Wednesday, July 31, 2013
Soal 8 : Mekah sudah menyambut aidil fitri sehari
sebelum saya berangkat pulang ke tanahair. Pada hari saya sampai di
KLIA dari Mekah, didapati orang Malaysia masih berpuasa lagi, pada baki
hari tersebut saya diwajibkan imsak, soalanya adakah perlu saya qodho puasa untuk hari itu?.
Jawab : Ya , wajib diqodhokan. wallahu a'lam.
Nasnya : kasful Litham mukasurat 101 juzuk 1.
Jika musafir seorang kepada tempat yang jauh sekira-kira bersalahan mathla' nya, wajiblah atasnya ia mufakat puasa pada akhirnya dan jika sudah ia hariraya maka didapat merekaitu lagi puasa , wajib imsak pada harinya, MAKA ZAHIRNYA WAJIB QADHO PULA SEHARI , kerana berbuka ia didalam Ramdhan , lagi kerana ia jadi ahli negeri itu , tiada diiktibarkan lagi yang ia musafir daripadanya.
Jawab : Ya , wajib diqodhokan. wallahu a'lam.
Nasnya : kasful Litham mukasurat 101 juzuk 1.
Jika musafir seorang kepada tempat yang jauh sekira-kira bersalahan mathla' nya, wajiblah atasnya ia mufakat puasa pada akhirnya dan jika sudah ia hariraya maka didapat merekaitu lagi puasa , wajib imsak pada harinya, MAKA ZAHIRNYA WAJIB QADHO PULA SEHARI , kerana berbuka ia didalam Ramdhan , lagi kerana ia jadi ahli negeri itu , tiada diiktibarkan lagi yang ia musafir daripadanya.
Monday, July 29, 2013
Masalah -masalah puasa.
Masalah -masalah puasa.
1. Saya berada dimalaysia , kemudian waktu zohor saya terbang ke mekah untuk umrah, adakah pada hari Itu saya boleh berbuka sebab musafir?.
2. Saya dimalaysia, masih belum berpuasa, berangkat ke mekah sampai dijeddah mereka sedang puasa, adakah saya wajib puasa pada hariitu, kalau puasa, bila masa permulaannya?.
Jawab: Anda tidak boleh lagi berpuasa selagi anda masih dimalaysia, maupun dalam flight ke jeddah, cuma bila anda mendarat saja dijeddah atau madinah yang sedang berpuasa, wajiblah anda IMSAK , iaitu menahan diri dari makan minum dan buat perkara yang membatalkan puasa sehingga masuk waktu berbuka.
3. Saya faham , saya sedang safar, dan keadaan safar yang diharuskan berbuka itu adalah hari berikutnya, sebab saya mula safar lepas masuk subuh . Soalan saya , perlukah saya meniatkan dengan jelas dalam hati saya, saya berbuka ini sebab saya musafir?.
Jawab: Ya, perlu sebab disyaratkan pada halal berbuka sebab uzur,mestilah niat tarakhhus ترخص (kemurahan/syariat memberi kemudahan) berbuka sebab safar atau sakit. Maka berniat berbuka sebab safar itu wajib, semasa mula berbukanya.
4. Mana terbaik , sedang safar, terus berpuasa atau berbuka?.
Jawab: Puasa afdhal (terbaik), jika tiada uzur lain melainkan safar.
5.Saya berada dimekah yang sedang menyambut aidil fitri, berangkat pulang kemalaysia, sampai di KLIA , orang malaysia masih puasa baki 2 hari lagi. Bagaimana dengan keadaan saya, wajib puasa kah atau tidak?.
Jawab: Anda wajib imsak pada baki hari mula sampai diKLIA itu, kemudian pada hari berikutnya anda wajib ikut berpuasa bersama2 orang malaysia. Wallahu a,lam.
Rujukan soal- jawab 5 masalah itu - Kitab Sabilul Muhtadin littafaqqahu fiddin - Sheikh Arshad al Banjari - m.s 98 juzuk kedua.
1. Saya berada dimalaysia , kemudian waktu zohor saya terbang ke mekah untuk umrah, adakah pada hari Itu saya boleh berbuka sebab musafir?.
Jawab: Tidak harus iaitu tidak dibolehkan berbuka puasa ramdhan pada
hari itu sekalipun sedang dalam safar, sebab anda memulai safar setelah
masuk waktu wajib berpuasa iaitu sebelum zohor , masih dimukim.
2. Saya dimalaysia, masih belum berpuasa, berangkat ke mekah sampai dijeddah mereka sedang puasa, adakah saya wajib puasa pada hariitu, kalau puasa, bila masa permulaannya?.
Jawab: Anda tidak boleh lagi berpuasa selagi anda masih dimalaysia, maupun dalam flight ke jeddah, cuma bila anda mendarat saja dijeddah atau madinah yang sedang berpuasa, wajiblah anda IMSAK , iaitu menahan diri dari makan minum dan buat perkara yang membatalkan puasa sehingga masuk waktu berbuka.
3. Saya faham , saya sedang safar, dan keadaan safar yang diharuskan berbuka itu adalah hari berikutnya, sebab saya mula safar lepas masuk subuh . Soalan saya , perlukah saya meniatkan dengan jelas dalam hati saya, saya berbuka ini sebab saya musafir?.
Jawab: Ya, perlu sebab disyaratkan pada halal berbuka sebab uzur,mestilah niat tarakhhus ترخص (kemurahan/syariat memberi kemudahan) berbuka sebab safar atau sakit. Maka berniat berbuka sebab safar itu wajib, semasa mula berbukanya.
4. Mana terbaik , sedang safar, terus berpuasa atau berbuka?.
Jawab: Puasa afdhal (terbaik), jika tiada uzur lain melainkan safar.
5.Saya berada dimekah yang sedang menyambut aidil fitri, berangkat pulang kemalaysia, sampai di KLIA , orang malaysia masih puasa baki 2 hari lagi. Bagaimana dengan keadaan saya, wajib puasa kah atau tidak?.
Jawab: Anda wajib imsak pada baki hari mula sampai diKLIA itu, kemudian pada hari berikutnya anda wajib ikut berpuasa bersama2 orang malaysia. Wallahu a,lam.
Rujukan soal- jawab 5 masalah itu - Kitab Sabilul Muhtadin littafaqqahu fiddin - Sheikh Arshad al Banjari - m.s 98 juzuk kedua.
6. Saya terbaca satu Buku soaljawab agama, tertulis: sembahyang dibelakang ahli sifat 20 makruh tapi Sah. Macamna tu ?.
Jawab: Tidak makruh , itulah yang afdhalnya sebab imam itu akidahnya terpelihara dari bid'ah.
7. Soal: mengawal Dan menghilangkn ingatan Ingin buat maksiat ketika sedang puasa, adakah perlu?.
Jawab: Sangat mustahak tapi tidak wajib pada zahir ilmu fekah.
Thursday, July 25, 2013
Saturday, July 13, 2013
[Ramadhan Al Mubarak 1434H] Marhaban Marhaban.. Ahlan Ahlan.. Wa Sahlan.. Ya Marhab
Bulan Ramdhan - sebagai pendidik (murabbi) yang sangat berkesan. Rahmat Allah
yang melimpah ruah diturunkan dibulan Ramdhan telah membendung rohani dan
jasmani insan untuk dihalakan kepada ibadat dan ubudiyyah.. Ahlan Wa Sahlan..
"Ya ALLAH daku berpuasa kerana Mu ya ALLAH..."
Assalamualaikum, dengan segala hormatnya.. Al Fadhil Tuan Guru Ust Haji Abd Raof serta Warga kerja pondoktampin mengucapkan Selamat menyambut Puasa Ramadhan bagi Tahun 1434H yang diberkati.
Utk renungan bersama :a) Adab puasa di bulan ramadhan : sini
b) Nasihat : sini
c) Persoalan berkaitan Ibadah Puasa :
i)Hukum-Hakam dlm berpuasa
ii)Fidyah dan mengqadho puasa simati
Contoh doa/selawat sepanjang puasa :
Friday, July 12, 2013
HUkum-hukum dalam berpuasa.
Ada beberapa perkara berkenaan hukum
fekah dalam kitab puasa yang saya hendak catitkan sedikit sementara ingat.
1. Tentang batalnya puasa. , bila seseorang yang sedang puasa dengan tidak sengaja , termasuk air kedalam rongga badan contohnya telinga atau mulut, walaupun sedang janabah, haid, nifas dan mandi Sunat- dipaip , pancuran air, telaga atau kolah dengan bersiram. Perlu diperhatikan , yang tidak batalnya , jika termasuk air mandi dengan tidak sengaja kedalam rongga adalah ketika mandi dengan tidak menyelam sahaja- Kitab sabilul muhtadin , muka surat 140 juzuk kedua. maksudnya , jika menyelam ?, hukumnya batal puasa.
Nasnya : dalam Sabilal Muhtadin menyebut,
"Adapun jika termasuk air ke dalam rongga orang yang mandi wajib seperti
mandi haid atau nifas atau janabah atau mandi sunat maka TIDAK BATAL
puasa dia dengannya."
"Itupun jika dia tidak menyelam tatkala mandi. Jika dia menyelam lalu
termasuk air ke dalam rongganya, tatkala itu BATAL puasa dia dengannya.
2. Adapun jika mandi bukan dengan
Niat mandi wajib atau mandi Sunat, contohnya- hanya niat mandi berseronok,
bersejuk-sejuk saja, jika termasuk air kerongga dengan tidak sengaja? .
Hukumnya , batal puasa. Rujuk sabilul muhtadim di mukasurat yang sama.
Batal puasa pada masalah no 2 ,
walaupun mandi menyelam atau bersiram. Asalkan termasuk saja , batal lah puasa.
Ini perkara patut sangat diperhatikan dibulan yang mulia ini.
Nasnya : dalam Sabilal Muhtadin menyebut " Adapun jika termasuk air kedalam rongga yang mandi kerana menyejukkan badan atau kerana membersihkan dia atau termasuk air pada yang keempat kali daripada madmadhah atau istinsyaq maka batallah puasa dengan dia".
Nasnya : dalam Sabilal Muhtadin menyebut " Adapun jika termasuk air kedalam rongga yang mandi kerana menyejukkan badan atau kerana membersihkan dia atau termasuk air pada yang keempat kali daripada madmadhah atau istinsyaq maka batallah puasa dengan dia".
3. Tidak batal puasa jika hanya
Korek lubang hidung contohnya dengan jari jika tidak sampai had di pangkal
khaisiyum iaitu pangkal hidung. Sekalipun tidak elok korek hidung waktu puasa
ni , lebih lagi korek korek depan manusia ramai. Ini masalah juga terdapat
kekeliruan sebahagian orang sebab tidak faham ibarat ulamak - makruh
berlebih-lebihan memasukkan air kedalam hidung ketika wudhu, ketika puasa-
kenapa makruh sahaja, tidak haram?. Itu menunjukkan tidak batal memasukkan sesuatu kedalam lubang hidung jika tidak sampai had yang membatalkan. wallahu a'lam.
Saturday, July 06, 2013
TUAN GURU BESAR PONDOK SELIGI, PASIR MAS , KELANTAN, meninggal dunia.
Dukacitanya yang bersangatan dimaklumkan ,
telah kembali kerahmat Allah , Tuan Guru Pondok Seligi- Baba Hamid pada
petang khamis kelmarin dan telah disemadikan sebelum sembahyang jumaat
semalam. Beliau merupa ulamak tua , yang sangat mahir ilmu Tawhid ,
sempat belajar dengan Pak Da eil Mekah. Rakan seperjuangan Guru saya al
marhum Tuan Guru Haji Yahya pondok kampong teluk. Penah sekali beliau
datang ziarah ke pondok tampin dan mencurahkan ilmu dan nasihat yang
bernas.. Semuga Allah cucuri rahmatNya keatas roh beliau, kasihani
beliau, masukkan beliau kedalam gulungan solihin... amin amin... ya
robbal alamin.. al fatihah kepada ruh beliau..
TUAN GURU BESAR PONDOK SELIGI, PASIR MAS , KELANTAN, meninggal dunia.
TUAN GURU HAJI HAMID BIN HAJI DAUD. MENINGGAL JAM 7.55 MALAM , SELEPAS MAGHRIB , HARI KHAMIS MALAM JUMAAT.
Tahlil Arwah dan Bacaan Quran untuk Arwah sepanjang Ramdhan
Kepada sesiapa yang hendak berkongsi untuk buat tahlil arwah sepanjang ramadhan ini yang akan dibuat dipondoktampin sila dapatkan borang penyertaan dengan emailkan alamat email anda ke pondok_tampin@yahoo.com. Syukran.
Monday, June 24, 2013
Selamat Datang Wahai Tuan Murabbi , Sheikh Ramdhan
Sya,ban
,, pintu Ramdhan. Dibulan ini kita berlatih untuk bersedia dengan
latihan puasa, menahan lapar dahaga dan latihan ibadat untuk menyambut
Ramdhan yang mulia. Bulan Ramdhan - sebagai pendidik (murabbi) yang
sangat berkesan. Rahmat Allah yang melimpah ruah diturunkan dibulan
Ramdhan telah membendung rohani dan jasmani insan untuk dihalakan kepada
ibadat dan ubudiyyah. Sekalipun Mahaguru Ramdhan tidak bertubuh dan
berjisim, tetapi pengajaran dan asuhannya sangat berbekas dijiwa insan .
Mukmin sejati sangat merindui mu wahai sang guru... Tuan Sheikh
Ramdhan - Allah sucikan rahsia Sheikh Ramdhan... Marhaban marhaban ,,
ahlan ahlan.. wa sahlan.. ya marhab ..
Saturday, June 22, 2013
Al Quran Digital- pembantu para penghafal al Quran dan Hadis.






BANTULAH ANAK DAN SAUDARA , MENGHAFAL AL QURAN DAN HADIS.
DAPATKANNYA DENGAN HARGA TERMURAH.
ALQURAN DIGITAL (1 YEAR MALAYSIA WARRANTY)
Terdapat
4 Qari yang terkenal di dalam set ini:
- Al
Sheikh Sa’ad Al-Ghamidi
- Al
Sheikh Abdul Rahman Al-Sudais
- Al
Sheikh Abdul Basit
- Al
Sheikh Mohamed Siddiq El-Minshawi
Set ini
datang bersama:-
- Pen Digital
AlQuran (berfungsi untuk memainkan audio semua bahan-bahan bacaan di dalam set
ini)
- AlQuran
(Rasm Uthmani)
-
Muqaddam (Belajar asas membaca AlQuran)
- Bacaan
asas dalam solat, azan, iqamat
- Bacaan
doa-doa harian
- Bacaan
Asma ul Husna
- Bacaan
doa-doa haji dan umrah
-
Nasyid-nasyid terpilih
- Sahih
alBukhari
- Bacaan
asas komunikasi (Travel Dictionary in Arabic, English, French, German,
Portuguese, Spanish, Turkish, Dutch, Russian, Italian, Thai, Japanese, Korean,
Chinese)
- Buku
manual cara penggunaan Pen Digital
-
Warranty Card (1 Year Warranty)
- Charger
- USB
cable
-
Earphone
- Beg PVC
eksklusif dengan tangkai mudah bawa
Pen
Digital juga terdapat fungsi:
-
Terjemahan AlQuran dalam Bahasa Melayu & English.
-
Memperdengarkan ayat AlQuran berdasarkan nombor ayat, surah, mukasurat AlQuran
dengan tanpa membawa AlQuran.
-
Menyimpan file MP3 qari lain, nasyid, doa dan audio di dalam Pen Digital
melalui USB cable.
-
Mendengar menggunakan semua jenis speaker termasuk earphone, headphone dll.
- Kualiti
bunyi yang lebih baik, terang dan jelas.
- Butang
pilihan mode.
- Kawalan
nada bunyi.
Boleh
digunakan untuk:
-
memudahkan hafalan AlQuran dengan mendengar ayat AlQuran berdasarkan nombor
ayat, surah, mukasurat AlQuran (tanpa membawa AlQuran).
- mempelajari
asas membaca AlQuran (Muqaddam).
-
meningkatkan mutu bacaan AlQuran.
-
mempelajari asas bacaan dalam solat.
-
dijadikan hantaran perkahwinan, pertunangan.
-
sumbangan & sedekah kepada masjid, madrasah, sekolah.
- hadiah
kepada pengantin, ibubapa, keluarga, sahabat untuk hari ulangtahun dll.
- mudah
dibawa kemana-mana.
YANG
PALING PENTING IALAH: JAMINAN (WARRANTY) MALAYSIA SELAMA 1 TAHUN
Harga
seunit RM210 nett.
*Caj
tambahan akan dikenakan untuk Pos Penghantaran (RM10 seunit (Semenanjung); RM20
seunit (Sabah/Sarawak)
*Harga
istimewa untuk yang berminat menjadi ejen.
Thursday, June 13, 2013
Bilal/ Tukang Bang membaca sesuatu ayat semasa Khatib naik mimbar khutbah jumaat - tiada asalnya?.
Soal: Baca satu ayat quran atau hadis untuk menaikkan khatib atau imam keatas mimbar khutbah jumaat , sepertimana yang biasa dilakukan orang , apa kaedah agama yang membolehkannya?.
Jawab: Menurut kitab Kasful Litham , perkara tersebut tiada asalnya dari Nabi s.a.w dan Salafus -sholeh , hanya yang diriwayatkan adalah bilal bertindak azan apabila masuk saja waktu juma'at, kemudian azan pula sekali lagi apabila khatib sudah duduk diatas mimbar. itu sahaja yang waridnya, atau yang ada ceritanya dari Nabi dan Salafu- soleh. Itu sahaja maksud yang tercatit didalam Kasful Litham muka surat 53 juzuk pertama.. Iaitu perkara bilal atau tukang bang membaca sesuatu ayat atau pegang tongkat sebelum khatib atau imam naik kemimbar , kemudian menyerahkan tongkat atau buku khutbah kepada khatib/imam - adalah perkara yang tiada ceritanya dari semenjak zaman Nabi s.a.w. Maka Tuan pengarang Kasful litaham yang sangat alim telah ditanya , adakah asalnya perbuatan itu dari Nabi?. Nabi pernah buat kah begitu, atau para sahabt pernah buatkah begitu?. Maka dijawab memang tiada ceritanya nabi pernah buat atau sahabat pernah buat. Setakat iatu sahaja jawapannya. Bukannya tuan pengarang mengatakan "TIDAK BOLEH BUAT" atau perkara itu bid'ah dan sebagainya. Oleh yang demikian perbuatan orang Nusantara yang beramal begitu telah dikomentari juga oleh Tuan Sheikh Daud Al Fathoni dalam kitab beliau Bughyatut Thullab , muka surat 213 juzuk pertama. Perbuatan Bilal atau Muazzin membaca sesuatu ayat atau hadis setelah Khatib atau Imam berada diatas mimbar , selepas azan kedua dilaungkan dan Khatib belum memulakan Khutbahnya, adalah Bid'ah Hasanah- iaitu perbuatan yang tiada contohnya dari Nabi s.a.w atau salafu sholeh tetapi dia nya dianggap baik dan dapat pahala , sebab masih tercakup dibawah kaedah-kaedah syariat agama. Maka , Kasful Litham hanya menyatakan secara umum, Bughyatul Thullah telah mencernakanya sehingga dapat diamalkan oleh umat Islam amalan tersebut. Wallahu a'lam.
Nasnya: Kasful Litham , muka surat 53 juzuk 1.
Bugyah Thullab muka surat 213 juzuk 1.
Wednesday, June 12, 2013
Monday, June 10, 2013
Tuan Tabal Qaddasa Allahu Sirrah.
al A,lim al Allamah Tuan Tabal- Semenjak 1984 saya mencari peluang kalau boleh ziarah makam Tuan Tabal, tapi tidak direzekikan berjumpa. Hinggalah khamis dan jumat minggu lepas dapat menziarahi ulamak yang sentiasa dihati, disebabkan ajaran beliau yang terkesan disanubari dalam kitab beliau Jilaaul qulub bi zikrillah- yang ertinya menyucikan hati dengan Zikirillah (ingatan kepada Allah). Sheikh Abdul Shomad Bin Soleh merupakan ulamak tua dizamannya. Beliau sempat berguru dengan Sheikh Ahmad Fathoni ( Guru Tok Kenali ) diMekah, sekalipun usia beliau lebih tua dari Tuan Sheikh Ahmad tapi oleh sifat Tawadhuk beliau , itulah jadinya.. Tuan Sheikh Abdus Shomad yang dikenali sebagai Tuan Tabal, bukan saja sebagai ulamak masyhur sezamannya, juga merupakan salah seorang penyebar amalan Tarekat Ahmadiah Idrisiah - Sidi Ahmad Idris terawal di Tanah Melayu. Beliau telah diijazahkan Tarekat Ahmadiah Idrisiah oleh Sidi Ibrahim ar Rashidi yang merupakan murid langsung kepada Sidi Ahmad Idris. Dari Tuan Tabal ini diturunkan terekat ini kepada anaknda beliau Tuan Guru Haji Wan Musa ( pernah menjawat jawatan mufti Kelantan) kemudian diturunkan kepada Tuan Guru Mua'llim Haji Wahid bin Osman (Pondok Madrasah An Nuuriah, Masjid Tanah , Melaka) kemudian diturunkan kepada Sidi Sheikhna Sheikh Ali ( Pulau Pinang) . Adapun al faqir ini telah menerima ijazah amalan tarekat Ahmadiah Idrisiah ini- yang tecakup didalamnya semua amalan asasi iaitu fatihatul awrad, zikir khusus, tahlil, selawat azimiah, istighfar kabir dan kitab ahzab serta semua perkara yang bersangkut dengan amalan Sidi Ahmad Idris dari Sheikhna Sheikh Ali dan beliau berkata beliau telah mengambilnya dari Mua'llim Haji Wahid. Alhamdulillah , saya pernah bertemu sekali sahaja dengan al Marhum Muallim . Dan dalam pertemuan itu beliau mengisyaratkan bahawa saya adalah dibawah ijazah dan tarbiyah Sheikh Ali. Allahu Musta'an...
Monday, June 03, 2013
Tunduk kepala semasa takbiratul ihram dan iktidal batal sembahyang?.
Soalan: Tunduk kepala , gerakkan kepala kebelakang semasa takbiratul ihram atau iktidal batal sembahyang?.
Jawab: Khilaf antara Ibnu Hajar dan Sheikh Ramli. Batal menurut Ibnu Hajar, Tidak batal menurut Sheikh Ramli. wallahu a'lam.
Kebanyakan orangramai berpegang dengan fatwa Ibnu Hajar, munkin disebabkan catitan dalam kitab yang sangat terkenal iaitu Hidayatus Shibyan karangan Tuan Husein Kedah yang mengatakan batal sembahyang. Padahal perkara khilaf. Mereka yang pegang Sheikh Ramli , tak batal lah sembahyanb mereka. Ini perkara ghorib pada sisi orang ramai.
Tuesday, May 28, 2013
Raja Bakul.. Mitos atau benar?
Raja Bakul , ceritanya mitos atau
benar?. Pensyarah di makam malikussoleh sabitknnya betul , pensyarah dimakam
sultanah nahrisyah bantah pula, katanya cerita dongeng....
Kubur nahrisysh yg dikatakan
penjaganya hanya replika saja, isinya kosong, pernah dibuka British . Binaan
berasal dari Turkie. Hubungan akrab antara turkie osmaniah dgn aceh dikala itu.
Sebelah replika tu la dikatakn kubur
sultanah nahrisyah. Maka raja bakul betul raja berdaulat, cerita dia nak kawin
dgn anaknya tu tak betul. Mitos saja, menurut penjaga makamnya... Wallahu a,lm.
Ada juga benda yang peliknya disini
Subscribe to:
Posts (Atom)





.jpg)
.jpg)
.jpg)


















