Wednesday, November 01, 2006


Kitab karangan mahaguru kepada para ulama seNusantara , mengajar di masjidil Haram Mekah sekitar tahun 50an. Sheikh Abdul Qoder bin Abdul Mutalib Al-Mandeley rhm. Membahaskan persoalan berMAZHAB dengan terperinci. "Al Mazhab atau tiada haram bermazhab".
Sheikh al- Allamah ini , seperti yang saya dengar kisahnya dari guru guru saya.

1. Satu ketika dulu lebih kurang lebih dari 25 tahun dulu , disatu kampong ,Kubur Panjang , Kota Setar Kedah, saya menziarahi sorang guru tua. Umurnya dkt 100 thn . Orang memanggil beliau dgn gelaran Pak Su Lah. Beliau salah sorang dari tiga sahabat Sheikh Abd. Qoder al mendeli yang datang musafir ke tanah melayu dgn tujuan menuntut ilmu. Seorang lagi , bernama haji Abbas, guru juga , dikatakan hj Abbas adalh menantu kepada Tuan Guru salah satu pondok diMerbok, Kedah. Cerita Pak Su Lah, mereka masuk ke Malaya mencari pondok pengajian. sampai ke Sebrang Prai, Kulim singgah ditiap2 pondok untuk memilih tempat belajar yang sesuai, akhirnya sampai di Pondok gajah Mati , pondok Tuan Guru Pak Cu Him. Sebelumtu pak Su Lah menceritakan sebelum sampai ke Pondok Gajah Mati mereka singgah disatu pondok di hujung negeri Kedah sempadan Perak, Tuan Guru disitu mengajar fekah , {mengajak (mengajar) kitab Kasful Litham.. ambooi.. haluihnya ...(bahas) tapi (sayangnya disitu hanya ) baca kitab jawi ja.}.
Inilah ayat yang saya masih ingat dari arwah pak su. Pak su ni mempunyai sorang anak , ustaz Mahmud . Mengajar pondok almarhum ustaz Nikmat Derang.

2. Al Marhum Tuan Guru Haji Abd. Halim , guru saya, oleh kerana semasa dengan S. Qoder tetapi muda, pernah menghikayatkan kisah pembelajaran Sheikh Abd. Qoder , semasa masih menuntut di Pondok Gajah Mati, {Tuan Sheikh Qoder sangat kuat menghapai ( hafal matan-matan ilmu) , sedang mandi disungai, selesai je mandi selesailah satu matan (alfiyah - ilmu nahu). }. Satu ketika setelah S. Qoder digelar orang Sheikh , pulang menziarahi Malaya, datang kepondok Gajah Mati, menziarahi Tuan Guru beliau, ketika sampai di Pendang beliau disambut oleh Guru saya ( T. Guru Abd Halim) semasaitu beliau belum guru lagi, tapi sebab rapat tali persaudaraan beliau dgn Tuan Guru Pak Cu Him , beliau diarahkan menjemput S. Qoder di Pekan Pendang dengan basikal. Apabila sampai saja hampir Pondok, S. Qoder menyuruh berhenti, ( berenti, berenti Tok Guru, Tok Guru)... kata S. Qoder.. maksud beliau , hanya mahu berjalan kaki saja menuju kerumah Tuan Gurunya, tanda Hormat dan Tawadhu'.... itu le sifatnya ulama' aamilin.

3.Al Marhum Tuan Guru Haji Yahya Telok, juga guru saya yang dikasihi.. menceritakan, S. Qoder ini , (sambil memukul padi pun menderaih matan...) maksudnya sangat kuat menjaga hafalan..kata beliau lagi , (satu masa Tok Sheikh Qoder, dijemput ke Perlis.. debat dgn puak kaum muda,,, abih lah alah depa... dia ingat sungguh...) maksudnya, Tuan Sheikh Qoder sangat hafal dalil-dalil, baik Quran mahupun hadis-hadis..

4.Al Marhum Tuan Guru Haji Husin , kampong kubang buaya, Derga , Alor setar, juga guru saya, menceritakan.. (masa saya naik pi Mekah , sekapai dengan Tok Sheikh Qoder, dalam kapai dia dok menderaih sittun mutun tuuh.. tulaa dia boleh alimm..orang pun mulaa kenai dia alimm. bila sampai mekah,,, mula-mula depa mintak dia baca mutammimah... paih tu naik naik ke kitab besak ..) . Kitab (Sittun Mutun), himpunan 60 matan-matan ilmu Islam. maasyallah.. tuan , saya ni 2 ,3 matan pun tak lepas... inikan pula 60 matan . saya pun itulah kali pertama mendengar nama kitab tu, dan itulah kali pertama dan terakhir disebut dan melihat nya dirumah Tuan guru saya tu.. kitab majmu' kabir pun tak sampai 60 matan dalamnya...
5. Al Marhum Kiyai Ma'shum ..Kg. Sungai Tengar, Sabak Bernam Selangor.... beliau menadah kitab di Masjid al Haram mekah di halaqah Tuan Sheikh Qoder... " Sheikh Qoder bila mengajar,,, beratus orang penuntut yg menadah , suaranya dengar jelas walaupun yg duduk jauh dihujung halaqah.. boleh dikatakan kalau musim haji semua ulamak dan awam dari nusantara tidak akan melepaskan peluang singgah mendengar dan mencenduk mutiara dihalaqah S. Qoder... semua, qodhi2, mufti2 duduk ..."..

6. Mengenai hal murid-murid beliau , Al- allamah ini, mempunyai murid yang sangat ramai dikalangan para ulamak diNusantara. kalau kita berziarah ke Fathoni, didapati majoriti Tuan-tuan Guru disitu adalah murid beliau atau murid kepada murid beliau. Al-Marhum2 Tuan Guru Rashid wara', dan Tuan Guru Baba Yeh serta beberapa lagi ulama besar Fathoni . Tak kurang juga di Malaysia...Tuan Guru Haji Abdullah pondok Lubuk Tapah,, pasir mas. Tuan Guru Haji Hashim pondok Pasir Tumbuh..

7. Adapun mengenai anak beliau yang tidak sefahaman dgn fahaman ayahndanya... maka telah meriwayatkan oleh al alim Tuan Guru Haji Abdullah Sarah, pondok bendang badang, Fathoni.. daripada guru beliau, berkata T.G. Hj. Abdullah " mullah baba ghoyat... {mulonyo baba .. anak tok seaa ngaji, gi ata masuk sekolah Saudi metaa, belaa2 ngaji,,, pah.. tarik kelek, celoh tu baba maati. emmh paah habiih kok tuu}"..

inilah alkisahnya.. tak boleh lah nak disalahkan atau nak dinegatifkan al allamah ini.. sudahlah nasib dan cubaan diakhir zaman.. kalau kita ,, kalau boleh jangan lah sekali-kali menghantar anak2 ke pendidikan yang tidak sesuai dgn pegangan kita.. masalahlah nnti dimasa depan..

8. Adapun mengenai pelajaran yang diajar oleh al-Allamah ini, berkata murid beliau Tuan Guru Pak lang Zakaria, Pondok Kubang Rotan , Alor Setar, Kedah... " Pak Lang,,, kitab Fathul Wahhab, khatam dengan Sheikh Qoder,,, 8 tahun ".. maksudnya beliau menghabiskan pembacaan kitab ilmu fiqah , Fathul Wahhab karangan Sheikhul Islam Zakaria al-Anshori selama 8 tahun menadah kulit ke kulit sampai tamat pada S. Qoder.. maasyallah.. tuan.

Tuan Guru-tuan guru di Fathoni pula boleh dikatakan kebanyakan mereka meriyawatkan nota-nota kitab al Mahalli dari al Allamah ini.

Al-marhum Tuan Guru Baba Hasan Leweh, ketika mengajar kitab al Mahalli , akan menyebut dgn detail dhobit2/note S. Qoder yg diriwayatkan dari 2 orang Guru beliau , iaitu Tuan Guru Baba Yeh dan Tuan Guru Baba Rashid wara'. Ini menunjjukkan pengaruh uslub ibarah kitab fiqah yang ilmiah untuk memahami isi kandungan kitab fiqah peringkat tinggi, yang diwarisi dari S. Qoder sangat berpengaruh diNusantara ini.

Al- marhum Tuan Guru Hj Halim, menceritakan " Shekih Qoder, kadangtu, tengah mengajar mahalli , berenti berdiri minum air".

Al- Marhum Tuan Guru Hj Yahya menceritakan " Ada sorang tu kawan saya, lepaih pondok bunut payung , pi mekah , mengaji dgn S. Qoder kitab Tafsir Baidhowi (arab).. habih.. (khatam).. dhobit S. Qoder".

Menceritakan oleh Tuan Guru Hj Abdullah Sarah , Pondok Bendang Badang, Fathoni, " Baba Sid Wara' tu,, abih Sunnan Sittah dgn muloh Sheikh Qoder, sumo yeng naik ke mekoh dari jawi gi telaah ngan dio blako"..
Dan berbagai-bagai lagilah ilmu yg disampaikan oleh al Allamah ini..menurut maklumat anak murid beliau... wslm..


3 comments:

KHUWAIDIM AL-ILM said...

salam...terima kasih tuan atas nilai sejarah ini...mohon share

KHUWAIDIM AL-ILM said...

salam...terima kasih atas nilai sejarah ini...mohon share

KHUWAIDIM AL-ILM said...

salam...mohon share tuan..terima kasih di atas nilai sejarah ini