Buku yang sangat menarik. Menjelaskan hukum - ahkam sembahyang jemaah. Disusun dan diolah bahasa dalam bentuk yang memudahkan pembacanya faham. Isi kandungannya lebih luas daripada Kitab Bahjatul Mardiyah yang dicetak bersama kitab Munyatul Musholli karangan Sheikh Daud walaupun buku ini bukan terjemahan yang lengkap. Masalah yang disebut didalamnya hanya merupakan intipati dari kandungan kitab asalnya "al Qaul Taam" karangan ulamak terkemuka dalam mazhab Shafie . Pengarang naskhah asal kitab adalah Al Allamah Ibnu Imad, merupakan guru kepada Sheikhul Islam Ibnu Hajar al Asqolani. As Sakhawi menyebut senarai guru-guru Ibnu Hajar termasuk Ibnu Imad dibidang Fekah.
As Sakhawi menyebut dalam kitab al Jawahir wad Durar juzuk pertama. Sedangkan Ibnu Hajar al Asqolani pula adalah guru kepada Sheikhul Islam Zakaria al Anshori (pengarang kitab Fathul Wahhab) , dan Zakaria al Anshori pula adalah mahaguru kepada Ibnu Hajar Al Haitami (pengarang kitab Tuhfah), Sheikh Romli (pengarang kitab Nihayah) dan sejumlah ramai lagi para ulamak dan pengarang kitab-kitab fiqih muktabar dalam mazhab Shafie yang menjadi rujukan.
Terjemahan olahan ini ditulis oleh al Ustaz Yusof Zaki Yakoob, seorang ulamak dan penulis yang terkenal diKelantan. Dengan saringan yang halus , beliau telah menyaring intipati masalah-masalah yang menjadi perhatian ketika mengerjakan sembahyang berjemaah.
Sebanyak 183 masalah asas diterjemah dengan cara diringkaskan dan ada yang diterjemahkan saja dari kitab asalnya telah dapat dikesan dan didapati benar dan merupakan terjemahan atau terjemahan olahan yang amanah.
Walaupun buku ini lebih luas perbahasannya, tetapi kitab Bahjah karangan Sheikh Daud al Fathoni telah mendapat tempat dihati masyarakat melayu dalam tempoh masa yang begitu lama. Kalau diperhatikan , kitab Bahjah yang merupakan komentar syair penulisan Sheikh al Azizi.. Bahjah lebih mudah difahami dan masalah-masalahnya senang dingati. Dalam matan syair Bahjah hanya ada sembilan masalah muwafiq dan masbuq. Maksudnya enam masalah yang sependapat antara ulama mutaakhirin bermula dari zaman Sheikhul Islam Zakaria al Anshori , tiga masalah lagi bakinya telah berkhilaf pendapat. Sayangnya kitab Bahjah hanya memperincikan sekitar masalah makmum Muwafiq dan Masbuq sahaja. Kalau mahu meluaskan lagi perbahasan sembahyang jemaah , patut sangat dipelajari kitab Munyatul Musholli pula. Mungkin juga untuk tujuan kesempurnaan maklumat maka dicetak kedua-dua kitab tersebut sebagai sebuah buku atau kitab tanpa dipisah-pisahkan.
Nisbah kesempurnaan kandungan isi dalam hubungan maudhu' "Sembahyang Jemaah" maka buku masalah imam dan makmum ini dianggap lebih sempurna dan menepati kehendak semasa. Cuma, pada pandangan saya adalah lebih baik diperhalusi terjemahannya walaupun sekadar terjemahan yang sedia ada sudah mencukupi, supaya lebih tahkik sesuatu masalah yang terdapat percanggahannya dengan fatwa-fatwa yang sudah maklum diamalkan oleh masyarakat melayu yang terdapat dalam kitab-kitab turas (kitab melayu/ jawi ) contohnya kitab Sabilul Muhtadin dan Fathul Mubin syarah Arbain. Ataupun sekiranya diadakan Daurah dimana-mana jua , diperuntukkan masa yang secukupnya untuk pembentang memberikan penjelasan-penjelasan atau menjawab kemuskilan semasa soal-jawab... bersambung