Friday, April 22, 2011

Buah tangan dari Sham 2

خادم العلم الشريف الشيخ عبد الهادي الخرسة الدمشقي مولداً و إقامةً, عالم متخصص بعلوم العقائد الدينية و علوم التربية و السلوك قرأ على شيوخ و علماء عظام في بلاد الشام و غيرها و نال إجازات بأكثر العلوم الشرعية و العقلية و السلوكية.

أما بدايته في طلب العلم فقد نهل العلم في معهد الشيخ صالح فرفور رحمه الله تعالى و تخرج منه ثم تابع دراسته الأكاديمية في الأزهر الشريف في مصر و حاز على الشهادة العالمية.

و قد تسلم بعض الوظائف الدينية في دمشق و غيرها من تدريس في المعاهد الشرعية و الثانويات الشرعية و المساجد, توافد إليه من كل حدب و صوب طلاب العلم الشرعي من كافة أنحاء العالم الإسلامي لينهلوا من علمه الزاخر و عقله النير و ليكون لهم زاداً وفيراً في الدعوة إلى الله و التدقيق و التمحيص في المسائل الشرعية لا سيما العقيدة الإسلامية و تربية النفس و تزكيتها.

و قد ألف الشيخ حفظه الله بعض الكتب و الرسائل في العقيدة و تصحيح بعض المفاهيم الغامضة, هذا و قد دعي الشيخ للمشاركة بكثير من المؤتمرات الإسلامية العالمية و له نشاطات دعوية تصلح من شأن الأمة و حالها


Sheikh Abdal Hadi juga Mutakhssis fi ilmi al aqidah wat tasawwuf.

Salah seorang Khalifah Sheikh Abdul Rahman Syaghuri.



Wednesday, April 20, 2011

Kuliah Kitab Kasful Litham juzuk 1.

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Adalah dimaklumkan bahawa Kuliah Pengajian Kitab Kasful Litham akan diadakan untuk bulan April pada hari Ahad Ini , 24 6 jun 2011, di dewan kuliah Pejabat Agama Daerah Tampin.
Kepada semua mereka yang terlibat dan berminat sila hadir pada jam 9.00 pagi Ahad.

Sekian dimaklumkan.

Sunday, April 17, 2011

Sham (Syria, Bumi Diberkati).



Sangat menarik, sangat menarik... kitab karangan Sheikh Abd. Hadi al Kharsa... menjawab ungkitan terhadap al Habib Ali al Jufri..

antara isi menarik:

beliau menukilkan di m.s 53 perkataan dalam kitab al ilal... ,

Semua isi kitab jami' al Tirmizi diamalkan dengannya.


Allahu Akbar.



Ini diantara fatwa beliau didalam WEB beliau :

Beliau ditanyai berkenaan adakah wajib mempunyai murabbi /sheikh dalam suluk /bertarikat kepada Allah?.

لسلام عليكم ورحمة الله وبركاته شيخنا الكريم ..الفقير من فلسطين ، يستشيركم ويستنصحكم كونه لا يجد شيخاً يرشده الى الله تعالى ولا يجد أخاً في الله يحظى بنصيحته للأسف ..وقد علمت سيدي أنه يجب على السالك الى الله أن يجد له مربياً كاملاً وارثاً ليوصله الى ربه ..ولعل الصدق يوصلنا يوماً من الأيام به، لكن أجدني الآن مليء القلب بالرعونات والأغيار ولا أملك إلا الالتجاء والتضرع الى الله بالفرج ؛ فأتمنى نصيحتكم ثم استحلفكم بالله أن تدعو لي دائماً يا شيخنا أن يفرج الله عني فرجاً شاملاً من عنده. والله الموفق فهو حسبي ونعم الوكيل..وأتأسف للإطالة

Jawapan beliau : Tidak wajib. Hanya Sunat.

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته:

مسألة وجوب الشيخ المرشد وصحبته فيها خلاف بين العلماء والراجح الاستحباب وأكثِر من ذكر الله تعالى وحضور مجالس الصالحين وزيارتهم ، فرَّج الله عنك وعنا ورزقنا الاستقامة ظاهراً وباطناً آمين.



Ditanyai pula tentang mndengar nasyid bermuzik, beliau menjawab


مسألة الموسيقى فيها خلاف بين العلماء والجمهور على الكراهة التحريمية

Maslah muzik, padanya Khilaf dikalangan ulamak. Pendapat teramai adalah makruh tahrim.

Buah tangan dari Turkie 20


Menziarahi ulamak besar Turkie. Hadrat Sheikh Mahmud Affandi An Naqshabandi al Kholidi.



Dengan hanya kita melihat dipendalaman sanubari orang-orang Turki, masih boleh kita katakan Turki masih mempunyai harapan untuk , mencapai kualiti ugama yang subur. Entah berapa ramai lagi para ulamak dan orang soleh yang masih hidup beselerak dipenjuru penjuru kampung dan bandar. Mungkin ratusan bahkan mungkin ribuan. Kita tentu masih ingat al Allamah Al Kawthari - seorang ulamak besar merupakan wakil masyaikh osmaniah yg berhijrah ke Mesir , kemudian mengajar dan jadi mahaguru dan rujukan para ulama dunia satu ketika dulu.


Hadrat Sheikh Mahmud Affandi al- Awfa, adalah murid kepada Mawlana Ali Haidar al-Akhnawi murid kepada Mawlana Ali Ar Ridho murid kepada Mawlana Khalil Nurullah murid kepada Mawlana Musthafa murid kepada Mawlana Abdullah al-Mujawwir murid kepada Mawlana Khalid al Baghdadi yang bermakam di Damsyiq , Sham (Syria).

Seorang ulamak tua yang sangat berkaliber, mempunyai murid dalam bilangan yag tidak sedikit, mempunyai kelas-kelas pengajian ilmu yg dijalankan oleh para murid beliau diseluruh Turki.

Sangat alim dalam bidang ilmu syariat dan hakikat. Semasa beliau dalam kesihatan pernah mengajar ilmu-ilmu alat, seperti nahwu, sharaf, mantik, balaghah, fekah Mazhab Hanafi, ilmu hadis , antara kitab-kitab hadis yang dapat dikesan pernah beliau mengajar ialah Riyadhus Sholihin, al Muwatha Imam Malik dan sebahagian dari Sunan Sittah.

Yang sangat menarik hati saya , beliau berkebolehan mengajar kitab Al- Maktubat -3 juzuk -2 jilid besar , karangan Imam Rabbani Faruq al Sirhindi. Sebuah kitab umdah yang jadi rujukan ilmu tasauf/tarekat khasnya Naqshabandiah.
Dapat dikesan apabila ada dikalangan para murid beliau yang boleh mengajar (Khoja) mampu mengajar kitab tersebut dan didapati Khoja khoja itu semuanya belajar kitab tersebut dengan Sheikh Mahmud Affandi. Mereka sentiasa merujuk kepada beliau bila kesulitan ibarat kitab itu khasnya bila bertemu kalimat-kalimat Parsi. Maasyaallah tuan.. tak pernah lagi saya bertemu tuan guru yang mengajar kitab maktubat itu, walaupun dikalangan pengamal tarikat Naqshbandi hatta khalifah khalifah besar ditanah air sekalipun. Cuma kitab itu sekali-sekala ada kedengaran disebut-sebut oleh sheikh sheikh tarekat yang alim dalam ceramah ceramah mereka.


Satu dari Kehebatan ulamak Turkia.. mereka mampu mempertahankan tulisan osmani dalam karangan mereka . Satu maklumat baru yang saya takpernah dengar sebelum ini.

cuba perhatikan tulisan dalam kitab ini , kemudian perhatikan pula tulisan dalam majallah diatas. Didapati kedua-duanya dalam bahasa Turkia. Tetapi sebenarnya berbeza di satu sudut,
Sebab:

Tulisan dalam majallah itu dikatakan Tulisan Turki dalam bahasa Turki.

Tulisan dalam kita kuning ini pula dikatakan Tulisan Osmani dalam bahasa Turkie.

Perhatikanlah perbezaan keduanya.

Satu lagi pula sebagai perhatian:

Maksud Tulisan Osmani (Khat Osmani) ialah Osmaniah, iaitu zaman Kerajaan Turki Osmaniah , bukan tulisan (Khat Uthmani Saidina Uthman bin Affan r.a) yang pada al Quran pula. Jangan silap faham.

Bagi saya, kalau begitu , masih ramai lagi dikalangan orang-orang Turkia yang masih sayangkan Empayar Osmaniah yang berjasa, gagah dan hebat itu. wallahu a'lam.


Saturday, April 16, 2011

Buah tangan dari Turkie 19

Oopp.. sblum berangkat ke sham (Syria) .. sebelum terlupa.. ada lagi baki kenangan di Bursa.. sempat berkelah dipuncak gunung apa ..ana pun terlupa nak tanya ..


Friday, April 15, 2011

Buah tangan dari Turkie 18

HABIBUN NAJJAR....

Setiap kali membaca surah Yasin,, terjumpa Habibunnajjar .. Antakia adalah Kota lama yang sebelum perang dunia kedua diperintah oleh Syria. Kemudian selepas perang dunia, Antakia telah diserahkan kepada Turkie. Oleh itu, diantakia , penduduknya boleh bertutur Arab, sebab mereka orang arab, dan boleh bertutur bahasa Turkia sebab mereka didalam Turkie.
Dalam surah Yaasin :
"Dan Telah datang seorang lelaki dari sejauh-jauh kota dengan segera".... Maksud kota- Antakia.
Maksud seorang lelaki- Habibunnajjar.

Tidak terlintas pun dihati dapat menziarahi Habunnajjar, rerupanya ada di Turkia. Syukur syukur , alhamdulillah. 30 tahun dahulu masih teringat Almarhum HAMKA bersyarah diTV hitamputih , tentang ayat Habibunnajjar itu. wah rupanya di sinilah Wali Allah bersemadi.





Di kota Antakia ini..ada lagi satu benda yang sangat menarik. Apadia?.

Sungai yang merentangi kota, di namakan Sungai Ya'shi.. ertinya sungai yang berdosa.
Dikatakan , sungai Ya'shi berdosa sebab alirannya menyanggah semua sungai didunia. semua sungai mengalir dari barat ketimur, tapi sungai di antakia ini mengalira dari timur kebarat .
Hulunya di Jordon , hilirnya di Turkie. Wallahu a'lam.

yusof antakia

sedia berkhidmat, yusof antakia

Buah tangan dari Turkie 17

PANORAMA SULTHAN MUHAMMAD AL FATEH.









Sejuk tak terkata-kata.



Panorama , tempat khas yang mengumpulkan maklumat-maklumat Peristiwa Pembukaan Kota Kostantinapole oleh Sulthan Muhammad al Fateh.

Jika bertandang ke Istanbul jangan lepaskan peluang datang kesini. Bangunan 3 tingkat ini akan menceritakan detik-detik peristiwa bersejarah itu.

Bayar saja 5 lira, kita akan dapat seribu makna Empayar Osmaniah. Kita akan dapat mendengar suara-suara pahlawan Islam sedang berperang. Bunyian yang menaikan semangat , bunyi tapak kaki kuda pahlawan , bunyi suara kuda pahlawan , bunyi pedang berlaga, bunyi dentuman meriam besar diawal-awal tamaddun , bunyi takbir panglima, suara raja yang soleh sedang bersyarah memberi semangat perang demi cintakan akhirat....

Kita akan dapat tengok lukisan yang sangat indah , peristiwa peperangan yang telah dilukiskn dalam bentuk yang sangat ajaib dan mengasyikkn , sebab selagi ditenung selagi ditenung lama sedikit kita akan merasai (seolah- olah ) melihat satu lukisan yang hidup. Mata kita melihat lukisan terpampang disekeliling sehingga sudah seperti bukan lukisan lagi. Lukisan langit sudah seperti langit. Lukisan kuda melonjak sudah seperti kuda yang sebenar.... Suara suara peritiwa didengar dek telinga kita.. apa ke tidaknya... ohhh.. sungguh indah..

Buah tangan dari Turkie 16

menara bursa


Sunday, April 10, 2011

Buah tangan dari Turkie 15- Kesultanan Empayer Osmaniah bertarekat tasawuf.





Sulthan Bayazid 1 .. Ayahnda kepada Sulthan Murad 2, Sulthan Murad 2 pula adalah Ayahnda kepada Sulthan Muhammad al Fateh. Setiap baginda mempunyai guru pembimbing/sufi tarekat.



Makam Amir Sultan (1368–1429) , guru dan menantu kepada Sulthan Bayazid 1, di Bursa. Hubungkait  Amer Sulthan ini dengan tarekat Naqshabandi boleh dilihat dalam Kitab Rasyahat Ainul Hayat karangan karangan Sheikh Ali bin Husien al Harawi , telah diterjemahkan kebahasa arab oleh Sheikh Muhammad Murad bin Abdullah al Qazani , cetakan al maktabah al Islamiyyah  Diyar Bikr , Turkie  ,tanpa tahun.
 Beliau , murid serta cucu kepada Sayyid Amir Kulal r.a, seorang termasyhur dalam silsilah Tarekat Naqshbandiyah. Amir Kulal r.a juga adalah guru kepada Sayyid Shah Naqshabandi Qaddasa sirrahum.








Beberapa hikayat  yang didengar dari orang Turki,

Suatu hari Amir Sultan ini ingin keMadinah untuk wafat dimadinah, tapi beliau telah bertemu dengan rohaniah Rasullallah s.a.w , dikatakan Nabi menyuruh beliau berangkat ke Bursa untuk kawin dengan puteri Sulthan Bayazid. menariknya kisah berangkat ke Bursa ini tercatit di makam beliau disitu.

Satu jumaat, Baginda Sulthan telah menitahkan kepada Amer Sultan untuk Amer Sulthan membaca kutbah jumaat " Sebab Amer Sulthan adalah sealim-alim ulamak dizaman ini". Amir Sultan menjawab " Ada lagi seorang yang lebih alim pada zaman ini". Iaitu Sheikh Hamduddin. Rupa-rupanya Sheikh Hamduddin adalah guru juga kepada Amr Sultan dan guru kepada Sheikh Haji Bayram , Sheikh Haji Bayram pula adalah guru kepada Sheikh Aqa Shamsuddin wali.

Di ceritakan bahawa Sheikh Hamduddin bernah ditanya oleh Sulthan Bayazid. "Kostantaniah akan jatuh ditangan Murad?. ".. jawab Sheikh Hamduddin " Tidak, Bahkan ditangan anak yang didalam buaian". sambil diisyaratkn kepada Sulthan Muhammad al Fateh yang masih kecil.







Sebagai perhatian:
1.Haji Bayram - guru Sulthan Murad.
2.Aqa Shamsuddin- guru kepada Sulthan Muhammad al Fateh, makamnya jiran Makam/Dhorih Saidina Abu Ayyub al Anshori r.a.
Lihat hubungan setiap Sulthan dengan guru-guru mereka.

Hamka dalam buku beliau "sejarah umat islam" , mukasurat 365, 366 , terbitan Pustaka Antara Kuala Lumpur  tahun 1965, menulis " Memang Sulthan Murad kedua salain dari sabagai seorang Kepala Negara yang bijaksana memerentah dan kepala perang yang gagah berani , dikenal juga sa bagai orang Tasauf dan Falsafah yang mendalam. (Hal ini pernah di-nyatakan oleh Voltaire sendiri, sa-ketika menulis riwayat2 Raja2 Osmani).
maka berangkatlah baginda ketempat kediaman yang baru itu, menukar pakaian kebesaran raja dengan jubah ahli tasauf dan dudoklah puteranya Muhammad memerentah dengan bantuan orang besar-besar. ..".




25 july 2011, dimajlis pembukaan Daurah Kitab Hadis Jamik Sahih al Bukhari yang diadakan dimadrasah Pondok Tampin dibawah bimbingan Fadhilatus Sheikh Abdal Hadi al Kharsah, seorang ulamak besar dari Damsyik Syria dalam ucaptama beliau menegaskan bahawa Empayar Turki Osmaniah bertuah kerana kesultanan Osmaniah telah berpegang dengan konsep
1. Berakidahan akidah Ahlisunnah waj Jamaah aliran Maturidiyyah,
2. Berpegang dengan syariah aliran mazhab Hanafi dan
3.Tarbiyah, pendidikan aliran Tarekat Naqshbandi.



Terekat Naqshabandi dalam Empayer Osmaniah.

Amir Sultan

Bayazid 1

Sheikh Abdal Hadi al Kharsah


Saturday, April 09, 2011

Buah tangan dari Turkie 14


BURSA, IBUKOTA EMPAYER OSMANIAH SEBELUM ISTANBUL.




Sulthan Osman al Ghazi, Sulthan pertama kerajaan Osmaniah. Peribadi yang sangat menghormati al Quran. Pernah diberitakan satu malam beliau masuk kekhemah untuk tidur. Tiba-tiba terpandang al Quran yang terletak ditepi dinding. Oleh sebab terpegun dengan al Quran , beliau sentiasa berdiri bagi menghormati al Quran hingga ke subuh. Dikatakan penghormatan beliau yang begitu mendalam terhadap Quran telah memberkati hidup beliau dan keturunan beliau dengan Khilafah Islam . wallahu a'lm.



Thursday, April 07, 2011

Buah tangan dari Turkie 13

Buah tangan dari Turkie 12

Pantai Mersin, Turkie. Kelihatan ditengah laut , Kota seorang Ambrator ( Diktator) sebelum kedatangan Islam. Untuk ke Cyprus melalui bot /kapal akan menempuhi lautan luas dari Mersin ( kalau diMalaysia Mersing , sama sebutannya).


Buah tangan dari Turkie 11

Jom terbang sekali melihat kesan-kesan milik Yang Maha Kuasa.








POHON CINARI BERUSIA 600 TAHUN.
Pokok yang dipelihara semenjak kewujudan Empayer Osmaniah.

Cube fikir, kalau usia pokok ini 600 tahun , sulthan Yahuz Salem ditabalkn jadi sulthan tahun masihi 1512? Sulthan Bayazid 2 naik tahta 1481 masihi. pokok cinari mula hidup zaman sulthan bayazid 2?.