Sunday, April 10, 2011

Buah tangan dari Turkie 15- Kesultanan Empayer Osmaniah bertarekat tasawuf.





Sulthan Bayazid 1 .. Ayahnda kepada Sulthan Murad 2, Sulthan Murad 2 pula adalah Ayahnda kepada Sulthan Muhammad al Fateh. Setiap baginda mempunyai guru pembimbing/sufi tarekat.



Makam Amir Sultan (1368–1429) , guru dan menantu kepada Sulthan Bayazid 1, di Bursa. Hubungkait  Amer Sulthan ini dengan tarekat Naqshabandi boleh dilihat dalam Kitab Rasyahat Ainul Hayat karangan karangan Sheikh Ali bin Husien al Harawi , telah diterjemahkan kebahasa arab oleh Sheikh Muhammad Murad bin Abdullah al Qazani , cetakan al maktabah al Islamiyyah  Diyar Bikr , Turkie  ,tanpa tahun.
 Beliau , murid serta cucu kepada Sayyid Amir Kulal r.a, seorang termasyhur dalam silsilah Tarekat Naqshbandiyah. Amir Kulal r.a juga adalah guru kepada Sayyid Shah Naqshabandi Qaddasa sirrahum.








Beberapa hikayat  yang didengar dari orang Turki,

Suatu hari Amir Sultan ini ingin keMadinah untuk wafat dimadinah, tapi beliau telah bertemu dengan rohaniah Rasullallah s.a.w , dikatakan Nabi menyuruh beliau berangkat ke Bursa untuk kawin dengan puteri Sulthan Bayazid. menariknya kisah berangkat ke Bursa ini tercatit di makam beliau disitu.

Satu jumaat, Baginda Sulthan telah menitahkan kepada Amer Sultan untuk Amer Sulthan membaca kutbah jumaat " Sebab Amer Sulthan adalah sealim-alim ulamak dizaman ini". Amir Sultan menjawab " Ada lagi seorang yang lebih alim pada zaman ini". Iaitu Sheikh Hamduddin. Rupa-rupanya Sheikh Hamduddin adalah guru juga kepada Amr Sultan dan guru kepada Sheikh Haji Bayram , Sheikh Haji Bayram pula adalah guru kepada Sheikh Aqa Shamsuddin wali.

Di ceritakan bahawa Sheikh Hamduddin bernah ditanya oleh Sulthan Bayazid. "Kostantaniah akan jatuh ditangan Murad?. ".. jawab Sheikh Hamduddin " Tidak, Bahkan ditangan anak yang didalam buaian". sambil diisyaratkn kepada Sulthan Muhammad al Fateh yang masih kecil.







Sebagai perhatian:
1.Haji Bayram - guru Sulthan Murad.
2.Aqa Shamsuddin- guru kepada Sulthan Muhammad al Fateh, makamnya jiran Makam/Dhorih Saidina Abu Ayyub al Anshori r.a.
Lihat hubungan setiap Sulthan dengan guru-guru mereka.

Hamka dalam buku beliau "sejarah umat islam" , mukasurat 365, 366 , terbitan Pustaka Antara Kuala Lumpur  tahun 1965, menulis " Memang Sulthan Murad kedua salain dari sabagai seorang Kepala Negara yang bijaksana memerentah dan kepala perang yang gagah berani , dikenal juga sa bagai orang Tasauf dan Falsafah yang mendalam. (Hal ini pernah di-nyatakan oleh Voltaire sendiri, sa-ketika menulis riwayat2 Raja2 Osmani).
maka berangkatlah baginda ketempat kediaman yang baru itu, menukar pakaian kebesaran raja dengan jubah ahli tasauf dan dudoklah puteranya Muhammad memerentah dengan bantuan orang besar-besar. ..".




25 july 2011, dimajlis pembukaan Daurah Kitab Hadis Jamik Sahih al Bukhari yang diadakan dimadrasah Pondok Tampin dibawah bimbingan Fadhilatus Sheikh Abdal Hadi al Kharsah, seorang ulamak besar dari Damsyik Syria dalam ucaptama beliau menegaskan bahawa Empayar Turki Osmaniah bertuah kerana kesultanan Osmaniah telah berpegang dengan konsep
1. Berakidahan akidah Ahlisunnah waj Jamaah aliran Maturidiyyah,
2. Berpegang dengan syariah aliran mazhab Hanafi dan
3.Tarbiyah, pendidikan aliran Tarekat Naqshbandi.



Terekat Naqshabandi dalam Empayer Osmaniah.

Amir Sultan

Bayazid 1

Sheikh Abdal Hadi al Kharsah


No comments: