Friday, September 11, 2015

Faedah-Faedah Berkahwin

Faedah-Faedah berkahwin menurut kitab Siyarus saalikin.
(Faedah yang kelima).Mujahadah Nafsu. Yakni melawan Hawa Nafsu dan memerang akan dia dengan :

-mendirikan Hak yang wajib atasnya bagi isterinya itu
-dan Sabar atas kelakuan isterinya yang tiada muwafakat dengan dia
-dan menanggung atas kesusahan nya daripada isterinya itu
-dan mengusahai didalam mengislahkan akan dia
-dan menunjjukkan akan dia kepada jalan agama
-dan bersungguh-sungguh mengusahai rezki yang halal kerana memberi belanjakan dia
-dan berdiri mentarbiahkan segala anaknya .
MAKA SEKELIAN ITU IAITU AMAL YANG BESAR KELEBIHANNYA DAN IBADAT YANG AMAT BESAR PAHALANYA ITU.

Siyarus Saalikin muka  surat 29 , dar fikar tanpa tahun. 

Saturday, September 05, 2015

Tidak Harus Ijtihad menentukan air mutlak , bila kesamaran antara air mawar dan air mutlak.

Sebelum saya terlupa isi kuliah fekah kitab Sabilul Muhtadin malam tadi diTaman Desa Permai, baik juga dicatitkan sedikit ringkasannya disini, mudah2an ada gunanya pada masa akan datang atau untuk generasi akan datang, insyallah.

Bab Taharah.

Masih bab Air. Muka surat 25 -26 , cetakan dar fikar tanpa tahun.

Tidak Harus Ijtihad.

Jika seseorang terlupa pada dua bekas air antara air mutlak dan air mawar (jernih)  yang telah hilang bau, rasa dan warnanya , mana satu antara kedua bekas air itu adalah air yang mutlak .

Menurut Sheikh Ibnu Hajar dan Sheikh Ramli - tidak boleh berijtihad untuk menentukan mana satu air mutlak. Sebab Air Mawar bukan asal usulnya sebagai alat bersuci , seperti air mutlak yang sudah bertukar  statusnya menjadi air mustakmal atau mutannajis. Air Mustakmal atau  Mutannajis masih boleh ditukarkan statusnya kembali kepada mutlak dengan cara ditambah air sampai jadi dua kolah serta dihilangkan bau rasa dan warna yang menjadikannya mustakmal atau mutannajis. sementara air mawar memang tiada cara untuk mengembalikan kepada mutlak sebab asalusulnya memang bukan air mutlak.

Maka jika tiada air lain yang diyakini untuk dibuat bersuci  dari najis atau hadas, wajib digunakan kedua2 air tersebut untuk bersuci atau wudhuk atau mandi hadas. . Cuma caranya mestilah gunakan air untuk wudhuk atau mandi hadas besar dikedua2 bekas , contohnya, sekali berwuduk dengan bekas air pertama, dan kemudian berwuduk pula dengan bekas air kedua, selepas itu baru boleh sembahyang. 

Tetapi menurut Ibnu Muqri dalam Kitab ar Raudh, boleh memakai buat bersuci dengan kedua2nya yakni kedua bekas air tersebut dianggap suci , boleh dengan salah satunya atau kedua2nya sekali.






Friday, July 24, 2015

MENCINTAI BENTUK CAPAL YANG DIPAKAI NABI S.A.W bukan sesat.

MENCINTAI BENTUK CAPAL YANG DIPAKAI NABI S.A.W.



73  ـ حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ مَنِيعٍ ، قَالَ : حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ الزُّبَيْرِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ طَهْمَانَ ، قَالَ : أَخْرَجَ إِلَيْنَا أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ نَعْلَيْنِ جَرْدَاوَيْنِ ، لَهُمَا قِبَالانِ 
فقَالَ : فَحَدَّثَنِي ثَابِتٌ بَعْدُ عَنْ أَنَسُ ، أَنَّهُمَا كَانَتَا نَعْلَيِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم 


Isa Ibn Thohman r.a berkata : Anas ibn Malik r.a memperlihatkan kepada kami sepasang capal yang tidak berbulu yang mempunyai dua tali pengikat.Kemudian Tsabit r.a memberitahu : kedua Capal ini adalah kepunyaan Nabi s.a.w.


74 ـ حَدَّثَنَا إِسْحَاقُ بْنُ مُوسَى الأَنْصَارِيُّ ، قَالَ : حَدَّثَنَا مَعْنٌ ، قَالَ : حَدَّثَنَا مَالِكٌ ، قَالَ : حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيُّ ، عَنْ عُبَيْدِ بْنِ جُرَيْجٍ ، أَنَّهُ قَالَ لابْنِ عُمَرَ : رَأَيْتُكَ تَلْبَسُ النِّعَالَ السِّبْتِيَّةَ ، قَالَ : إِنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللهِ صلى الله عليه وسلم يَلْبَسُ النِّعَالَ الَّتِي لَيْسَ فِيهَا شَعَرٌ ، وَيَتَوَضَّأُ فِيهَا ، فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَلْبَسَهَا 


Ubaid ibn Juraij berkata kepada Ibn Umar r.a : Aku pernah melihat engkau memakai Capal kulit yang tidak berbulu. Ibn Umar r.a berkata : Aku melihat Rasulullah s.aw memakai capal yang tidak berbulu dan bBaginda berwuduk dengannya.Oleh itu,aku suka memakainya.
-------------------------------------------------------------------------------------


ٍSEDIKIT RENUNGAN:


1. Kedua hadis tersebut diriwayatkan dalam Kitab Syamail Muhammadiyyah - Imam Tarmizi.

RENUNGANNYA:
Hadis tersebut , yang pertama kenyataan dari Saidina Anas bin Malik r.a. dan yang kedua dari Saidina Abdullah bin Umar r.anhuma, akan memahamkan kepada kita bahawa capal yang dipakai oleh Baginda s.a.w berlainan dari yang biasa dipakai oleh Orang Arab Jahiliyyah dimasa Baginda s.a.w .

BEZANYA :
Capal Baginda s.a.w licin tidak berbulu sementara capal Arab Jahiliyyah berbulu .


FOKUSNYA:
Capal Nabi s.a.w tidak boleh disamakan bentuknya dengan capal yang dipakai Arab Jahiliyyah.


2. Pengakuan Saidina Ibnu Umar r.anhuma terhadap BENTUK Capal Nabi s.a.w itu sangat besar ertinya bagi pengikut Nabi s.a.w. Satu comfirmation pada BENTUKnya, dan Saidina Ibnu Umar mencintaiNYA lalu beliau memakai juga capal yang SAMA BENTUK yang dipakai oleh Nabi s.a.w.
Menurut matan hadis tersebut, Saidina Ibnu Umar tidak pakai sepatu milik Nabi s.a.w itu.

Ibnu Umar pakai capal yang lain , yang sama bentuknya dengan capal Nabi s.a.w dan beliau mencintai capal yang bentuk yang begitu.

BUKTINYA: 

Dalam dua ayat yang ada هَا kalimat sama yang berulangtالنِّعَالَ الَّتِي لَيْسَ فِيهَا شَعَرٌ
dan فَأَنَا أُحِبُّ أَنْ أَلْبَسَهَا ..
menunjjukkan maksud dua objek yang berlainan.

Dalam ilmu tatabahasa arab (Nahu) ada sedikit kaedah yang begitu.
Sementara dalam teks kitab  (komentar)  Syarah2 hadis tersebut juga menyebut perkara yang sama.

---------------------

KESIMPULAN:

MENCINTAI BENTUK CAPAL YANG DIPAKAI NABI S.A.W ADALAH SUATU YANG TELAH DICOMFIRMKAN OLEH PARA SAHABAT NABI S.A.W DAN  MEREKA BERAMAL DENGANNYA .
MAKA IA BUKAN SUATU BIDA'H YANG DIADA-ADAKAN OLEH PENTAKSUB CAPAL DIMASA KINI. WALLAHU A'LAM.

Sunday, April 19, 2015

Secebis Perbahasan Zikir Hadrah.


Secebis Perbahasan Zikir Hadrah.  

Disediakan oleh al Faqir wal Haqir Haji Abdul Raof Bin Nurin . PondokTampin. 

Maksud Majlis Sama’ atau dinamakan juga majlis Hadrah.



Terjemahan dan ulasan dari 2 buah kitab.

1. Ihya Ulumiddin.

2. Al Futuhaatul Ilahiyyah- Ibnu Ajibah.
........................................................................................................................................................
(1) IHYA.

Imam Ghazali dalam ihya , dicetak ditepi  Ittihaf Saadatil Muttaqin , cetakan Dar Fikar, muka surat 458,  berkata: 

Telah menukil oleh Abu Talib al-Makki, keharusan majlis sama’ daripada para sahabat, beliau berkata {dikalangan para sahabat telah hadir majlis sama’ oleh Abdullah bin Ja’far  r.a,  Abdullah bin Zubir r.a,  Mughirah bin Syubah,  Muawiyah  r.a dan selain mereka.}.


Dimuka surat 465 beliau menyambung:

Berkata Abu Talib lagi { telah melakukan sedemikian oleh kebanyakan dari Salafus Soleh, dikalanya sahabat dan taabi ‘in, sentiasalah mereka yang naik haji ke Mekah di antara kami mendengar sama’ pada hari-hari yang utama setiap tahun, hari2 yang diperintahkan Allah beribadat seperti  hari –hari Tasyriq}  -  Ittihaf Saadatul Muttaqin ,  Juzuk 6,   – 468 , cetakan  Dar Fikar.


Imam Ghazali menyatakan ciri-ciri khas  majlis sama’/hadrah dalam Ihya , muka Surat 296– Juzuk 2:


Sebaiknya bahawa dikiaskan1 suara burung murai dan semua suara yang timbul dari tubuh-tubuh berjisim yang diusahakan manusia, seperti suara yang keluar dari kerongkongnya atau bunyi yang terbit dari pukulan kayu cota (sejenis alat muzik), gendang dan kompang.
Tidak terkecuali dari qiyas ini melainkan bunyi dari alat-alat muzik (yang ditegah), bunyi gitar, muzik berpetik dan di gesek) dan serunai yang terdapat larangan syarak.2


 Dalam kertas kerja (Bahasa arab)- Ar Ruqas wal Ghana’ was Sama’ indad Thuruq as Shufiyyah – Sayyid Ibn Idris bin Sayyid al-Hassan al-Idrisi- Seminar Antarabangsa Dakwah dan Tariqat Tasauf Negeri Sembilan. Seremban. 2002 Masihi , tercatit maksud sama’ yang penulis terjemahkan seperti berikut:



Maksud  Sama’:  Sama’ di sisi ahli Tasawuf ialah salah satu latihan kerohanian yang membiasakannya oleh para murid untuk tujuan pembersihan penyucian rohani1

Sama’- bukan istilah yang difahami dengan maksud tari menari yang disertai dengan alunan suara nyanyian penyanyi dan alat-alat muzik.

Majlis sama’ yang diwarisi oleh para ahli tasawuf yang terkandung di dalamnya acara alunan bacaan al-Quran yang dibaca oleh Qari yang bersuara merdu, yang boleh menyentuh hati para pendengar dan terkesan di sanubari mereka, atau bacaan-bacaan yang dibenarkan oleh syarak seperti Madih, Selawat, Burdah, Nasyid dan Qosidah, Majlis ilmu dan makrifah, bacaan kalam-kalam ahli Irfan yang menyedarkan akal dan roh para hadirin tentang kebenaran. Maka majlis Sama’ tidak semestinya disertai dengan alat-alat muzik. Kebanyakkan ulamak Tasawuf tidak setuju sesuatu majlis sama’ disertai alat-alat muzik, sekalipun hanya kompang yang tiada khilaf ulamak mengharuskankan kompang.


(2) AL FUTUHATUL ILAHIYYAH- Ibnu AAjibah.


 Pandangan Ahli tasawuf terhadap Ruqas (Tarian ) dlm majlis zikir.

 Imam Ibnu Ajibah – Nama penuh beliau – Abi Abbas dan Ahmad bin Muhammad bin Ajibah. Wafat pada 1611 hijrah -1224 masihi . Beliau mengarang kitab Tafsir, Hadis, Fikah,  lughah , kebanyakkan kitab beliau adalah dalam bidang Tasauf.Karangannya melebihi 45 buah judul. Biodata beliau boleh dirujuk dalam : Az zarkali Al A’lam  juzuk 1 muka surat 245,  Redho kahalah Mu’ jam al Muallifin muka surat 63. Hasanin Makhluf-Syajaratunnur az Zakiyyah muka surat 400 dan lain-lain.

Penulis cuba menterjemahkan teks bahasa arab mengenai pandangan ahli taswwuf mengenai  tarian (ruqas) yang perlu diperjelaskan perbezaan antara tarian yang tidak mengikut syarak dan tarian yang mengikut syarak.  Jodol kitab yang diutamakan adalah seperti berikut :


Al futuhatul lahiyyah fi syarh al mabhasul Ashliyyah dicetak bersama syarah Al-Hikam Ibn Ata’illah juzuk 2 muka surat 281-cetakan Dar Al fikar Bairut.

Terjemahannya.

Ertinya: Tarian (Ruqs) dan Menari  (tharuqqus) bermaksud meninggikan (tubuh)  dan menurunkan kebawah (tubuh).
Maksudnya:  Tarian pada majlis sama’  dan mengerak-gerakkan tubuh tanpa wujud nya  suatu  ghalabah (dikalahkan)  oleh hal (zauqi) , bukanlah merupakan cara orang-orang yang sudah sempurna tasawufnya.
Orang yang sudah sempurna , sepatutnya berkeadaan diam dan tetap tubuhnaya.  Cara begitu, lebih selamat dari sangkaan buruk pada orang yang buat begitu, walaupun Zauqi memang benar terjadi pada dirinya .
Ketahui olehmu,Tarian (Ruqs)  yang berlaku percanggahan besar antara ahli tasawuf dan ulama zahir, huraiannya adalah  seperti  berikut:
Hukum asal pada tarian adalah harus. Kerana tiada warid Nas  syara’  pada keharaman mahupun keharusan  maka  Zahir nas-nas menunjukkan Harus. 
Sheikh Ibn Ajibah  meneruskan lagi  : Sesungguhnya para Imam mengharamkannya  disebabkan disertai dengan perkara-perkara kelakuan yang dibuat oleh orang-orang fasik iaitu pencampuran lelaki dan perempuan, pondan-pondan dan  alat-alat muzik yang diharamkan.  Ini berdasarkan kaedah usul Fiqah:
 Illah beredar menurut ma’lulnya, pada ada  dan tiada.
Kesimpulannya: Hukum tarian terbahagi 3 bahagian: 1. Haram 2. Harus 3. Dituntut (dianjurkan).
Bahagian Haram tarian bermaksud tarian yang dilakukan oleh orang-orang awam dengan percampuran lelaki ,perempuan, pondan dan kehadiran mereka. Maka ini haram, kerana membawa kerosakan (akhlak) , membangkitkan tabiat-tabiat keji dan nafsu-nafsu kesyaitanan.
Termasuk juga  dalam kategori haram apabila tarian (dalam majlis sama’) tidak berciri tersebut tetapi bertujuan menunjuk-nunjuk riya’ dan menunjuk-nunjuk kononnya zauqi pada halnya hatinya lalai. maka haram.
Bahagian Harus, iaitu tarian yang dibuat oleh orang-orang soleh dan ahli tasawuf ketika tiada rasa zauqi. Mereka melakukan sedemikian dengan tujuan merehatkan lelah dalam diri mereka dan untuk menyemarakkan kerajinan hati mereka, kategori harus ini bersyaratkan

Ketika  majlis dijalankan, tempat, dan para hadirin tidak dihadiri oleh golongan tersebut iaitu percampuran. Maka ini harus kerana tiada perkara yang  membawa kepada haram.





Imam Sayuthi   juga   membahaskan  Ruqas dan Sama’ dalam kitab al Hawi lil Fatawi juzuk 2 , muka surat 234 , cetakan maktabah ar Riyadh al Hadisiah .


Sayuthi berkata: Pendapat yang mengatakan tarian (ruqas) ahli tasawuf serupa dengan perbuatan kaum Samiri ketika mereka menyembah patung anak lembu? , pendapat ini salah sebab jika betul pun riwayat kisah kaum Samiri itu , perbuatan kaum samiri itu haram sebab tujuan tarian mereka adalah untuk membesarkan patung anak lembu tersebut dan mereka seronok buat begitu.Yang begitu terang kufurnya.
Lain Halnya dengan yang berlaku disisi ahli tasawuf niat tujuan dan kaifiat cara mereka.  
Sesungguhnya telah sabit dalam hadis bahawa Saidina Ja’far bin abi Talib r.a. menari dihadapan Rasulullah s.a.w ketika Baginda bersabda:
“Dikau menyerupai daku pada kejadian (tubuh)ku dan akhlakku.’’

Al Sheikh As Sanusi telah menyebut hadis ini dalam kitab Nushratul Faqir dan lain-lain.
Ibnu Layuun At-Tujibi menashkan:

 Berkenaan Tarian(Ruqs) di masjid : dalam hadis sahih riwayat Muslim dari Saidatina Aisyah r.a.ha:
 “Suatu hari perayaan, beberapa Askar2 orang  Habsyi  menari sebagai  menyambut raya dalam  masjid. Nabi bertanya kepada saya, “hendakkah engkau melihat mereka?”, saya menjawab, “ya”. Kemudian diangkatnya saya dengan tangannya sendiri, dan saya melihat beberapa lama hingga beliau berkata lebih dari sekali “belumkah puas engkau lagi?”,

Imam Ibnu Uyayynah r.a mengulas:  Kalimat Az-Zafaf dalam hadis tersebut bermaksud Ar-Ruqs (tarian).

Maka maka sabitlah asal hukum tarian itu adalah harus  (kecuali setelah berlaku perkara-perkara yang dilarang seperti syarat-syarat pengecualian) .

Jika dikatakan haram semata-mata haram secara mutlak pada zat tarian itu, sudah  tentu tidak dibuat tarian (Ruqs) di hadapan Rasulullah s.a.w.



 Kemudian Ibnu AAjibah meneruskan lagi dengankanya:



Bahagian di tuntut : (dianjurkan iaitu tarian Para ahli tasawuf,ahli zauqi , ahli Hal dan Wajd , sama ada ketika sudah ada wajd atau cuba mendapatkan Wajd. Sama ada tarian di dalam majlis zikir atau sama’, semuanya dianjurkan untuk melakuakan tarian (Ruqs).


Tiada syak lagi, bahawa ubat penawar untuk hati-hati dari kelalaian dan untuk menumpukannya kepada Allah adalah dituntut dengan cara mana pun selama tidak berlaku perkara yang diharamkan yang diijmakkan keharamannya oleh para ulama’, yang begitu bukan ubat penawar lagi,3).


Imam Junaid al-Baghdadi r.a. ketika ditanya tentang majlis sama’. Beliau menjawab :

[ Setiap perkara yang menumpukan hati Para hamba kepada Tuhannya , adalah Harus.]

Al Faasi menulis dalam karangan beliau berjudul syarah al-Hisn,4 Nas perkataan dari Sheikhul Islam Imam Sayuthi  r.a. 
Imam Sayuthi berkata “Daku menjawab ,bagaimana pula boleh diingkari berzikir dengan keadaan berdiri dan duduk,  dan dalam keadaan berbaring atas rusuk mereka/ padahal sesungguhnya Allah ta’la berfirman dengan maksudnya :
{ mereka yang berzikir (mengingati Allah ) dalam keadaan berdiri dan duduk dan dalam keadaan berbaring diatas rusuk mereka].
Siti Aishah r.anha  berkata,   { Adalah Rasulullah saw berzikir mengingati Allah di setiap keadaan}. 

’’Walaupun terdapat tambahan pada berdiri dengan ditambah perbuatan menari, itupun tidak boleh diingkari ,perbuatan sebab menari itu disebabkan timbul rasa kelazatan syuhud dan al wajd.Telah diriwayatkan hadis saidina Ja’afar bin Abi Talib menari dihadapan Rasullullah s.a.w  bila Nabi saw bersabda :
{Dikau menyerupai daku pada kejadian tubuhku dan akhlak ku.}


Sesunggunya sahih berita tentang berlakunya berdiri dan tarian di dalam majlis-majlis zikir ,sama’ dan dengan kehadiran imam-imam besar,seumpama zikir dan Sheikhul Islam Izzuddin bin Abdis salam.

Tamat terjemahan 

1. Ihya Ulumiddin. 
2. Al futuhatul lahiyyah..


...........................................................................................................................................

1 Iaitu suara burung murai mustahil boleh diharamkan.
2 ) Ittihaf Saadatil Muttaqiin, Juzuk 6. Muka surat 472
3) kerana setiap yang diharamkan oleh Allah swt dan Rasul s.a.w adalah dianggap seperti  Racun yang membunuh.

4)-Imam Al-faqih al Allamah Abul Abbas Ahmad Bin Abi  Mahasin Yusof al Faasi al Maliki r.a.- 
Beliau ahli dalam pelbagai,seorang yang berilmu yang beramal dengan ilmunya. Wali yang kamil. Dilahirkan pada 971 Hijrah bersamaan 1563 Masihi.Wafat 1021 Hijrah-1612 Masihi. 

Beliau menghafal kitab hadis al Bukhari dan Muslim dan bebrapa naskhah kitab-kitab Bukhari dan Muslim telah ditashih menurut hafalan beliau.
Kemudian Ibnu Ajibah mengulas:

”Daku berpendapat , sesungguhnya mutawatir khabar yang  dinukil berkenaan ahli tasawuf zaman dahulu dan sekarang.Sama ada di timur mahupun barat bahwa mereka berhimpun untuk berzikir  mengingati Allah dengan cara berdiri dan menari. Tiada pula sampai berita kepada kita ada terdapat ulama’ yang ingkar pada perbuatan mereka itu.




Saturday, March 28, 2015

Daurah Sunan Sittah kali ke 3 , pada 22 feb. 2015 .

Majlis Khatam Periwayatan Hadis Sunan Nasaie, Sunan Ibnu Majah dan Sunan Darimi dan Sambutan Maulidur Rasul SAW. Pondok Tampin. 22 Februari 2015.













Tuesday, March 24, 2015

Friday, March 06, 2015

IMAM SAYUTHI DHOIFKAN HADIS MUSLIM ?.
Kritik atau naqd hadis2 dalam Jamik Sahih Bukhari dan Sahih Muslim serupa macam kritik terhadap  Imam Shafie . Tidak akan jadi kesan yang menjejaskan  pada Mazhab Shafie.  Begitu juga kalau sekalipun dinaqad hadis2 dalam kedua kitab tersebut , tidak akan terjejas sedikit pun kesahihan hadis2 dalam kedua sahih trsebut.
Imam Dumyathi , dalam Hasyiah matan nazam Baiquniyah mencatit jumlah hadis2 dalam kedua sahih trsebut yang dikritik orang , tetapi didapati ijmak mensahihkn kesemua isi kandungan  kedua-duanya.
Al qurthubi, dalam Syrah Jamik Sahih Muslim , menukilkn  telah serlaku ijmak pada dinamakan kedua2 jamik  tersebut , sebagai Jamik Sahih iaitu Himpunan Hadis2 Sahih.
Dalam risalah  berjodol - Wazifah hadis2 Dhoif-  karangan Sheikh Zaki Ibrahim, Raaid Asyirah Muhammadiyah, Syazuliyyah Mesir. Al Fakir telah terjmahknnya kebahasa melayu. Alhmdullilah.
telah menyatak : ....semua hadis dlm keduanya terdpt yg dikritik orang sebagai dhoif, sebenarnya mudho'af,-  Maksudnya,  terdapat Khilaf orang lain pada menilai rijal2 hadis Bukhari Muslim dalam  Kitab  Jamik keduanya.


Al Faqir mengigatkan, satu kesimpulan dalam satu sesi dialog selepas sembahyang maghrib semasa daurah dipondoktamin bersama sheikh Samer Nass baru2 ni, ... Bukhari adalah Mujtahid dibidang Hadis. Sekalipun terdapat
rijal2 beliau yg dikritik , tapi beliau masukkn juga kedalam jamik sahih beliau atas ijtihad beliau dan beliau mempunyai sebab2 lain yang rumit diketahui melainkn mereka yang benar2 masak pelajaran mustholahnya, jarh wata'dil dan ilmu rijal.
Al Faqir mengigatkan...dalam dunia ini, thabaqoh selepas Imam Bukhari, belum pernah wujud orang yang mengatasi Imam Bukhari dalam ketajaman syarat2 jarh wat ta,dil.
Jadi...bagaimana boleh dihukum terdapat hadis dhoif dlm jamik keduanya?. Itu tidak munkin berlaku jika dipandang terkehadapannya Bukhari pada Syarat2 beliau, dan itulah realitinya yg brlaku dengan sebab itu lah para ulamak selepas beliau sekata bersetuju menamakn dan menerima kedua2nya sebagai perhimpunan hadis2 sahih (Jamik Sahih),
Dlm kitab at- Ta'zim  wal Minnah , Imam Sayuthi tidak sorihkn kata hadis riwayat Imam Muslim ..tentang bapa nabi dlm neraka tu sebagai dhoif. Imam Sayuti bahas hadis tu ma' lul dan ada takwilnya dengan jalan Kaedah Tawriyah  menurut Ilmu Balaghah. Tiada satu kalimat dhoif pun dalam kitab Imam Sayuti tersebut yang  dicatit hadis tersebut dihukum dhoif. Sebaliknya ketika ditakwil dengan Tawriyah, dicatit kalimat (asbatu) iaitu riwayat at thobarani , al bazzar lebih thabit , Sayuthi mengunakan kalimat isim tafdhil.
Lagi pula sayuthi kata diakhir komen dia....wa la yakunu zalika qadhan fi sihhatil hadis min ashlihi, bal fi hazal lafzi faqd....intaha...mukas 50....ta,zimul minnah.
Oleh itu...
Hadis2 dlm jamik sahih bukhari dan muslim kena cermat.
Kalau kita sahihkn hadis bapa nabi dlm muslim itu , bukan pula mknanya kita terpengaruh dgn wahabi. Sebenarnya kita ikut ijmak. Ijmak lebih besr dan kuat dari thuruq hadis itu sendiri walaupun thuruq hadis itu ada ma'lul nya mcm yg sayuthi bincang ma'lulnya tu. Sakhawi dlm fathul mughis... bahas , dua jamik tu telah ijmak sahih kandungan keduanya. Bukn aghlabiyyah lagi. Walupun ada qiil kata sahih A'la zanni.
Sebab itu salah , bila diitlaqkan ayat atau kalimat Dhoif untuk dinisbahkan pada kedua jamik tu. ...hubaya hubaya... wahabi pun tak buat begitu...
Mereka salah dalam memahamkan makna2 hadis itu. Dan itu telah maklum style mereka mmng cmtu biasanya.
Albani , bila menulis taklik sahih bukhari dan muslim dalm kitab silsilah dia..dan dicetak...ramai orang alim bising...sbb albani seolah2 cuba mewas2kan orang ramai pada 2 kitab tu dgn buat taklik dibawah hadis bukhari,,,catit pula ini hadis sahih...?..apa dlm bukhari ada yg tak sahih ke, sampai perlu ditanbihkan begitu disetiap hadisnya?, termasuk yg bising adalh qardawi sendiri pun bising juga, sbb tak munasabah langsung . Ulmak lain yang tegur mmng ramai...tetapi tengelam begitu saja lah. Kalau hendak  buat camana....dah zman ni zaman fasad.

Sunday, March 01, 2015

Biodata ringkas Tuan Guru Sheikh Daud Malau

Catitan ini  disalin  dari kertas milik Isteri Tuan Guru - catitan oleh Bahagian penerangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam , Negeri Kedah - biodata Tuan Guru  pada 19 robi' akhir 1400 hijrah bersamaa 7 march 1980 masihi.  




Nama: Tuan Guru Haji Daud bin Haji Hasan.

Lahir: Dalam tahun 1934 masihi diKampung Panji, Kota Bhru , Kelantan Darul Naim.

Tempat tinggal: Bermaustatin di Pekan Malau , Mukim Bakai, Baling, Kedah Darul Aman.



Pelajaran:

- Mula bersekolah di Madrasah Aziziah Kampung Beris, Jambu, Kota Bhru , Kelantan - berguru kepada Tuan Guru Haji Muhammad bin Idris digelar dengan nama Muhammad Bukhari - lebih kurang 10 tahun.

- Pada tahun 1954  masihi pindah kePondok Bunut Payung , Kota Bhru , Kelantan - berguru kepada Tuan Guru Haji Abdullah Tahir  sehingga tahun 1959 masihi dan diberi pula tugas sebagai guru tambahan.

- Akhir tahun 1959 masihi berangkat ketanah suci Mekah  al Mukarramah dan belajar di Darul Ulum ad Diniyyah , Mekah - selama 2  tahun., mendapat Syahadah al Aliyyah ( Sijil tertinggi).

- Kemudian jadi Ahli Fatwa di Mekah, kemudian menjadi Ahli fatwa Alim Ulamak Malaysia di Mekah al Mukarramah serta menyusun sebuah kitab bernama "Panduan Zaman tergantung didalamnya beberapa fatwa mengenai masalah Fekah , Tawhid dan Tasawuf.

- Pada tahun 1962 masihi menerima Tauliah mengajar diMasjid al Haram daripada Pengetua Masjid al Haram . Pernah menjadi guru diDarul Ulum selama 4 tahun. Pernah menjadi Ahli Penerangan kepada Jemaah2 Haji Malaysia bagi pihak Persatuan Penuntut2 Malaysia di Mekah.

-Pada tahun 1967 masihi kembali kePekan Malau.


- Berkahwin di Mekah  pada tahun 1966 masihi , telah mendapat 5 orang cahayamata .



Tugas-tugas asas 

- Pada tahun 1967 sebagai pensyarah sukarela di Masjid2  iaitu setelah  mendapat galakan dari Tuan Haji Tajuddin Qadhi Daerah Baling.

- Mengajar orang2 kampung diMadrasah sendiri diPekan Malau pada tiap2 hari Jumaat hingga kehari ini . Antara 200 ke 300 orang hadir .

-Pada akhir 1967 meminta pecah kariah daripada kariah Bakai kepada kariah Malau .

- Menjadi Imam di Masjid kariah tersebut hingga ke hari ini .

- Membuka Sekolah Agama dengan sukarela pada akhir tahun 1968 dengan tidak memungut yuran selama 3 tahun, kemudian mendapat bantuan pejabat zakat dan Fedral hingga hari ini, bahagian agama hingga tingkatan 6 dan bahagian akademik hingga tingkatan 5.

- Sebagai guru besar sekolah tersebut.

 Tugas sukarela.

- Menjadi Ahli Majlis Agama Islam mulai awal tahun 1971.

- Menjadi ahli jawatankuasa kampung.

-Pemeriksa bakal2 pegawai masjid daerah Baling.

- Pengerusi penerangan PERKIM Daerah Baling.

- Dakwah sukerela seperti membasmi amalan2 menyeleweng.

- Menjadi guru agama mengajar didalam Negeri Kedah , Perak, dan Pulau Pinang serta menjadi guru tetap IJTIMAK PADANG LALANG , Bukit Mertajam.


Mata pencarian.

- Kebun.
-Bendang.





Friday, February 20, 2015

Tentatif Majlis Khatam Daurah dan Maulud 2015


Tentatif Majlis Khatam Daurah dan Maulud 2015 PONDOKTAMPIN



Tarikh: 22 feb. Hari Ahad malam Isnin . 


Masa: 9.30 malam - 11 malam.






---------------------------------------------------------------------------

9.30-mlm : ketibaaan  .

9.35-mlm :  Majlis bermula dengan bacaan Al Quran.

9.40-Qasidah dan selawat.

9.50-Ucapan aluan oleh Mudir Pondoktampin.

10.00-Ucapan Setiausha MAINS

10.10 - Qosidah dan Selawat.

10.20 - Ucapan dan pengijazahan Sanad Sunan Nasaie dan Ibnu Majah oleh Sheikh Dr Samer Nass

10. 50- Taushiah oleh Sheikh Ali London.

11.00 - qosidah dan Selawat.

----jamuan makan malam dan bersurai.



Wednesday, February 18, 2015

Friday, February 06, 2015

Thursday, February 05, 2015

Program Tangguh Sehari.








Dimaklumkan bacaan Hadis dimajlis daurah ketiga kalinya ditangguhkan sehari ke hari sabtu 7 feb. Sebab penangguhan flight Sheikh Samer dari Bairut ke Dubai sehari. Sekian dimaklumkan. 

Saturday, January 31, 2015

Tentatif Daurah Sunan Nasaie dan Ibnu Majah pada 6 hingga 22 feb 2015.




*Tentatif Daurah Sunan Nasaie dan Ibnu Majah  pada 6 hingga 22 feb 2015.








6 Februari 2015 hingga
22 Februari 2015
12.00 malam- 5.00 pagi
Istirehat
5.00 pagi
Kendiri
6.00 pagi – 7.00 pagi
Solat Subuh & wirid ringkas
7.00 pagi – 8.00 pagi
Kendiri
8.00 pagi – 9.00 pagi
Sarapan
9.00 pagi – 10.45 pagi
Bacaan Hadis
10.45 pagi – 11.00 pagi
Rehat
11.00 pagi – 1.00 petang
Bacaan Hadis
1.00 petang – 2.30 petang
Solat Zohor dan Makan Tengahari
2.30 petang – 5.00 petang
Bacaan Hadis bermula
5.00 petang – 5.30 petang
Solat Asar & wirid ringkas
5.30 petang – 6.30 petang
Bacaan Hadis
6.30 petang – 7.00 malam
Kendiri
7.00 malam – 7.30 malam
Solat Maghrib & wirid ringkas
7.30 malam – 8.30 malam
Makan Malam



* Tertakluk pada pindaan dan kesediaan  Sheikh.