Saturday, April 09, 2011

Buah tangan dari Turkie 14


BURSA, IBUKOTA EMPAYER OSMANIAH SEBELUM ISTANBUL.




Sulthan Osman al Ghazi, Sulthan pertama kerajaan Osmaniah. Peribadi yang sangat menghormati al Quran. Pernah diberitakan satu malam beliau masuk kekhemah untuk tidur. Tiba-tiba terpandang al Quran yang terletak ditepi dinding. Oleh sebab terpegun dengan al Quran , beliau sentiasa berdiri bagi menghormati al Quran hingga ke subuh. Dikatakan penghormatan beliau yang begitu mendalam terhadap Quran telah memberkati hidup beliau dan keturunan beliau dengan Khilafah Islam . wallahu a'lm.



Thursday, April 07, 2011

Buah tangan dari Turkie 13

Buah tangan dari Turkie 12

Pantai Mersin, Turkie. Kelihatan ditengah laut , Kota seorang Ambrator ( Diktator) sebelum kedatangan Islam. Untuk ke Cyprus melalui bot /kapal akan menempuhi lautan luas dari Mersin ( kalau diMalaysia Mersing , sama sebutannya).


Buah tangan dari Turkie 11

Jom terbang sekali melihat kesan-kesan milik Yang Maha Kuasa.








POHON CINARI BERUSIA 600 TAHUN.
Pokok yang dipelihara semenjak kewujudan Empayer Osmaniah.

Cube fikir, kalau usia pokok ini 600 tahun , sulthan Yahuz Salem ditabalkn jadi sulthan tahun masihi 1512? Sulthan Bayazid 2 naik tahta 1481 masihi. pokok cinari mula hidup zaman sulthan bayazid 2?.












Wednesday, April 06, 2011

Khairat Kebajikan untuk Pondok Ust Din di Mengkuang Titi.



Ustaz Din ni ana kenal semasa masih dipondok padang lalang dulu lagi. Beliau sekali sekala datang ziarah. Beliau ketika itu sangat rajin menghafal dan belajar. Alhamdulillah . Syukur. Ulamak muda Pulau Pinang Keluaran Pondok. Al Marhum ayahnda Ustaz Din ini ialah Tuan Guru Haji Wahab , Pondok Kubang Ulu. Ust Din ni Cicit Sheikh Osman Penanti. Keturunan Ulamak. Kemana lagi kuah kalau tak kenasi. Sokonglah demi masadepan Agama dan Ahli sunnah wal jamaah yang sebenar.


JAIPP/PEND/01/027 jld 2 (33)

Tuesday, April 05, 2011

Monday, April 04, 2011

Buah tangan dari Turkie 6













PANORAMA : Sulthan Muhammad al Fateh menawan Kostantinapol

Buah tangan dari Turkie 5

Sebelum berjalan jauh... teringat saya nak cerita masa mula-mula sampai di Airport . Memang mudah urusannya. Masa sampai tu dpt 3 bulan visa , bila dah seminggu diTurkia , ada orang Turkia datang menceritakan , Visa orang Malaysia sepanjang hayat.. maknanya boleh duduk turkia selamanya tanpa visa. Masuk cop masuk, keluar cop pulak untuk keluar, tanpa tempoh. alhamdulillah... lain kali boleh duk lama sikit, buat kajian. Tapi saya masih ingat lagi betapa lazatnya juadah kambing panggang orang Turkie... ini pulak terjumpa pulak buah tin turkie.. hebatnya..

Buah tangan dari Turkie 4



makam sulthan Yahuz Yalem.... berada Sebelah daerah Carsembar. Dimasa pemerintahan baginda Empayer Osmaniah telah 3 kali ganda berkembang. Beliau sulthan yang sangat berjiwa maju, membangunkan kerajaan Islam sehingga Negara negara jiran yang tidak Islam tunduk dibawah pemerintahannya. Dikatakan pernah berperang dengan berjalan kaki , apabila ditanya tenteranya , beliau menjawab " daku melihat rohaniah Rasullallah berjalan didepan bagaimana daku akan menaiki kenderaan?'. ini menunjjukkan betapa kuatnya Robithah hati baginda terhadap Rasulullah s.a.w. Di hadapan sebelah kaki makam baginda pula terukir disekeping batu tuliasan arab " Iza dakhala siin fis syiin, zohara mahyuddin" .... Apabila masuk sulthan salem ke negeri sham (syria) , nyatalah (jelas maksud perkataan) Mahyuddin . ( Ibn Arabi ). - sebab sulthan Salem telah memerintahkan digali tempat yg Sheikh Mahyuddin Ibn Arabi berkata " (dibawah) tapak kaki ku ini Tuhan Manusia". Setelah digali dijumpai harta emas. Maksudnya orang kebanyakan telah tidak ikhlas dalam menyembah Allah , sehingga niat dalam beribadat dimasukkn tujuan-tujuan keduniaan harta benda dan kesenangan bukan lagi ikhlas Lillahi ta'ala..

Sesiapa yang pandai bahasa Turkieya.. bole le tengok tengokkn apa ceritanya lagi.. yek.