Friday, December 31, 9999

"IF YOU TO COUNT THE BOUNTY OF ALLAH, YOU CAN'T"


Amma ba,du.
Selamat berkenalan kepada para penjaring . Semoga Allah memberi manfaat kepada kita pada segala nikmat yang telah dianugerahkan kapada kita.
Bersyukur maksudnya, melaksanakan semua fungsi nikmat yang telah di anugerahkan menurut perintah Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w.

Contohnya , kita melihat al-Quran ,membaca dan menghafaznya, ini bermakna kita bersyukur dengan nikmat mata, lidah, fikiran dan hati.


Sebalik nya jika kita melihat, berkata dan mengingati perkara yang dilarang Allah , akan membawa maksud , kita tidak bersyukur terhadap nikmat-nikmatNya , sekalipun kita tidak memahami keadaan-keadaan tersebut.
wassalam.
pondok_tampin@yahoo.com




As Sultan Muhammad Al Fateh.
Hadis yang telah diriwayatkan oleh Al Bukhari dalam Tarikh al Kabir dan al Saghir, Imam Ahmad dalam al Musnad , al Bazar , Ibnu Khuzaimah, al Thabarani , al Hakim telah mensahihkannya dan telah diakui pentashihhan al Hakim tersebut oleh al Zahabi, Imam Sayuthi telah merumuzkan hadis tersebut dengan tanda "Sahih" dalam Jamik al Saghir beliau. Iaitu hadis :

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير اميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش
"Akan ditawan kota Kostantiniah , maka (yang dapat menawannya adalah) Sebaik-baik Raja , adalah Rajanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya .."... Maka adalah suatu yang tidak dapat dinafikan didalam sejarah, bahawa Sulthan Muhammad al Fateh ( yang dapat menawan Kostantaniah lalu menukarkannya menjadi Islambuli/Istanbuli).



Setiap Insan wajib mencari kebenaran . Kebenaran setiap hari dipohon kepada Tuhan, 17 kali sehari. Ihdinashirothal mustaqim. Apakah shirotal mustaqim itu?. Tiada lain melainkan shirothal lazina an am ta alaihim, minanabiyyiina washiddiqqin washuhada i washolihin. Jalan yang lurus itu ada lah jalan orang yang telah diberi pertunjuk dari kalangan para Nabi, Orang Shidiq (yang benar seluruh keadaannya) , Orang yang syahid dan Orang yang solih.

Memahami keadaan ini, yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t "JALAN YANG LURUS", bukanlah semata-mata dengan meneliti al-Quran dan al-Hadis sahaja tanpa menoleh kepada manusia dikalangan para hambaNya yang terpilih, yang telah mengikuti al-Quran dan al-Hadis dengan cara yang benar. Maka mengikuti Para Nabi a.s , Para Ulama r.a yang soleh yang beramal dengan ilmunya, menuruti fatwa mereka yang sahih, mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) adalah terkandung dalam intisari surah al-Fatihah. insyallah.. Adalah fahaman yang salah dan menyeleweng , jika dikatakan mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) sebagai tidak mengikuti al-Sunnah/al-Hadis. Wassalam.