Innalillahi wainna ilaihi roojiunn...kembalinya ulamak tak berganti... Allah Allah..
Tuan Guru Haji Salleh bin Sheikh Osman Jalaluddin merupakan Tuan Guru di Madrasah Manabi Ul Ulum, Penanti, Bukit Mertajam (atau lebih dikenali dengan Pondok Penanti),telah kembali menemui Illahi pada hari ini 29 Jan 2012 di Mekah pukul 12.00 tengahari waktu Saudi.
Beliau merupakan anak lelaki kepada ulama terkenal iaitu al Marhum Sheikh Osman Jalaluddin (Pengasas Madrasah Manabi Ul Ulum, Penanti, Bukit Mertajam iaitu Pondok Penanti , Pengarang Kitab dan Murid Tok Kenali).
Beliau adalah seangkatan (satu batch) dengan al Marhum Tuan Guru Haji Hashim Pasir Tumboh, al Marhum Tuan Guru Syeikh Daud Malau dan al Marhum Tuan Guru Haji Omar Zuhdi Pondok Lanai Kedah.
Jasa-jasa beliau menaburkan ilmu dan mendidik anak-anak bangsa sangat bermakna. Pemergian beliau merupakan satu kehilangan permata mutiara yang tiada tukar gantinya . Semuga murid-murid beliau menyambung perjuangan beliau dan jariyah ilmu-ilmu beliau. Semuga Allah maafkan dan ampunkan dan rahmati beliau. Semuga di Masukkan beliau kedalam syurga yang tertinggi bersama Para Nabi , Syuhada dan awliya dan soolihin. Amin.

Al-Fatihah
No comments:
Post a Comment