2 buah kitab yang jadi rujukan utama para penuntut dan ulama dibidang fekah
mazhab Shafie.
pertama : I'anatutthoolobin juzuk 2 mukasurat 119.
kedua: Kasful Litham, juzuk 1 , mukasurat 82.
Soalan 1: Ustaz, mohon pencerahan. Bukankah Nabi s.a.w tutup
pakai pelepah tamar? Di sini tiada pohon tamar.Kalau pakai hukum qias, guna pelepah kelapa atau sawit. Atau tak perlu
letak apa2 untuk elakkan salah faham. Maaf ustaz.
Jawab:
Menurut Sheikh Ibn Hajar dalam kitab Fatawa al Kubro beliau seperti
yang dinukil dalam kitab I'anah al thoolibin dimuka surat yang
dipaparkan gambarnya itu memang termasuk yang diqiyaskan dengan
pelepah tamar adalah sebarang dahan, ranting kayu ataupun pelepah
kelapa/sawit untuk dipacak/tanam diatas kubur.
Kalimat- غرس- bermakna pacak/tanam atau sebarang cara yang lain. Dalam
kitab Bahrul Maazi- Komentar Hadis Jamik Sunan Tarmizi , karangan
Sheikh Marbawi juga ada disebut qiyas ini. Iaitu qiyas pelapah lainnya
dengan pelepah tamar . Guru saya berkata: Pelepah kelapa lebih
hampir menyerupai pelepah tamar. Wallahu a'lam.
Soalan 2: Ada pulak orang berkata, dalam kitab itu kata
pacak/tanam, tentulah sesuai untuk kayu, kenapa pulak ditabur bunga,
tidak munasabah jika qiyas bunga kepada pelepah tamar?. Sudah tentu
qiyas itu tidak sah?.
Jawab: Begini . Apabila kita sudah benar-benar faham
konsep qiyas yang sah diamalkan dalam ilmu Ushul Fiqah, tentu akan mudah
bagi kita menerima keputusan ulama dalam teks Fathul Muin
dan
I'anah tersebut. Bagaimana pula?.
Fahamilah, bunga diqiyaskan kepada pelepah tamar,
maksudnya apabila pelepah tamar sunat dipacak atas kubur maka
bunga juga dihukum sunat ditabur atas kubur . sebabnya
(illahnya) diqiyaskan kepada pelepah tamar atas dasar bersatu makna
(illah) antara keduanya. Makna tersebut ialah faedah Tasbih
dari keduanya. Maksudya pelepah tamar bertasbih, bunga juga bertasbih.
maka disamakan hukum keduanya sebab mempunyai persamaan , iaitu
tasbih.
Kalau begitu kenapa pula ditabur bunga tidak pacak?.
JAWABNYA: Munasabah kuntum-kuntum bunga - tabur.. mana boleh
bunga dipacak pacak ?. kalau boleh dipacak .. haa pacak lah..
tak letih?.