Peristiwa Asyura dan sejarah di
bulan Muharram.
Disediakan oleh:
al-faqir wal-haqir Abd. Raof
al-Bahanji al-Aliyy.
Pondok Tampin NSDK.
بسم الله الرحمن الرحيم.
PERISTIWA BERSEJARAH
DI BULAN MUHARAM
Bulan Muharam
merupakan bulan keberkatan dan rahmat kerana bermula dari bulan inilah
berlakunya segala kejadian alam ini. Bulan Muharam juga merupakan bulan yang
penuh sejarah, di mana banyak peristiwa yang berlaku sebagai menunjukkan
kekuasaan dan kasih sayang Allah kepada makhluk-nya.
Pada bulan ini
juga, Allah mengurniakan mujizat kepada Nabi-Nabinya sebagai penghormatan
kepada mereka dan juga limpah kurnianya yang terbesar iaitu ampunan dan
keredhaan bagi hambanya. Sebagai tanda kesyukuran kepadanya, maka
hamba-hambanya mempersembahkan ibadah mereka (antara mereka dengan Allah)
sebagai hadiah kepada Allah, namun dengan itu, masih belum dapat lagi membalas
kurniaan Allah yang sungguh bernilai.
Al Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Ibnu
Abbas r.a berkata: Ketika Nabi saw baru berhijrah ke Madinah, maka mereka
dapati kaum Yahudi berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam). Maka mereka pun
bertanya kepada kaum Yahudi tentang puasa mereka itu. Mereka menjawab, “Hari
ini Allah memenangkan Musa dan Bani Israel terhadap Firaun dan kaumnya”.
Maka Nabi saw: berpuasa dan
memerintahkan berpuasa sehingga datang perintah wajib berpuasa ramdhan , maka
kekal puasa Asyura disunatkan tidak mansukh.
Antara lain kelebihan 10 Muharam ialah
barangsiapa yang melapangkan rezeki pada keluarganya, maka Allah akan meluaskan
rezekinya sepanjang tahun ini.
Terdapat juga
sebuah hadis meriwayatkannya oleh Imam Muslim
“Barangsiapa yang berpuasa pada hari Asyura, maka dapat menebus dosa
satu tahun.” Maksud hadis ini ialah hari yang kesepuluh Muharam (Asyura)
merupakan hari dan bulan kemuliaan kerana untuk sesiapa yang berpuasa pada hari
inilah, Allah akan membersihkan dan menebus dosa-dosa mereka yang lampau.
Bulan Muharam
merupakan satu-satunya bulan yang teristimewa kerana banyak peristiwa yang
bersejarah berlaku pada bulan ini disamping ganjaran pahala yang besar kepada
sesiapa yang beribadah pada bulan ini sepertimana terdapat dalam satu hadis
dari kitab Tanbihul ghofilin karangan Maulana Syekh Abu Nasr As Samarqandi:.
“Sesiapa yang
berpuasa pada hari Asyura (10 Muharam), maka Allah akan memberi kepadanya
pahala sepuluh ribu malaikat dan juga akan diberi pahala sepuluh ribu orang
berhaji dan berumrah dan sepuluh ribu orang mati syahid. Dan sesiapa yang
mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, maka Allah akan menaikkan dengan
tiap anak rambut satu darjat. Sesiapa yang memberi buka puasa pada semua umat
Muhammad saw dan mengenyangkan perut mereka.”
Sahabat pun
bertanya, “Ya Rasulullah, Allah telah melebihkan hari Asyura, dan menjadikan
bukit dari lain-lain hari.” Jawab Rasulullah, “benar, Allah telah menjadikan
langit dan bumi pada hari Asyura, dan menjadikan bukit-bukit pada hari Asyura
dan menjadikan laut pada hari Asyura dan menjadikan Loh Mahfuz dan Qalam pada
hari Asyura dan juga menjadikan Adam dan Hawa pada hari Asyura, dan menjadikan
syurga dan neraka serta memasukkan Adam ke syurga pada hari Asyura, dan Allah
menyelamatkannya dari api pada hari Asyura dan menyembuhkan dari bala pada Nabi
Ayub. Pada hari Asyura juga Allah memberi taubat kepada Adam dan diampunkan Nabi Daud, juga kembalinya kerajaan Nabi Sulaiman pada hari Asyura dan
kiamat akan terjadi pada hari Asyura.”
Maka pada hari itu
( 10 Muharam) Nabi Adam dan Nabi Nuh a.s berpuasa kerana bersyukur kepada Allah
kerana hari itu merupakan hari taubat mereka diterima oleh Allah setelah
beberapa lamanya memohon keampunan.
Pada hari itu
juga, hari pembebasan bagi orang-orang Islam yang telah sekian lama dikongkong
oleh Firaun, di mana hari itu mereka diselamatkan dari kejahatan dan kezaliman
Firaun yang selama ini mengancam agama dan menggugat iman mereka. Dengan
tenggelamnya Firaun, Haman, Qarun dan istana mereka bererti berakhirlah sudah
kezaliman musuh-musuh Allah buat masa itu. Terselamatlah tentera Nabi Musa dari
musuh dengan mukjizat yang Allah berikan, maka mereka berpuasa kerana
kesyukuran yang tidak terhingga kepada Allah swt.
Banyak peristiwa
bersejarah yang berlaku pada 10 Muharam ini, di mana pada hari inilah, Allah
telah memuliakan Nabi-Nabi dengan sepuluh kehormatan.
1.
Setelah meminta ampun dan taubat pada Allah, maka
pada hari yang bersejarah 10 Muharam inilah, Allah telah menerima taubat Nabi
Adam. Ini adalah satu penghormatan kepada Nabi Adam a.s.
2.
Pada
10 Muharam juga, Nabi Idris a.s telah di bawa ke langit, sebagai tanda Allah
menaikkan darjat baginda.
3.
Pada
10 Muharam, tarikh berlabuhnya perahu Nabi Nuh a.s kerana banjir yang melanda
seluruh alam di mana hanya ada 40 keluarga termasuk manusia binatang sahaja
yang terselamat dari banjir tersebut. Kita merupakan cucu-cicit antara 40
keluarga tadi. Ini merupakan penghormatan kepada Nabi Nuh a.s kerana 40
keluarga ini sahaja yang terselamat dan dipilih oleh Allah. Selain dari itu,
mereka adalah orang-orang yang engkar pada Nabi Nuh a.s.
4.
Nabi
Ibrahim dilahirkan pada 10 Muharam dan diangkat sebagai Khalilullah (kekasih
Allah) dan juga hari di mana baginda diselamatkan dari api yang dinyalakan oleh
Namrud. Nabi Ibrahim diberi penghormatan dengan Allah memerintahkan kepada api
supaya menjadi sejuk dan tidak membakar Nabi Ibrahim. Maka terselamatlah Nabi
Ibrahim dari angkara kekejaman Namrud.
5.
Pada
10 Muharam ini juga Allah menerima taubat Nabi Daud kerana tersalah
ijtihad lantaran tidak tahu, Nabi Daud
mengambil isteri orang padahal baginda sendiri sudah ada 99 orang isteri. Oleh
kerana Nabi Daud telah membuatkan si suami rasa kecil hati, maka Allah turunkan
dua malaikat menyamar sebagai manusia untuk menegur dan menyindir atas
perbuatan Nabi Daud itu. Dengan itu sedarlah Nabi Daud atas perbuatannya dan
memohon ampun pada Allah. Sebagai penghormatan kepada Nabi Daud a.s maka Allah
mengampunkan baginda pada 10 Muharam.
6.
Pada
10 Muharam ini juga, Allah mengangkat Nabi Isa ke langit, di mana Allah telah
menukarkan Nabi Isa dengan Yahuza. Ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi
Isa daripada kekejaman kaum Bani Israil.
7.
Allah
juga telah menyelamatkan Nabi Musa pada 10 Muharam daripada kekejaman Firaun
dengan mengurniakan mukjizat iaitu tongkat yang dapat menjadi ular besar yang
memakan semua ular-ular ahli sihir dan menjadikan laut terbelah untuk dilalui
oleh tentera Nabi Musa dan terkambus semula apabila dilalui oleh Firaun dan
tenteranya. Maka tenggelamlah mereka di Laut Merah. Mukjizat yang dikurniakan
Allah kepada Nabi Musa ini merupakan satu penghormatan kepada Nabi Musa a.s.
Allah
juga telah menenggelamkan Firaun yg
merupakan berakhirnya kekejaman Firaun buat masa itu.
8.
Allah
juga telah mengeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan setelah berada selama 40
hari di dalamnya. Allah telah memberikan hukuman secara tidak langsung kepada
Nabi Yunus dengan cara ikan Nun menelannya. Dan pada 10 Muharam ini, Allah
mengurniakan penghormatan kepada baginda dengan mengampun dan mengeluarkannya
dari perut ikan Nun.
9.
Allah
juga telah mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman a.s pada 10 Muharam sebagai
penghormatan kepada baginda.
10. Dilahirkan Nabi s.a.w
pada hari Asyura.
Demikian dari Tanbihul Ghofilin As Samarqandi.
al Hanafi, terkenal dengan
Imam al Huda , Pengarang Tafsir Bahrul Ulum , tafsir bil Ma,thur.
Selain itu terdapatnya satu
hadis hasan riwayat Imam Tarmizi “ Sesungguhnya adalah Asyura merupakan hari
yang Allah rezekikan bertaubat padanya
satu kaum dan Allah menerima taubat suatu kaum yang lain”.
Begitu juga satu hadis Sahih
riwayat dari Abi Ishaq dari Al Aswad bin Yazid beliau berkata: Saya bertanya
Ubaid bin Umair berkenaan puasa Asyura ?. beliau menjawab “ Muharram yang pekak (lantaran tiada berbunyi gendang
perang) adalah bulan Allah . Padanya
diampunkan Adam. Maka sesiapa yang panjang umur sampai kepadanya janganlah
tidak melainkan berpuasalah”.
Dengan itu, hendaklah kita `berpuasa dan
beribadah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt.
Syekh Athiyah Shaqar berkata dalam fatawa
beliau berkata : Dalam Musnad Imam Ahmad terdapat perkataan “ Barangkali pada
hari inilah berlabuhnya bahtera Nabi Allah Nuh, dibukit Juudi.
Saya tidak tahu darjat hadis ini , seperti
juga dibeberapa kitab hadis yang lain yang mana sanad hadisnya adalah tidak
sahih . Sebahagiannya kelahiran Nabi
Ibrahim al Khalil, kelahiran Nabi Musa, kelahiran Nabi Isa, disejukkan api Nabi Ibrahim , diangkat azab dari kaum
Nabi Yunus, dihilangkan mudharat Nabi Ayub, dikembalikan pengelihatan Nabi
Yakub, dikeluarkan Nabi Yusuf dari telaga dan hari dibebaskan Nabi Musa dari
sihir”.
Maka adalah hari Asyura itu daripada beberapa
hari yang berkelebihan dan zaman yang pilihan, telah menjadikan oleh Allah
rahmat bagi segala hamba-Nya dan kekasihnya-Nya, seperti barang yang
menyebutkan dia oleh “Arif Billah ibnu Abi jamrah, “maka Sayugia nya bagi orang
yang mempunyai kelebihan jangan dikerjakan pada malam “Asyura itu, melainkan
dengan tadharru, dan berdiri sembahyang, dan puasa pada harinya dan mengerjakan
taat pada malamnya, dan siangnya” (jam”ul Fawaid,hlm.131)
AMALAN-AMALAN
YANG DIKERJAKAN
PADA HARI “ASYURA”
Apakah perkara yang sepatutnya dilakukan
dihari A’syura?.
1.Berpuasa sunat.
2. Melebihkan perbelanjaan
untuk keluarga.
3. Membanyakkan Istighfar dan
taubat .
4. Harus mengadakan jamuan
bubur Asyura, bercelak , jamuan daging ayam menurut fatwa Imam Al Hafiz Al
Iraqi seorang pakar ilmu hadis.
Wallahu a’lam.
Tersebut dalam Kitab “Jam ul Fawaid” karangan Syeikh Abdullah
al-Fathani ada 12 jenis amalan yang dikerjakan pada hari Asyura :
1.Sembahyang
2.Puasa
3.Sedekah
4.Mandi
5.Ziarah
orang alim
6.Ziarah
orang sakit
7.Menyapu
kepala anak yatim
8.Melebihkan
perbelanjaan untuk keluarga.
9.Kerat
kuku
10.Bercelak mata
11. Membaca surah al-ikhlas seribu
kali
12.Menghubungkan shilaturrahim
“Maka
adalah hari Asyura itu daripada beberapa hari yang
Berkelebihan
dan zaman yang pilihan, telah menjadikan oleh Allah
Rahmat bagi segala hamba-Nya
dan kekasihnya-Nya, seperti barang yang menyebutkan dia oleh “Arif Billah ibnu
Abi jamrah, “maka sayugia nya bagi orang yang mempunyai kelebihan jangan
dikerjakan pada malam “Asyura itu, melainkan dengan tadharru, dan berdiri
sembahyang, dan puasa pada harinya dan mengerjakan taat pada malamnya, dan
siangnya”
(jam”ul Fawaid,hlm.131)
a. “PUASA”
1. Kelebihan
puasa,Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani,menulis “ Dan riwayat daripada Ibnu
Abbas radhiyallahu anhuma sabda Nabi S.A.W “Barang siapa puasa padi hari
“Asyura”diberikan dia pahala sepuluh ribu haji,dan umrah,dan pahala sepuluh
ribu syahid.”.(Jam”Ul Fawaid,hlm 130)
2. Selain tulisan dalam Jam”ul
Fawaid, Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani juga membicarakan tentang puasa hari “Asyura”
dalam kitab-kitab yang lain antaranya dalam Bughyah ath-Thullab, katanya, “Dan
demikian lagi puasa pada hari “Asyura”,iaitu hari yang kesepuluh pada bulan
Muharram. Dan demikian lagi,puasa pada hari Tasu”a,iaitu hari yang kesepuluh
pada bulan Muharram,kerana hadith yang diriwayatkan oleh Muslim,sabda Nabi
S.A.W, “yakni puasa, “Asyura,aku
kira-kira atas Allah Ta”ala bahawa diampun akan dosa setahun yang dahulunya.”
(Bughyah
ath-Thullab,hlm.127)
2. Sabda
Nabi S.A.W, “Jika aku hidup pada tahun yang lagi akan
datang, nescaya
aku puasa pada hari yang kesembilan maka Nabi Allah pun wafat ia dahulu
daripada mendapat hari itu,”
(Bughyah
ath-Thullab,hlm.127)
3. Tulisan
Syeikh Daud bin Abdullah al-Fatani selanjutnya, “Dan adalah
Puasa “Asyura,itu
tiga martabat,seperti yang disebut oleh Ibnu Hajar Asqalani, bahawa sekurang-kurangnya
bahawa ia puasa pada hari Asyura jua. Dan yang diatasnya puasa sertanya Tasu”a.
Dan yang atas dari Keduanya ia puasa serta keduanya hari sebelas.” (jam”ul
Fawaid,hlm 137)
4. “Dan
riwayat daripada Anas Radhiyallah” anhu,daripada Nabi S.A.W
“Barang siapa
puasa pada awal jumaat daripada Muharram diampunkan oleh Allah baginya barang
yang terdahulu daripada dosanya. Dan barangsiapa puasa tiga hari daripada
Muharram, iaitu Khamis,dan Jumaat,dan Sabtu,disurat oleh Allah dengan tiap-tiap
hari tiga puluh hari.”
(Jam”ul Fawaid,hlm 137)
b . “SEMBAHYANG”
Mengenai kelebihan
sembahyang hari Asyura dan cara-cara mengerjakannya Syeikh Daud bin Abdullah
al-Fatani,menulis, “Ada pun sembahyang hari Ayura seperti barang yang
diriwayatkan Nabi S.A.W bersabda, “Barangsiapa sembahyang pada hari Asyura,
empat rakaat,dibaca pada tiap-tiap rakaat dengan Fatihah dan Qul Huwallah (
surah al-Ikhlas) lima belas kali diampunkan dosa baginya dosa lima puluh tahun
yang dahulu dan lima puluh tahun yang kemudian.” (jam”ul Fawaid,hlm.132)
c. . “WIRID-WIRID HARI “ASYURA”
Wirid yang diamalkan hari Asyura yang
tersebut dibawah ditulis oleh Syeikh Daud bin Abdullahal-Fatani
sekurang-kurangnya dalam tiga buah karangan beliau.Dalam Kifayah
al-Mubtadi,beliau tulis sebagai berikut, “Faidah yang azhimah yang Nafisah,
disebut dalam kitab Jawahir al-Khamis bagi Saiyidina Muhammad al-Ghauts
Radhiyallahu’anhu “Barang siapa membaca pada hari Asyura tujuh puluh kali
akan
حَسْبِىَ
اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلُ. نِعْمَ الْمَوْلى
وَنِعْمَ النَّصِيْرُ.
dan dibaca pula
doa ini tujuh kali,nescaya tiada mati pada demikian tahun itu, dan jika
sudah hampir ajalnya nescaya tiada diberi taufiq bagi membaca akan dia,inilah
doanya,
بسم
الله الرحمن الرحيم.
وَصَـلِّى اللهُ عَلَي خَيْرِ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَي آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
وَصَـلِّى اللهُ عَلَي خَيْرِ خَلْقِهِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَي آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.
سُبْحَانَ
اللهِ مِْلأَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعلمِ
وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ
الْعَرْشِ لاَ مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنَ اللهِ اِلاَّ اِلَيْهِ سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ
وَالْوَتْر ِوَعَدَدَ كَلِمَاتِهِ كُلِّهَا أَسْأَلُكَ السَّلاَمَةَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ
.وَلاَحَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ اِلاَّ
بِاللهِ الْعَلِىِّ الْعَظِيْمِ . وَهُوَ حَسْبِىَ وَنِعْمَ الْوَكِيْلً. نِعْمَ الْمَوْلى
وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. وَصَـلِّى اللهُ عَلَي خَيْرِ خَلْقِهِ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَي آلِهِ وَصَحْبِهِ
أَجْمَعِيْنَ.
lihat Majmuk Musalsalat fi al Hadis.
lihat Majmuk Musalsalat fi al Hadis.
Syeikh Daud bin
Abdullah al-Fatani menulis selanjutnya, “Dan telah datang pada hadis Nabi
S.A.W sabdanya, “Barangsiapa yang menghidupkan malam Asyura maka umpama ia
mengerjakan ibadat Malaikat al-Muqarrabin.” -
Dalam Kifayah al- Mubtadi , dan juga
Bughyah ath-Thullab beliau tulis juga
sebagai berikut “ Faidah , kata Syeikh Jamal pada Hasyiah Fathil Wahhab juz 3, muka surat 465-466
katanya: Telah menukil setengah daripada ahli shufi , bahawasanya barangsiapa
membaca akan doa ini pada hari Asyura , tiada mati pada tahunnya. Dan
barangsiapa sudah selesai ajalnya tiada di ilhamkan dia oleh Allah ta,ala
membaca akan dia .Dan yaitu setengah
daripada sudah dicubakan dia yang tiada syak padanya , iatu:
بسم
الله الرحمن الرحيم.
سُبْحَانَ
اللهِ مِلأَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى
الْعلمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ
الْعَرْشِ.
وَالْحَمْدُ
للهِ مِلأَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعلمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ
الْعَرْشِ.
لآ
اله الا اللهُ مِلأَ الْمِيْزَانِ
وَمُنْتَهَى الْعلمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ الْعَرْشِ.
الله
أكبُر مِْلأَ الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعلمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ الْعَرْشِ.
وَ
لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ الا بِاللهِ مِلأَ
الْمِيْزَانِ وَمُنْتَهَى الْعلمِ وَمَبْلَغَ الرِّضَى وَزِنَةَ الْعَرْشِ.
لاَ
مَلْجَأَ وَلاَ مَنْجَا مِنَ اللهِ اِلاَّ
اِلَيْهِ.
سُبْحَانَ اللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْر
ِوَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ .
لآ
اله الا اللهُ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْر ِوَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ
التَّامَّاتِ .
اللهُ
أكبرُ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْر ِوَعَدَدَ كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ .
وَ
لاَ حَوْلَ وَ لاَ قُوَّةَ اِلاَّ بِاللهِ عَدَدَ الشَّفْعِ وَالْوَتْر ِوَعَدَدَ
كَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ .
حَسْبُنَا
اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيْلً. نِعْمَ الْمَوْلى وَنِعْمَ النَّصِيْرُ. وَصَـلِّى اللهُ عَلَي خَيْرِ خَلْقِهِ
سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَي آلِهِ وَصَحْبِهِ
وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا.