Monday, July 29, 2013

Masalah -masalah puasa.

Masalah -masalah puasa.

  1. Saya berada dimalaysia , kemudian waktu zohor saya terbang ke mekah untuk umrah, adakah pada hari Itu saya boleh berbuka sebab musafir?.


Jawab: Tidak harus iaitu tidak dibolehkan berbuka puasa ramdhan pada hari itu sekalipun sedang dalam safar, sebab anda memulai safar setelah masuk waktu wajib berpuasa iaitu sebelum zohor , masih dimukim.

2. Saya dimalaysia, masih belum berpuasa, berangkat ke mekah sampai dijeddah mereka sedang puasa, adakah saya wajib puasa pada hariitu, kalau puasa, bila masa permulaannya?. 

Jawab: Anda tidak boleh lagi berpuasa selagi anda masih dimalaysia, maupun dalam flight ke jeddah, cuma bila anda mendarat saja dijeddah atau madinah yang sedang berpuasa, wajiblah anda IMSAK , iaitu menahan diri dari makan minum dan buat perkara yang membatalkan puasa sehingga masuk waktu berbuka.

3. Saya faham , saya sedang safar, dan keadaan safar yang diharuskan berbuka itu adalah hari berikutnya, sebab saya mula safar lepas masuk subuh . Soalan saya , perlukah saya meniatkan dengan  jelas dalam hati saya, saya berbuka ini sebab saya musafir?. 

Jawab: Ya, perlu sebab disyaratkan pada halal berbuka sebab uzur,mestilah niat tarakhhus ترخص (kemurahan/syariat memberi kemudahan) berbuka sebab safar atau sakit. Maka berniat berbuka sebab safar itu wajib, semasa mula berbukanya.

4. Mana terbaik , sedang safar, terus berpuasa atau berbuka?.

Jawab: Puasa afdhal (terbaik), jika tiada uzur lain melainkan safar.


5.Saya berada dimekah yang sedang menyambut aidil fitri, berangkat pulang kemalaysia, sampai di KLIA , orang malaysia masih puasa baki 2 hari lagi. Bagaimana dengan keadaan saya, wajib puasa kah atau tidak?.

Jawab: Anda wajib imsak pada baki hari mula sampai diKLIA itu, kemudian pada hari berikutnya anda wajib ikut berpuasa bersama2 orang malaysia. Wallahu a,lam.

Rujukan soal- jawab 5 masalah itu - Kitab Sabilul Muhtadin littafaqqahu fiddin - Sheikh Arshad al Banjari -  m.s 141  dan m.s 145
juzuk kedua.



6. Saya terbaca satu Buku soaljawab agama, tertulis: sembahyang dibelakang ahli sifat 20 makruh tapi Sah. Macamna tu ?.

Jawab: Tidak makruh , itulah yang afdhalnya sebab imam itu akidahnya terpelihara dari bid'ah.


7. Soal: mengawal Dan menghilangkn ingatan Ingin buat maksiat ketika sedang puasa, adakah perlu?. 

Jawab: Sangat mustahak tapi tidak wajib pada zahir ilmu fekah.


No comments: