Tuesday, November 18, 2008

Ijazah dari Al allamah al Habib Salim al Syathiri



Semasa saya masih dipangkuan asuhan guru-guru saya dipondok... saya faham laqob /gelaran al allamah adalah satu title yang sangat tinggi martabatnya sehingga mustahil adat dapat dicapai ulamak kemudian... tetapi alangkah ta'ajubnya saya ... pada satu ketika lebihkurang 7 atau 8 tahun yang lalu ketika saya hadir dimajlis hol dimasjid ba'alawi , bukit timah Singapore , saya telah dimaklumkan kehadiran al allamah al habib Salim al Syathiri dari Kota Tarim, Hadramaut , Yamen. al allamah ini kemudiannya telah memberi syarahan dimajlis tersebut dengan dipengerusikan oleh Habib Hasan. Saya mengamati-amati setiap butir kalimat beliau yang pada saya agak sukar ditangkap disebabkn dialek beliau. Rupa-rupanya beliau memang sangat alim. dan memang patut dengan laqob yang dinisbahkan kepada beliau. Pengerusi kemudiannya telah menjemput Habib al Jufri ... saya pun dah tak ingat nama beliau, rasanya beliau ni masih ada di Singapore, Habib al Jufri memberi ulasan dan terjemahan kemudiannya menjelaskan biodata Al Habib Salim . Bermula dari peristiwa tersebut hati saya bercita-cita untuk ke Tarim , melihat dan menyelami sendiri pengalaman disitu....Alhamdulillah lebih kurang 4 tahun lepas saya sampai diKota Tarim. Sempat bermulazamah beberapa kali dgn al Allamah Habib Salim al Syathiri ini. Di Masjid, dirumah dan di Rubath, beliau mengajar tanpa memegang kitab lagi. Para murid menadah dengan bacaan Muqri.. kesalahan bacaan dan ulasan diberikan dengan spontan oleh beliau. Sebelum kembali kemalaysia, saya menziarihi kali terakhir dan beliau offer kpd saya kalau saya mau apa2 kitab sebagai hadiah dari beliau. oleh kerana saya sibuk sangat bersiap, ketika itu terlupa menuntut hadiah dari beliau. Tetapi , hikmah bijaksana Tuhan, rupa2nya hadiah yang lebih besar saya dapati dari al allamah ini, baru beberapa hari ini. Alhamdulillah. Tu le ijazah kat tepi tu.. tu hadiah besar tu.. tak boleh dinilai lagi dgn duit , emas perak..

Sunday, November 16, 2008

Secerah Langit

secerah langit ... adakalanya mendung lalu membawa hujan .. diharapkan hujan rahmat..

adakalanya guruh yang mengingatkan bahawa dunia bukan tempat kemanan sentiasa selamanya...

adakalanya petir yang menembak dan membakar kebatilan suu zan dan anasir anasir yang menggelapkan matlamat hidup..

ada angin bayu dan sepoi2 bahasa yang sangat menyenangkn bunga bunga dan kumbang kumbang bercanda.

pungguk yang rindukan bulan juga tidak ketinggalan berjaga malam menikmati keindahan yang sangat tenang...

angin kelembutan lathif dan halim ketuhanan yang bersifat jaamil membuai buai ciptaanNya.

diharapkan diakhir harinya tiada lagi guruh dan petir petir yang mengganggu keamanan sihamba untuk menumpu kepadaNya