Ada beberapa perkara berkenaan hukum
fekah dalam kitab puasa yang saya hendak catitkan sedikit sementara ingat.
1. Tentang batalnya puasa. , bila seseorang yang sedang puasa dengan tidak sengaja , termasuk air kedalam rongga badan contohnya telinga atau mulut, walaupun sedang janabah, haid, nifas dan mandi Sunat- dipaip , pancuran air, telaga atau kolah dengan bersiram. Perlu diperhatikan , yang tidak batalnya , jika termasuk air mandi dengan tidak sengaja kedalam rongga adalah ketika mandi dengan tidak menyelam sahaja- Kitab sabilul muhtadin , muka surat 140 juzuk kedua. maksudnya , jika menyelam ?, hukumnya batal puasa.
Nasnya : dalam Sabilal Muhtadin menyebut,
"Adapun jika termasuk air ke dalam rongga orang yang mandi wajib seperti
mandi haid atau nifas atau janabah atau mandi sunat maka TIDAK BATAL
puasa dia dengannya."
"Itupun jika dia tidak menyelam tatkala mandi. Jika dia menyelam lalu
termasuk air ke dalam rongganya, tatkala itu BATAL puasa dia dengannya.
2. Adapun jika mandi bukan dengan
Niat mandi wajib atau mandi Sunat, contohnya- hanya niat mandi berseronok,
bersejuk-sejuk saja, jika termasuk air kerongga dengan tidak sengaja? .
Hukumnya , batal puasa. Rujuk sabilul muhtadim di mukasurat yang sama.
Batal puasa pada masalah no 2 ,
walaupun mandi menyelam atau bersiram. Asalkan termasuk saja , batal lah puasa.
Ini perkara patut sangat diperhatikan dibulan yang mulia ini.
Nasnya : dalam Sabilal Muhtadin menyebut " Adapun jika termasuk air kedalam rongga yang mandi kerana menyejukkan badan atau kerana membersihkan dia atau termasuk air pada yang keempat kali daripada madmadhah atau istinsyaq maka batallah puasa dengan dia".
Nasnya : dalam Sabilal Muhtadin menyebut " Adapun jika termasuk air kedalam rongga yang mandi kerana menyejukkan badan atau kerana membersihkan dia atau termasuk air pada yang keempat kali daripada madmadhah atau istinsyaq maka batallah puasa dengan dia".
3. Tidak batal puasa jika hanya
Korek lubang hidung contohnya dengan jari jika tidak sampai had di pangkal
khaisiyum iaitu pangkal hidung. Sekalipun tidak elok korek hidung waktu puasa
ni , lebih lagi korek korek depan manusia ramai. Ini masalah juga terdapat
kekeliruan sebahagian orang sebab tidak faham ibarat ulamak - makruh
berlebih-lebihan memasukkan air kedalam hidung ketika wudhu, ketika puasa-
kenapa makruh sahaja, tidak haram?. Itu menunjukkan tidak batal memasukkan sesuatu kedalam lubang hidung jika tidak sampai had yang membatalkan. wallahu a'lam.
No comments:
Post a Comment