Begitu juga jika sampai kepada arwah pahala yang dikirimkan dan dibolehkan membuat pelbagai ibadat tetapi diharamkan upacaranya maka akan memahamkan tiada faedah nya sampai bacaan dan tiada faedah keharusan bacaannya disebabkan tidak akan wujud sebarang bentuk perbuatan begitu bila-bila masa pun.Sampai pahala bacaan, tetapi haram membacanya. Ini adalah fahaman berbelit-belit yang mengelirukan. Dimanakah pula hikmah–kebijaksanaanya Hukum ahkam Syara’ yang diterbitkan dari sumber yang jelas dan method-method yang tersusun rapi?. Ataukah yang sebenarnya kekeliruan pembantah dalam memahami kaedah-kaedah hukum-ahkam syara’ yang telah disamarkan oleh ketiadaan latihan yang sempurna dalam memutuskan hukum-ahkam syara’?.
Nak Kaji... kelik la
No comments:
Post a Comment