Thursday, March 26, 2026

Sembahyang terawikh boleh walau masih ada qadho fardhu?.

Muktamad fukaha mazhab Shafie memng lah haram sebabnya  wajib memberikan tumpuan masa untuk qadho fardu itu wujub 'alal mudhayyaq. وجوب على المضيق.

Cuma ada lagi qoul dalam kitab Bughyah al Mustarsyidin mengatakan wajib disitu wujub 'alal muwassa' وجوب على الموسع. 


Kebanyakan TUAN-TUAN guru melayu kita cenderung (muyul) pada qoul ini. 


Saya dengar guru saya Tuan Guru Haji Yahya Telok, bercerita Tok Kenali mengatakan kalau haram pun , haram serta sah , bukan haram serta batal, maka   tidak boleh larang perkara- perkara yang seperti  tu. 


Dalam kitab Syarah Fathul Muin karangan Sheikh Osman Jalaludin penanti bahas panjang dan muyul juga dengan Qoul dalam Bughyah Mustarsyidin tu... 


Makanya sikap guru2 melayu kita tak buat isu sangat maslah ini. Hanya ingatkan pada ada qadho kalu nak terawikh pun jangan sampai tinggalkan langsung qadho, hendaklah utamakan dia.


Masalahnya hari ini ustaz2 kita pun tak cermat juga  dengan ibarat dalam kitab fathul muin dan qoul muktamad fukaha itu. Sebabnya , point haram dia,  bila beri masa pada yang bukan keperluan hidup, maka yang begitu tak boleh , walau sekadar buat sembhyang sunat terawkih. 

Bukan hanya terawikh dan sembahyang sunat sahaja  yang tidak harus. Kalau diisi masa dengan Isap rokok dan borak2 kosong boleh ka?.

Isi masa dengan makan minum yang harus melebihi keperluan hidup boleh.ka?.

MORAL: Koreksi , semak dan baiki fahaman kita adalah sikap yang tidak merugikan.

Ada kaedah untuk awam yang biasa diamalkan.

Antaranya:

من ابتلى بشئ فليقلد من اجاز

مذهب العوام مذهب مفتيهم.

و من كلام الحبيب القطب عبد الله الحداد و يلزم التائب ان يقضى ما فرط فيه من الواجبات كالصلاة والصوم و الزكاة لا بد له منه و يكون على التراخى و الاستطاعة من غير تضييق و لا تساهل فإن الدين متين و قد قال صلى الله عليه و سلم بعثت ب الحنفية السمحاء و قال يسروا ولا تعسروا اه. و هذا كما ترى اولى مما قاله الفقهاء من وجوب صرف جميع وقته للقضاء ما عدا ما يحتاجه له ولممونه لما فى ذلك من الحرج الشديد. - بغية المسترشدين ص ٣٦




No comments: