Thursday, October 22, 2015

Muharram dan Asyura


Peristiwa Asyura dan sejarah di bulan Muharram.



Disediakan oleh:
al-faqir wal-haqir Abd. Raof al-Bahanji al-Aliyy.

Pondok Tampin NSDK.




بسم الله الرحمن الرحيم.


PERISTIWA BERSEJARAH DI BULAN MUHARAM


Bulan Muharam merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.
                                                     
Pada bulan ini juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabinya sebagai penghormatan kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah) sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas kurniaan Allah yang sungguh bernilai.

 Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, “Hari ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya”. Maka  Nabi saw: berpuasa dan memerintahkan berpuasa sehingga datang perintah wajib berpuasa ramdhan , maka kekal puasa Asyura disunatkan tidak mansukh.
 Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan rezekinya sepanjang tahun ini.
Terdapat juga sebuah hadis meriwayatkannya oleh Imam Muslim  “Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura) merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana untuk sesiapa yang berpuasa pada hari inilah, Allah akan membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.

Bulan Muharam merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis dari kitab Tanbihul ghofilin karangan Maulana Syekh Abu Nasr As Samarqandi:.

“Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.”

Sahabat pun bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan bukit dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “benar, Allah telah menjadikan langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi Ayub. Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan  Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan kiamat akan terjadi pada hari Asyura.”

Maka pada hari itu ( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah beberapa lamanya memohon keampunan.

Pada hari itu juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.

Banyak peristiwa bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.

1.         Setelah  meminta ampun dan taubat pada Allah, maka pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.

2.       Pada 10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah menaikkan darjat baginda.

3.       Pada 10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40 keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40 keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu, mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.

4.       Nabi Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.

5.       Pada 10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana tersalah ijtihad  lantaran tidak tahu, Nabi Daud mengambil isteri orang padahal baginda sendiri sudah ada 99 orang isteri. Oleh kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah mengampunkan baginda pada 10 Muharam.

6.       Pada 10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.

7.       Allah juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s.       Allah juga telah menenggelamkan Firaun yg  merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.

8.       Allah juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40 hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya dari perut ikan Nun.

9.    Allah juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai penghormatan kepada baginda.

10. Dilahirkan Nabi s.a.w pada hari Asyura.

 Demikian dari Tanbihul Ghofilin As Samarqandi.
al Hanafi, terkenal dengan Imam al Huda , Pengarang Tafsir Bahrul Ulum , tafsir bil Ma,thur.

Selain itu terdapatnya satu hadis hasan riwayat Imam Tarmizi “ Sesungguhnya adalah Asyura merupakan hari yang Allah rezekikan  bertaubat padanya satu kaum dan  Allah menerima taubat  suatu kaum  yang lain”.

Begitu juga satu hadis Sahih riwayat dari Abi Ishaq dari Al Aswad bin Yazid beliau berkata: Saya bertanya Ubaid bin Umair berkenaan puasa Asyura ?. beliau menjawab “ Muharram   yang pekak (lantaran tiada berbunyi gendang perang) adalah bulan Allah .    Padanya diampunkan Adam. Maka sesiapa yang panjang umur sampai kepadanya janganlah tidak melainkan berpuasalah”.

       Dengan itu, hendaklah kita `berpuasa dan beribadah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt.

 Syekh Athiyah Shaqar berkata dalam fatawa beliau berkata : Dalam Musnad Imam Ahmad terdapat perkataan “ Barangkali pada hari inilah berlabuhnya bahtera Nabi Allah Nuh, dibukit Juudi.
 Saya tidak tahu darjat hadis ini , seperti juga dibeberapa kitab hadis yang lain yang mana sanad hadisnya adalah tidak sahih . Sebahagiannya kelahiran  Nabi Ibrahim al Khalil, kelahiran Nabi Musa, kelahiran Nabi Isa, disejukkan  api Nabi Ibrahim , diangkat azab dari kaum Nabi Yunus, dihilangkan mudharat Nabi Ayub, dikembalikan pengelihatan Nabi Yakub, dikeluarkan Nabi Yusuf dari telaga dan hari dibebaskan Nabi Musa dari sihir”.
 
 Maka adalah hari Asyura itu daripada beberapa hari yang berkelebihan dan zaman yang pilihan, telah menjadikan oleh Allah rahmat bagi segala hamba-Nya dan kekasihnya-Nya, seperti barang yang menyebutkan dia oleh “Arif Billah ibnu Abi jamrah, “maka Sayugia nya bagi orang yang mempunyai kelebihan jangan dikerjakan pada malam “Asyura itu, melainkan dengan tadharru, dan berdiri sembahyang, dan puasa pada harinya dan mengerjakan taat pada malamnya, dan siangnya” (jam”ul Fawaid,hlm.131)


AMALAN-AMALAN YANG DIKERJAKAN
PADA HARI “ASYURA”



 Apakah perkara yang sepatutnya dilakukan dihari A’syura?.

1.Berpuasa sunat.
2. Melebihkan perbelanjaan untuk keluarga.
3. Membanyakkan Istighfar dan taubat .
4. Harus mengadakan jamuan bubur Asyura, bercelak , jamuan daging ayam menurut fatwa Imam Al Hafiz Al Iraqi seorang pakar ilmu hadis.
 Wallahu a’lam.

Tersebut dalam Kitab  “Jam ul Fawaid” karangan Syeikh Abdullah al-Fathani ada 12 jenis amalan yang dikerjakan pada hari Asyura :


 1.Sembahyang
2.Puasa
3.Sedekah
4.Mandi
5.Ziarah orang alim
6.Ziarah orang sakit
7.Menyapu kepala anak yatim
8.Melebihkan perbelanjaan untuk keluarga.
9.Kerat kuku
         10.Bercelak mata
         11. Membaca surah al-ikhlas seribu kali
         12.Menghubungkan shilaturrahim

“Maka adalah hari Asyura itu daripada beberapa hari yang
Berkelebihan dan zaman yang pilihan, telah menjadikan oleh Allah
Rahmat bagi segala hamba-Nya dan kekasihnya-Nya, seperti barang yang menyebutkan dia oleh “Arif Billah ibnu Abi jamrah, “maka sayugia nya bagi orang yang mempunyai kelebihan jangan dikerjakan pada malam “Asyura itu, melainkan dengan tadharru, dan berdiri sembahyang, dan puasa pada harinya dan mengerjakan taat pada malamnya, dan siangnya” (jam”ul Fawaid,hlm.131)





a. “PUASA”

1.      Kelebihan puasa,Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani,menulis “ Dan riwayat daripada Ibnu Abbas radhiyallahu anhuma sabda Nabi S.A.W “Barang siapa puasa padi hari “Asyura”diberikan dia pahala sepuluh ribu haji,dan umrah,dan pahala sepuluh ribu syahid.”.(Jam”Ul Fawaid,hlm 130)

2. Selain tulisan dalam Jam”ul Fawaid, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani juga   membicarakan tentang puasa hari “Asyura” dalam kitab-kitab yang lain antaranya dalam Bughyah ath-Thullab, katanya, “Dan demikian lagi puasa pada hari “Asyura”,iaitu hari yang kesepuluh pada bulan Muharram. Dan demikian lagi,puasa pada hari Tasu”a,iaitu hari yang kesepuluh pada bulan Muharram,kerana hadith yang diriwayatkan oleh Muslim,sabda Nabi S.A.W, “yakni puasa,  “Asyura,aku kira-kira atas Allah Ta”ala bahawa diampun akan dosa setahun yang dahulunya.”
(Bughyah ath-Thullab,hlm.127)


2.      Sabda Nabi S.A.W, “Jika aku hidup pada tahun yang lagi akan      
datang, nescaya aku puasa pada hari yang kesembilan maka Nabi Allah pun wafat ia dahulu daripada mendapat hari itu,”
(Bughyah ath-Thullab,hlm.127)


3.      Tulisan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani selanjutnya, “Dan adalah
Puasa “Asyura,itu tiga martabat,seperti yang disebut oleh Ibnu Hajar Asqalani, bahawa sekurang-kurangnya bahawa ia puasa pada hari Asyura jua. Dan yang diatasnya puasa sertanya Tasu”a. Dan yang atas dari Keduanya ia puasa serta keduanya hari sebelas.” (jam”ul Fawaid,hlm 137)


4.      “Dan riwayat daripada Anas Radhiyallah” anhu,daripada Nabi S.A.W
“Barang siapa puasa pada awal jumaat daripada Muharram diampunkan oleh Allah baginya barang yang terdahulu daripada dosanya. Dan barangsiapa puasa tiga hari daripada Muharram, iaitu Khamis,dan Jumaat,dan Sabtu,disurat oleh Allah dengan tiap-tiap hari tiga puluh hari.” (Jam”ul Fawaid,hlm 137)


b . “SEMBAHYANG”

Mengenai kelebihan sembahyang hari Asyura dan cara-cara mengerjakannya Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani,menulis, “Ada pun sembahyang hari Ayura seperti barang yang diriwayatkan Nabi S.A.W bersabda, “Barangsiapa sembahyang pada hari Asyura, empat rakaat,dibaca pada tiap-tiap rakaat dengan Fatihah dan Qul Huwallah ( surah al-Ikhlas) lima belas kali diampunkan dosa baginya dosa lima puluh tahun yang dahulu dan lima puluh tahun yang kemudian.” (jam”ul Fawaid,hlm.132)



c. . “WIRID-WIRID HARI “ASYURA”

       Wirid yang diamalkan hari Asyura yang tersebut dibawah ditulis oleh Syeikh Daud bin Abdullahal-Fatani sekurang-kurangnya dalam tiga buah karangan beliau.Dalam Kifayah al-Mubtadi,beliau tulis sebagai berikut, “Faidah yang azhimah yang Nafisah, disebut dalam kitab Jawahir al-Khamis bagi Saiyidina Muhammad al-Ghauts Radhiyallahu’anhu “Barang siapa membaca pada hari Asyura tujuh puluh kali akan

حَسْبِىَ اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ.    نِعْمَ الْمَوْلى  وَنِعْمَ النَّصِيْرُ.  


dan dibaca pula doa ini tujuh kali,nescaya tiada mati pada demikian tahun itu, dan jika sudah hampir ajalnya nescaya tiada diberi taufiq bagi membaca akan dia,inilah doanya,



بسم الله الرحمن الرحيم.

وَصَـلِّى اللهُ عَلَي خَيْرِ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَي  آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.              


سُبْحَانَ اللهِ مِْلأَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعلمِ
وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ الْعَرْشِ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنَ اللهِ اِلاَّ  اِلَيْهِ سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْر ِوَعَدَدَ كَلِمَاتِهِ كُلِّهَا أَسْأَلُكَ  السَّلاَمَةَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ .وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ  اِلاَّ بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ . وَهُوَ حَسْبِىَ وَنِعْمَ الْوَكِيْلً.  نِعْمَ الْمَوْلى  وَنِعْمَ النَّصِيْرُ.  وَصَـلِّى اللهُ عَلَي خَيْرِ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَي  آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.  

 lihat Majmuk Musalsalat fi   al Hadis.    





Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani menulis selanjutnya, “Dan telah datang pada hadis  Nabi S.A.W sabdanya, “Barangsiapa yang menghidupkan malam Asyura maka umpama ia mengerjakan ibadat Malaikat al-Muqarrabin.” -


Dalam Kifayah al- Mubtadi , dan juga Bughyah ath-Thullab  beliau tulis juga sebagai berikut “ Faidah , kata Syeikh Jamal pada Hasyiah Fathil Wahhab juz 3, muka surat 465-466 katanya: Telah menukil setengah daripada ahli shufi , bahawasanya barangsiapa membaca akan doa ini pada hari Asyura , tiada mati pada tahunnya. Dan barangsiapa sudah selesai ajalnya tiada di ilhamkan dia oleh Allah ta,ala membaca akan dia  .Dan yaitu setengah daripada sudah dicubakan dia yang tiada syak padanya , iatu:



بسم الله الرحمن الرحيم.
سُبْحَانَ اللهِ مِلأَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى 
الْعلمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ الْعَرْشِ.
وَالْحَمْدُ للهِ مِلأَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعلمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ الْعَرْشِ.
لآ اله الا اللهُ  مِلأَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعلمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ الْعَرْشِ.
الله أكبُر  مِْلأَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعلمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ الْعَرْشِ.
وَ لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ الا بِاللهِ  مِلأَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعلمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ الْعَرْشِ.
لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنَ اللهِ اِلاَّ  اِلَيْهِ.
 سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْر ِوَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ .
لآ اله الا اللهُ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْر ِوَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ .
اللهُ أكبرُ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْر ِوَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ .
وَ لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْر ِوَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ .
حَسْبُنَا اللهُ  وَنِعْمَ الْوَكِيْلً.  نِعْمَ الْمَوْلى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ.  وَصَـلِّى اللهُ عَلَي خَيْرِ  خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَي  آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا. 




No comments: