Friday, October 01, 2010

Tuan Guru Haji Abdul Lathif (Pak Teh Kroh) kembali kerahmatullah.



Innalillahi wainna ilaihi roojiunn... kembalinya ulamak tak berganti... Allah allah..


Pak Teh yang ana tahu dan dengar. Sangat alim lagi wara , mengajar kitab-kitab besar , Fekah al Mahalli, Asybah Wanazoiir, Iqna, Tajridus Shorih, Awdhohul Masalik, Ashmuni Shobban, Mugni Labib, Hadis-hadis al Muwata, Sunan Abi Daud, Muslim , Bukhari , kitab-kitab ilmu alat dan berbagai lagi.

Semasa saya masih menuntut dipondok Tuan Guru Haji Halim , pernah Pak Teh datang beberapa kali , cerita Pak Ngah Halim ,, pak teh pinjam kitab Mahalli pak ngah. mungkin untuk rujukan beliau semasa mengajar.

Beliau pernah menuntut di pondok Chegar, Pendang Kedah dan Pondok Madrasah al Bakriah Pasir Tumbuh Kelantan.

Beliau satu angkatan dgn Tuan Guru Halim bin Haji Majid Pondok Sungai Jagung Pendang Kedah, Tuan Guru hj Muhammad Lias Pondok Keledang , Temerloh Pahang, Tuan Guru Haji Man matang Nibung pida 3, Jitra Kedah, Tuan Guru Hj Man Imam masjid Kg Telok , Kepala Batas , Alor Setar Kedah, Tuan Guru Lah Sidam, dan Tuan Guru - tuan guru di Pondok Pasir Tumbuh sendiri. Beliau merupakan murid terawal di Pondok Pasir Tumbuh.

Jasa-jasa beliau menaburkan ilmu dan mendidik anak-anak bangsa sangat bermakna.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan permata mutiara yang tiada tukargantinya .

Semuga murid-murid beliau menyambung perjuangan beliau dan jariyah ilmu-ilmu beliau.

Semuga Allah maafkan dan ampunkan dan rahmati beliau.
Semuga di Masukkan beliau kedalam syurga yang tertinggi bersama Para Nabi , Syuhada dan awliya dan soolihin. Amin.

1 comment:

mad said...

amin amin,,,, al faaaaatihah