Apabila kita dapati suatu kalam sesuatu maslah pada karangan dan suatu kalam pada fatwa maka yang dipegang adalah yang dalam karangan.
Bila kita dapati suatu kalam pada bab dan suatu kalam pula di bukan babnya , maka yang dipegang adalah yang dalam bab masalahnya itu.
إذا وجدنا فى المسالة كلاما فى المصنف و كلاما فى الفتوى فالعمدة على ما فى ما فى المصنف. و إذا و جدنا كلاما فى الباب و كلاما فى غير الباب فالعمدة على ما فى باب المسالة .- مطلب الايقاظ ص ٦٥.
Tambahan pula bila tidak disebut dalam babnya sendiri. apa yang mesti difaham?.. Yang ada sebut hanya bukan ditempat babnya. Maka hendaknya dirujuk pada tempat maslahnya bukan pada tempat babnya.
Contoh kaedah ini : Hadis amil zakat diletakkan dibawah bab lain iaitu bab hukum hakam mahkamah tidak diletakkan dibawah bab/kitab zakat padahal dia hadis berkaitan dengan amil zakat. Maka mestilah difahamkan yang bersesuaian dengan maslah2 yang berkaitan undang2 hukuman mahkamah. Iaitu suatu maslah yang ada kaitan dengan rasuah. Ini dikatakan wujud makna dalam dalam hadis itu iaitu wujudnya illah rasuah. Bila ada illah rasuah maka haram amil2 fitrah menerima hadiah. Bila tiada illah rasuah maka tidak haram menerimanya. Realiti yang berlaku tiad rasuah dalam kes lebihan duit yg dijadikan hadiah itu. Sebab amil2 fitrah hari ini tiada mempuyai kuasa atas semua pembayar fitrah dan dia juga tiada diturunkan kuasa untuk kuat kuasa undang2 atas sesiapa yang tidak membayar fitrah.
Ini boleh disemak dari syarah2an hadis berkenaan , boleh dikatakan hanya dikaitkan dengan kuasa iaitu "wilayah" atas pembayar2 zakat.
Imam Nawawi memberikan komen pada hadis itu dalam Kitab Syarah Muslim. beliau menunjjukkan ada illatnya pada larangan tersebut
و بين صلى الله عليه و سلم فى نفس الحديث السبب فى تحريم الهدية عليه و إنها بسبب الولاية
Telah menjelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis itu sebab diharamkan memberi hadiah kepada amil bahwa adalah dengan sebab Kekuasaan iaitu "Wilayah".
soalnya amil2 fitrah hari ini adakah sama dengan yang betlaku dizaman Nabi?. Adalah boleh bertindak menyaman orang yang tidak membayr fitrah ?. Makna "wilayah" diperhalus.
Cubalah mengkaji lagi hadis2 lain yang menjadi sababul wurud hadis tu?. Tidakkah kisahnya berkenaan amil yang memungut zakat haiwan ternakan?.
Kita bermazhab mesti ada metodnya untuk memahami hadis2 bukan hanya asalkan ada hadisnya sahaja.
Kita boleh jumpa dalam syarah2 hadis nitu yang mendetailkan bagaimana bentuk jadi amil yang pungut zakat haiwan ternakan tu salah guna kuasanya. Antara contohnya, bila pergi ke kawasan luar jauh dari orang ramai dia kira2kan nisab zakat patutnya 100 ekor maka dia offer pada tuan milik kambing tu, awak bayar ja 80 . 20 tu awak hadiah ke saya. nnyi saya catit dlm rekod 80 sahaja kadar nisabnya.



