Monday, February 14, 2011

program ziarah Turkie

Antara Program:

MENZIARAHI:

a) MUZIUM TOPKAPI - ASALNYA ISTANA KEMUDIAN DIUBAH MENJADI MUZIUM. LAWATAN KE MUZIUM INI SANGAT BERFAEDAH, KERANA TERDAPAT DI DALAMNYA KHAZANAH-KHAZANAH PENINGALAN EMPAYAR USMANIAH YANG SANGAT BERNILAI. TERDAPAT JUGA SEBAHAGIAN PUSAKA NABI S.A.W. SEPERTI PEDANG, JANGGUT NABI S.A.W., JUBAH NABI S.A.W., TANGAN NABI YAHYA A.S. DAN LAIN-LAIN. TERDAPAT JUGA Al-QURAN BERUSIA 1200 TAHUN TULISAN TANGAN.

Istana Topkapı gambar diatas pemandangan dari Bosphorus (
Turki: Topkapı Sarayı) atau di dalam Uthmaniyyah Turki: طوپقپو سرايى, Topkapı Sarayı di dalam bahasa Turki bermaksud "Istana Pintu Meriam"). Ia adalah sebuah istana yang terletak di Istanbul, Turki, yang mana menjadi kediaman rasmi dan utama bagi sultan Uthmaniyyah selama 400 tahun dari 624 tahun tempoh pemerintahan mereka, bermula pada tahun 1465 sehingga 1856.
Pada tahun 1924, di atas arahan presiden pertama Turki iaitu
Mustafa Kemal Atatürk, istana ini ditukarkan menjadi sebuah muzium. Lokasi ini dipilih khas menjadikan ia dapat memerhati Tanduk Emas, Bosphorus dan Laut Marmara. Istana Topkapı di kelilingi oleh dinding sepanjang 5km dan luas 700,000 m2

b) MAKAM SULTHAN MUHAMMAD AL- FATEH:

Muhammad II (Bahasa Arab: محمد الثانى) juga dikenali dengan Muhammad al-Fatih kata terbitan dari fath(الفاتح) seperti surah al-fatihah beerti surah pembukaan atau "Pembuka yang besar" dilahirkan pada
30 Mac 1432 di Edirne dan meninggal dunia pada 3 Mei 1481 di Hünkârcayırı, berdekatan Gebze. Baginda adalah Sultan yang memerintah Empayar Uthmaniyyah dalam masa singkat iaitu dari tahun 1444 ke 1446 dan kemudian dari tahun 1451 ke 1481. Baginda menakluk Constantinople pada umur 21 tahun yang membawa kepada kehancuran Empayar Byzantine.

Muhammad II dilahirkan di Edirne yang pada masa itu ibu kota kerajaan Uthmaniyyah pada 30 Mac 1432. Bapanya adalah
Sultan Murad II (1404–51) ibunya Huma Hatun, anak perempuan Abd'Allah dari Hum.

Muhammad al-Fatih merupakan seorang sultan yang mementingkan kekuatan dalaman dan luaran para tenteranya. Mempunyai kepakaran dalam bidang
ketenteraan, sains, matematik dan menguasai enam bahasa (bahasa Turki, Greek, Hebrew, Arab, Parsi dan Latin) pada ketika berumur 21 tahun. Seorang pemimpin yang hebat, warak dan tawaduk selepas Sultan Salahuddin Al-Ayubbi (pahlawan Islam dalam Perang Salib) dan Sultan Saifuddin Muzaffar Al-Qutuz (pahlawan Islam dalam peperangan di Ain Jalut menentang tentera Mongol). Malah sifat-sifat baginda dan tenteranya telah diisyaratkan oleh Rasulullah S.A.W:

“Constantinople akan ditakluki oleh tentera Islam. Rajanya (yang menakluk) adalah sebaik-baik raja dan tenteranya (yang menakluk) adalah sebaik-baik tentera.”

Kelebihan Sulthan Muhammad al-Fatih mengikut sejarah

Seorang
Sahabat Rasullullah S.A.W, Abu Ayub Al-Ansari pernah mengikuti ekspidisi perang menentang tentera Rom di Constantinople ketika di zaman kerajaan Bani Umaiyyah. Beliau ingin jasadnya dikuburkan di tembok Constantinople dan ketika ditanya mengapa beliau ingin dikuburkan ditembok tersebut, beliau berkata kepada panglima Bani Umaiyah: "Aku mendengar baginda Rasulullah S.A.W mengatakan seorang lelaki soleh akan dikuburkan di bawah tembok tersebut & aku juga ingin mendengar derapan tapak kaki kuda yang membawa sebaik-baik raja yang mana dia akan memimpin sebaik-baik tentera seperti yang telah diisyaratkan oleh baginda."

Jasa dan sumbangan

Rencana utama:
Kejatuhan Constantinople

Kejayaan baginda dalam menewaskan tentera salib menyebabkan ramai kawan dan lawan kagum dengan kepimpinan beliau serta taktik & strategi peperangannya yang dikatakan mendahului pada zamannya dan juga kaedah pemilihan tenteranya. Baginda merupakan anak didik Syeikh Syamsuddin yang mana merupakan keturunan
Abu Bakar As-Siddiq.

Antara sumbangan baginda adalah
menakluk Constantinople yang juga menyebabkan berakhirnya Empayar Byzantine. Baginda jugalah yang menukar nama Constantinople kepada Islambol (Islam keseluruhannya). Kini nama tersebut telah ditukar oleh Mustafa Kamal Ataturk kepada Istanbul. Di atas jasanya, Masjid Al Fatih telah dibina bersebelahan makamnya.

Diceritakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh & separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat tahajud sejak baligh. Hanya Sultan Muhammad Al Fatih sajalah yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia.- Kutipan dari:
http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhammad_al-fatih#Kelebihan_Muhammad_al-Fatih_mengikut_sejara