Wednesday, April 28, 2010

Daeng Sedili Mufti Pertama Perak.



alfatehah kepada kerabat diraja yang alim ini. al fatihah.
----------------------------------------------------------

Megat Jaafar merupakan seorang anak raja dari Bugis (daerah Luwuk Sulawesi) yang datang ke negeri Perak pada zaman pemerintahan Sultan Muzaffar Syah (III) (1728-1756).

Pada 1743 beliau, yang bergelar Haji Besar, berjaya menghapuskan lanun di Pulau Sembilan dan menyerahkannya kepada Sultan Muzaffar Syah. Beliau kemudiannya dikahwinkan dengan adinda baginda yang bernama Raja Tengah, dan dilantik menjadi Mufti Perak. Kemudian beliau dilantik menjadi orang besar Perak dengan gelaran Maharaja Lela Tan Putera Pancung Tak Bertanya dan dijadikan pengawal peribadi sultan.

Makam beliau telah digazet pada 21 Februari 1980 dengan nombor gaset P.U. (A) 45 Daerah Kuala Kangsar, Mukim Sayong, Lot No. 1803.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.




No comments: