Sunday, March 22, 2026

Duit baki jadi hadiah bukan rasuah

Apabila kita dapati suatu kalam sesuatu maslah pada karangan dan suatu kalam pada fatwa maka yang dipegang adalah yang dalam karangan. 

Bila kita dapati suatu kalam pada bab dan suatu kalam pula di bukan babnya , maka yang dipegang adalah yang dalam bab masalahnya itu.

إذا وجدنا فى المسالة كلاما فى المصنف و كلاما فى الفتوى فالعمدة على ما فى ما فى المصنف. و إذا و جدنا كلاما فى الباب و كلاما فى غير الباب فالعمدة على ما فى باب المسالة .- مطلب الايقاظ ص ٦٥.

Tambahan pula bila tidak disebut dalam babnya sendiri. apa yang mesti difaham?.. Yang ada sebut hanya bukan ditempat babnya. Maka hendaknya dirujuk pada tempat maslahnya  bukan pada tempat babnya. 

Contoh kaedah ini : Hadis amil zakat diletakkan dibawah bab lain iaitu bab hukum hakam mahkamah tidak diletakkan dibawah bab/kitab zakat padahal dia hadis berkaitan dengan amil zakat. Maka mestilah difahamkan yang bersesuaian dengan maslah2 yang berkaitan undang2 hukuman mahkamah. Iaitu suatu maslah yang ada kaitan dengan rasuah. Ini dikatakan wujud makna dalam dalam hadis itu iaitu wujudnya illah rasuah. Bila ada illah rasuah maka haram amil2 fitrah menerima hadiah. Bila tiada illah rasuah  maka tidak haram menerimanya. Realti yang berlaku tiad rasuah dalam kes lebihan duit yg dijadikan hadiah itu.






No comments: