Sunday, September 25, 9707

"IF YOU TO COUNT THE BOUNTY OF ALLAH, YOU CAN'T"


Amma ba,du.
Selamat berkenalan kepada para penjaring . Semoga Allah memberi manfaat kepada kita pada segala nikmat yang telah dianugerahkan kapada kita.
Bersyukur maksudnya, melaksanakan semua fungsi nikmat yang telah di anugerahkan menurut perintah Allah s.w.t dan Rasulnya s.a.w.

Contohnya , kita melihat al-Quran ,membaca dan menghafaznya, ini bermakna kita bersyukur dengan nikmat mata, lidah, fikiran dan hati.


Sebalik nya jika kita melihat, berkata dan mengingati perkara yang dilarang Allah , akan membawa maksud , kita tidak bersyukur terhadap nikmat-nikmatNya , sekalipun kita tidak memahami keadaan-keadaan tersebut.
wassalam.
pondok_tampin@yahoo.com




As Sultan Muhammad Al Fateh.
Hadis yang telah diriwayatkan oleh Al Bukhari dalam Tarikh al Kabir dan al Saghir, Imam Ahmad dalam al Musnad , al Bazar , Ibnu Khuzaimah, al Thabarani , al Hakim telah mensahihkannya dan telah diakui pentashihhan al Hakim tersebut oleh al Zahabi, Imam Sayuthi telah merumuzkan hadis tersebut dengan tanda "Sahih" dalam Jamik al Saghir beliau. Iaitu hadis :

لتفتحن القسطنطينية فلنعم الأمير اميرها ولنعم الجيش ذلك الجيش
"Akan ditawan kota Kostantiniah , maka (yang dapat menawannya adalah) Sebaik-baik Raja , adalah Rajanya dan sebaik-baik tentera adalah tenteranya .."... Maka adalah suatu yang tidak dapat dinafikan didalam sejarah, bahawa Sulthan Muhammad al Fateh ( yang dapat menawan Kostantaniah lalu menukarkannya menjadi Islambuli/Istanbuli).



Setiap Insan wajib mencari kebenaran . Kebenaran setiap hari dipohon kepada Tuhan, 17 kali sehari. Ihdinashirothal mustaqim. Apakah shirotal mustaqim itu?. Tiada lain melainkan shirothal lazina an am ta alaihim, minanabiyyiina washiddiqqin washuhada i washolihin. Jalan yang lurus itu ada lah jalan orang yang telah diberi pertunjuk dari kalangan para Nabi, Orang Shidiq (yang benar seluruh keadaannya) , Orang yang syahid dan Orang yang solih.

Memahami keadaan ini, yang dimaksudkan oleh Allah s.w.t "JALAN YANG LURUS", bukanlah semata-mata dengan meneliti al-Quran dan al-Hadis sahaja tanpa menoleh kepada manusia dikalangan para hambaNya yang terpilih, yang telah mengikuti al-Quran dan al-Hadis dengan cara yang benar. Maka mengikuti Para Nabi a.s , Para Ulama r.a yang soleh yang beramal dengan ilmunya, menuruti fatwa mereka yang sahih, mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) adalah terkandung dalam intisari surah al-Fatihah. insyallah.. Adalah fahaman yang salah dan menyeleweng , jika dikatakan mengikuti ijtihad mereka yang teramai (jumhur) sebagai tidak mengikuti al-Sunnah/al-Hadis. Wassalam.





Sunday, March 22, 2026

Duit pecah baki dari bayaran fitrah jadi hadiah bukan rasuah

Alasan Pertama;

Kenapa Hadis yang dikatakan larangan ambil hadiah Fukaha meletakkannya dibawah tajuk Bab Hukum Ahkam pemerintahan , tidak di bawah tajuk zakat fitrah?.

Apabila kita dapati suatu kalam sesuatu maslah pada karangan dan suatu kalam pada fatwa maka yang dipegang adalah yang dalam karangan. 

Bila kita dapati suatu kalam pada bab dan suatu kalam pula di bukan babnya , maka yang dipegang adalah yang dalam bab masalahnya itu. Kaedah ini dinyatakan dalm ilmu mustholah Fiqh. Antaranya dalam kitab mathlab al Aiqodzh muka surat 65.

إذا وجدنا فى المسالة كلاما فى المصنف و كلاما فى الفتوى فالعمدة على ما فى ما فى المصنف. و إذا و جدنا كلاما فى الباب و كلاما فى غير الباب فالعمدة على ما فى باب المسالة .- مطلب الايقاظ ص ٦٥.

Sementara pula  bila tidak disebut dalam babnya sendiri hanya disebut bukan pada babnya. apakah yang mesti difaham?. Maka Yang ada sebut hanya bukan ditempat babnya. Maka hendaknya dirujuk pada tempat maslahnya  bukan pada tempat babnya. Ini dikatakan Mahal Tarjamah. Kesesuaian hadis itu mesti di dimatchkan, dimuthobaqahkan dengan tajuk dia disebut dibawahnya. 

Contoh kaedah ini : Hadis amil zakat diletakkan dibawah bab lain iaitu bab hukum hakam mahkamah tidak diletakkan dibawah bab/kitab zakat padahal dia hadis berkaitan dengan amil zakat. Maka mestilah difahamkan yang bersesuaian dengan maslah2 yang berkaitan undang2 hukuman mahkamah. Iaitu suatu maslah yang ada kaitan dengan rasuah. Ini dikatakan wujud makna dalam dalam hadis itu iaitu wujudnya illah rasuah. Bila ada illah rasuah maka haram amil2 fitrah menerima hadiah. Bila tiada illah rasuah  maka tidak haram menerimanya. 

Mahal tarjamahnya mesti difahami kesesuaiannya dengan tajuk.


Alasan Kedua. 

Diharamkan jika ada unsur rasuah.

Satu perkara lagi , realiti yang berlaku tiada rupa rasuah dalam kes lebihan duit yang dijadikan hadiah itu. Sebab amil2 fitrah hari ini tiada mempuyai kuasa atas semua pembayar fitrah dan dia juga tiada diturunkan kuasa untuk kuat kuasakan undang2 atas sesiapa yang tidak membayar fitrah. 

Ini boleh disemak dari syarah2an hadis berkenaan , boleh dikatakan hanya dikaitkan dengan kuasa iaitu "wilayah" atas pembayar2 zakat. 

Imam Nawawi memberikan komen pada hadis itu dalam Kitab Syarah Muslim. beliau menunjjukkan ada illatnya pada larangan  tersebut 

و بين صلى الله عليه و سلم فى نفس الحديث السبب فى تحريم  الهدية عليه و إنها بسبب الولاية      

Telah menjelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis itu sebab diharamkan memberi hadiah kepada amil bahwa adalah dengan sebab Kekuasaan iaitu "Wilayah". 

Persoalannya ,  amil2 fitrah hari ini adakah sama dengan yang berlaku dizaman Nabi?. Adakah boleh bertindak menyaman orang yang tidak membayr fitrah ?. Makna "wilayah"perlu diperhalus lagi.

Cubalah mengkaji lagi samaada dalam matan yang sama atau hadis2 lain yang dapat difahmai sababul wurud hadis tu sendiri?. Tidakkah kisahnya berkenaan  amil yang memungut zakat haiwan ternakan?. 

Kita bermazhab mesti ada metodnya untuk memahami hadis2 bukan hanya asalkan ada hadisnya sahaja. Tidak memadai jika kita hanya belajar ilmu hadis tanpa belajar memahami fiqhul hadis. Hadis tersebut dengan jelas meletakkan larangan dengan makna  mempunyai kuasa yang boleh menimbulkan rasuah yang akan menggangu proses tindakan undang2.

Cubalah perhatikan matan hadis itu sendiri dihujungnya Nabi s.a.w meletakkan syarat larangan itu. 

Perlu diperingatkan, hadis berkenaan tiada siapa dikalangan ulamak   yang menafikan kewujudannya. Sudah maklum sabit dalam kitab-kitab hadis muktamad. Cuma  Fiqhul hadis iaiu memahaminya adakah dengan menerusi metod yang betul atau tidak?. Adakah hanya dipandang sudut bayan lil waqie sahaja, diketepikan  bayan littaqyyidnya?. Untuk membentuk suatu keputusan hukum yang berasaskan dalil-dalil perlu melihat posisi bayan lit taqyyidnya jika ada,  kaedah حمل مطلق على المقيد واجب  mesti dicermati tambahan pula bila wujud  dalam teks hadis itu qaid nya iaitu Dalalah littaqyyid bit ta'liq. Qaid kuasa menjadi illah keharaman ada dalan tekas hadis itu , الحكم يدر بالعلة sesuatu hukum beredar menerusi illahnya. تغير الحكم بالتغير العلة  perubahan sesuatu hukum disebabkan perubahan illatnya. Kita boleh jumpa dalam syarah2 hadis itu yang mendetailkan bagaimana bentuk  jadi amil yang dilarang mengambil hadiah2. Antaranya hadis Ibnu latabiyyah ini yang fukha letakkan dibawah tajuk hukum hakam mahkamah.

(Cubalah dia duduk saja di rumah ayahnya atau ibunya, dan menunggu adakah akan ada yang memberikan kepadanya hadiah? Dan demi Zat yang jiwaku di tangan-Nya, tidak seorangpun yang mengambil sesuatu dari zakat ini  kecuali dia akan datang pada hari kiamat dengan dipikulkan di atas lehernya berupa unta yang berteriak, atau lembu yang mengeboh atau kambing yang mengembik).

Sepatutnya sudah pasti nampak jelas sebabnya.mengapa Nabi s.a.w larang. Tentulah dikatkan dengan kuasa. Sebaliknya amil fitrah hari ini tiada mempunyai kuasa. Apa pula kuasanya yang dia ada hingga munasabah dirasuahkan?.

Sahabat kita , ulama muda Pahang Fadhilatul Ustaz Uwais al Qarni mencatit sedikit komen diruang massage beliau seperti berikut;

Dalil Keharusan Bagi Amil fitrah Menerima Hadiah Dari Pembayar zakat fitrah:


1. Illat larangan dalam hadis Ibnu Latabiyyah bukan semata-mata kepada pemberian itu , akan tetapi pengharaman tersebut terfokus kepada implikasi dari pemberian tersebut. 

- Dalam Fathul Bari , Imam Ibnu Hajar menaqalkan bahawa Ibnu Muhallab menyatakan ; 

حيلة العامل ليهدى له تقع بان يسامح بعض من عليه الحق 

“Penyelewengan amil apabila diberikan hadiah kepadanya berlaku dengan dia mula mengabaikan/meringankan sebahagian hak yg wajib dikenakan ke atas seseorang” 


*Jika kita melihat kepada tugasan amil zakat fitrah yg ada pada hari ini , tiada seorang amil pun yg mampu untuk menggugurkan satu tanggujawab atau kewajipan ke atas mana-mana orang bahkan amil zakat fitrah kita tidak mampu mengenakan hukuman kepada yg tidak membayar zakat fitrah. 


- Manakala di bahagian kitab al-Ahkam pula , ketika mensyarahkan faedah2 hadis ini  , kata ibnu Hajar ;

منع العمال من قبول الهدية ممن له عليه حكم 

“ Melarang para amil menerima hadiah dari seseorang yang para amil memiliki kuasa hukum ke atasnya (pembayar)”


Kuasa hukum seperti yang dibahas dalam Mausuaah Kuwaitiyyah adalah ولاية عامة seperti qhodi . 

وسائر العمال ممن يتولون ولاية عامة كالقاضي


- Ibnu Hajar ketika mensyarahkan hadis ini juga menaqal pandangan dari Ibnu Batthol ; 

دل الحديث على ان الهدية للعامل تكون لشكر معروفه او للتحبب اليه او للطمع وضعه من الحق

“Hadis ini menunjukan bahawa hadiah kepada amil boleh jadi sebagai penghargaan kebaikkannya atau supaya mendatangkan kasih kepadanya atau kerana mendambakan supaya digugurkan dari suatu kewajipan “


- Lalu Ibnu Hajar mengomentar pandangan ini dgn berkata ; 

“ Yg jelas adalah jika tujuannya adalah yg ke 3 (iaitu kerana nak digugurkan dari 1 kewajipan) maka hukummnya adalah haram secara ijma. Namun jika tujuannya yg pertama atau yg ke dua, maka masih banyak kemungkinan di situ “ (iaitu masih belum boleh dihukum haram secara terus) 


*Secara realitinya di zaman ini tiada seorangpun yg memberikan lebihan duit kepada amil dengan tujuan supaya amil menggugurkannya dari sebarang hukuman atau kewajipan.


2. Para Fuqaha’ Syafieyyah menjadikan hadis Ibnu Lutabiyyah ini sebagai dalam dalil bab Qhudo’ iaitu adab seorang khadi bukan dalam bab amil zakat . Boleh rujuk mana2 kitab utama mazhab syafie seperti  Tuhfah , Nihayah , Tanbih atau yang lebih terkemudian seperti Fiqh Manhaji atau Al Muktamad . 


*Saya masih belum menemui pendalilan hadis ini dalam kitab zakat atau amil zakat di mana-mana kitab fiqh syafieyyah . 


*Ini menunjukan bahawa amil yang dimaksudkan adalah yg memiliki kuasa hukum seperti khadi dan yg seumpamanya dari sudut boleh me jatuhkan hukuman atau memberi kemaafan kepada pesalah


3. Sehinggakan dalam Tuhfah Bab Qhudo’ , Ibnu Hajar al-Haitami menyatakan , tidak haram seorang khadi menerima hadiah dari seseorang yang tidak ada bersangkutan dengan urusan kerjanya. Namun jika tujuan hadiah adalah supaya khadi akan menghukum dengan tanpa hak atau menggugurkan kesalahan orang lain , maka itu dinamakan sebagai rasuah yg diharamkan secara ijma’ . 


Ibnu Hajar juga berkata , jika ia diberikan hadiah bukan atas sebarang kepentingan , maka ianya harus. 


Beliau menambah , semua pegawai agama yg berkepentingan adalah seperti hukum seorang khodi. 


*Kenyataan ibnu hajar haithami ini menunjukan masih ada ruang yg sangat luas terhadap hukum seorang yg berkepentingan dalam menerima hadiah apatah lagi seorang amil zakat yg langsung tiada mempunyai kepentingan terhadap pembayarnya. 

Jika kita katakan bahawa seorang amil tidak akan berlaku jujur dalam menyerahkan duit zakat kepada MUIP , itu adalah isu tidak amanah bukan isu kerana ia menerima hadiah. Lebih-lebih lagi MUIP akan menerima bayaran pungutan zakat fitrah berdasarkan resit-resit yg telah dikeluarkan . 


والله اعلم بالصواب


.........


Antara kitab rujukan kita





Monday, March 09, 2026

Terawikh 8 rakaat atau 20?

 Soal dan jawab.


السلام عليكم و رحمة الله وبركاته. سيدنا المكرم. حفظكم الله ونفعنا جميعا بنفحاتكم .

. فعندي سوال;


253 222 - وروى مالك في هذا الباب ، عن محمد بن يوسف ، عن السائب بن يزيد ، أنه قال : أمر عمر بن الخطاب أبي بن كعب وتميما الداري أن يقوما للناس بإحدى عشرة ركعة . قال : وقد كان القارئ يقرأ بالمئين ، حتى كنا نعتمد على العصي من طول القيام ، وما كنا ننصرف إلا في فروع الفجر .

__________

هل يجوز استخدام هذا الحديث لإبطال رأي عشرين ركعة في صلاة التراويح؟.

شكرا على جوابكم.

....................................................

الحمد لله و شكر لله.

جوابه:

طبعا لا يجوز.


  *لان فى الحديث محتمل* والدليل إذا طرفه الاحتمال سقط به الاستدلال . و به القاعدة. 


١.هذه الرواية رده الامام ابن عبد البر. وقال هى وهم.

قال ابن عبد البر: روى غير مالك في هذا الحديث أحد وعشرون وهو الصحيح، ولا أعلم أحدًا قال فيه إحدى عشرة إلا مالكًا، ويحتمل أن يكون ذلك أوّلاً ثم خفف عنهم طول القيام ونقلهم إلى إحدى وعشرين *إلا أن الأغلب عندي أن قوله إحدى عشرة وهمٌ .*  


 ٢.الباجى يقول يمكن ان يجمع بين الروايتين. *قال الباجي* : فأمرهم أوّلاً بتطويل القراءة لأنه أفضل ثم ضعف الناس فأمرهم بثلاث وعشرين فخفف من طول القراءة، واستدرك بعض الفضيلة بزيادة الركعات انتهى. 

 *قال الباجي* : وكان الأمر على ذلك إلى يوم الحرة فثقل عليهم القيام فنقصوا من القراءة وزادوا الركعات فجعلت ستًا وثلاثين غير الشفع والوتر.

بسبب وجود احتمالات كهذه, لا يجوز أبداً إبطال و تحقير رواية ٢٠ ركعة في صلاة التراويح.

و ايضا:

1. المذاهب الأربعة كلها على ٢٠ ركعة بل بعضها أكثر من ٢٠.

2. لا يجوز علينا أخذ الحكم مباشرة من الحديث إذا لم نكن نعرف، الوجوب علينا السؤال من أهل الذكر... أهل الذكر هم أئمة المذاهب. إجماع أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم على ٢٠ ركعة. الإجماع أقوى من الحديث الصحيح. لأن دلالة الإجماع قطعية. لوجود قرينة الرضا حسب أصول الفقه. أما الحديث الذي على ٨ فدلالته ظنية ولو كان صحيحاً. يجب تقديم الدلالة القطعية في الاستدلال. و أيضاً لأننا مأمورون بالتمسك بالخلافة الراشدة. فدلالة الإجماع أقوى من دلالة الحديث الصحيح. وأيضاً المجتهد لا يجوز عليه الخرق عن الإجماع.


- ملخصا لجواب الشيخين من شيوخنا حفظهم الله.


Assalamu alaikum wa rahmatullah wa barakatuh.


Syaikhuna yang dimuliakan, semoga Allah memelihara Anda dan memberi manfaat kepada kami semua dengan keberkatan Anda.


Saya mempunyai pertanyaan:

253 222 - Imam Malik meriwayatkan dalam bab ini, dari Muhammad bin Yusuf, dari Saib bin Yazid, dia berkata: Umar bin Khattab memerintahkan Ubay bin Ka'b dan Tamim al-Dari untuk memimpin orang-orang shalat dengan 11 rakaat. Dia berkata: Pembaca (imam) membaca surah-surah panjang, sehingga kami terpaksa bersandar pada tongkat karena lama berdiri, dan kami tidak selesai shalat kecuali menjelang fajar.


Apakah boleh menggunakan hadis ini untuk membatalkan pendapat 20 rakaat dalam shalat Tarawih?


Terima kasih atas jawaban Anda.


Alhamdulillah wa shukrillah.


Jawaban:

Tentu saja tidak boleh.


_Karena dalam hadis ini ada kemungkinan-kemungkinan._

Dan dalilnya: Jika ujungnya ada kemungkinan, maka gugurlah hujjah.

Dan ada kaidah: "Jika ada kemungkinan, maka tidak boleh berdalil."


1. Riwayat ini ditolak oleh Imam Ibn Abd al-Barr. Dia berkata: "Riwayat ini adalah salah. Ibn Abd al-Barr berkata: Perawi lain selain Malik meriwayatkan dalam hadis ini 21 rakaat, dan itu yang benar. Saya tidak tahu siapa yang meriwayatkan 11 rakaat kecuali Malik. Mungkin itu pada awalnya, kemudian diringankan dari mereka karena panjangnya berdiri, dan dipindahkan ke 21 rakaat. Tapi yang lebih kuat menurut saya, perkataan 11 rakaat adalah salah."


2. Al-Baji berkata: Mungkin bisa digabungkan antara dua riwayat. Al-Baji berkata: "Pertama, Umar memerintahkan mereka untuk memperpanjang bacaan karena itu lebih utama, kemudian orang-orang melemah, maka dia memerintahkan mereka dengan 23 rakaat, dan diringankan dari panjangnya bacaan, dan ditambahkan beberapa keutamaan dengan menambah rakaat."


Al-Baji berkata: "Dan itu tetap seperti itu sampai hari al-Harrah, maka mereka merasa berat dengan berdiri, maka mereka diringankan dari bacaan, dan ditambahkan rakaat, sehingga menjadi 36 rakaat, tidak termasuk shalat witir."


Karena adanya kemungkinan-kemungkinan seperti ini, tidak boleh membatalkan dan merendahkan riwayat 20 rakaat dalam shalat Tarawih.


Dan juga:

1. Madzhab yang 4 semuanya berpendapat 20 rakaat, bahkan ada yang lebih dari 20.

2. Tidak boleh kita mengambil hukum langsung dari hadis jika kita tidak tahu, wajib bertanya kepada ahli zikir... Ahli zikir adalah imam-imam madzhab. Ijmak sahabat Nabi SAW atas 20 rakaat. Ijmak lebih kuat dari hadis sahih tersebut. Karena dalil ijmak sukuti adalah qath'i kerana ada qarinah ridha, menurut metod ushul fiqh. Sedangkan hadis yang 8 rakaat, dalilnya adalah zanni, walaupun ia sahih. Wajib mendahulukan dalil qath'i dalam istidlal. Dan juga karena kita diperintahkan untuk berpegang dengan khulafa' rashidin. Maka dalil ijmak lebih kuat dari dalil hadis yang sahih tersebut. Dan juga mujtahid tidak boleh melanggar ijmak.


- Ringkasan jawaban dari dua syaikh dari guru-guru kami, semoga Allah memelihara mereka.

.

Tuesday, January 27, 2026

Buku Amalan Dunia Yang Akhirat



 Edisi cetakan terbaru serta tambahan doa anak dalam proses akan berkhatan dan  penambahan *bab kehidupan* dalamnya ada doa  masuk rumah baru, doa kenderaan baru dan doa mula berangkat safar haji dan umrah.

Cetakan terhad hanya 90 keping sahaja baki. Harga rm15 sekeping. 

Siapa berhajat sila pm 0193825486

Cetakan terhad.


Antara kata2 terluah oleh mereka yang pernah menatap buku ini.

1. "Buku ni kalau dipegang oleh ustaz2 ustazah, mula pegang rasa takda pa.. buku biasa2 ja...bila mula buka sehelai sehelai muka lepas semuka... pegang tak lepas dah... mana yang tak miliki lagi akan tanya ada jual mana buku ni?. Lama dah dok cari hok yang macam ni..."

2. Sorang kawan yang ada diploma perfileman dan pengalaman hidup.yang tragis dalam melayari kehidupan berumahtangga dan mencari jalan selamat didunia dan akhirat berkata : "Setelah berkali2 saya baca buku ini , bagus kalau dibuatkan satu filem berdasarkan isi kandungan buku ini menunjjukkan "Kehidupan adalah satu Perjalanan bermula dari kelahiran yang bermula dipandu dengan doa dan disudahi dengan doa".  

 Buku ini merupakan peta perjalanan seorang insan yang beriman.


3. Peneliti berkata "Sesuai sangat untuk setiap keluarga memilikinya sebab jika dipraktik isinya sebagai bacaan dan amalan sudah menjadi petanda keluarga orang soleh sebab tidak perlu lagi harapkan sangat orang lain dari ahli keluarga sendiri".

Tuesday, November 04, 2025

Tuan Guru Baba Rashid Wara' al Fathoni.


 Tuan Guru Baba Rashid warak.Guru kepada guru saya Baba Hasan Leweh. 

Saya sempat mengaji dengan beliau 3 hari dipondoknya di cerok keriang , Saiburi. FATHONI. Alhamdulillah.


Thursday, October 23, 2025

Sembahyang sunat awwabin adalah sunat.

 https://www.aliftaa.jo/fatwa/3698/%D8%AA%D9%81%D8%B5%D9%8A%D9%84-%D8%A7%D9%84%D9%82%D9%88%D9%84-%D9%81%D9%8A-%D8%B5%D9%84%D8%A7%D8%A9-%D8%A7%D9%84%D8%A3%D9%88%D8%A7%D8%A8%D9%8A%D9%86?utm_source=chatgpt.com

Tuesday, October 07, 2025

Alim Ulamak Islam dan Kejahilan orang wahabi.

Mengandungi cebisan 5 buah kitab karangan ulama besar aswj . penuh dengan; 1-maklumat2 kaedah mazhab hanafi pada menjawab musykil orang yang menuduh dahulukan qiyas atas nas dan yang seumpamanya. 2-Nukilan jawaban ulamak sebesar Imam Subki berkenaan tawassul dan istighasah. 3- tekas penuh kitab matan aqoidu nasafiah. -cebisan kitab al maktubat imam rabbani faruq sirhindi pada menjelaskan metod mazhab imam terdahahulu telah mengambil amar dan nahi dari alquran termasuk mazhab yang 4. suku dari amalan bersandarkan kaedah ini telah diamalkan dan wujud dalam.mazhab hanafi. 5.kitab bab robitah oleh Mawlana Khalid al Baghdadi