Kisah Negeri Tengah Gunung.
Sebelum mula menyelam cerpen ni .. mulakanlah dengan -- Cerita ini adalah semata-mata rekaan….takde kaitan dgn yang hidup maupun yang sudah tinggal dunia.
Bab satu:
Maka tersebutlah al-kisah dinegeri “tengah gunung”, dimana terdapatnya Maharaja yang tinggi ilmunya dan tenung makrifatnya. Semua anak Negara dalam kesedihan disebabkan hubungan terjalin dengan “anak alam” - “tecedra” disebabkan kesilapan tok pawang menujum dalam air nujumannya mengatakan maharaja tidak asli keturunannya , “adake pulak dikata oleh sipawang bapa kepada bapa maharaja orang kebanyakan bukan darah raja yang mengalir dalam tubuh maharaja…” inilah yang jadi penyebab murka maharaja dan duka-nestapa anak Negara.
Dulu-dulu,,, entah berentah , berapa lama masanya ,, waktu itu …
Sementara pawang yang pernah berjumpa maharaja sekali-sekala semasa berselisih membeli-belah barangan dapur, ketika permaisuri masih beradu dibuaian diraja, aah ….itu semua cerita lama. Masa itu sipawang yang masih anak-anak ,, selalu merafak sembah pada maharaja ketika bertemu dilaluan Maharaja, sebab pawang tau turunan Maharaja memang jelas betul turunannya. Berdarah Raja, lagi panglima. Sempat menuntut dengan guru-guru Maharaja Seberang yang handal-handal ilmu persilatan dan kayu-kayan. Sebabitu Istana Maharaja bukan sebarangan. Rasuk, tiang , gelegar, siku-siku, sendal dan tongkat pintu tingkap, bukan mainlah tegap-tegapnya. Sekali ditiup angin putting beliung.. tak begerak-gerak pun dengan takdir dan izin Allah s.w.t.
Maharaja juga sempat berguru dengan “Raja Puncak Gunung” , handal ilmu besi dan air. Sebab tu Maharaja sangat kebal dengan hujanan panah dan tikaman lembing, pisau parang kapak dan cangkul yang tak bermata maupun bermata.
Maharaja juga kebal dari sengal-sengal pada kata-kata yang tak bernas. Yang buat kacau bilau negeri. Sebab maharaja dah terbiasa minum air keramat mentera kitab-kitab bernas masa menuntut dulu-dulu.
Masa tu pawang belum tau apa-apa tentang ilmu pawang lagi. Masa tu pawang kalau nak beli barangan , kalau kebetulan bertemu Maharaja , akan selalu minta petunjuk Maharaja, mana satu barangan berharga dan bernilai. Mana satu kayu dan paku pakis yang ori mana yang plastik. Masatu…. Pawang masih lagi teragak-agak kalau nak membeli,, bajet tak cukup kalau-kalau terlebih oder barangan, duit takde dalam poket.
Maharaja laaah yang hulurkan sekeping dua kupang duit pecukup bayaran.
Masatu… kalau ade pedagang-pedagang luar datang dengan tongkang bahtera penuh muatan, pawang akan terlonjak-lonjak kesukaan ,,, terlompat-lompat,,,, sambil tangan pawang menguis-nguis tangan kearah maharaja lalu ditunding jari arah laut … untuk alihkan perhatian maharaja.
Mengikut sejarah, sipawang memang pernah juga berguru dengan simaharaja sekali sekala. Bertanya hukum tilik tenung dalam air dan tanah serta telur bergolek. Ditambah bertih goring dengan susu lembu asli. Ilmu sipawang kadang-kadang menjadi kadang-kadang tak jadi. Hal ini maharaja sangat arif. Sebab kelengkapan persediaan pawang untuk masuk menyelami ilmu-ilmu rohani sangatlah dangkal. Ini bukan tekaan simaharaja semata-reka. Maharaja sangat arif ilmu gerak dan pernafasan , ilmu yang pernah dituntutnya dengan tok pawang gunung sejati.
Pernah satu ketika pawang meneka dan menujum orang kehilangan kerbau. SiMaharaja dengan fihrasatnya nampak pada zihinnya lembu hilang dipekan Kuala Peluang. Kalau cari disitu memang ada, insyallah jumpa lah , kata maharaja. Tapi pawang meyanggah , tidak tidak , sekali-kali tidak. Kerbau ada dalam kandang tepi Tasik Keluang. Akhirnya yang nyata fihrasat maharaja jua yang betul.
Banyak kali juga, maharaja bersanggah tilikan dengan pawang. Sekali tu , pawang berpetua boleh bermasjidkan tanah milik pribadi seseorang, takada masalahnya. Maharaja menilik , tanah masjid itu mesti diwakafkan, kalau tidakpun akan terwakaf juga , kalau tidak nanti masalah besar akan timbul. Setelah dibelek-belek kitab-kitab jampi mentera zaman dulu-dulu nyata maharaja jua yang betul benar tilikannya. Untungnya, mujur juga tuan tanah mau mendengar titah maharaja. Kalau tidak memang perang hangit adek-beradek tak bertegur sapa.
bersambung..
1 comment:
aiii boleh tahan satra ..heh heh.
Post a Comment