Sunday, February 12, 2006

Berburu dengan senapang?...
Asalamu alaikum Ustaz.

ustaz..ana ade masalah ni..cam ner hukum perburuan?maksud ana..kalau ana tembak seekor binatang...such as..kijang...lepas tu..binatang tu lari...dan mati .cam ner tu?ana bleh makan tak?

Jawapan: Menurut Mazhab kita syafi`e , hukumnya haram kerana kijang tersebut adalah bangkai sebab tidak disembelih secara syar`i

lepas tu...cam ner kalau ana guna binatang perburuan...cam ner lak?sbb ade sorg pakcik yg confuse...termasuk la saya..hehe..boleh ustaz terangkan?tima kasih..jumpa lagi...assalamualaikum

Jawapan: Harus menggunakan binatang buruan untuk menangkap binatang liar yg halal, dengan menggunakan anjing yg mahir dilatih tuannya dengan diistilahkan dengan nama anjing muallamah, helang yg terdidik, singa, serigala , musang dan sebagainya boleh dididik menangkap pemburuan.
Halal binatang yg ditangkap dengan beberapa syarat:

1.Semasa melepaskan binatang itu mengejar mangsanya, meniat oleh tuannya untuk menangkap binatang yg tertentu.
2.Binatang yg terlatih tersebut berkeadaan menurut perintah tuannya.
3.Berniat untuk mendapatkan daging perburuan tersebut ketika melepaskan binatang muallamah untuk menjalankan tugas.
4.Jikalau binatang yg ditangkap didapati masih hidup, hendaklah (wajib) disembelih secara syar`i iaitu diputuskan dua urat di lehernya.

Beberapa syarat – syarat lain yg berkaitan boleh dilihat dalam kitab fekah.


Ade ke mazhab yang menghalalkan beburu dengan senapang?..

Jawapan :

Haram hukumnya, menembak binatang liar dengan senapang kerana mengakibatkan segera mati binatang tersebut tanpa di sembelih. Tetapi jika seseorang yg mahir menembak (tembakan sekadar melumpuhkan binatang sahaja, tidaklah ada larangan apa-apa) selepas dijumpai binatang tersebut, wajiblah disembelih.

Ini adalah menurut Mazhab kita Syafi`e, walaubagaipun harus bagi seseorang, jika berhajat bertaklid kepada fatwa Maliki, kerana didalam Mazhab Maliki dihalalkan memburu binatang dengan menembak tanpa sembelih, jika didapati binatang yg ditembak itu telah mati, maka halallah.

Jika didapati masih hidup, wajiblah disembelih menurut pendapat semua mazhab tanpa ikhtilaf pendapat.
Wa allahu`alam

(sedikit catitan daripada kitab Maliki, tersebut ialah kitab Tarsyiihul Mustafidin Bit Tausyihi Fathil Mu`in m/s 208).

Telah berkata ulamak Maliki, dengan keharusan berburu dengan melontar peluru tembaga yg popular sekarang ini, dan halal memakan binatang makanan yg ditembak dengan syarat membaca bismillah semasa melepaskan tembakan. Jika terlupa membaca bismillah, tidaklah mengapa.

Keadaan ini telah berfatwa oleh Imam- imam Mazhab Maliki. Mereka berkata , segala perkara yg diburu dengan peluru tembaga haruslah ( halal) dimakannya.
Sesungguhnya telah difahami, telah memberi fatwa dengan ini oleh guru kami yg banyak mengaduh ( banyak takut kepada Allah)
Wa allahu`alam.

No comments: