Saturday, May 14, 2011

Taksub?.. nasihat al Marhum Sheikh Athiyah Shaqar





Alangkah bahagianya hati saya, pada satu pagi jumaat, kawan saya Ustaz Yusri Mazlan mengajak saya sembahyang jumaat di masjid berdekatan rumah malikul fatwa mesir, Al Allamatus Sheikh Athyiah Shaqar. saya bergegas bersiap dengan Ustaz Azlan Abd. Lathif. Rupa ceria dimuka masing-masing jelas nampak. Semenjak sebelum saya menjejak bumi Mesir telah terdengar dan terhidu keharuman nama Raja Fatwa ini ..

Perjalanan ketempat beliau menaiki tube, ustaz yusri menceritakan ulamak besar ini biasa saja naik keretapi bawah tanah ni , kalau ke bandar Kaherah. Hanya pakai gamis kampung dengan tasbih ditangannya beliau sentiasa disapa orang ramai dalam keretapi.

Selepas sembahyang jumaat, orang ramai berhimpun keliling ulamak besar ini , saya perhatikan beliau duduk didalam masjid setelah selesai sunat jumaat tak henti-henti orang datang bertanyakan soalan kepada beliau dan beliau menjawab setiap soalan dengan pantas , lancar, dan dalam bahasa fusha, kadang-kadang bahasa amiiah.

Lebih dari 40 minit saya dan ustaz yusri dan ust. azlan menunggu dan memerhatikan lakuan dan himbauan nur ilmu beliau.

Dirumah beliau sangat ramah, beberapa soalan diajukan kepada beliau. Antaranya yang masih saya ingat, soal Nur Muhammad, hadisnya, perawinya. .. nampaknya beliau seperti ulamak yang lain, tetap mengatakan isu Nur muhammad adalah soal khilaf ulamak. Tetapi Jumhur ulamak setuju dengan konsep Nur Muhammad .

Beliau bercerita , pernah sampai Malaysia, Bali , Indonesia, India , dan lain-lain Negara.

Sebelum keluar dari rumah beliau, beliau sempat menunjjukakn bilik khas beliau beribadat. Penuh dengan kitab. Atas bawah, tepi kiri kanan.. semua kitab.

Beliau beramal juga dengan tarikat sufi.. kalau tak salah ingat saya Tarikat Khalwatiyah.


Tapi satu perkara yang membuat saya sungguh minat dengan Sheikh ini. ..................

Beliau TIDAK TAKSUB.

Beliau Sangat Alim . tapi beliau tidak taksub ... sehingga memandang orang lain rendah.... hidup low profile . Berjalan kaki kemasjid , kedai dan bertemu dengan orangramai.

Beliau berakidahkan Ashaariy, menyanjungi nya ... tetapi beliau tidak pula mengata-ngata kepada Orang Wahabi atau mana-mana fahaman Salafi.

Beliau bergaul dengan Tarikat Sufi ..tapi tidak pula membenarkan kata-kata atau perbuatan yang bercanggah dengan akidah dan syariah. Tidak pula membenarkan kata-mengata yang dilemparkan kepada Tarikat Shufiah.

Beliau sangat Mahir ilmu fiqahnya... tapi tidak pula ditolak pendapat -pendapat Ibnu Taimiah yang dipandang sesuai dan benar, atau tidak pula menolak fatwa dari mana-mana mazhab yang muktabar khasnya Mazhab yang Empat. Beliau sendiri Shafie, saya dengar cerita kawan, beliau ada mengarang Khulashah (ringkasan) kitab Raudhah karangan Imam Nawawi. wallahu a'lam.

Pernah saya menonton Rancangan TV khas untuk beliau , rancangan soal-jawab ugama, petang rabu.

Online. Beliau ditanya melalui talipon , tak henti-henti soal dan jawab beliau hingga habis rancangan.

Beliau akan menjawab soalan dengan jawaban menurut pandangan empat mazhab.

Sangat-sangat menarik, sentiasa beliau menjawab dengan Fusha walaupun soalan dalam Ammiah. ...

Inilah satu-satunya Sheikh diMesir yang pernah saya jumpa yang sangat menarik hati saya sehingga setiap kali saya tatap gambar beliau, teringat seorang Almarhum Guru saya , Tuan Guru Sheikh Daud bin Hasan , pondok Malau, Kulim , Kedah. Mudahan-mudahan Allah Rahmati dan Kasihani mereka.
------------------------------------------------------------------------------------------


1 comment:

sirap bandung cincau said...

xsabar tungu sambunganye ni...=)