Monday, June 06, 2011

TARIM - buahati didunia.









Pada 1425 h. bersamaan 2004 m. telah direzekikan Allah kepada saya yang dhaif sampai ke
Kota orang yang cintakan Rasulullah s.a.w, Ibu Kota Habaaib,
TARIM yang terpelihara.


Saya ditolongi oleh Habib Abd.Razak ben Yahya. Tidak terperikan betapa gembiranya dan tidak menyangka saya boleh sampai juga akhirnya ke Tarim , setelah sekian lama mendengar kalimat tersebut , tetapi membuak-buak cita-cita untuk sampai menziarahinya apabila satu ketika hadir dimajlis maulid dimasjid Ba Alawi , Bukit Timah , Singapura. Melihat dan mendengar ceramah Habib Salim al Syatiri , al-Allamah, datang dari Kota Tarim , dari Rubath Tarim, Madrasah yang telah melahirkan beribu-ribu santri dan Ulamak besar dan kecil diseluruh dunia, Indonesia, Malaysia, Singapura, Negara Arab, Afrika dan sebagainya. Keluarga Syathiri telah bertanggung-jawab dengan jasa-jasa ini.

Setelah sekianlah lama , hanya dengan menatap video dan gambar saja, saya sangat terpegun bila menyaksikan video Habib Umar bin Hafez , syarahan dan ceramahnya menusuk kalbu sanubari . Menyegarkan hati. Menginsafkan. Teringin benar jika dapat berjumpa dan bercakap dengan orang mulia itu.
Rupa-rupanya telah dikabulkan Allah, dapat menziarahi Ulamak keturunan Nabi s.a.w . Lagi Soleh , lagi warak, lagi karamah, lagi berhimmah tinggi ini. Sekadar yang diperhatikan dengan kedhaifan ilmu pengetahuanku ini, adalah Setiap gerak-gerinya orang mulia Ini , adalah dalam keadaan akhlak Nabawiyah. Ini tidak keterlaluan pada anggapan saya .




Di Kota Mulia ini , saya sempat dibawa menziarahi para Habaib dan Habibah. Antaranya al allamah Habib Salim Al Syathiri, al allamah Habib Umar ben Hafiz, Habib Mawla, Habib al Idrus, Habibah maryam yang sangat tua, perjalanannya 6 jam dari Tarim dan seorang lagi Habibah juga sangat berumur dari keluarga al Atthas.

Sempat menziarahi Sohibul Rotib. Menziarahi Habib Ali al Habshi di Seaweon. Ziarah Zanbal, disitu berkumpulnya para Saadah. Terutamanya al Imam Habib Abdullah al Haddad, Habib al Idrus (dikubahnya). Habib Baa Alawi ( Pengarang Bughyah al Mustarsyidin), dan lain2.
Bersebelahan Maqam Para Saadah, ada makam yang dikatakan makam Syuhada Para Sahabat .

Sempat meziarahi Maqam Saidina 'Abaad bin Bishr , makamnya digunung yang ditarah tengahnya. Sahabat Nabi yang mulia ini telah mewariskan keturunan yang mulia pula, iaitu keluaga al Khatib.
Sempat menziarahi maqam Ahmad ben Isa al Muhajir , moyang kepada semua para saadah. Kuburnya di pergunungan , wafat tahun 340 hijrah.


Terutamanya ziarah yang sangat dicita-cita dan sangat penting bila hadir di Hadramaut, iaitu menziarahi Maqam Nabi Allah Hud a.s...



Dikatakan oleh al-Waqidi, “Tidak diketahui dengan jelas dan pasti makam para Nabi, kecuali makam Nabi Ismail ‘alaihis salam yang berada di bawah mizab antara rukun (tiang) dan Ka'bah, makam Nabi Hud ‘alaihis salam yang berada di padang pasir di bawah gunung di Yaman, dan Makam Nabi Muhammad SAW."- Abdul Qadir Muhammad as-Sabban dalam kitabnya Ziyaaraat wa ‘Aadat ziyaarati Nabiyyillahi Hud.
Di sekitar makam Nabi Hud terdapat pasar yang terletak di lembah Adem. Pasar ini merupakan salah satu pasar yang terkenal di zaman jahiliyah. Setiap datang musim menuai kurma, diadakan ziarah ke makam Nabi Hud yang dilaksanakan setiap Bulan Sya'ban.
Lembah Barhut atau Telaga Barhut (Bi'r Barhut)
Telaga berbentuk gua ini berada di lembah Barhut, di sekitar makam Nabi Hud ‘alaihis salam. Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas dari Nabi Muhammad SAW "paling jeleknya telaga di atas bumi adalah Telaga Barhut " (HR Imam Thabrani dalam Kitab Mu'jam).
Tempat Makam Nabi Hud AS
Pada mulanya, makam Nabi Hud a.s terletak di bukit batu-batan (bahasa Arab: al-ahqaf). Kemudian pada abad 9 H dibangun masyhad ( kubur) dan kubah dari batu dan dicat dengan kapur. Tanah di sekitarnya diratakan dan dibangun tempat luas sekiranya cukup menampung para penziarah.
Ziarah Nabi Hud a.s dilakukan sejak zaman dahulu kala sebelum datangnya Islam. Dikatakan oleh Ibnu Hisyam, bahwa Nabi Sulaiman bin Da'ud ‘alaihis salam pernah ziarah ke makam Nabi Hud ‘alaihis salam. Dijelaskan pula bahwa Zul Qarnain pernah berziarah ke makam Nabi Hud a.s di Hadhramaut - Shaleh Al hamid dalam kitabnya as-Sa'adah wa al-Khabar fi Manaqib al-Baqusher.

Gharib Khasful Litham 4


Soalan 1 : salam...ust saya ade kemusykilan pd maslah talaq rujuk ni,saya bercerai,kemudian masa dlm eddah isteri,saya bersetubuh dgn dia,tp saya xde niat nak rujuk pn,adakah itu zina?eddah nya bagaimana pula saya dah blurr...takde ilmu sy ade terbaca,ikut mazhab hanafie,setubuh tu dah dikira rujuk,walaupun tiada lafaz rujuk,imam syafie kena berlafaz..ok..saya cuma nak tahu. pasal edah dia tu,adekah kena kira balik 3 kali suci tu..atau ikut edah yg asal...
Jawaban : Tidak boleh dikatakan zina. Namanya hanya Wathi/jimak haram. Sila rujuk kitab al Asybah wan Nazhoir - karangan Imam Sayuthi.
Jika hamil- sabit pusaka. Oleh sebab kita disini (Malaysia) beramal dengan fatwa-fatwa Mazhab Shafie r.a. Untuk memudahkan perlaksanaan urusan-urusan masyarakat , lazimlah diikut mazhab Negara. Tetapi jika anda secara peribadi mengikut fatwa Mazhab Hanafi juga, dengan tanpa menghebahkan kepada orangramai (iaitu tidak menghebahkannya itu dengan tujuan supaya tidak terfitnah) , silakan .



Soalan 2 : pasal edah dia tu, adekah kena kira balik 3 kali suci tu..atau ikut edah yg asal...

Jawaban: Menurut Sheikh Ramli r.a , memulakan semula edah secara quru , bermula dari mula tarikh jimak dan campurkan dengan baki tempoh edah talak yang telah bermula sebelum jimak lagi.

Contohnya : Jimak telah berlaku pada hari akhir 1 quru edah selepas talak.
Edahnya hendaklah diperhatikan semula , iaitu: Bakinya edah talak raji' itu yang asalnya adalah 3 quru itu sekarang masih berbaki 2 quru lagi , akan dimasukkan dalam 3 quru edah jimak yang selepas jimak itu . Maksudnya: Dimulakan edah baru dengan dimasukkan/dicampur baki edah yang telah sedia ada (2 quru) tanpa bertambah bilangan hari dari jumlah hari dalam masa 3 quru . Maka menjadi seperti memulakan edah semula . Cuma ditindihkan (dimasukkan) 2 quru edah talak dengan 2 quru edah jimak dan diakhiri 1 quru lagi edah jimak sahaja.


Soalan 3 : Bolehkan suami rujuk semula kepada nikahnya dalam masa edah selepas jimak tersebut?.

Jawab: Menurut Sheikh Ibn Hajar r.a. Hanya boleh rujuk dalam masa edah pertama (edah talak rajie tersebut) sahaja, walaupun edah pertama itu sudah bertindih tempohnya edahnya (iaitu dalam masa 2 quru dalam contoh pada soalan 2 ) dengan edah kedua (iaitu edah jimak), maka suami masih boleh rujuk kepada isterinya yang telah ditalaknya itu. Adapun dalam masa tempoh edah jimak semata-mata bakinya yang tidak bertindih dengan tempoh edah talak tersebut itu tidak boleh lagi rujuk. Jika suami mahu kembali kepada pernikahan mesti melalui akad nikah semula. Iaitu membaharui nikahnya dengan akad nikah semula, sebab tempoh boleh merujuk sudah tamat.
Ringkasnya: Suami masih boleh merujuk jika masih dalam tempoh edah pertama selagi masih ada, walaupun baki tempoh edah pertama itu bersama masa dan harinya dengan tempoh edah kedua seperti dalam contoh soalan ke2 tersebut.


NASnya: Kasful Litham muka surat 272 juzuk 2.



(Fashlun)Pada menyatakan bermasuk-masukkan dua eddah. (Far'un) apabila dua eddah daripada jenis yang satu dan keduanya itu daripada seorang yang satu nescaya bermasuk-masuk kan keduanya seperti bahawa adalah ia talak akan sebagai talak raj'ie kemudian wathi ia didalam eddah dan tiada bunting ia daripada wathinya , - ا ه - م ر
(maka)Dimulai eddah itu dengan quru atau bulan daripada selesai wathi itu dan masuk didalamnya oleh tinggal daripada eddah talak itu maka harus baginya rujuk didalam eddah talak itu jua tiada harus didalam eddah wathi itu, yakni yang kemudian daripada eddah talak- ا ه - حج

Wallahu a'lam.

Monday, May 30, 2011

Gharib Khasful Litham 3 ( masalah yang tiada jelas dalam kitab lain)

Soalan : Minyak kelapa yang tumpah diatas tangan , adakah sah wudhu tanpa menghilangkannya terlebih dulu dengan sabun?.

Jawab: Sah. dengan NAS ini nampaknya lebih mudah untuk beramal ibadat jika dibandingkan dengan anggapan dan fahaman kebanyakan, mengatakan mesti digosok sampai kesat kulit.

Nasnya:

Kasful Litham mukasurat 3 juzuk pertama.




"(Far'un) Bermula Minyak yang cair seperti minyak NYIUR dan minyak Zait (Zaitun) dan umpama demikianitu , tiada dinamakan MANI' yang menegahkan daripada wudhu dan jika berputus putus air daripada atas anggotanya dengan sebabnya sekalipun."


Sunday, May 29, 2011

Buah tangan dari Sham 7

Sheikh Bu Aa'fiah al Tilimsani.



Fadhilatus Sheikh Abdul Wahhab Al Sharif Bu Aa'fiah al Hasani . Beliau Sahabat karib Sheikh Munlla Yusof. Satu hari Sheikh Munlla menjemput kami bertemu seorang Khalifah kepada Sheikh Abdul Rahman al Shaghuri- Sheikh Masyaikh Tarekat Syaziliah di Sham. Sesampai saja kami dirumah sahabat Sheikh Munlla ini , saya tertarik pada satu kertas silsilah keturunan , tulisan tangan terpampang didinding. Ada gambar ulamak masyhur di Aljeria , saya tak ingat pula namanya, tapi memang saya pasti nama ulamak tu memang masyhur.

Sheikh Bu Aa'fiah , rupanya saja pun sudah bercahaya, penuh dengan zikrullah. Bukan zikir sahaja , beliau merangkap ulamak , alim, keturunan sayyid lagi keturunan ulamak. Al Muhaqiq al Tilimsaani yang selalu dijumpa dalam kitab2 tawhid jawi dan arab dan dalam kitab2 ilmu alat tu rerupanya tok nenek moyang dia. Allah Allah.

Dalam keadaan terlantar , keuzuran , lumpuh, beliau sentiasa melimpahkan ilmu dan irfan beliau.
Setiap kali bercakap , tak lekang beliau akan ungkapkan kalam2 hikmah , samaada nukilan dari Quran, Hadis atau kalam Arifin billah atau sekurang-kurangnya syair. Kalau ada kawan yang baca syair atau kalam-kalam nukilan yang tersangkut ,, akan beliau sambungkan .

Sebelum berangkat pulang beliau telah menghadiahkan sesuatu hadiah yang sangat berharga. Ijazah amalan-amalan dalam kitab susunan beliau khasnya amalanTarekat Syazaliah yang beliau terima dari Sheikh Abd. Rahman Shaghuri semoga Allah rahmati beliau , Al Shaghuri adalah Sheikh Tarekat yang sangat Masyhur di Sham - Rahimahullah . Katanya "Khas untuk para masyaikh dari Malaysia". yang ada malamtu,, Hadratus Sheikh Ali, Ustaz Ahmad Naim dan Ustaz Sofhan semua diijazahkan .


Al Wasilah telah diTaqriz oleh 7 ulamak terkemuka .

1. Fadhilatus Sheikh Sayyid Muhammad Adib Hassuwan- ayahnda kepada Mufti , Dr Sayyid Ahmad Badruddin Hassuwan .

2. Al Allamah Al Habib Umar bin Hafiz.

3. Fadhilatu Sheikh Abi Nur Khurshid.

4. Fadhilatu Sheikh Musthofa Turkumani.

5. Fadhilatu Sheikh Ahmad bin Hanifiah.

6. Fadhilatus Sheikh Muhammad Saed al Kahil.

7. Fadhilatus Sheikh Sayyid Ahmad bin Muhammad Alawi al Maaliki al Hasani.

Semuga Allah s.w.t meredhoi mereka


.

Saturday, May 28, 2011

Istiwa Matahari Peluang Menyemak Arah Kiblat


Jabatan Mufti Negeri Kedah.

Istiwa Matahari Peluang Menyemak Arah Kiblat
Fenomena istiwa matahari adalah salah satu tanda kekuasaan dan kebijaksanaan Ilahi. Fenomena ini juga dikenali sebagai Istiwa A’dzam (Istiwa Agung). Ianya terjadi apabila matahari berada tegak di atas Kaabah, iaitu berada tepat di titik Zenith (Ghayah) semasa Istiwa (Rembang/Tengahari). Peristiwa ini berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei, jam 5.16 petang dan 16 Julai, jam 5.28 petang, apabila nilai sudut istiwa matahari bersamaan dengan nilai latitud tempatan.
istiwasatu
Pada ketika itu, bayang-bayang objek tegak yang terhasil di seluruh dunia akan membetuli arah kiblat, lantas memberi peluang kepada umat Islam menentu atau menyemak arah kiblat dari tempat masing-masing. Pada tahun ini, fenomena istiwa matahari di atas kaabah akan berlaku pada 28 Mei 2011 bersamaan 24 Jamadi Akhir 1432, (Sabtu) jam 5.16 petang dan 16 Julai 2011 bersamaan 14 Syakban 1432, (Sabtu) jam 5.28 petang. Berdasarkan tarikh dan waktu yang dinyatakan, penentuan atau semakan arah kiblat boleh dilakukkan dengan panduan berikut :
1. Pilih tempat yang hendak disemak arah kiblatnya dan pastikan iannya tidak terlindung dari sinaran cahaya matahari.
2. Pacak satu tiang di kawasan itu dan pastikan ia tegak (90°) dan tegak.
3. Pada waktu yang dinyatakan, tentukan arah bayang yang terhasil daripada tiang tersebut.
4. Arah kiblat anda adalah arah yang bertentangan dengan bayang yang terhasil daripada tiang itu.
istiwadua
Selain dari menggunakan tiang tegak yang dipacak, anda juga boleh menggunakan tiang-tiang bendera, tiang lampu atau sisi-sisi rumah yang tegak untuk menyemak arah kiblat menggunakan kaedah ini.
Peranan dan Tanggungjawab
1. Setiap umat Islam digalakkan untuk melakukan semakan ketepatan arah kiblat di masjid, surau, pejabat dan kediaman masing-masingbagi mengesahkan ketepatan arah kiblat.
2. Jika setelah semakan dilakukan (bagi masjid dan surau sahaja) dan didapati arah kiblat yang sedia digunakan adalah tersasar, sila lakukan pembetulan dan hubungi Bahagian Falak, Jabatan Mufti Negeri Kedah untuk urusan pengesahan.

Buah tangan dari Sham 6



Ulamak Kurdi yang tabah


Sheikh Munla Yusof . Ulamak Sham merangkap imam dimasjid Ruknuddin , Ruknuddin, Dimasyq, Syria. Mampu membaca dan mengulas kitab2 besar fiqh mazhab Shafie. Tumpuan sebahagian pelajar melayu, oleh kerana tahkik ulasan dan fahamannya. Membaca kitab-kitab umdah dalam fiqh, usul fiqh, tawhid, tasawuf. mantik, balaghah dan saling tak tumpah layaknya seperti ulamak melayu tanahair. Kalau lah ditaqdirnya beliau orang melayu nescaya akan digelar orang beliau tokayah atau tok guru. Mendetailkan pembacaan kitab harfan biharfin, kemudian mengikhtisarkannya sebijik, seiras dan sebanding tok guru yang mengajar pondok di Petani.

Beliau , mudah-mudahan Allah kasih kepada beliau,,, hanya menuntut di tanah tumpah darah beliau , kurdi, sudara-maranya ramai dimersin Turkie. kemudian berhijrah ke Sham hanya mengajar, tidak ada belajar lagi.

Mampu membaca Kitab Tuhfah al Muhtaj- Ibn Hajar. Buat masa ini menghabiskan bacaan Kitab Kifayatul Akhyar, Matan minhaj al Tholibin, Syarah Syarqawi A'la Hud Hudi (Tawhid) , Matan Jawharah (tawhid) , matan Sullam Munawraq (mantiq) menariknya beliau sangat hafal matan-matan ilmu , antaranya yang diperdengarkannya kepada kami semasa menziarahi beliau matan sullam , matan dan matan mantik yg satu lagi --saya tak ingat.

Saya tertarik sosok mulia ini pada fahaman fikahnya yang kental. Tidak akan mengalah dengan pegangannya sekalipun dihempas pulas berhujjah dengannya. Allah Allah. Semuga Allah panjangkan usia beliau untuk berkhidmat pada Agama.

Kalau di pandang sudut kebolehan ilmu Sheikh Munla ini , saya teringat Sheikh Daud Malau Seiras dan sebanding.
Tetapi guru saya Sheikh Daud berkelebihan lembutnya , sifat hilimnya yang tidak lekas marah dan Sangat sayang kepada penuntut ilmu. Sifat ini tumpah kepada murid didikan beliau , Sheikh Ali yang saya kenali.

.

Thursday, May 26, 2011

Allahumma Ya Qoodiyal Hajaat..



adalah dimaklumkan Saudara Shamsul Khairi bin Muhammad, masih melanjutkan Kursus Bahasa Arab di Ma'ahad Al Fatah Dimasq , Syria. Disamping bertalaqqi al Quran di masjid Mahyuddin, dengan para Sheikh Qurra di Sham. Kepada sesiapa yang berminat membantu beliau boleh berhubung dengan melalui email kepada saudara anwar my_a91342@yahoo.com bagi mendapatkan maklumat lanjut untuk berhubung terus dengan saudara Khairi.
Khabarnya beliau akan meneruskan kursus bahasa itu hingga pertengahan tahun depan. Moga Allah tunaikan hasrat murni beliau untuk agama. Amin.

Menuntut ilmu agama dengan ikhlas dapat pahala Syahid.

Membantu penuntut ilmu, tidak kurang sedikitpun ganjarannya..



Gharib Kasful Litham 2

Kata Majmuk: salam kedua mesti dalam taharah.

Mengucap salam kedua syaratnya masih dalam wudhu. Jika tiada waudhu maka haram mengucapkannya. Seperti kata Kasful litham:


Nasnya:
Majmuk mukasurat 478 juzuk 3. darul fikar.



Wednesday, May 25, 2011

Gharib Khasful Litham ( maslah yang tiada jelas dalam kitab lain) 1


Soalan:

Memberi salam kedua setelah batal wuduk selepas salam pertama , adakah dilarang?.

Jawab: Tidak boleh lagi memberi salam kedua, sekalipun jika salam kedua tidak membatalkan sembahyangnya. Maka apabila batal wuduknya ketika itu memadailah dengan salam pertama sahaja. wallahua'lam.

Nas:

Kitab Kasful Litham , muka surat 30 , juzuk 2:

(masalah) manakala kedatangan hadas atau najis kemudian daripada salam yang pertama dan dahulu daripada salam kedua sah sembahyangnya dan tidak harus ia memberi salam yang kedua tetapi haram jua maka ia beri salam yang kedua itu tiada batal sembahyangnya.

Wednesday, May 18, 2011

Qibla from Sun?

Salaams brothers & sisters,
I have it on good authority that on the 28th May this year you will be able to confirm/determine the true direction of the Qibla by way of the sun.
Face the sun at 10:18 exactly (London) - That direction is true Qibla.
Insh’Allah the sun will be visible that day!
Qibla from Sun
It is not advisable to determine Qibla using compass specially for Orienting Masajid. The following method which uses the sun is more reliable. It has been observed for centuries and reported in many books by Muslims around the world that two times a year the sun comes overhead above Ka'bah. This is observational fact for centuries, and is used to set the correct Qibla direction in places far from Makkah by Muslims for last so many centuries. Those two dates and times are:
May 28 at 9:18 UT
July 15 at 9:27 UT
When you observe the sun at these times (after converting it to your local time), you will be facing the Ka'bah giving you Qibla direction, because if there were a very high minaret over Ka'bah reaching up to the sky, then you will see it just like you are seeing the sun. Now, let us take a few examples. If you are in Islamabad, Pakistan (+5 hours time difference from Greenwich), the local time to observe the sun would be 2:18 pm on May 28, and 2:27 pm on July 15.
by adam..

siapa yg boleh comfirmkan artikle ini btul?. silakan.

Pengumuman Kelas Kasful Litham.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Adalah dimaklumkan , Kelas pembacaan Kitab Kasful Litham untuk Guru-guru Takmir bagi bulan ini akan diadakan pada 22 may - Ahad ini. Mula pukul 9.30 pagi - 12 tghhari. Bertempat di Dewan Kuliah Pejabat Agama Daerah Tampin, Negeri Sembilan.

Kepada sesiapa yang berkenaan dan yang minat untuk mengikutinya sila ambil perhatian.

Saturday, May 14, 2011

Taksub?.. nasihat al Marhum Sheikh Athiyah Shaqar





Alangkah bahagianya hati saya, pada satu pagi jumaat, kawan saya Ustaz Yusri Mazlan mengajak saya sembahyang jumaat di masjid berdekatan rumah malikul fatwa mesir, Al Allamatus Sheikh Athyiah Shaqar. saya bergegas bersiap dengan Ustaz Azlan Abd. Lathif. Rupa ceria dimuka masing-masing jelas nampak. Semenjak sebelum saya menjejak bumi Mesir telah terdengar dan terhidu keharuman nama Raja Fatwa ini ..

Perjalanan ketempat beliau menaiki tube, ustaz yusri menceritakan ulamak besar ini biasa saja naik keretapi bawah tanah ni , kalau ke bandar Kaherah. Hanya pakai gamis kampung dengan tasbih ditangannya beliau sentiasa disapa orang ramai dalam keretapi.

Selepas sembahyang jumaat, orang ramai berhimpun keliling ulamak besar ini , saya perhatikan beliau duduk didalam masjid setelah selesai sunat jumaat tak henti-henti orang datang bertanyakan soalan kepada beliau dan beliau menjawab setiap soalan dengan pantas , lancar, dan dalam bahasa fusha, kadang-kadang bahasa amiiah.

Lebih dari 40 minit saya dan ustaz yusri dan ust. azlan menunggu dan memerhatikan lakuan dan himbauan nur ilmu beliau.

Dirumah beliau sangat ramah, beberapa soalan diajukan kepada beliau. Antaranya yang masih saya ingat, soal Nur Muhammad, hadisnya, perawinya. .. nampaknya beliau seperti ulamak yang lain, tetap mengatakan isu Nur muhammad adalah soal khilaf ulamak. Tetapi Jumhur ulamak setuju dengan konsep Nur Muhammad .

Beliau bercerita , pernah sampai Malaysia, Bali , Indonesia, India , dan lain-lain Negara.

Sebelum keluar dari rumah beliau, beliau sempat menunjjukakn bilik khas beliau beribadat. Penuh dengan kitab. Atas bawah, tepi kiri kanan.. semua kitab.

Beliau beramal juga dengan tarikat sufi.. kalau tak salah ingat saya Tarikat Khalwatiyah.


Tapi satu perkara yang membuat saya sungguh minat dengan Sheikh ini. ..................

Beliau TIDAK TAKSUB.

Beliau Sangat Alim . tapi beliau tidak taksub ... sehingga memandang orang lain rendah.... hidup low profile . Berjalan kaki kemasjid , kedai dan bertemu dengan orangramai.

Beliau berakidahkan Ashaariy, menyanjungi nya ... tetapi beliau tidak pula mengata-ngata kepada Orang Wahabi atau mana-mana fahaman Salafi.

Beliau bergaul dengan Tarikat Sufi ..tapi tidak pula membenarkan kata-kata atau perbuatan yang bercanggah dengan akidah dan syariah. Tidak pula membenarkan kata-mengata yang dilemparkan kepada Tarikat Shufiah.

Beliau sangat Mahir ilmu fiqahnya... tapi tidak pula ditolak pendapat -pendapat Ibnu Taimiah yang dipandang sesuai dan benar, atau tidak pula menolak fatwa dari mana-mana mazhab yang muktabar khasnya Mazhab yang Empat. Beliau sendiri Shafie, saya dengar cerita kawan, beliau ada mengarang Khulashah (ringkasan) kitab Raudhah karangan Imam Nawawi. wallahu a'lam.

Pernah saya menonton Rancangan TV khas untuk beliau , rancangan soal-jawab ugama, petang rabu.

Online. Beliau ditanya melalui talipon , tak henti-henti soal dan jawab beliau hingga habis rancangan.

Beliau akan menjawab soalan dengan jawaban menurut pandangan empat mazhab.

Sangat-sangat menarik, sentiasa beliau menjawab dengan Fusha walaupun soalan dalam Ammiah. ...

Inilah satu-satunya Sheikh diMesir yang pernah saya jumpa yang sangat menarik hati saya sehingga setiap kali saya tatap gambar beliau, teringat seorang Almarhum Guru saya , Tuan Guru Sheikh Daud bin Hasan , pondok Malau, Kulim , Kedah. Mudahan-mudahan Allah Rahmati dan Kasihani mereka.
------------------------------------------------------------------------------------------


Wednesday, May 11, 2011

Jahitan luka dengan Benang Najis?.

Sedutan dari Kitab Hasyiah Bujairimi a'la al Khatib (al Iqna').

Satu dari isi kandungan Kitab Umdah Rujukan Fekah Mazhab yang menarik.


Masalah pertama:

Seseorang sembahyang yang memberi salam kedua padahal setelah selesai salam pertama sebelum sempat salam kedua , batal air sembahyangnya, contohnya terkentut, kemudian terus saja memberi salam kedua. . Hukumnya tidaklah batal sembahyangnya .

Nasnya: Kitab Bujarimi a'lal Khatib (Iqna') m.s 76 juzuk kedua. cetakan al halabi.



Ertinya: Adapun (berlaku) hadas diantara dua salam , maka tidak memudaratkan (sembahyang) , kerana berlaku perkara yang membatalkan (sembahyang) selepas tahallul (iatu ucapan salam pertama) tidak berkesan ,( membatalkan) .



Perkataan pensyarah (iaitu Sheikh Khatib Syarbini dalam Iqna): Maka masalah jika berhadas- Iaitu sekalipun hadas silsil baul ( kencing tak tus/ tak putus menitis nya) , dengan nisbah bandingan dengan hadas yang tidak berkekalan , ( iaitu maka termasuk jugalah hadas berkekalan contohnya orang sembahyang yang ada penyakit sisilbaul tersebut, tidaklah batal sembahyangnya, sekalipun berlaku titisan kencing diantara dua salamnya ).



Masalah kedua:

Menjahit luka pembedahan dengan benang najis adakah sah sembahyangnya?.

Jawabnya : Sah jika darurat.


Nasnya: m.s. 77 juzuk 2.



Ertinya: Jika mengubati seseorang lukanya dengan ubat najis , atau menjahit lukanya dengan benang najis , atau terkoyak bahagian badannya dan jadi (sebab) berdarah padanya , maka sama (hukumnya) dengan (masalah anggota ) yang ditampung ( iaitu disambung) sepertimana bahas yang telah lalu.



فيما مر.... iatu qiyas kepada masalah sambungan dengan tulang najis....di muka surat yang sama.




Ertinya: Jika seseorang meyambungkan tulangnya sebab pecah/patah , dengan tulang najis contohnya, disebabkan tiada (tulang) yang suci buat penyambung , maka diuzurkan (iaitu dimaafkan) pada masalah begitu. Sembahyangnya dengan tulang najis itu sah kerana darurat.


Wallahu a'lam.

Saturday, May 07, 2011

Buah tangan dari Sham 5


sebelum pergi jauh.. nikmatilah kurma syria.. mm lazatnya.

Wednesday, April 27, 2011

Buah tangan dari Sham 4




الله Maknanya hampir dengan ilmu bukan hampir dengan makna hampir ZATnya.

Sebuah buku kecil yang sangat bernilai ilmiah. Didalamnya bicara Ilmu Tawhid pada sisi Ahli Sufi/Tasawuf yang benar. Mengulas dan sedutan sedikit dari intisari Ilmu Tawhid yang terkandung dalam kitab Risalah Qusyairiah - karangan Imam Qusyairi. Sekalipun Qusyairi sangat masyhur bicaranya dalam Tasawuf/Sufi dengan kitab "Risalah" beliau , tapi jangan lupa dan lalai selain beliau murid kepada Sheikh al Ustaz Abi Ali al Daqaq, bahawa beliau adalah juga murid kepada Imam Abdul Rahman al Sulami dan Imam Harmain.

Menukil kata-kata dan bicara Ahli Sufi mutakaddimin tentang Tawhid dan makna
"Hampir"denganALLAH s.w.t.

Menukilkan coretan pena dan kalam para Ulamak pegangan dan ikutan Umat tentang Tawhid dan makna "Hampir" dan "Dekat", sekaligus menolak fahaman dongengan salafi yang mereka-reka kata.





Sebuah buku himpunan Hadis-hadis berkaitan hak dan tanggungjawab suamiisteri .

mensyarahkan dan menghuraikan makna setiap hadis dalam pengertian yang mudah difahami dan padat. al Maklum pengarang adalah ulamak yang seiring semua ilmunya.

Pertemuan pertama dan khabaran kawan mengatakan Sheikh Hadi ini alim semua ilmu, masih kabur dan tidak menjadi perhatian . Tetapi setelah bertamu dirumah beliau baru jelas . Memang beliau juga alim ilmu hadis. Sheikh Firas , murid beliau mengkhabarkan beliau sendiri telah menamatkan/khatam belajar kitab Hadis al Bukhari ditangan Sheikh Abd. Hadi al Kharsa.

Allah-Allah.

Patut pun sedap baca kitab sheikh ni.


Monday, April 25, 2011

Buah tangan dari Sham 3

Kitab -kitab Karangan Sheikh Abd.Hadi al-Kharsa.


Sejuknya Hati , serasa sesejuk embun menitik dipagi hari bila menatap kitab-kitab beliau.

Sunday, April 24, 2011