Monday, June 10, 2013

Tuan Tabal Qaddasa Allahu Sirrah.


al A,lim  al Allamah Tuan Tabal- Semenjak 1984 saya mencari peluang kalau boleh ziarah makam Tuan Tabal, tapi tidak direzekikan berjumpa. Hinggalah khamis dan jumat minggu lepas dapat menziarahi ulamak yang sentiasa dihati, disebabkan ajaran beliau yang terkesan disanubari dalam kitab beliau Jilaaul qulub bi zikrillah- yang ertinya menyucikan hati dengan Zikirillah (ingatan  kepada Allah).  Sheikh Abdul Shomad Bin Soleh merupakan ulamak tua dizamannya. Beliau sempat berguru dengan Sheikh Ahmad Fathoni ( Guru Tok Kenali ) diMekah, sekalipun usia beliau lebih tua dari Tuan Sheikh Ahmad tapi oleh sifat Tawadhuk beliau , itulah jadinya.. Tuan Sheikh  Abdus Shomad yang dikenali sebagai Tuan Tabal, bukan saja sebagai ulamak masyhur sezamannya, juga merupakan salah seorang penyebar amalan Tarekat Ahmadiah Idrisiah - Sidi Ahmad Idris  terawal di Tanah Melayu. Beliau telah diijazahkan Tarekat Ahmadiah Idrisiah oleh Sidi Ibrahim ar Rashidi yang merupakan murid langsung kepada Sidi Ahmad Idris. Dari Tuan Tabal ini diturunkan terekat ini kepada anaknda beliau  Tuan Guru Haji Wan Musa ( pernah menjawat jawatan mufti Kelantan) kemudian diturunkan kepada Tuan Guru Mua'llim Haji Wahid bin Osman (Pondok Madrasah An Nuuriah, Masjid Tanah , Melaka) kemudian diturunkan kepada Sidi Sheikhna Sheikh Ali  ( Pulau Pinang) . Adapun al faqir ini telah menerima ijazah amalan tarekat Ahmadiah Idrisiah ini- yang tecakup didalamnya semua amalan asasi iaitu fatihatul awrad, zikir khusus, tahlil,  selawat azimiah, istighfar kabir dan kitab ahzab serta semua perkara yang bersangkut dengan amalan Sidi Ahmad Idris dari Sheikhna Sheikh Ali  dan beliau berkata beliau telah mengambilnya dari Mua'llim Haji Wahid.   Alhamdulillah , saya pernah bertemu sekali sahaja  dengan al Marhum Muallim . Dan dalam pertemuan itu beliau mengisyaratkan bahawa saya adalah dibawah ijazah dan tarbiyah Sheikh Ali.  Allahu Musta'an...



4 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz....suka baca pertemuaan ustaz dengan tuan hj wahid
, ada tak ustaz gambar tuan hj wahid ..teringin jugak hendak melihat nya .

http://pondoktampin.blogspot.com/ said...

ADA. SEARCH DLM WIKIPEDIA PUN ADA, SIAP DGN SEJARAHNYA .

Anonymous said...

http://surauumri.blogspot.com/2011/10/muallim-ulama-tersohor.html

tengok sikit c2

Anonymous said...

http://surauumri.blogspot.com/2011/10/muallim-ulama-tersohor.html

tengok sikit c2