Assalamualaikum semua.. saya ditanya soalan yang sama dan hampir sama... adakah benar ini gambar imam ghazali hujjatul islam, pengarang kitab2 fikah al wajiz, al basith , al wasith , prngarang kitab2 ushul fikh , pengarang Ihya Ulumiddin yang terkenal, pengarang kitab2 ilmu Tawhid dan lain2..?.,,, . Saya hanya menjawab : Saya ada terjumpa dalam buku Kiyai Haji Sirajjuddin Abbas bertajuk "Kemuskilan Agama - mengandungi lima puluh soal-jawab keagamaan." (bukan buku 40 masalah agama ) mengatakan beliau tidak setuju gambar tersebut sebagai gambar imam ghazali.. beliau ada menyebutkan dalam mausuah arabiyah halaman 611. kalau tak silap saya , itu gambar buatan jibran khalil jibran... seorang pelukis Libnan beragama Kristian lahir pada tahun 1883 tinggal dunia diamerika tahun 1931. .. jadi.. pada pendangan saya (Haji Abd Raof ni la).. Tidak seyogia dan tidak bagus kalau gambar yang sepertiitu dinisbahkan kepada al Imam Ghazali,, Tokoh Islam yang utama dalam agama dan rujukan umat ini. lebih2 lagi le kalau yang menonjol2kan itu para asatizah dalam blog2 atau web mereka. lebih baik jangan la. wallahu a,lam kalau ada sesiapa pula yang tidak setuju dengan pendapat saya ini mungkin boleh ditambahkan maklumat dengan membuka buku mausuah arabiyah tersebut atau maklumat dari buku atau kitab yang lain .. kalau ada gambar2 yang hampir sama pun mungkin telah di edit dgn photoshop ke atau apa2 program mengedit gambar.. maka hakikatnya adalah ilustrasi yang satu juga.
2 comments:
saya pernah juga melihat gambar tersebut..yang versi warna.
rasanya macam bukan dan dilukiskan tanpa pandangan yang benar samada zahir atau batin.
jika benar benar gambar tentu akan ada sesuatu reaksi ' menggetarkan ' hati kita....
itu saja.
ana bersetuju dengan pendapat enta tu.dengan teknologi masa kini,pelbagai endaian mungkin terjadi.tidak mustahil gamba2 tersebut boleh diedit dan sebagainya bagi mengelirukan pengikut imam Ghazali selaku Hujjatul Islam.yang penting bagi kita sekarang, bukan wajah rupanya, akan tetapi ilmu yang ditinggalkannya kepada kita semua yang menjadi bekalan dan panduan untuk kehidupan kita seharian.
Wallaua'alam..
Post a Comment