Sunday, January 17, 2021

Sujud sajdah dengan surah Iqra


 














Kalau ada yanga bertanya: tak ada pun sebut sujud untuk subuh hari jumaat?.

Jawab: Sebut yang khas tidak akan menidakkan yang am.
ذكر الخاص لا ينفى العام

Bilamana muwazabah sujud dengan الم السجدة pada setiap subuh hari jumaat seperti yang dalam hadis-hadis , keadaan itu tidak pula bermakna semata-mata tidak boleh sujud sajdah disubuh jumaat dengan bacaan surah Iqrak, sebab sujud sajdah dalam sembahyang subuh pada hari jumaat adalah sunat untuk sembahyang subuh hari itu. 
Maka subuh hari jumaat berbeza dengan subuh hari lain dengan tambahan sunat sujud sjadah.



Maksudnya: walaupun ada fukaha kata tidak boleh baca dengan niat untuk sujud pada selain surah الم السجدة  pada subuh jumaat , contohnya iqra la atau lain2 surah yang ada sujud dalamnya sebab sujud dengan surah selain الم السجدة itu tidak masyru', tetapi tidak pula dilarang membaca iqra pada subuh jumaat dengan tiada niat untuk sujud, cuma bila sampai hujung surah turun sujud sejadah, atau diniatkan untuk sujud serta niat mendapatkan pahala sunat sembahyang subuh jumaat itu. maka keadaan ini tiada khilaf antara fukaha mazhab kita harus  buat begitu. Wallahu a'lam.  

Sebab itu kita selalu jumpa ulamak2 besar melayu kita yang faqih , subuh jumaat mereka sujud sejadah dengan hanya membaca Iqra. 










No comments: