yang demikian marilah kita melihat komen dari Sheikh Ibnu Hajar al-Haitami dalam kitab al-Fatawa al-Kubro beliau. Muka surat 46 juzuk 2 cetakan Daarul Kutob Ilmiyyah demikian disebutkan:
و سئل نفع الله به عن حديث أن فى الجنة نهرا يقال له رجب ماؤه أشد بياضا من اللبن وأحلى من العسل من صام يوما من رجب سقاه الله من ذلك النهر , وحديث : من صام يوما كل شهر الخميس والجمعة والسبت كتب له غبادة سبعمائة سنة و حديث مَن صام من رجب يوما كان كصيام سنة ومن صام منه سبعةَ أيّام غُلِّقت عنه أبواب جهنم . ومن صام منه ثمانيةَ أيام فُتِّحتْ أبوابُ الجنّةِ ، ومن صام منه عشرة أيام لم يسأل الله شيأ الا أعطاه الله اياه , ومن صام خمسة عشر يوما نادى مناد من السمأ قد غفر لك ما سلف فاستأنف العمل وقد بدلت سيِّئاتك حسنات . هل هى موضوعة أم لا؟. فأجاب بقوله : ليست موضوعة بل ضعيفة , فتجوز رواتها والعمل بها فى الفضائل. قال الحافظ ابن حجر : فى الأول ليس فى اسناده من ينظر فى حاله سوى منصور الأسدى , وقد روى عنه جماعة لكن لم أر فيه تعديلا , و قد ذكره الذهبى وضعفه بهذا الحديث وقال فى الثانى له طرق بلفظ عبادة ستين سنة وهو أشبه ومخرجه أحسن و اسناده أشد من الضعف قريب من الحسن والثالث له طرق وشواهد ضعيفة يرتقى عن كونه موضوعا , والله أعلم
Kesimpulannya hadis-hadis tersebut tidak ada yang bertaraf maudhu sehingga dikatakan fatwa mazhab berdiri atas yang dusta atas Nabi s.a.w.
Hadis pertama hanya dhoif.
Kedua juga dhoif tetapi mempunyai thuruq yang banyak sehingga terangkat naik menghampiri martabat hadis Hasan.
Yang Ketiga pula sekalipun maudhu asalnya tetapi mempunyai banyak thuruq yang dhoif , sehingga terangkat dari martabat maudhu ke martabat dhoif. Demikian ulasan Imam Ibnu Hajar Al-Asqolani.
Dilihat pula diilmu Usul Fiqah , hadis-hadis yang tiga ini dipakai sebagai iktibar . Sementara asas hukum sunat puasa Rejab bertunjangkan Hadis -hadis yang terdahulu yang Sahih-sahih. wallahu a,lam.
No comments:
Post a Comment