Saturday, March 21, 2015
Friday, March 06, 2015
IMAM SAYUTHI DHOIFKAN HADIS MUSLIM ?.
Kritik atau naqd hadis2 dalam Jamik Sahih Bukhari dan Sahih Muslim serupa macam kritik terhadap Imam Shafie . Tidak akan jadi kesan yang menjejaskan pada Mazhab Shafie. Begitu juga kalau sekalipun dinaqad hadis2 dalam kedua kitab tersebut , tidak akan terjejas sedikit pun kesahihan hadis2 dalam kedua sahih trsebut.
Imam Dumyathi , dalam Hasyiah matan nazam Baiquniyah mencatit jumlah hadis2 dalam kedua sahih trsebut yang dikritik orang , tetapi didapati ijmak mensahihkn kesemua isi kandungan kedua-duanya.
Al qurthubi, dalam Syrah Jamik Sahih Muslim , menukilkn telah serlaku ijmak pada dinamakan kedua2 jamik tersebut , sebagai Jamik Sahih iaitu Himpunan Hadis2 Sahih.
Dalam risalah berjodol - Wazifah hadis2 Dhoif- karangan Sheikh Zaki Ibrahim, Raaid Asyirah Muhammadiyah, Syazuliyyah Mesir. Al Fakir telah terjmahknnya kebahasa melayu. Alhmdullilah.
telah menyatak : ....semua hadis dlm keduanya terdpt yg dikritik orang sebagai dhoif, sebenarnya mudho'af,- Maksudnya, terdapat Khilaf orang lain pada menilai rijal2 hadis Bukhari Muslim dalam Kitab Jamik keduanya.

Al Faqir mengigatkan, satu kesimpulan dalam satu sesi dialog selepas sembahyang maghrib semasa daurah dipondoktamin bersama sheikh Samer Nass baru2 ni, ... Bukhari adalah Mujtahid dibidang Hadis. Sekalipun terdapat
rijal2 beliau yg dikritik , tapi beliau masukkn juga kedalam jamik sahih beliau atas ijtihad beliau dan beliau mempunyai sebab2 lain yang rumit diketahui melainkn mereka yang benar2 masak pelajaran mustholahnya, jarh wata'dil dan ilmu rijal.

Al Faqir mengigatkan...dalam dunia ini, thabaqoh selepas Imam Bukhari, belum pernah wujud orang yang mengatasi Imam Bukhari dalam ketajaman syarat2 jarh wat ta,dil.
Jadi...bagaimana boleh dihukum terdapat hadis dhoif dlm jamik keduanya?. Itu tidak munkin berlaku jika dipandang terkehadapannya Bukhari pada Syarat2 beliau, dan itulah realitinya yg brlaku dengan sebab itu lah para ulamak selepas beliau sekata bersetuju menamakn dan menerima kedua2nya sebagai perhimpunan hadis2 sahih (Jamik Sahih),
Dlm kitab at- Ta'zim wal Minnah , Imam Sayuthi tidak sorihkn kata hadis riwayat Imam Muslim ..tentang bapa nabi dlm neraka tu sebagai dhoif. Imam Sayuti bahas hadis tu ma' lul dan ada takwilnya dengan jalan Kaedah Tawriyah menurut Ilmu Balaghah. Tiada satu kalimat dhoif pun dalam kitab Imam Sayuti tersebut yang dicatit hadis tersebut dihukum dhoif. Sebaliknya ketika ditakwil dengan Tawriyah, dicatit kalimat (asbatu) iaitu riwayat at thobarani , al bazzar lebih thabit , Sayuthi mengunakan kalimat isim tafdhil.
Lagi pula sayuthi kata diakhir komen dia....wa la yakunu zalika qadhan fi sihhatil hadis min ashlihi, bal fi hazal lafzi faqd....intaha...mukas 50....ta,zimul minnah.
Oleh itu...
Hadis2 dlm jamik sahih bukhari dan muslim kena cermat.
Kalau kita sahihkn hadis bapa nabi dlm muslim itu , bukan pula mknanya kita terpengaruh dgn wahabi. Sebenarnya kita ikut ijmak. Ijmak lebih besr dan kuat dari thuruq hadis itu sendiri walaupun thuruq hadis itu ada ma'lul nya mcm yg sayuthi bincang ma'lulnya tu. Sakhawi dlm fathul mughis... bahas , dua jamik tu telah ijmak sahih kandungan keduanya. Bukn aghlabiyyah lagi. Walupun ada qiil kata sahih A'la zanni.
Sebab itu salah , bila diitlaqkan ayat atau kalimat Dhoif untuk dinisbahkan pada kedua jamik tu. ...hubaya hubaya... wahabi pun tak buat begitu...
Mereka salah dalam memahamkan makna2 hadis itu. Dan itu telah maklum style mereka mmng cmtu biasanya.
Mereka salah dalam memahamkan makna2 hadis itu. Dan itu telah maklum style mereka mmng cmtu biasanya.
Albani , bila menulis taklik sahih bukhari dan muslim dalm kitab silsilah dia..dan dicetak...ramai orang alim bising...sbb albani seolah2 cuba mewas2kan orang ramai pada 2 kitab tu dgn buat taklik dibawah hadis bukhari,,,catit pula ini hadis sahih...?..apa dlm bukhari ada yg tak sahih ke, sampai perlu ditanbihkan begitu disetiap hadisnya?, termasuk yg bising adalh qardawi sendiri pun bising juga, sbb tak munasabah langsung . Ulmak lain yang tegur mmng ramai...tetapi tengelam begitu saja lah. Kalau hendak buat camana....dah zman ni zaman fasad.
Thursday, March 05, 2015
Sunday, March 01, 2015
Biodata ringkas Tuan Guru Sheikh Daud Malau
Catitan ini disalin dari kertas milik Isteri Tuan Guru - catitan oleh Bahagian penerangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam , Negeri Kedah - biodata Tuan Guru pada 19 robi' akhir 1400 hijrah bersamaa 7 march 1980 masihi.
Nama: Tuan Guru Haji Daud bin Haji Hasan.
Lahir: Dalam tahun 1934 masihi diKampung Panji, Kota Bhru , Kelantan Darul Naim.
Tempat tinggal: Bermaustatin di Pekan Malau , Mukim Bakai, Baling, Kedah Darul Aman.
Pelajaran:
- Mula bersekolah di Madrasah Aziziah Kampung Beris, Jambu, Kota Bhru , Kelantan - berguru kepada Tuan Guru Haji Muhammad bin Idris digelar dengan nama Muhammad Bukhari - lebih kurang 10 tahun.
- Pada tahun 1954 masihi pindah kePondok Bunut Payung , Kota Bhru , Kelantan - berguru kepada Tuan Guru Haji Abdullah Tahir sehingga tahun 1959 masihi dan diberi pula tugas sebagai guru tambahan.
- Akhir tahun 1959 masihi berangkat ketanah suci Mekah al Mukarramah dan belajar di Darul Ulum ad Diniyyah , Mekah - selama 2 tahun., mendapat Syahadah al Aliyyah ( Sijil tertinggi).
- Kemudian jadi Ahli Fatwa di Mekah, kemudian menjadi Ahli fatwa Alim Ulamak Malaysia di Mekah al Mukarramah serta menyusun sebuah kitab bernama "Panduan Zaman tergantung didalamnya beberapa fatwa mengenai masalah Fekah , Tawhid dan Tasawuf.
- Pada tahun 1962 masihi menerima Tauliah mengajar diMasjid al Haram daripada Pengetua Masjid al Haram . Pernah menjadi guru diDarul Ulum selama 4 tahun. Pernah menjadi Ahli Penerangan kepada Jemaah2 Haji Malaysia bagi pihak Persatuan Penuntut2 Malaysia di Mekah.
-Pada tahun 1967 masihi kembali kePekan Malau.
- Berkahwin di Mekah pada tahun 1966 masihi , telah mendapat 5 orang cahayamata .
Tugas-tugas asas
- Pada tahun 1967 sebagai pensyarah sukarela di Masjid2 iaitu setelah mendapat galakan dari Tuan Haji Tajuddin Qadhi Daerah Baling.
- Mengajar orang2 kampung diMadrasah sendiri diPekan Malau pada tiap2 hari Jumaat hingga kehari ini . Antara 200 ke 300 orang hadir .
-Pada akhir 1967 meminta pecah kariah daripada kariah Bakai kepada kariah Malau .
- Menjadi Imam di Masjid kariah tersebut hingga ke hari ini .
- Membuka Sekolah Agama dengan sukarela pada akhir tahun 1968 dengan tidak memungut yuran selama 3 tahun, kemudian mendapat bantuan pejabat zakat dan Fedral hingga hari ini, bahagian agama hingga tingkatan 6 dan bahagian akademik hingga tingkatan 5.
- Sebagai guru besar sekolah tersebut.
Tugas sukarela.
- Menjadi Ahli Majlis Agama Islam mulai awal tahun 1971.
- Menjadi ahli jawatankuasa kampung.
-Pemeriksa bakal2 pegawai masjid daerah Baling.
- Pengerusi penerangan PERKIM Daerah Baling.
- Dakwah sukerela seperti membasmi amalan2 menyeleweng.
- Menjadi guru agama mengajar didalam Negeri Kedah , Perak, dan Pulau Pinang serta menjadi guru tetap IJTIMAK PADANG LALANG , Bukit Mertajam.
Mata pencarian.
- Kebun.
-Bendang.
Friday, February 20, 2015
Tentatif Majlis Khatam Daurah dan Maulud 2015
Tentatif Majlis Khatam Daurah dan Maulud 2015 PONDOKTAMPIN
Tarikh: 22 feb. Hari Ahad malam Isnin .
Masa: 9.30 malam - 11 malam.
---------------------------------------------------------------------------
9.30-mlm : ketibaaan .
9.35-mlm : Majlis bermula dengan bacaan Al Quran.
9.40-Qasidah dan selawat.
9.50-Ucapan aluan oleh Mudir Pondoktampin.
10.00-Ucapan Setiausha MAINS
10.10 - Qosidah dan Selawat.
10.20 - Ucapan dan pengijazahan Sanad Sunan Nasaie dan Ibnu Majah oleh Sheikh Dr Samer Nass
10. 50- Taushiah oleh Sheikh Ali London.
11.00 - qosidah dan Selawat.
----jamuan makan malam dan bersurai.
Wednesday, February 18, 2015
Friday, February 06, 2015
Thursday, February 05, 2015
Program Tangguh Sehari.
Dimaklumkan bacaan Hadis dimajlis daurah ketiga kalinya ditangguhkan sehari ke hari sabtu 7 feb. Sebab penangguhan flight Sheikh Samer dari Bairut ke Dubai sehari. Sekian dimaklumkan.
Tuesday, February 03, 2015
Saturday, January 31, 2015
Tentatif Daurah Sunan Nasaie dan Ibnu Majah pada 6 hingga 22 feb 2015.
*Tentatif Daurah Sunan Nasaie dan Ibnu Majah pada 6 hingga 22 feb 2015.
6 Februari 2015 hingga
22 Februari 2015
|
12.00 malam- 5.00 pagi
|
Istirehat
|
5.00 pagi
|
Kendiri
|
|
6.00 pagi – 7.00 pagi
|
Solat Subuh & wirid ringkas
|
|
7.00 pagi – 8.00 pagi
|
Kendiri
|
|
8.00 pagi – 9.00 pagi
|
Sarapan
|
|
9.00 pagi – 10.45 pagi
|
Bacaan Hadis
|
|
10.45 pagi – 11.00 pagi
|
Rehat
|
|
11.00 pagi – 1.00 petang
|
Bacaan Hadis
|
|
1.00 petang – 2.30 petang
|
Solat Zohor dan Makan Tengahari
|
|
2.30 petang – 5.00 petang
|
Bacaan Hadis bermula
|
|
5.00 petang – 5.30 petang
|
Solat Asar & wirid ringkas
|
|
5.30 petang – 6.30 petang
|
Bacaan Hadis
|
|
6.30 petang – 7.00 malam
|
Kendiri
|
|
7.00 malam – 7.30 malam
|
Solat Maghrib & wirid ringkas
|
|
7.30 malam – 8.30 malam
|
Makan Malam
|
* Tertakluk pada pindaan dan kesediaan Sheikh.
Saturday, January 17, 2015
Friday, January 16, 2015
Daurah Sunan Sittah kali ke 3- Untuk Sunan Nasaie dan Sunan Ibnu Majah. 5 - 22 Febuari 2015 m .
Objektif Daurah Hadis
Method penulisan Sunan Nasaie
Method penulisan Sunan Ibnu Majah
Biodata Pengajar Jemputan Khas - al Allamah Sheikh Samer An Nass.
boleh lihat website English, atau web sheikh samir atau facebook beliau atau dalam YouTube
PERHATIAN:
Kepada mereka yang berkenaan sila ambil perhatian .
Kepada mereka yang berminat sila pastikan kemampuan untuk menanggung dan menerima ilmu yang akan disampaikan, sebab semua penyampaian adalah dalam bahasa arab tiada terjemahan. Para guru, Ustaz dan Ustazah, Para penuntut ilmu menegah dan peringkat tinggi daripada Pondok , Madrasah, Sekolah Tinggi Agama dan Universiti adalah sangat digalakkan.
Maklumat lanjut akan diupdatekan dari semasa ke semasa , insyallah.
Thursday, November 13, 2014
Friday, November 07, 2014
Monday, October 27, 2014
Bukan soal taksub mazhab
Program " Saya nak sentuh Anjing". tidak sepatutnya diberi keizinan oleh pihak berkuasa agama.
Sebabnya : Bukan soal taksub mazhab, tetapi, apa alasan yang kukuh sehingga perlu diadakan majlis khas seperti itu dengan terbuka?.
memang tak ada alasan. alasan2 yang diberikan hanya sekadar alasan tidak matang. dan penyokong2 yang bersuara selepas timbul kritikan pun tiada idea yang bernas nampaknya.

Faktor yang sangat jelas untuk tidak lagi diadakan majlis seperti itu ada 2:
1. memandangkan tiada langsung anjuran agama melalui hadis2 Nabi s.a.w maupun para sahabat r.anhum untuk merapatkan tubuh badan manusia dengan haiwan yang bernama anjing. kalau pun dikatakan air liur anjing tidak dihukum najis samada mutawasitah atau mughallazah mengikut mazhab2 fikah selain Mazhab Shafie?, itupun bukan hujjah yang kukuh ,sebab semua Mazhab bersetuju untuk membasuh setiap benda yang dijilat oleh lidah anjing.
Perintah membasuh adalah maktub didalam hadis2 yang sahih dari Nabi s.a.w, oleh itu tiada terdapat percanggahan pendapat para fukaha atas tuntutan basuh ini.
Cuba perhatikan banyak hadis2 yang menunjjukan makna "jahui dari jasad anjing" kalau pun ada manfaatnya boleh diambil, mestilah dalam bentuk menjauhi juga iaitu keharusan mengambil anjing sebagai penjaga harta benda, rumah dan kebun. tetapi tidak boleh dibawa masuk kedalam rumah.
- hadis2 perintah membasuh jilatan anjing yang kena pada setiap bekas trmasuk lah tubuh.
- hadis2 yang melarang memelihara anjing2,
- hadis2 yang melarang mengambil hasil jualan anjing disamakan dgn hasil perempuan jalang.
- hadis2 yang melarang masuk anjing kedalam rumah , malaikat tidak masuk rumah yang didalamnya ada patung dan anjing.
- dalam fathul baari.. larangan Saidina umar r.a. , membiarkan anjing masuk kedlam masjid Nabi dan berkeliaran .
- dan banyak lagi..
cuba fikir.. apakah maksud larangan2 Nabi s.a.w tersebut maknanya kita disuruh mendekatikan diri kita dengan anjing2, kucup2, biarkan dijilat2nya?...
Hadis2 tersebut maknanya kita disuruh karib dgn anjing atau menjauhinya?.
2. Menghormati fatwa2 Syariah adalah wajib. Semua Ulamak Islam telah Ijmak terhadap kewajipan menghormati fatwa2 syarak.
Jika pengajuran majlis2 seperti itu atas niat untuk melekeh2kan fatwa mazhab shafie yang telah berakar umbi diamalkan di tanah melayu ini, maka saya tidak berani menhukum haram perbuatan tersebut , tetapi maksud dari teks para ulamak menghukumkan begitu. wallahu a'lam.

Wednesday, October 22, 2014
Friday, October 10, 2014
Saturday, October 04, 2014
Monday, September 08, 2014
Majlis Ibadah Qurban 2014 (1435H)
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
InsyaAllah, bersempena AidilAdha pada tahun ini 2014 (1435H), adalah dimaklumkan bahawa, PondokTampin akan mengadakan Majlis Ibadah Qurban.
Sehubungan dengan itu, kepada sesiapa yang berhajat menyertai, boleh berhubung terus dengan Al Fadhil Tuan Guru Haji Abdul Raof (pondok_tampin@yahoo.com) atau kepada Saudara Anwar (anwar.ukm@gmail.com)
Harga : a) 1 Bahagian Lembu : RM500
b) 1 Ekor Kambing : RM800
Bersempena majlis ini, Pihak Urusetia juga mengalu-alukan sumbangan daripada orang ramai bagi menjayakan majlis ini.
Sekian dimaklumkan.
Tuesday, August 19, 2014
kitab-kitab umdah (rujukan utama) fekah mazhab Shafie berbahasa arab
Ada beberapa buah kitab panduan fatwa dalam bahasa arab , yang mengumpulkan istilah-istilah fekah mazhab Shafie dan tertib susunan berfatwa mengikut cara tertib kitab para fukaha mazhab Shafie. Khasnya ditujukan kepada para Mufti dan Qadhi yang tidak sampai darjat mujtahid. Maksudnya bagi mereka yang mujtahid , jika tidak mengikut kaedah tertib ini, maka tidak perlu kepada penyusunan dahulu kemudian isi kandungan kitab-kitab tersebut.
Antaranya yang biasa dijadikan panduan dan selalu dijumpai dalam karangan berkaitan fatwa fekah:
1.كنب سبعة المفيدة
2. فوائد مدينة
3 فوائد مكية
.....
Dalam hubungan rujukan kitab yang perlu dipelajari dan dihadzamkan dan dijadikan sandaran oleh para penuntut dan para Mufti dan Qadhi Mazhab Shafie, biasanya sudah termaklum akan ditujukan kepada 4 buah kitab besar yang merupakan komentar dan footnote kepada teks matan منهاج الطالبين penulisan pentahkik fatwa-fatwa dalam mazhab Shafie iaitu Imam Nawawi .
Sekalipun lebih dari 200 buah kitab yang telah dihubungkaitkan dalam bentuk komentar (syarah/huraian) atau ringkasan terhadap matan ilmu fekah yang ringkas ini, namun keutamaan untuk memilih 4 buah kitab ini telah dilakukan oleh para ulama terkemudian termasuk para ulamak diNusantara iaitu Melayu.
Berdasarkan sebab-sebab yang sangat munasabah, para fukaha muta'khirin, maksudnya selepas periode pengarang kitab-kitab tersebut , telah menjadikan keempat buah atau salah satunya sebagai teks pembacaan didalam setiap kuliah para Sheikh yang mengajar fekah mazhab Shafie dimadrasah atau universiti Islam.
1. تحفة المحتاج - شيخ ابن حجر الهيتمى
2. نهاية المحتاج - شيخ رملى
3. مغنى المحتاج- شيخ خطيب الشربينى
4. شرح المحلى - امام المحلى.
bersambung...insyallah..
Subscribe to:
Posts (Atom)

.jpg)
.jpg)