Thursday, September 10, 2009

Selamat aidil fitri



Sempena Hari Raya Aidil Fitri.
kepada semua warga pondoktampin, peziarah, ahli pengajian , ...

Pondok Tampin dan al ustaz haji abd.raof mengucapkan selamat Hari Raya. Maaf zahir batin pada Segala perkataan sengaja atau tidak sengaja, tulisan sengaja atau tidak , gerak lakuan sengaja atau tidak .. semua yang tersinggung perasaan secara sengaja atau tidak.. mohon maaf. terutama kepada mereka yang tidak kesampaian harapan yang tinggi-tinggi.. maka sebagai hamba Allah yang dhaif... mohon maaf dipinta ,,semuga Allah jua yang menilai bakti para hambanya yang berkhidmat dengan ikhlas dan jujur tanpa tujuan balasan dunawi maupn ukhrowi. aamin.




kemaafan di aidil fitri sesejuk embun air zamzam...




Sunday, September 06, 2009

Semuga Al Ustaz mendapat umrah mabrur wa sa'yan masykur.. amin

adalah dimaklumkan kepada penghuni dan pengunjung pondok tampin, bahawa al ustaz haji abd. raof akan berangkat ketanah suci untuk ziarah dan umrah pada 14 sep. 2009 bersamaan 24 ramadhan ini. dept pada 3 petang. cekin 1 petang. kembali pulang ketanahair pada 30 sept. insyallah. semuga perjalanan ustaz serta rombangan di berkati Allah dan dapat menunaikan ibadat dengan sempurna , bertambah kesihatan, selamat pergi dan pulang dengan selamat. amin ya rob. beliau dan ustaz ahmad naim akan diiringi oleh muhammad najmi.