Wednesday, November 10, 2010

Ayahanda kepada Tuan Guru Haji Abd Raof Pondok Tampin telah kembali ke rahmatullah.. Al Fatihah


Innalillahi wainna ilaihi roojiunn... dan Al Fatihah buat Almarhum Haji Nurin bin Wok yang telah kembali ke rahmatullah pada 10 November 2010 kira-kira pukul 1 pagi hari Rabu dalam usia 80 tahun ,Telah meninggalkan 17 orang anak, berpuluh cucu dan beberapa orang cicit.
Merupakan Khalifah tua tarekat Naqshbandiah Khalidiah di Negeri Pahang. Sempat bersuluk dengan Tuan Sheikh Mahmud ( besan
Tuan Sheikh Abdul Wahab - Babus salam, Rokan)
di rumah suluk Chuah , P.D , Negeri Sembilan dan telah dilantik sebagai Khalifah oleh Tuan Guru Sheikh Mahmud Chuah. Semenjak usia beliau menjangkau 30 tahun mula masuk menjalani amalan tarekat tasauf. Diantara tarekat yang beliau ceburi ialah pada awal usia belia ialah Tarekat Samaniah, kemudian Ahmadiah dan akhirnya beliau istiqamah dengan Naqshabandiah Khalidiah.

Setelah kewafatan guru beliau Tuan Sheikh Mahmud Chuah, Semasa hayat beliau dalam kesihatan , beliau kerapkali hadir dimajlis suluk di rumah suluk Ulu Gali , Raub Pahang. Beliau bermulazahmah dengan almarhum Tuan Guru Haji Muhammad Arif (Imam Tambi) dan beberapa kali khatam suluk 40 hari disitu.

Beliau selalu dan seringkali menasihati anak-anak dan cucu beliau supaya membanyakkan belajar ilmu agama dengan berkitab , berguru dan mesti banyak berzikir dan ingatkan ALLAh ta'ala. Selalu mengulang-ulangkan kaifiat zikir lathaif 7 dan kaifiat-kaifiat zikir-zikir ,dalam nasihat dan kata-kata ingatan beliau, sehingga anak cucu beliau
faham akan kedudukan dan keyakinan beliau.
Beliau sangat yakin , zikir adalah satu-satunya cara yang boleh meyelamatkan iman ketika sakratul maut.
Semasa nazak beliau , telah berpesan kepada semua anak cucu supaya menjaga sembahyang lima waktu dan hutang-piutang beliau dijelaskan.
Almarhum telah menghembuskan nafas terakhir dalam keadaan Zikrullah dengan disaksikan dan ditalkin oleh anaknda kesayangan beliau iaitu al Ustaz Abd Raof.

Semuga Allah membalas semua kebaikan beliau semasa hayat dan mengampuni dan menghapuskan semua kesalahan dan kesilapan beliau dan memasukkan beliau kedalam syurga Jannatul Firdaus yang tertinggi , bersama para Anbiya , Syuhada , Shidiqqin dan Ulama -amilin dan Sholihin. Amin . Al -Fatihah kepada Ruh beliau....

1 comment:

Abu Muhammad said...

Salam Takziah buat Ustaz sekeluarga. Moga almarhum ditempatkan bersama para sholihin.

اعطم الله اجرك
و احسن عزاءك
و غفر لميتك
.... الفاتحة