Catitan ini disalin dari kertas milik Isteri Tuan Guru - catitan oleh Bahagian penerangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam , Negeri Kedah - biodata Tuan Guru pada 19 robi' akhir 1400 hijrah bersamaa 7 march 1980 masihi.
Nama: Tuan Guru Haji Daud bin Haji Hasan.
Lahir: Dalam tahun 1934 masihi diKampung Panji, Kota Bhru , Kelantan Darul Naim.
Tempat tinggal: Bermaustatin di Pekan Malau , Mukim Bakai, Baling, Kedah Darul Aman.
Pelajaran:
- Mula bersekolah di Madrasah Aziziah Kampung Beris, Jambu, Kota Bhru , Kelantan - berguru kepada Tuan Guru Haji Muhammad bin Idris digelar dengan nama Muhammad Bukhari - lebih kurang 10 tahun.
- Pada tahun 1954 masihi pindah kePondok Bunut Payung , Kota Bhru , Kelantan - berguru kepada Tuan Guru Haji Abdullah Tahir sehingga tahun 1959 masihi dan diberi pula tugas sebagai guru tambahan.
- Akhir tahun 1959 masihi berangkat ketanah suci Mekah al Mukarramah dan belajar di Darul Ulum ad Diniyyah , Mekah - selama 2 tahun., mendapat Syahadah al Aliyyah ( Sijil tertinggi).
- Kemudian jadi Ahli Fatwa di Mekah, kemudian menjadi Ahli fatwa Alim Ulamak Malaysia di Mekah al Mukarramah serta menyusun sebuah kitab bernama "Panduan Zaman tergantung didalamnya beberapa fatwa mengenai masalah Fekah , Tawhid dan Tasawuf.
- Pada tahun 1962 masihi menerima Tauliah mengajar diMasjid al Haram daripada Pengetua Masjid al Haram . Pernah menjadi guru diDarul Ulum selama 4 tahun. Pernah menjadi Ahli Penerangan kepada Jemaah2 Haji Malaysia bagi pihak Persatuan Penuntut2 Malaysia di Mekah.
-Pada tahun 1967 masihi kembali kePekan Malau.
- Berkahwin di Mekah pada tahun 1966 masihi , telah mendapat 5 orang cahayamata .
Tugas-tugas asas
- Pada tahun 1967 sebagai pensyarah sukarela di Masjid2 iaitu setelah mendapat galakan dari Tuan Haji Tajuddin Qadhi Daerah Baling.
- Mengajar orang2 kampung diMadrasah sendiri diPekan Malau pada tiap2 hari Jumaat hingga kehari ini . Antara 200 ke 300 orang hadir .
-Pada akhir 1967 meminta pecah kariah daripada kariah Bakai kepada kariah Malau .
- Menjadi Imam di Masjid kariah tersebut hingga ke hari ini .
- Membuka Sekolah Agama dengan sukarela pada akhir tahun 1968 dengan tidak memungut yuran selama 3 tahun, kemudian mendapat bantuan pejabat zakat dan Fedral hingga hari ini, bahagian agama hingga tingkatan 6 dan bahagian akademik hingga tingkatan 5.
- Sebagai guru besar sekolah tersebut.
Tugas sukarela.
- Menjadi Ahli Majlis Agama Islam mulai awal tahun 1971.
- Menjadi ahli jawatankuasa kampung.
-Pemeriksa bakal2 pegawai masjid daerah Baling.
- Pengerusi penerangan PERKIM Daerah Baling.
- Dakwah sukerela seperti membasmi amalan2 menyeleweng.
- Menjadi guru agama mengajar didalam Negeri Kedah , Perak, dan Pulau Pinang serta menjadi guru tetap IJTIMAK PADANG LALANG , Bukit Mertajam.
Mata pencarian.
- Kebun.
-Bendang.
No comments:
Post a Comment