Seperkara lagi perlu diingatkan bahawa, untuk menambah lagi ganjaran pahala mengiringi pahala sepanjang Ramadhan, adalah dituntut supaya berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ" رواه مسلم.
Ertinya: Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan kemudian mengikutinya (dengan) berpuasa enam hari daripada bulan Syawal nescaya mendapat pahala sepanjang masa,
Ini suatu perkara yang selalu dilupai dan terlupa. Jangan sekali-kali dilupa-lupa. Kalau boleh yang terbaiknya , berpuasalah mula dari 2 syawwal, kerana menunjjukan kesyukuran . Berpuasa seawal begini adalah sebahagian daripada amalan para Salafusholeh yang sangat patut dicontohi..
No comments:
Post a Comment