Semasa saya masih dipangkuan asuhan guru-guru saya dipondok... saya faham laqob /gelaran al allamah adalah satu title yang sangat tinggi martabatnya sehingga mustahil adat dapat dicapai ulamak kemudian... tetapi alangkah ta'ajubnya saya ... pada satu ketika lebihkurang 7 atau 8 tahun yang lalu ketika saya hadir dimajlis hol dimasjid ba'alawi , bukit timah Singapore , saya telah dimaklumkan kehadiran al allamah al habib Salim al Syathiri dari Kota Tarim, Hadramaut , Yamen. al allamah ini kemudiannya telah memberi syarahan dimajlis tersebut dengan dipengerusikan oleh Habib Hasan. Saya mengamati-amati setiap butir kalimat beliau yang pada saya agak sukar ditangkap disebabkn dialek beliau. Rupa-rupanya beliau memang sangat alim. dan memang patut dengan laqob yang dinisbahkan kepada beliau. Pengerusi kemudiannya telah menjemput Habib al Jufri ... saya pun dah tak ingat nama beliau, rasanya beliau ni masih ada di Singapore, Habib al Jufri memberi ulasan dan terjemahan kemudiannya menjelaskan biodata Al Habib Salim . Bermula dari peristiwa tersebut hati saya bercita-cita untuk ke Tarim , melihat dan menyelami sendiri pengalaman disitu....Alhamdulillah lebih kurang 4 tahun lepas saya sampai diKota Tarim. Sempat bermulazamah beberapa kali dgn al Allamah Habib Salim al Syathiri ini. Di Masjid, dirumah dan di Rubath, beliau mengajar tanpa memegang kitab lagi. Para murid menadah dengan bacaan Muqri.. kesalahan bacaan dan ulasan diberikan dengan spontan oleh beliau. Sebelum kembali kemalaysia, saya menziarihi kali terakhir dan beliau offer kpd saya kalau saya mau apa2 kitab sebagai hadiah dari beliau. oleh kerana saya sibuk sangat bersiap, ketika itu terlupa menuntut hadiah dari beliau. Tetapi , hikmah bijaksana Tuhan, rupa2nya hadiah yang lebih besar saya dapati dari al allamah ini, baru beberapa hari ini. Alhamdulillah. Tu le ijazah kat tepi tu.. tu hadiah besar tu.. tak boleh dinilai lagi dgn duit , emas perak..
1 comment:
slm. ustaz... kalau prempuan hajat utk ke hadramaut, utk talaqqi dgn habib salim, boleh ke?
-berapa tambang pergi balik dari klia
-naik MAS ke?
ana memang hajat nak ke hadramaut..
Post a Comment