Thursday, September 06, 2012

Maqam Sidi Ahmad Zarruq diLibya? di Bongkar ?.







 Jahuilah jauhilah. 

Allahumma Aajirna min Tajawuzil  munafiqin , wal musyrikin, wal faasiqiin, wal mulhidiin, wal mubtadii'in.. Aamin...




Darul Ifta - majlis fatwa Negara Mesir anggap penceroboh Kubur dan Makam-makam Sahabat , dan Kubur  Sidi Ahmad Zarruq dan Sidi  Abdis Salam al Asmar  di Libya , sebagai Khawarij terkini dan  Kilaabin Nar .         

 klik le.




Wednesday, September 05, 2012

Apa perlu dibenteras Kubah makam dan makam?.


MEMBINA KUBAH DAN MASJID DI SISI MAKAM (1)
Disediakan oleh:
Al-haqir Wal- faqir Abd. Raof Nurin Al Bahanji Al-Aliyy. Pondok Tampin NSDK.
ألسلام عليكم ورحمة الله وبركتة .
Wahabi berdalil dengan serangkaian hadis mengharamkan pembangunan kubah dan masjid di sisi makam berdasarkan beberapa kefahaman daripada hadis ini.
Imam Bukhari meriwayatkan dua hadis di dalam Sahihnya pada bab “Makruh menjadikan kuburan sebagai masjid”.
Pertama : Ketika Hasan bin Hasan bin Ali meninggal dunia, isterinya memasang sebuah kubah di atas kuburan, ketika setahun kemudian ia mengangkatnya kembali, orang –orang mendengar suara teriakkan “Apakah mereka telah menemukan yg hilang?”, Suara yg lain mengjawab “Bahkan mereka berputus asa dan berbalik”.
Kedua : Allah melaknat orang- orang Yahudi dan Nasrani yg menjadikan kuburan Nabi mereka sebagai masjid. Siti Aishah berkata , jika bukan kerana takut hal itu ( Makam Nabi akan menjadikan Masjid) nescaya kaum muslimin akan menampakkan makam Baginda S.A.W yakni tidak meletakkan perghalang/tutupan dinding di sekitarnya, hanya saja saya khuatir makamnya dijadikan masjid.
Ketiga : Dalam sahih Muslim, jilid 2 m/s 68 “ Ketahuilah bahawa orang – orang sebelum kamu menjadikan Makam Nabi – Nabi mereka sebagai Masjid, maka janganlah sekali- kali sekelian kamu menjadikan kubur sebagai masjid, saya mencegah kamu semua dari berbuat begitu.”
Keempat: Sahih Muslim Kitab Al- Masajid jilid 2 m/s 66 “ Ummu Habibah dan Ummu Salamah menyebutkan , bahawa keduanya melihat lukisan rupa Rasul Allah di sebuah gereja di Habsah ( yakni ketika mereka berhijrah kesana bersama muhajirin ketika hijrah pertama). Rasullah S.A.W bersabda
“ Mereka adalah (golongan) orang yg apabila ada orang soleh di kalangan mereka meninggal dunia, mereka membangunkan masjid diatas makam dan melukis lukisan- lukisan tersebut, mereka adalah paling jahat makhluk di sisi Allah di hari kiamat”.
Kelima : Sunan Nasa`I jilid 3 m/s 77 “ Rasullah S.A.W melaknat wanita- wanita yg berziarah kekubur , orang- orang yg menjadikannya sebagai masjid serta orang yg menyalakan lampu di tempat tersebut.”


Inilah beberapa dalil yg diutarakan oleh golongan Wahabi, sehingga mereka meruntuhkan kubah- kubah yg di bina beratus tahun dan merosakkan sebahagian besar daripada kesan sejarah warisan daripada sahabat Radiallahu Anhum khususnya daripda Rasullah S.A.W . Sehingga pada hari ini usahkan kelihatan zahirnya tempat-tempat perjalanan peristiwa penting didalam agama, namanya pun hampir tidak kedengaran lagi. Misalnya Telaga Mengambil Wuduk S.A.W yg berada di sekitar Masjid Nabi S.A.W. Beberapa kesan sejarah yg berada di Badar Al- Kubra yg telah mereka hapuskan. Ini boleh kita dapati dengan membaca dan menelitinya daripada ulasan Pakar Sejarah , Doktor Husain Haikal. Beliau telah menitiskan air mata kesayuan apabila sampai di Badar Al- Kubra, tatkala mendapati tiada satupun kesan zahir yg ketinggalan melainkan telah lenyap- selenyapnya oleh penbenterasan Wahabi.
Ibnu Taimiyah adalah orang yg mula- mula menyebarkan keyakinan ini sedang Muhammad bin Abdul Wahab ( Pengasas Wahabi) adalah yg selalu yg mengikutinya. Beliau menafsirkan bahawa tidak boleh membangunkan masjid di atas atau di sebelah makam. Ibnu Taimiyah juga menulis “Bahawa ulamak kita berkata bahawa tidak boleh dibangunkan masjid dikuburan”. Lihat ziarah kubur m/s 106. Tetapi Ibnu Taimiyyah tidaklah sedahsyat Wahabi yg telah berjaya mempraktikkan seluruh idea tersebut.
Sekarang marilah kita meneliti matan- matan hadis tersebut sehingga jelas kandungan maksudnya yang sebenar. Hal ini penting yg perlu diperhatikan, sebagaimana kita boleh mendapatkan penerangan bagi kesamaran sesuatu ayat Al-Quran dengan menafsirkannya dengan berdasarkan ayat yg lain, begitu pulalah hadis kita dapati penjelasan sesuatu kesamarannya dengan meneliti tafsirannya pada hadis yg lain. Wahabi dengan kebiasaannya berpegang pada zahir sesuatu hadis, beranggapan bahawa seluruh pembinaan kubah atau masjid di samping makam adalah terlarang dan haram hukumnya sehingga dikatakan syirik. Padahal jika mereka mengumpulkan semua hadis berkenaanNya nescaya akan diketahui maksud Nabi S.A.W dengan larangan dan laknat pada hadis- hadis tersebut.
Untuk mengetahui maksud hadis tersebut secara benar, kita mestilah mengetahui apakah yg telah dilakukan oleh Yahudi dan Nasrani terhadap Makam Nabi-Nabi mereka.
Nabi S.A.W melarang kita berbuat seperti mana halnya perbuatan Yahudi dan Nasrani tersebut dan ianya akan menjadi jelas bentuk larangan dan maksudnya jika kita mengetahui isi perbuatan mereka itu. Dalam hadis- hadis tersebut terdapat bukti bahawa mereka menjadikan Makam- Makam Nabi mereka sebagai KIBLAT . Mereka meninggalkan kiblat yg sebenarnya , lebih jauh daripada itu sebagai mengganti penyembahan terhadap Allah , mereka menyembah Nabi- Nabi mereka, atau paling tidak, mereka menjadikan Nabi- Nabi mereka sebagai SEKUTU TUHAN dalam sembahan.
Jika maksud hadis itu adalah larangan menjadikan makam mereka sebagai kiblat atau menjadi sekutu Allah dalam sembahan, Maka tidak menjadi alasan sama sekali berdalil dengan hadis- haids tersebut untuk mengharamkan kubah dan masjid yg dibina di atas atau disisi kubur. Para penziarah tidak pernah menjadikan Makam Para Sahabat dan Tabiin dan Para Ulamak di Ma’la dan Baq`i sebagai tempat sembahan, mereka menyembah Tuhan yg Esa dan menghadap Kaabah ketika sembahyang.
Para penziarah yg tentunya terdiri bukan saja daripada awam muslimin bahkan dikalangan Sahabat, Tabi’in , dan Ulamak Solihin , tidak pernahlah tertipu dengan dakwaan Wahabi menziarahi dan membina kubah di kuburan sebagai menyembah kuburan .
Ini jelas jika kita memerhatikan pengebumian jenazah didalam masjid atau binaan telah berlaku sejak zaman Rasulullah S.A.W.
As Samhudi dalam Wafa ul Wafa jilid 3 m/s 97 “ ketika Fatimah binti Asad meninggal dunia, Nabi memerintahkan menguburkannya di sebuah masjid dan sekarang dikenali sebagai Makam Fatimah. Samhudi juga berkata Mus` ab bin Umair dan Abdullah bin Jahsi telah dimakamkan di masjid yg dibina di atas Makam Hamzah Radiallahuanhu”. Wafa ul Wafa jilid 3 m/s 922 dan 936.
Rasulullah S.A.W sendiri ,telah di Makamkan didalam binaan , yaitu Hujrah Sayyidatina A’yisah Ra, anha dengan Ijmak Para Sahabat Ra,anhum. Dan berbagai lagi dalil yg didapati mengharuskan pembinaan Kubah diatas Makam. Sebahagian Ulamak telah mengemukakan 15 dalil dan hujjah keharusan membina Kubah dan Masjid disisi Makam.
Berbalik kepada makna perbahasan hadis tersebut, marilah kita memerhatikan beberapa riwayat hadis sahih yg menjadi tafsiran kepada beberapa hadis yg menjadi dalil kepada Wahabi tersebut.
Di antara riwayat hadis tersebut adalah seperti berikut:
Riwayat hadis Muslim yg keempat ( hadis yg keempat) menjadi penjelasan kepada hadis- hadis yg sebelumnya. Iaitu ketika dua isteri Nabi S.A.W mengatakan mereka menyaksikan lukisan – lukisan Nabi di dalam gereja Habshah, lantas Nabi bersabda “ Mereka adalah orang- orang yg apabila, orang soleh dikalangan mereka meninggal dunia lantas mereka membuat masjid atasnya dan melukis lukisan- lukisannya di masjid tersebut.”
Tujuan meletakkan lukisan di sisi makam mereka adalah untuk bersujud dengan menjadikan lukisan dan makam mereka sebagai kiblat, lebih jauh mereka menjadikan lukisan dan makam sebagai berhala yg disembah. Kemungkinan ini perlu di perhatikan sebab orang –orang Nasrani memiliki kecenderungan yg sangat untuk menyembah manusia dan patung. Dengan adanya kemungkinan yg kuat ini adalah keliru menggunakan hadis- hadis yg tersebut sebagai dalil pengharaman pembinaan masjid diatas atau disebelah makam- makam yg terlepas daripada penyalahgunaan tujuan pembinaannya semacam ini
Imam Ahmad didalam Musnad beliau jilid 3 m/s 248, dan Imam Malik didalam Al- Muwatak, kedua Beliau ini telah meriwayatkan daripada Nabi S.A.W setelah Baginda melarang penyalah gunaan tersebut lalu berdoa” Ya Allah , janganlah kau jadikan KUBURKU sebagai BERHALA yg disembah”. Ayat doa daripada Nabi ini jelas menunjukkan bahawa kesalahan terletak pada memperlakukan kuburan seperti berhala atau kiblat.
Hadis Siti Aishah yg kedua, menjelaskan kebenaran ini iaitu setelah menukilkan hadis tersebut daripada Nabi S.A.W, kemudian Siti Aishah berkata “ Jika bukan kerana takut hal itu (Makam Nabi ) dijadikan masjid , nescaya kaum Muslimim akan menampakkan Makamnya ( tidak menaruh tutupan disekitarnya) hanya saja saya khuatir, jika dinampakkan akan di jadikan Masjid.” Jelaslah bahawa tutupan atau penghalang atau tembok yg dibina adalah untuk mencegah orang daripada mendirikan sembahyang diMakam atau menjadikannya berhala atau kiblat. Bukan bermakna semata-mata muthlak larangan membina Masjid sebagaimana yg difahamkan oleh Wahabi. Ini bukanlah satu takwil atau tafsiran yg disangka oleh Wahabi, sebagai menyeleweng daripada maksud sebenar yg mereka jadikan dalil, larangan pembinaan masjid dan kubah disisi makam.
Al Allaamah Sindi dalam Ta’liq beliau pada Sunan Nasa i, jilid 2 m/s 41 telah menafsirkan larangan yg dimaksudkan dengan catitan yg bermaksud “Beliau ( S.A.W) mencegah umatnya daripada perbuatan Yahudi dan Nasrani, kerana mereka sujud di kuburan Nabi- Nabi mereka dengan mengagung- agungkanNya dengan menjadikanNya KIBLAT.
Kita perhatikanlah akibat daripada tutupan dari tembok yg terbina di makam Nabi S.A.W.
1) Mencegah orang –orang menjadikannya sebagai berhala dan disembah. Dengan adanya penghalang/ tutupan mereka tidak dapat lagi melihat makam dan dijadikannya sebagai sembahan berhala.
2) Mencegah orang – orang menjadikan makam sebagai kiblat, didalam hal ini menjadikan kiblat bererti melihat makam. Kiblat disini bukanlah bermaksud Ka’bah baik dilihat mahupun tidak, sebab Ka’bah adalah Kiblat rasmi Muslimin sedunia. Adapun menjadikan makam sebagai kiblat, maka khusus bagi mereka yg mendirikan sembahyang didalam Masjid Baginda S.A.W. Penyelewengan- penyelewengan sedemikian lebih mungkin terjadi apabila Makam telah ternampak sebagaimana dikhuatirkan oleh Siti Aishah Ra, ha..
3) Para pensyarah Kitab Sahih Bukhari dan Muslim menafsirkan hadis tersebut seperti yg kita huraikan. Tidaklah kita menyelewengkan sedikitpun tafsiran seperti yg telah didakwa oleh Wahabi.
Imam Al Qastalani didalam Kitab Irsyad AsSari syarah Sahih Bukhari berkata, ”Orang- orang Yahudi dan Nasrani, untuk menghidupkan peringatan pada sesepoh (orang-orang tua) mereka , memasang lukisan disisi makam- makam mereka dan menyembah Allah disebelahnya. Namum para penerus setelah mereka kerana godaan syaitan, menyembah lukisan tersebut.”
Kemudian Al Qastalani menukilkan dari Tafsir Baidhowi, “ Dikeranakan kaum Yahudi dan Nasrani bersujud di Makam Nabi mereka untuk mengagungkannya serta menjadikannya sebagai berhala maka kaum Muslimin dilarang daripada melakukan hal seperti itu. Adapun jika seseorang , atas dasar ingin bertabarruk membangun masjid disebelah Makam Orang Soleh, bukan untuk menyembahnya dan bukan nya untuk menghadapnya ketika sembahyang, maka ia tidak termasuk didalam ancaman ini.”
Imam Ibnu Hajar Al Asqalani dalam Kitab Fathul Bari mendokong Tafsiran ini dan berkata, “ Yg dilarang adalah kondisi kubur, seperti yg berlaku dikalangan Ahli Kitab, jika BUKAN DEMIKIAN MAKA TIDAK DILARANG.”
Dalam syarah Muslim m/s 13 juzuk 5 Darul Saqafiah Al- Arabiah Fil Bait, Imam Nawawi mengkomentari hal ini dengan berkata, “ Sesungguhnya Nabi S.A.W melarang umatnya dari menjadikan makam beliau dan makam lain beliau sebagai masjid, hal itu dikeranakan agar Muslimin tidak berlebih- lebihan dalam mengagungkan sehingga terfitnah dengannya, maka barangkali membawa kepada kekufuran SEBAGAIMANA YG TELAH BERLAKU PADA KEBANYAKAN PADA UMAT- UMAT YG TERDAHULU. Ketika berhajat Para Sahabat Radiallahu ta’ala dan Para Tabi’in membesarkan masjid S.A.W bila mana muslimin bertambah ramai, dan bertambah melebar luas masjid sehingga termasuklah rumah para Ummahatul Mukminin didalam masjid dan sebahagian daripadanya ialah bilik Siti Aishah R,anha yg dimakamkan didalamnya Rasulullah S.A.W dan Dua Orang Sahabat Baginda, mereka ( Para Sahabat dan Tabiin ) telah membina benteng tinggi yg bulat mengelilingi makam agar tidak kelihatan dari masjid, yg mana mungkin menyebabkan bersembahyang BAGINYA (MENGHADAPNYA) OLEH ORANG- ORANG AWAM YG MEMBAWA KEPADA PERKARA YG TERLARANG. Kemudian mereka juga membina dua dinding di dua tiang kubur dipihak kiri dan tepi keduanya hingga bertemu, sehingga tidak memungkinkan seseorang menghadap ke arah kubur. Kerana sebab inilah apa yg telah disabdakan oleh Nabi S.A.W didalam hadis.
Perkataan Siti Aishah mengisyaratkan kenyataan ini, “ Jikalau tidaklah demikian itu , nescaya dinyatakan kelihatan kuburnya Nabi S.A.W, hanyalah kerana ditakuti bahawa dijadikan dia masjid.”
Waallhu taala bi sawab
Pensyarah lain pula berkata, perkataan Siti Aishah adalah berkaitan dengan masa sebelum perluasan masjid. Adapun setelah perluasan masjid dan biliknya dimasukkan didalam masjid , maka bilik tersebut dijadikan berbentuk segitiga hingga orang tidak sembahyang dimakam Nabi S.A.W. Kemudian berkata pensyarah tersebut , golongannya Nasrani dan Yahudi menyembah Para Nabi disebelah makam mereka dan menjadikan mereka sebagai sekutu Allah.
Dengan konteks dan pemahaman para pensyarah hadis tersebut , tidak memungkinkan adanya permahaman – pemahaman yg lain dan mereka berfatwa pula dengannya. Jikalau Wahabi ingin berbahas dengan matan hadis secara ilmu mengikut mantik , balaghah dan nahu saraf dan alat- alatnya dipersilakan jika mereka mahu berbuat demikian. InsyaAllah sekadar yg kefahaman yg dianugerahkan Allah akan kita sambut dengan senang hati.
Sekarang kita berpaling dari konteks pemahaman hadis tersebut, dan menghuraikan permasalahan di sudut yg lain pula.
Bahawa hadis tersebut berkenaan dengan masjid dan kubah yg dibangunkan diatas kuburan . Ini adalah hal yg berkaitan dengan bangunan dan kubah diatas makam yg mulia. Sedangkan dikebanyakan tempat yg dijumpai , masjid dibangun disebelah makam para Imam, seperti Imam Syafi`e, Sheikh Abdul Qadir Jalani dan ada yg terpisah bangunan masjid dari kuburnya dan ada yg dipisahkan oleh bilik yg khas . Maka dalam konteks Pembinaan Masjid yg terlarang ,jika menurut kefahaman wahabi ,adalah tidak termasuk dalam kategori tersebut. Bagaimana boleh kita katakan , membina masjid disamping kuburan hukumnya haram, kerana semua orang menyaksikan masjid Nabi berada disamping makam beliau. Jika dikatakan Masjid Nabi hukumnya adalah khusus pada masjid Nabi sahaja, dan pula terbina Masjid Nabi saw lebih dahulu dari adanya Makam Baginda saw. Maka dijawab: Dimana diambil dalil pengkhususan dan pengecualian tersebut jika hanya berdasarkan hadis-hadis yg telah dibahaskan tersebut yg dilalahnya menunjjukkan keumuman larangan?. Mengapa Makam Kedua Sahabat termasuk dalam binaan,padahal keduanya bukan Nabi?. Dan jika terdahulunya terbina Masjid dari keberadaan Makam sebagai hujjah ,mengapa sahabat memahamkam boleh dibinakan Masjid sehingga meliputi Makam ?. Jika para sahabat, merupakan teladan yg harus diikuti, kenapa didalam masalah ini kita membantahi mereka?. Mengapa mereka membiarkan saja kehendak Saidina Abu Bakar dan Umar rahuma untuk di semadikan di binaan bersama Nabi saw?. Mereka yg telah memperluaskan masjid hingga makam Nabi dan sahabatnya berada ditengah- tengah masjid. Jika benarlah membangunkan masjid disisi makam tidak dibolehkan, mengapakan muslimin memperluaskan masjid Nabi dari semua arah sehinggakan makamnya berada ditengah- tengah. Adakah mereka dikata kan tidak faham atau tidak menghiraukan kebimbangan Siti Aisyah rha.?. Atau membantahi Rasul Nya s.a.w?. Padahal dahulunya masjid berada disudut timur makam, dikeranakan perluasan, bahagian barat dan hadapan termasuk didalam masjid. Mengapa tidak diperluaskan hanya arah yg tidak melibatkan Makam?. Sebenarnya riwayat tersebut hanya menjelaskan kepada kita bahwa Nabi saw melarang pembangunan masjid diatas atau disisi makam/ kubur. Tetapi tidak ada dalil yg pasti, menunjukkan larangan tersebut adalah haram. Itu pun hanya berdasarkan illah-illah yg tertentu. Adalah kemungkinan larangan tersebut adalah bererti Tanzih atau makruh, sebagaimana yg telah ditafsirkan oleh Al Bukhari didalam bab “Dimakruhkan membuat masjid diatas kuburan”. Sahih Bukhari jilid m/s 111. Soalnya mengapakah hanya Hukum Makruh yg dicatit Al Bukhary ,tidak Haram?. Tentulah ada sesuatu sebab sehingga terjadinya penghukuman yg tidak putus keharamannya, sebagaimana yg dibahas dalam Ilmu Usul Fiqah. .
Wahabi telah mencari dalih untuk menghancurkan kubah di Ba`qi dengan alasan bahawa tanah di Ba`qi adalah tanah wakat, dengan sedemikian semestinya segenap inci digunakan . Segala sesuatu yg bersifat kekal mestilah di hapuskan termasuklah bangunan di atas makam keluarga Rasullah S.A.W kerana hal tersebut mengurangi manfaat tanah wakaf tersebut. Jadi kesemua tiang , tembok , bangunan, tembok kubah pada makam- makam semestinya di hilangkan agar maksud terlaksana. Ini hanyalah helah Wahabi , realitinya jika tidak berdalil pun ,mereka akan menghancurkan semahunya. Kerana dasar inilah mereka mencari dalil dan mendakwa tanah di Ba`qi adalah wakaf, padahal itu adalah prasangka sahaja. Tidak ada kitab sejarah atau hadis, tanah Ba`qi adalah wakaf, yg ada memperkirakan Ba`qi sebagai tanah yg mati. Masyarakat Madinah memakamkan ahli mereka disana.
As Samhudi didalam Wafaul Wafa menulis, bahawa orang pertama dimakamkan di Ba`qi adalah Usman bin Maz`un. Ketika putera Nabi Saidina Ibrahim wafat, Baginda memerintah agar dikebumikan disebelah Usman bin Maz`un. Mulai saat itu orang memakamkan mayat mereka di Ba`qi. Mereka menebang pokok- pokok dan membahagikan tempat untuk kabilah mereka . Selanjutnya dikatakan bahawa di tanah Ba`qi terdapat pokok yg bernama Gharqad.Pokok Gharqad adalah pokok yg terdapat dipadang pasir di Madinah dan tumbuhnya dijarak yg berjauhan . Dari kenyataan tersebut, Ba`qi adalah tanah mati, bukannya tanah wakaf. Dikeranakan makamnya seorang sahabat disana, orang- orang menjadikan kuburan.
Samhudi juga meriwayatkan Nabi juga memakamkan tubuh Saad bin Mu`az di rumah Ibnu Aflah yg mempunyai KUBAH dan BANGUNAN di Ba`qi. Wafaul Wafa jilid 2 m/s 84.

MEMBINA KUBAH DAN MASJID DI SISI MAKAM (3)


Menghalusi perbahasan makna kalimah : سوى .
Bertuahnya hadis ini diriwayatkan dalam Sahih Muslim, Turmuzi dan Nasaie, yang akan cuba kita bahaskan maknanya yang telah diberikan oleh wahabi sebagai:
“Perintah menghancurkan atau meruntuhkan kubur dan kubbah”,
dapat digantikan tajuknya dengan :
“ Perintah meratakan kubur iaitu perintah meratakan bahagian-bahagian yang tinggi diatas kubur”.
Cuba perhatikan hadith yang diriwayatkan oleh imam Muslim yang mana kandungannya akan kita bahas.
Berkata rawi, {Kami bersama fadhalah bin Ubaied berada dibumi Rom diRodisa . Ketika itu salah seorang sahabat kami meninggal dunia. Maka menyuruh Fadhalah bin Ubied menguburkannya lalu menyuruh meratakan kubur sahabat kami itu , maka diratakalah . .Kemudian beliau berkata, aku mendengar Rasulullah s.a.w memerintahkan meratakannya ( meratakan kubur)}. - Sahih Muslim, hadis no 410, Kitab Janaiz, bab الأمر بتسوية القبر . m.s 310 cetakan darul ihya al thuras al arabi.
Untuk memahami hadith tersebut, fokusnya adalah untuk memahami makna perkataan سوى di dalamnya.Ada tiga makna yang mungkin boleh disesuaikan dengan makna kalimah tersebut. Dan kita mesti menetapkan salah satu daripada tiga makna kalimah tersebut.
Pertama, makna menghancurkan bangunan yang ada di atas makam. Nampaknya, makna ini tidak sesuai dan tidak tepat untuk kalimah dalam hadith tersebut, kerana kubur di Madinah pada waktu sabdaan Nabi pada hadith tersebut masih belum mempunyai bangunan atau kubah. Kalau ya benar begitu tafsirannya, maka termasuk juga Makam Nabi s.a.w yangmana Nabi telah dimakamkan didalalam bagunan (hujrah) siti Aisyah r.aha atas sabdaan Nabi s.a.w sendiri yang dibacakan oleh Siti Aisyah r.a. Maka adakah kedua-dua perintah itu yang saling bertentangan boleh dikompromikan?. Atau di tarjihkan satu kemudian dilaksanakan yang satu menurut fahaman wahabi, maka Nabi s.a.w telah memerintahkan diruntuh semasa hayat baginda kemudian hampir wafat meninggalkan sabdaan pula : Nabi dikebumikan ditempat wafatnya?, Yakni yang didalam bangunan? . Ini semua menunjjukan makna pertama memang tidak betul dan tak sesuai.
Kedua, makna meratakan kubur separas dengan permukaan bumi. Kemungkinan yang kedua ini pun tidak tepat dan bertentangan dengan sunnah yang putus, kerana sunnahnya, meninggikan kubur/ makam setinggi satu jengkal dari permukaan bumi. Ibnu Hibban telah meriwayatkan didalam kitab Sahih beliau , Kubur Nabi s.a.w ditinggikan sejengkal.-lihat Kitab Fathul Wahhab karangan Sheikhul Islam Zakariyya al-Anshori- m.s 100, juzuk 1, Kitab Janaiz. cetakan daarul fikar tanpa tahun.
Ketiga, makna meratakan bahagian atas kubur (tasthih) dan mengubahkannya dari berbentuk seperti bonggol unta atau seperti punggung ikan, lalu jadi samarata. inilah yang benar. Abu Daud telah meriwayatkan dalam Sunan beliau bahawa Kubur Nabi s.a.w dan dua sahabat baginda diratakan begitu juga terhadap kubur kedua sahabat baginda (iaitu atasnya tidak di Tasnimkan, dibuat bonggol seperti bonggol belakang unta hanya diratakan saja) - Lihat
Kitab Fathul Wahhab karangan Sheikhul Islam Zakariyya al-Anshori- m.s 100, juzuk 1, Kitab Janaiz. cetakan daarul fikar tanpa tahun.
Dengan demikian itu, riwayat hadith Muslim itu tidak ada kaitan sama sekali dengan tajuk “Perintah menghancurkan atau meruntuhkan kubur dan kubbah” seperti yang didakwa oleh mereka yang berdalih.
Lihat pula buktinya, tafsiran yang kita kemukakan memang sesuai dengan kenyataan dalam Syarah Sahih Muslim yang telah dikemukakan oleh Imam Nawawi.
Beliau berkata, “Dalam hadis ini , yang Sunnatnya ialah, kubur tidak terlalu ditinggikan dari aras tanah (bumi) dan tidak dibentuk seperti bonggol unta, tetapi ditinggikan satu jengkal dan diratakan. Inilah Mazhab Shafie dan mereka yang sependapat dengannya. Telah menukil Imam Qodhi Iyyadh , Bahawa yang Afdhal disisi mereka , dibuat bonggol , Iaitu adalah pendapat mazhab Maliki”. –Syarah Sahih Muslim oleh Imam Nawawi. m.s : 36 juzuk 6 . cetakan darul thaqafiyah al arabiyah. Bairut.
Ayat syarahan ini jelas menunjukkan bahawa pensyarah Sahih Muslim memahami kata-kata yang digunakan dalam hadith tersebut, seperti mana yang telah kita bahas, iaitu Saidina Ali Karramallahuwajhah memerintahkan agar Abul Hayyaj mengubah kubur yang seperti bonggol unta itu atau punggung ikan dan meratakannya, tetapi bukan pula dengan erti meratakannya separas bumi atau menghilangkan atau menghancurkan bangunan yang ada di atasnya sama sekali. Dimana pula wahabi mengambil istidlal dengan menggunakan hadis ini sebagai helah untuk melaksanakan rancangan meroboh makam-makam dan kubah-kubah? . tidakkah itu dinamakan tafsiran yang melampaui batas?.
Kemudian, bukan Imam Nawawi sahaja yang menafsirkan hadith itu seperti yang demikian....cuba lihat pula..brsambung insyaallah..

Jangan kamu jadikan kuburku perayaan - APA Maksud yang betul?.


-->

Berkata al Hafiz al Sakhawi didalam kitab beliau berjodol fi’“Al Qaulul Badi’ fi sholati a’la al habibi al syafi”…

Ini beberapa faedah yang kami sudahi padanya bab yang keempat.

Berkata pengarang kitab “ Silah al mu’min’..

Sabdaan Nabi alaihi sholatu wassalam :

و لا تجعلوا قبرى عيدا
Jangan kamu jadikan kuburku perayaan .


Diihtimalkan bahwa adalah kehendaknya

الحث على كثرة زيارة , ولا يجعل كالعيد الذى يأتى فى العام الا مرتين .
Bersungguh-sungguh atas membanyakkan ziarah (kubur Nabi) dan jangan dijadikan menziarahinya nya seperti hari raya yang hanya mendatangi ziarah hanya dalam setahun Cuma 2 kali sahaja.


Yang menguatkan tafsiran makna ini adalah satu hadis;

لا تجعلوا بيوتكم قبورا.
– اى لا تتركوا الصلاة فى بيوتكم حتى تجعلوا ها كالقبور التى لا يصلى فيها.
“Jangan kamu jadikan rumah-rumah kamu seperti kubur .”
Maknanya jangan kamu tinggalkan sembahyang didalam rumah-rumah kamu hingga kamu jadikan dia seperti kubur yang mana kubur memang tidak ada sembahyang dalamnya. Intahaa.


Sebahagian pensyarah kitab hadis berjodol “al Misykat Al Mashobih” karangan at Tabrizi yang memuatkan didalamnya hadis-hadis yang sangat bermutu :

Mereka telah menulis ; ‘ Didalam ayat hadis tersebut ada ayat atau kalimat yang dihazaf ‘ dibuang atau tidak disebut’ taqdir ayatnya :
لا تجعلوا زيارة قبرى عيدا

Jangan kamu jadikan menziarahi kuburku seperti hari raya…

Maknanya : Tegahan untuk menziarahi Alaihi sholatu wassalam seperti perhimpunan hari raya, sesungguhnya Yahudi dan Nashrani mereka berhimpun untuk menziarahi kubur Nabi-nabi mereka dan sibuk mereka dengan permainan dan pukulan gendang . maka Nabi s.a.w telah menegah umatnya berbuat seperti itu

MEMBINA KUBAH DAN MASJID DI SISI MAKAM (2)






Meroboh makam-makam dan kubah
Dalil-dalil lain sebagai helah untuk memantapkan rancangan meroboh makam-makam dan kubah.

Setakat ini dijumpai dalam 3 buah Kitab Sahih mengenai Hadis yang dikaitkan dengan meruntuh makam dan dhoreh serta kubahnya.
Satunya didalam Sahih Muslim jilid 3 bab: Janaiz m.s. 61.
Bahawa Ali bin Abu Talib berkata kepada Abul Hayyaj : Daku menyeru kamu kepada suatu perbuatan yangmana Rasul juga menyeru aku kepadanya iaitu “ Tidak engkau meninggalkan berhala kecuali engkau musnahkan dan kubur yang meninggi kecuali engkau ratakan”.
Riwayat Muslim- hadis no 968 باب الامر بتسوية القبر . Sunan Nasai dan Tirmizi- hadis no: 1049 باب ما جأ فى تسوية القبور



Setengah orang menjadikan hadis ini sebagai bukti rancangan tanpa teliti.
Kita tidak akan membincangkan sanad sanad dan perawi hadis diatas sebab mungkin ketelitian yang mendalam mesti ada kerana melibatkan sahih muslim. Pada asasnya hadis ini memang Sahih sebab ianya riwayat Imam Muslim.
Fokus kita pada dilalah hadis ini. Adakah benar hadis ini menunjjukan dan menyokong idea meruntuhkan kubah dan makam para Nabi dan Sahabat ,wali dan ulama solihin?.
Dalam Hadis riwayat Imam Muslim tersebut di catitkan:
و لا مشرفا الا سويته
Dan tidak kubur yang meninggi kecuali engkau ratakan”.


Jika berdasarkan hadis ini semata-mata , adakah betul makna yang difahami sehingga kekacauan dan gangguan boleh dilakukan pada mereka yang Hidup dikubur- kubur mereka.Kita teliti makna dua kalimah yang menjadi fokusnya.
1. Kalimat مشرف ”.
Al- Munjid – Kamus yang jadi rujukan . menulis: مشرف dengan dibariskan huruf ر ertinya “ketinggian” yang digunakan pada anggoh unta dan lainnya.
Oleh demikian مشرف bermakna , tinggi secara mutlak, khususnya tinggi seperti anggoh/bonggol belakang unta dan dengan memperhatikan hubungan bicara, fokus pada makna kita dapat faham maksudnya.
2. Kalimah : سويته dalam bahasa arab maknanya menyamakan , meratakan dan meluruskan sesuatu yang bengkok.
Didalam al-quran : الذى خلق فسوى “ Tuhan yang menciptakan dan menyempurnakan nya”.
Bertitik tolak dari 2 kalimat ini kita mesti menentukan salah satu dari 2 makna yang mungkin untuk hadis itu.
1. Maksud hadis itu ialah , Saidina Ali karramallahu wajhah perintahkan Abu Hayyaj untuk hancurkan makam-makam yang tinggi dan meratakannya separas dengan tanah/bumi .
Kita menolak makna ini:
Kerana makna kalimah سوى dengan erti menghancurkan tidak pernah dijumpai rujukannya.
Kedua , kalau begitu maksudnya, kenapa tiada fuqaha muktabar yang memfatwakan begitu. Yang betulnya fuqaha telah memfatwakan bahawa sunnahnya kubur ditinggikan dari aras bumi sejengkal. Ittifaq fuqaha berfatwa begitu . Dalam al-fiqh ‘ala mazabil a’rba’ah Dan Mustahab meninggikan tanah kubur kadar sejengkal “- bab باب حكم دفن الميت وما يتعلق به : jilid 1 . m.s : 507 , cetakan maktabah al-tawfiqiyyah , tanpa tahun .
2. Maksud hadis tersebut ialah , meratakan kubur dengan cara meratakan bahagian atas kubur dan meluruskannya, agar tidak jadi seperti punggung ikan dan belakang unta. Ini dapat difahami dari tafsiran fatwa para fuqaha yang 4 kecuali ٍmazhab shafie, berfatwa “ menjadikan kubur seperti anggoh/ berbenggol seperti belakang unta adalah sunat”.
Mazhab Shafie berkata:
جعل التراب مستويا منظما أفضل من كونه كسنام البعير
Menjadikan kubur samarata lebih afdhal dari menjadiakannya seperti bonggol unta. dalam bab yang sama .
Iaitu maksudnya , kubur yang sudah ditinggikan kadar sejengkal itu tidak dibuat berbonggol seperti keadaanya belakang unta .
Oleh yang demikian , sebenarnya hadis itu mendukung pendapat yang mengatakan mesti meratakan bahagian atas kubur, sekalipun pada waktu yang sama kubur lebih tinggi dari dataran bumi. Hadis ini dan ulasan ini tepat dan selaras dengan fatwa mazhab Shafie dan selaras dengan mazhab yang tiga lagi disudut meninggikan kubur kadar sejengkal. Wallahu a'lam.


Tuesday, September 04, 2012

Fidyah sembahyang ajaran baru?.


Soalan: salam ustaz. ada satu ajaran baru, boleh bayar fidyah sembahyang (tebus) lps meninggal dunia. waris yang buat. apa pendapat ustaz?. Bayar dengan  beras. terimakasih atas respon ustaz. Terima kasih.



















Jawapan.  Yang begitu bukan ajaran baru. ajaran yang begitu sudah lama diajarkan oleh ulamak Islam, boleh disemak dalam teks2  fikah bahasa melayu lebih dari 2 ratus tahun dulu lagi. contohnya ada kenyataan dalam kitab Sabilul Muhtadin karangan Sheikh Arshad Banjar





















































Pengunaan ayat (tebus sembahyang) ... mesti  dijelaskan maksudnya , maksudnya  adalah fidyah sembahyang. yang ditinggalkan samada  sengaja atau tidak , ianya dibuat oleh waris sahaja hanya setelah kematian seseorang itu. Dibayarkn dengan beras atau emas, Dibayar kepada fakir miskin , bukan pula bermakna boleh tinggal sembahyang kemudian difidyahkan dengan beras atau emas. kalau yang faham sampai boleh tinggal sembahyang , maka tidak betul. Tetapi tidak dijumpai ada ulamak Islam mengatakan sampai begitu sekali.







































































Tinggal sembahyang  kemudian bayarkan fidyah , satu perkara. boleh tinggal sembahyang kemudian fidyahkan saja, adalah satu pekara lain pula 2 perkara yg berlainan . jangan disamakan. Mesti  teliti .





















































Sebab tu kalimat (tebus) sembahyang, kurang sesuai . Nanti timbul pula fitnah pada amalan ulamak dan orang2 soleh beramal fidyah sembahyang. kekalkanlah

















Kekalkan saja dgn kalimat "fidyah". lebih selesa.

















wallahu a,lm.