Sunday, April 28, 2013

Muzium Acheh, memuat sejarah perjuangan bangsa berdaulat.




Loceng  yang dibawa dari Cina , dizaman  Malikussoleh.

Saturday, April 27, 2013

Insan kebingungan.... begitulah hal nya saat kiamat.








Hanya BaiturRahman saja tempat berlindung.



Sebuah lagi yag tak lut dek ombak.. apalah barakahnya  ,,ntah lah..


waktu berlaku , telah ditanda Allah dengan dimatikan jam besar dibanda Acheh.

Perbuatan siapaah lagi itu?.. tidakkah akal yang cerah nampak.... terang dan jelas pada afa'al  Tuhan yang maha kuasa?> 

ombak besar tsunami - bayangan huruhara kiamat









HANYA DIKAU SAHAJA YA ALLAH-TEMPAT BERGANTUNG.

Thursday, April 25, 2013

NANGGROE ACHEH - Acheh Daarussalam- Serambi Mekah.





Setakat ini, semenjak tahun-tahun kebelakangan ini, bila sebut saja Acheh, biasanya gambar awal yg timbul dalam kotak fikiran orang, adalah Tsunami. Bencana Air Laut yang mengunung telah menerjah bumi Acheh, menelan korban ratusan ribu jiwa dan mengakibatkan sebahagian besar tanah Acheh telah hilang dari peta dunia.
NANGGROE ACHEH DARUSSALAM- SERAMBI MEKAH.

Saturday, April 13, 2013

kelas kasful litham april 2013


Sebaik-baik kamu adalah yang yang terbaik terhadap isterinya... al hadis.. hasan sahih



:: 6 PESANAN BUAT ISTERI ::

1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.

2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.

3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."

4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.

5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.

6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.

Friday, April 05, 2013

05 Apr 2013 - Ketibaan al Ustaz Haji Abd. Raof bin Nurin dan Ustaz Ahmad Naim dari menunaikan Ibadah Umrah





InsyaAllah.. Al Fadhil Ustaz Haji Abd. Raof bin Nurin dan Ustaz Ahmad Naim akan tiba dari menunaikan Ibadah Umrah pada Hari Ini - Jumaat Malam Sabtu (05 Apr 2013) pukul 10 mlm di KLIA. Harap Maklum.

Monday, March 25, 2013

Besok, al Ustaz Haji Abd. Raof bin Nurin Dan Ustaz Ahmad Naim berangkat umrah dan ziarah .




Berangkat Umrah dan Ziarah Mekah Madinah.

26 Mac 2013. besok .. depart 11.20 pagi.

Kembali ketanah air : 6 april. 

Insyallah.Semuga mereka mendapat umrah mabrur. Doa Makbul. Amalan soleh yang berganda. Sihat Tubuhbadan , fikiran dan mudah urusan. Amin . 


pamplet digital al quran, mula diedar - iklan

Dapatkan maklumat penuh digital al quran dari  pamplet -  hubungi kami dipondoktampin.

 

Friday, March 22, 2013

Syahidnya Sheikh Saed Ramadhan Bouthi- Ketika mengajar Tafsir di Jamik Iman.


Siapa pun yang telah membunuh Sheikh Dr Saed Ramadhan Bouthi, pihak mana pun yang melakukannya, adalah satu pembelotan terhadap Islam, pengkhianatan terhadap penganutnya , penzaliman terhadap ahlussnnah wal jama'ah dan suatu perbuatan yang tidak boleh diterima disudut agama, kemanusiaan , hati nurani yang bersih dan akal yang waras.

Walaupun siapa dikalangan Orang tidak Islam yang melakukannya atau Yang melakukannya orang Islam sendiri yang suntuk akalnya yang waras,,, k
ita tiada akan dapat menerima fahaman kufur, atau fahaman Syiah dari sebarang sektanya, atau fahaman salafi wahabi yang ghulat yang mengharuskan membunuh orang Islam yang tidak sehaluan...

Maaf sejuta maaf -- jika golongan fahaman2 itu menganggap dapat 1 mata kemenangan - dan boleh sewenang2nya dengan senang-lenang masuk ketanahair melayu dengan bermodalkan peristiwa bouthi ini ...

Sebab masih ramai lagi anak-anak muda Ahli Sunnah Waljam'aah Asyaairah Maaturidyyah yang telah bangun dan bersedia untuk berkerja.

Allah Allah..

Wednesday, March 20, 2013

Umrah Ziarah Mekah Madinah







Dimaklumkan  Ustaz Ahmad Naim bin Muhammad dan Ustaz Haji Abd.Raof bin Nurin dan Ustaz Zaidi bin Malek akan berangkat ke Makah al Mukarramah dan Madinah al Munawwarah pda 26 mac 2013 , hari selasa . penerbangan  berangkat pada pukul 11.20 pagi .  berangkat pulang ketanahair dijangkakn pada 6 april.
 
Semuga mendapat Umrah Mabrur , sihat badan dan fikiran,  pergi dan pulang dengan selamat.

Aamin ya Robbal A'lamin.

Monday, March 11, 2013

kalau imam takbir tak cukup atau boleh kah makmum takbir sedangkan imam tidak takbir? - Sembahyang Hariraya.

soalan: slm. kalau imam takbir tak cukup, contohnya 3 x sja rkat prtma. mkmum cmna ust.

atau boleh ka mkmum tkkbir sdgkn imm x?


al ustaz Jawab:

Soalan 1:  Kalau imam takbir tak cukup, contohnya 3 kali  sahaja pada rakaat pertama makmum.

Jawab:Makmum boleh sempurnakan takbir yang kurang itu dalam rakaat ke 2. Itupun jika imam juga takbir pada rakaat kedua tersebut,   qaul ini  menurut Sheikh Ramli.

Kalau  menurut  Ibn Hajar, makmum hendaklah ikut sahaja imam. Tidak ada tambah takbir lagi pada rakaat kedua . Maknanya pada rakaat ke 2  tidak ada takbir lagi samada imam atau makmum- ini menurut Sheikh Ibnu Hajar.  Qaul ini Shekh Ibnu Hajar  ini  biasa diamalkan dalam masyarakat kita .



Soalan 2: Bolehkah makmum takbir sedangkan imam  tidak takbir pada rakaat  pertama atau kedua?.

Jawab:  Pada rakaat  pertama , Tidak ada lagi takbir makmum, makmum kena ikut saja imam, maksudnya , bila imam langsung tidak takbir pada rakaat pertama , makmum tidak adalah lagi  takbirnya .  Kalau imam tidak takbir juga pada rakaat kedua , makmum juga tiada ada takbirnya.   masalah ini  ini tidak ada  khilaf antara Sheikh Ibn Hajar dan Sheikh  Ramli..  Khilaf berlaku hanya pada rakaat kedua , iaitu: Bila imam takbir pada rakaat kedua menurut qaul Sheikh Ramli yang membolehkan takbir 7 kali atau kurang dari 7 bila tidak dibacakan pada rakaat pertama , hendaklah dibacakan dia pada rakaat kedua, maka makmum bila dengar atau tahu saja imam takbir, maka makmum hendaklah takbir. .

Didalam Ibarat  kitab fikah.,  sunat makmum tidak mengikut  imam yang takbir lebih dari bilangan sepatutnya. Contohnya : Imam takbir lebih dari 8 kali  pada rakaat pertama, maka makmum takbir 7 sahaja.  Sebaliknya kalau imam takbir kurang pula, contohnya : 3 kali sahaja , maka  3 kali jugalah  makmum takbir, walaupun imam itu mazhabnya lain dari mazhab makmum, misalnya kita sebagai makmum bermazhab Shafie, sepatutnya takbir 7 kali dirakaat pertama, sedangkan imam kita mazhab Maliki , takbirnya 3 kali , maka kita hendaklah takbir 3 kali sahaja.  Kalau takbir lebih?.  Makruh.


  (Perhatian) : Kalau imam selepas fatihahnya, teringat  tidak membaca takbir lagi , kemudian  dia bertakbirnya pula. maka sembahyang  imam atau makmum tidak batal.  Istimewa jika ditaklid  Qaul Qodim yang mengharuskan  buat begitu.  Makmum adakah  mengikut imam takbir atau tidak boleh ikut?  Jawab: Kalau makmum ikut, makruh, tidak batal sembahyang. Melainkan jika makmum taklid juga qaul qadim itu, Maka Harus juga..tidak makruh , tidak batal. wallahu a'lam.

(Furu') Masalah: Makmum sembahyang raya berimamkan imam sembahyang subuh?.

Jawab: Maka makmum sunat juga takbir 7 kali rakaat pertamanya, 5 kali rakaat keduanya.

Saturday, March 09, 2013

Tinggal takbir rakaat pertama sembahyang raya boleh takbir dirakaat kedua?- Khilaf Ibnu Hajar dan Ramli



Soalan: Kerapkali terjadi kelupaan para imam sembahyang hariraya samada aidil fitri atau aidil adha, terlupa bertakbir 7 kali dirakaat pertama sebelum membaca bissmillah al fatihah, yang akan menyebabkan tidak boleh takbir lagi sehingga akhir sembahyang. Jemaah , orang ramai akan merungut bila selesai sembahyang.. macam tak raya tahun ni..  apa pandangan ustaz?



Jawab: Tidak ada takbir atau tidak boleh takbir lagi setelah mula membaca basmalah alfatihah, dan para makmum tidak perlu lagi menegur imam yang tak membaca takbir itu dengan subhanallah2... ada lah sebenarnya mengikut fatwa Ibnu Hajar dalam kitab Tuhfah. Dan ini biasanya diamalkan oleh masyarakat kita dan banyak sangat telah tercatit dalam kitab2 jawi/ melayu kita. Jadi ianya merupakan pegangan para ulamak kita dan umum masyarakat. 

Cuma ada satu panduan/ fatwa yang agak selesa untuk beramalnya bagi awam , jika keadaan begitu. Tercatit dalam kitab Kasful Litham muka surat 61 juzuk pertama, fatwa dari Sheikh Ramli, boleh lagi bertakbir pada rakaat kedua, jika tinggal dirakaat pertama, dan di Qadokan dengan baca takbir 7 kali  dahulu, kemudian baru takbir 5 kali pula  untuk rakaat kedua.

Nampaknya catitan Sheikh Ramli agak melegakan.  Boleh diamalkan. Dan para jemaah akan ceria. Sepatutnya tidak merungut lagi. Wallahu a'lam. 


Nasnya: (Masalah) Manakala ketinggalan takbir yang tujuh pada rakat yang pertama kata Sheikh Ibnu Hajar Tiada lagi didatangkan dia pada rakaat yang keduanya. Dan kata Ramli sunat didatangkan dia pada yang keduanya, diqiyaskan orang yang meninggalkan membaca surah al jumaah pada rakaat yang pertama maka didatangkan dia pada rakaat yang kedua serta dengan surah al munafiqin, maka atas kata Ramli ini adakah didatangkan tujuh dahulu daripada lima atau yang lima itu didahulukan dia kerana tempatnya , maka yang aqrabnya didahulukan yang tujuh dahulu

Klik le pulak sini, tengok lagi... intaha kasful litham.




Monday, February 25, 2013

Jawapan Sheikh Hadi Kharsa- Jika Cakap yang masih boleh difaham antara Iman dan Kufur?. Wajib pakai makna Iman..





Berkata  Guru Kami Al Aalim al Aallamah Al Sheikh Abdal Hadi al Kharsa :

{PERKATAAN/PERCAKAPAN YANG IHTIMAL (BOLEH DITANGGUNG/DITIMBANG) DARI SATU JALAN  (CARA)  DARI JALAN-JALAN  TAKWIL  ADALAH TIDAK SAH DIKUFURKAN ORANG YANG  BERKATANYA, KERANA  NABI S.A.W  TELAH BERSABDA  DALAM SATU  HADIS:
 “Tangkislah (TAHANLAH)  HUDUD  DARI  ORANG  MUSLIMIN SEKUASA-KUASA  KAMU”.}

Terjemahan penuh video:
Perkataan/ percakapan  yang  ihtimal  (boleh ditanggung/ditimbang) dari satu  jalan (cara)  takwil dari jalan2 takwil , adalah  tidak sah  dikufurkan  orang yang berkatanya,  kerana  Nabi s.a.w  telah bersabda dalam satu hadis.. ” Tangkislah (Tahanlah)  hudud terhadap  orang Muslimin  sekuasa2 ( kamu”.
Apabila kita ditahan menjalankan   hudud  dengan sebab perkara syubhat (kesamaran). Sepertimana telah berkata ahli Fekah. HUDUD (hukuman-hukuman) DITAHAN  DARI DILAKSANAKAN  KERANA  ( terdapat) PERKARA SYUBHAT (kesamaran)” ,   macamana pula boleh kita kafirkan orang pada perkara yang boleh ditakwil (syubhat) ?.  
Kerana itu lah berkata Imam  Besar  kita  - Abu Hanifah r.a

 “ Apabila  sampai kepada engkau  sesuatu perkataan  dari seseorang  Islam yang  mempunyai ihtimal  99  yang diihtimalkan pada  kufur dan 1 sahaja ihtimal iman, maka hendaklah ihtimalkan (iaitu tanggungkan/ beratkan timbang/ tujukankan maksudnya)  atas keimanan , jangan engkau diihtimalkan (iaitu tanggungkan/ beratkan timbang/ tujukankan maksudnya) makna kufur, (sedemikian  itu ) sebabnya supaya bahawa engkau :


-  tersalah  pada  keimanannya  padahal dia disisi Allah sebenarnya dia kafir itu lebih baik,

 – dari  engkau  tersalah  pada (hukumkan dia) kufur  padahal dia disisi Allah orang beriman”.


Suara orang bertanya (adakah )Imam Abu Hanifah (berkata begitu)?.

-          Ya, Imam Abu Hanifah (dia berkata begitu) .

Suara orang bertanya  -Dalam kitab Mana?.

-          Ada   di Awal2  kitab Syarah Fiqhul Akbar..  Syarahan bagi Munlla Ali al Qoori.
“kerana bahawa supaya  engkau tersalah  pada  keimanannya”
Yakni bersangka  baik engkau (Husnu zan)  baik terhadap seseorang INSAN  dan engkau kata bahawa dia mukmin.

 Adakah  Engkau akan di siksa (jika) engkau bersangka baik  terhadapnya (begitu)?.

-Suara orang bertanya-  Sekalipun dia kafir  disisi Allah.

Kerana engkau tersalah takwil atas imannya , (itu maknanya ) engkau masih ihtimalkan dia beriman,  adapun jika engkau tersalah pada (menghukum) dia  kufur , padahal dia disisi  Allah beriman ..  engkau tahulah apa akibatnya kan.. dan persoalannya

kerana seseorang insan itu bila berkata kepada seorang insan yang lain “Kafir”  padahal dia disisi Allah tidak kafir, nanti akan kembali kata –kata  itu kepadanya semula …..

 --------------------------------------------
Hubaya hubaya lah kaumku ,, jangan mudah2 kafirkan orang.