Soal 8 : Mekah sudah menyambut aidil fitri sehari
sebelum saya berangkat pulang ke tanahair. Pada hari saya sampai di
KLIA dari Mekah, didapati orang Malaysia masih berpuasa lagi, pada baki
hari tersebut saya diwajibkan imsak, soalanya adakah perlu saya qodho puasa untuk hari itu?.
Jawab : Ya , wajib diqodhokan. wallahu a'lam.
Nasnya : kasful Litham mukasurat 101 juzuk 1.
Jika musafir seorang kepada tempat yang jauh sekira-kira bersalahan
mathla' nya, wajiblah atasnya ia mufakat puasa pada akhirnya dan jika
sudah ia hariraya maka didapat merekaitu lagi puasa , wajib imsak pada
harinya, MAKA ZAHIRNYA WAJIB QADHO PULA SEHARI , kerana berbuka ia
didalam Ramdhan , lagi kerana ia jadi ahli negeri itu , tiada
diiktibarkan lagi yang ia musafir daripadanya.
No comments:
Post a Comment