beberapa buah kenderaan terkandas apabila sebuah jambatan di Lembah Sayoun, tenggara Yemen runtuh dilanda banjir, kelmarin. - Reuters
DUBAI 26 Okt. - Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu menggesa negara anggota, penderma, pertubuhan kemanusiaan dan institusi kewangan dari seluruh dunia Islam supaya tampil menyalurkan bantuan kepada Yemen yang kini dilanda banjir besar.
Beliau turut mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan OIC supaya menggerakkan kempen kemanusiaan bagi membantu penduduk negara itu.
"Setiausaha Agung menyuarakan rasa simpati kepada kerajaan dan penduduk Yemen berikutan banjir besar yang berlaku sehingga menyebabkan krisis kemanusiaan khususnya di Hadramaut dan Mahra," kata Ekmeleddin dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menyifatkan banjir di Yemen sebagai bencana negara berikutan jumlah kematian dan kemusnahan besar yang dialami oleh penduduk negara itu.
Banjir itu turut menjejaskan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan tenaga dan pengagihan bekalan air bersih.
Justeru, beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa tampil menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Yemen yang terjejas dalam bencana tersebut.
Sementara itu, jumlah korban dalam banjir di Yemen kini mencapai 61 orang dengan lebih 1,700 rumah turut musnah kebanyakannya di wilayah Mouhara dan Hadramut.
Menurut Ketua Polis wilayah Hadramut, Hamid el-Kharashi, angka korban dan kemusnahan dijangka terus meningkat kerana masih ramai penduduk dilaporkan hilang.
"Selain itu, beratus-ratus lagi penduduk dilaporkan masih terperangkap dalam banjir besar dan sukar untuk dihubungi," katanya.
Beliau berkata, banyak rumah di Hadramut yang merupakan wilayah terbesar di Yemen, musnah teruk kerana kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat.
Kerajaan Yemen dilaporkan sedang bertungkus-lumus untuk menghantar bantuan kepada mangsa yang terperangkap selepas banjir merosakkan banyak jalan raya dan menyulitkan pengagihan bantuan.
Ada setengah orang menuduh Tuan-tuan Guru pondok telah tergesa-gesa mensahihkn hadis kenduri 7 hari Imam Sayuthi tersebut?. Siapa pula yang tergesa-gesa mensahihkan hadis yang memang telah telah disahihkan oleh Imam Sayuthi itu. Yang mana Imam Sayuthi telah menyatakan kesahihannya berdasarkan kaedah-kaedah ilmiah. Bukan fikiran rasa-rasa taksub pada pendapat sendiri. Kalau pembantah cuba untuk menolak pentashihan Imam Sayuthi tersebut, silakan dan cuba lah buat sedaya upayanya dengan apa jalan pun. Habis bahas pun akan berakhir juga dengan kesimpulan itu perkara
ikhtilaf yang telah diizinkan oleh Syariat Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w
Ada pula setengah yang lain pula cuba mentarjih dan tajrih hadis A’shim Kulaib tersebut , mana yang mahfuzh , mana yang tidak mahfuzhnya…. Dan dikomentari dengan ayat-ayat yang seolah-olahnya hadis Ashim bin Kulaib itulah semata-mata tunjang dalil kenduri arwah yang diamalkan masyarakat?..
Tak ada sesiapa pun dikalangan ulamak yang mengharuskan kenduri tahlil arwah dengan semata-mata berteraskan hadis ‘ashim tersebut. Hadis tu sebahagian dalil sokongan. Bukan asasnya. Lagi pula pendapat dan komen para muhadisin terhadap status hadis yang menyebut “penyeru isteri mayat” dengan muqayyad itu telah berikhtilaf ulamak. Ada yang mensahihkannya bukannya takde seperti dakwaan pembantah. Jadi apa salahnya beramal dengan hadis-hadis yang begitu. Ke saja nak taksub ke pendapat sendiri?..
Ini perbahasan berkenaan hadis-hadis yang seperti ini yang sangatlah panjang. Kalau nak meluaskan pengetahuan rajin-rajin lah membelek kitab-kitab musthalah dan usul fikah.
Tak patut- tak patut , tok pawangbertindak menujum keturunan maharaja yang sudah tersohor serata anak alam turunannya
baik-baik dan jinak-jinak dengan anak Negara dan anak alam
Pada peribadi turunan tok moyang maharaja tak terbit sikitpun tanda-tanda penyakit gatal-gatal meropeh salah laku orang maupun nyamuk ades mencari-cari air kudis penyakit cacar dan nanah danur.
Nujuman tok pawang memang tidak sepatutnya berlaku, sebab walaupun tok pawang selalu berjumpa dengan maharaja masa dulu-dulu, tapi pawang tidak rapat dengan maharaja sehingga boleh masuk bilik rahsia maharaja.Tak terlintaspun dalam hati pawang bahawa maharaja ada bilik rahsia maupun peti rahsia. Pawang tak pernah walau pun sekali bertanya maharaja tentang darah suku sakat maharaja. Masa zaman dulu-dulu tu , pawangtak tahu , apa itu istilah anak perut , adek beradek sepusat sepusing , suku dan adek-beradek seperdu. Banyak sangat lagi istilah-istilah kekeluargaan diraja yang pawang tak faham faham.
Sebelum mula menyelam cerpen ni .. mulakanlah dengan -- Cerita ini adalah semata-mata rekaan….takde kaitan dgn yang hidup maupun yang sudah tinggal dunia.
Bab satu:
Maka tersebutlah al-kisah dinegeri “tengah gunung”, dimana terdapatnya Maharaja yang tinggi ilmunya dan tenung makrifatnya. Semua anak Negara dalam kesedihan disebabkan hubungan terjalin dengan “anak alam” - “tecedra” disebabkan kesilapan tok pawang menujum dalam air nujumannya mengatakan maharaja tidak asli keturunannya , “adake pulak dikata oleh sipawang bapa kepada bapa maharaja orang kebanyakan bukan darah raja yang mengalir dalam tubuh maharaja…” inilah yang jadi penyebab murka maharaja dan duka-nestapa anak Negara.
Dulu-dulu,,, entah berentah , berapa lama masanya ,, waktu itu …
Sementara pawang yang pernah berjumpa maharaja sekali-sekala semasa berselisih membeli-belah barangan dapur, ketika permaisuri masih beradu dibuaian diraja, aah ….itu semua cerita lama. Masa itu sipawang yang masih anak-anak ,, selalu merafak sembah pada maharaja ketika bertemu dilaluan Maharaja, sebab pawang tau turunan Maharaja memang jelas betul turunannya. Berdarah Raja, lagi panglima. Sempat menuntut dengan guru-guru Maharaja Seberang yang handal-handal ilmu persilatan dan kayu-kayan. Sebabitu Istana Maharaja bukan sebarangan. Rasuk, tiang , gelegar, siku-siku, sendal dan tongkat pintu tingkap, bukan mainlah tegap-tegapnya. Sekali ditiup angin putting beliung.. tak begerak-gerak pun dengan takdir dan izin Allah s.w.t.
Maharaja juga sempat berguru dengan “Raja Puncak Gunung” , handal ilmu besi dan air. Sebab tu Maharaja sangat kebal dengan hujanan panah dan tikaman lembing, pisau parang kapak dan cangkul yang tak bermata maupun bermata.
Maharaja juga kebal dari sengal-sengal pada kata-kata yang tak bernas. Yang buat kacau bilau negeri. Sebab maharaja dah terbiasa minum air keramat mentera kitab-kitab bernas masa menuntut dulu-dulu.
Masa tu pawang belum tau apa-apa tentang ilmu pawang lagi. Masa tu pawang kalau nak beli barangan , kalau kebetulan bertemu Maharaja , akan selalu minta petunjuk Maharaja, mana satu barangan berharga dan bernilai. Mana satu kayu dan paku pakis yang ori mana yang plastik. Masatu…. Pawang masih lagi teragak-agak kalau nak membeli,, bajet tak cukup kalau-kalau terlebih oder barangan, duit takde dalam poket.
Maharaja laaah yang hulurkan sekeping dua kupang duit pecukup bayaran.
Masatu… kalau ade pedagang-pedagang luar datang dengan tongkang bahtera penuh muatan, pawang akan terlonjak-lonjak kesukaan ,,, terlompat-lompat,,,, sambil tangan pawang menguis-nguis tangan kearah maharaja lalu ditunding jari arah laut … untuk alihkan perhatian maharaja.
Mengikut sejarah, sipawang memang pernah juga berguru dengan simaharaja sekali sekala. Bertanya hukum tilik tenung dalam air dan tanah serta telur bergolek. Ditambah bertih goringdengan susu lembu asli. Ilmu sipawang kadang-kadang menjadi kadang-kadang tak jadi. Hal ini maharaja sangat arif. Sebabkelengkapan persediaan pawanguntuk masuk menyelami ilmu-ilmu rohani sangatlah dangkal.Ini bukan tekaan simaharaja semata-reka. Maharaja sangat arif ilmu gerak dan pernafasan , ilmu yang pernah dituntutnya dengan tok pawanggunung sejati. Pernah satu ketika pawang meneka dan menujum orang kehilangan kerbau. SiMaharaja dengan fihrasatnya nampak pada zihinnya lembu hilang dipekan Kuala Peluang. Kalau cari disitu memang ada, insyallah jumpa lah , kata maharaja. Tapi pawang meyanggah , tidak tidak , sekali-kali tidak. Kerbau ada dalam kandang tepi Tasik Keluang. Akhirnya yang nyata fihrasat maharaja jua yang betul.
Banyak kali juga, maharaja bersanggah tilikan dengan pawang. Sekali tu , pawang berpetua boleh bermasjidkan tanah milik pribadi seseorang, takada masalahnya. Maharaja menilik , tanah masjid itu mesti diwakafkan, kalau tidakpun akan terwakaf juga , kalau tidak nanti masalah besar akan timbul. Setelah dibelek-belek kitab-kitab jampi mentera zaman dulu-dulu nyata maharaja jua yang betul benar tilikannya. Untungnya, mujur juga tuan tanah mau mendengar titah maharaja. Kalau tidak memang perang hangit adek-beradek tak bertegur sapa.
Begitu juga jika sampai kepada arwah pahala yang dikirimkan dan dibolehkan membuat pelbagai ibadat tetapi diharamkan upacaranya maka akan memahamkan tiada faedah nya sampai bacaan dan tiada faedah keharusan bacaannya disebabkan tidak akan wujud sebarang bentuk perbuatan begitu bila-bila masa pun.Sampai pahala bacaan, tetapi haram membacanya. Ini adalah fahaman berbelit-belit yang mengelirukan. Dimanakah pula hikmah–kebijaksanaanya Hukum ahkam Syara’ yang diterbitkan dari sumber yang jelas dan method-method yang tersusun rapi?. Ataukah yang sebenarnya kekeliruan pembantah dalam memahami kaedah-kaedah hukum-ahkam syara’ yang telah disamarkan oleh ketiadaan latihan yang sempurna dalam memutuskan hukum-ahkam syara’?.
رسالة شهاب الدِّيْن، في الرَّدِّ على " بدعة الجهة " للحَشْوِيَّة المارِقين للشيخ شهاب الدين ابن جهبل _ المتوفى 733 هـ _ رحمه الله، وردت في طبقات الشافعية الكبرى لتاج الدّين السّبكي رضي الله عنه، يبيّن فيها بطلان دعوى الجهة لله سبحانه، وفساد استدلال القائلين بها، وهم: الحشويَّة ( قومٌ ينتسبون إلى العلم والسنة، وهم حقاً: أهل الجهل والبِدعة؛ يتبعون أهوائهم، وينقادون لأوهامهم )
Antara isinya:
فعند المُدَّعِي: يجب تعليم العَوامّ حديثَ الجهة، وما علَّمَها رسولُ الله صلى الله عليه وسلم!!
وأما نحن، فالذي نقوله: أنه لا يُخَاضُ في مثل هذا،ويُسْكَتُ عنه كما سَكَتَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم وأصحابُه، ويسعنا ما وسعهم، ولذلك لم يوجد منا أحدٌ يأمر العوامَّ بشيء من الخوض في الصّفات.
والقومُ قد جعلوا دأبَهم: الدخول فيها والأمر بها!!
فليت شعري من الأشبه بالسلف؟!
Nak tengok .. buat kajian.. ape salahnya, ..., klik je..
ولد رحمه الله في عام 1322هـ في مدينة منديلين في جزيرة سومطرة بإندونيسيا .
نشأته : في البداية أخذ عن علماء بلدته منديلين ثم رحل إلى مدينة قدح بماليزيا فدرس بمعهدها الديني بقرية ( كَاجَه مَاتىِ ) وأستمر بها قرابة الخمس سنوات ثم انتقل قاصداً بيت الله الحرام لأداء فريضة الحج سنة 1347هـ . وبعد تمام النسك أقام بمكة المكرمة طالباً ومجاوراً فأخذ عن العلماء المحققين .
شيوخه : للشيخ مشايخ كثيرون منهم في بلدته ومسقط رأسه الشيخ المنديلى ، وفي قدح ( الشيخ إبراهيم فطاني=فأ جو هيم ) وكذا في مكة المكرمة : الشيخ محمد علي بن حسين المالكي ، والشيخ حسن المشاط ، والشيخ عمر بن حمدان المحرسي ، والشيخ إسماعيل فطاني ، والسيد علوي مالكي ، والشيخ حسن يماني ، والشيخ احيدالبوقوري، والشيخ محمد العربي التباني وغيرهم رحمهم الله تعالى .
دروسه : شارك العلماء في التدريس بالمسجد الحرام بحصوة باب العمرة بالعربية وبالملايو ، وكانت حلقته لا تقل عن مائتي طالب ، وأوقات تدريسه بعد العصر وبعد العشاء وبعد الفجر , وفي منزله العامر بقاعة الشفا ثم ببرحة الطفران بأجياد كعادة علماء البلد الحرام .
طلابه : للشيخ طلاب من شتى البقاع الإسلامية وأكثرهم من دول جنوب شرق آسيا .
مؤلفاته : 1- تحفة القاري المسلم من الأحاديث المتفق عليها بين الإمام البخاري والإمام مسلم . باللغة العربية 2- الخزائن السُنية من مشاهير الكتب الفقهية لأئمتنا الفقهاء الشافعية . باللغة العربية 3- سلاح المسلم باللغة الملايويه 4- دِرع لجميع المكلفين أو(حصن لجميع المكلفين ) بالغة الملايويه= فريساى باكى مكلف. 5- دوا للقلب باللغة الملايويه 6- موقف الدين الإسلامي باللغة الملايويه . وغيرها حيث بلغت 36 رسالة بالملايو ولا تزال تُطبع إلى الآن وخصوصاً في ماليزيا
وفاته : أصيب بمرض في مؤخرة قدمه وفي موسم 1384هـ أشار إليه بعض الأطباء بالذهاب إلى اندونيسيا فذهب فمكث فترة قصيرة ولم يرض بإجراء العملية الجراحية عاد بعدها لمكة المكرمة ثم ذهب إلى المدينة المنورة ثم عاد إلى مكة المكرمة ليكون بها الممات
توفي رحمه الله تعالى في 4/20/ 1385هـ عن عمر يناهز 63 سنة ودفن بمقبرة المعلاة وله ذرية - أربعة أبناء وأربعة بنات
Seperkara lagi perlu diingatkan bahawa, untuk menambah lagi ganjaran pahala mengiringi pahala sepanjang Ramadhan, adalah dituntut supaya berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan kemudian mengikutinya (dengan) berpuasa enam hari daripada bulan Syawal nescaya mendapat pahala sepanjang masa,
Ini suatu perkara yang selalu dilupai dan terlupa. Jangan sekali-kali dilupa-lupa. Kalau boleh yang terbaiknya , berpuasalah mula dari 2 syawwal, kerana menunjjukan kesyukuran . Berpuasa seawal beginiadalah sebahagian daripada amalan para Salafusholehyang sangat patut dicontohi..
الرقـم المسلسل 6793 الموضوع صرف الزكاة لطلبة العلم التاريخ 10/06/2008 الســــؤال اطلعنا على الطلب المقيد برقم 997 لسنة 2008م المتضمن: هل الصرف على المنح العلمية أو على طلبة العلم هو أحد المصارف الشرعية للزكاة أم لا؟ الـجـــواب أمانة الفتوى
للزكاة مصارفها التي حددها الله تعالى في كتابه الكريم بقوله سبحانه: ﴿إِنَّمَا الصَّدَقَاتُ لِلْفُقَرَاءِ وَالْمَسَاكِينِ وَالْعَامِلِينَ عَلَيْهَا وَالْمُؤَلَّفَةِ قُلُوبُهُمْ وَفِي الرِّقَابِ وَالْغَارِمِينَ وَفِي سَبِيلِ اللهِ وَابْنِ السَّبِيلِ فَرِيضَةً مِّنَ اللهِ وَاللهُ عَلِيمٌ حَكِيمٌ﴾ [التوبة: 60]. وقد اتفق الفقهاء على إعطاء طالب العلم من الزكاة بقدر ما يكفي حاجته العلمية، وتكلموا عن ذلك في موضعين: الأول: عند كلامهم على مصرف الفقراء والمساكين، وأن طالب العلم يُعطَى من الزكاة ما يكفيه مؤنة معيشته حتى لو كان قادرًا على الكسب عند الشافعية، وحتى لو ملك نصابًا عند الحنفية؛ وذلك في مقابل تفرغه لطلب العلم. فقد نقل ابن عابدين في حاشيته "رد المحتار" (2/372) عن جامع الفتاوى ما نصه: "وفي المبسوط: لا يجوز دفع الزكاة إلى من يملك نصابًا إلا إلى طالب العلم والغازي ومنقطع الحج؛ لقوله عليه الصلاة والسلام: (يجوز دفع الزكاة لطالب العلم وإن كان له نفقة أربعين سنة) اهـ". ونقل الإمام النووي الشافعي في "المجموع شرح المهذب" (6/190) عن الأصحاب أنهم قالوا: "ولو قدر على كسب يليق بحاله إلا أنه مشتغل بتحصيل بعض العلوم الشرعية بحيث لو أقبل على الكسب لانقطع من التحصيل حلت له الزكاة؛ لأن تحصيل العلم فرض كفاية". وقال الشيخ الخطيب الشربيني الشافعي في "الإقناع": "وإن تفرغ قادر على التكسب للعلم وتعذر الجمع أُعطِيَ، لا إن تفرغ للعبادة وإطعام الجائع ونحوه". وقال الشيخ البهوتي الحنبلي في "كشاف القناع": "(وإن تفرغ قادرا على التكسب للعلم) الشرعي, وإن لم يكن لازما له (وتعذر الجمع) بين العلم والتكسب (أُعطِيَ) من الزكاة لحاجته". ونقل البهوتي عن ابن تيمية أنه سئل عمن ليس معه ما يشتري به كتبا للعلم يشتغل فيها؟ فقال: يجوز أخذه منها -أي من الزكاة- ما يحتاج إليه من كتب العلم التي لا بد لمصلحة دينه ودنياه منها" ثم قال البهوتي: "ولعل ذلك غير خارج عن الأصناف; لأن ذلك من جملة ما يحتاجه طالب العلم, فهو كنفقته". والثاني: عند كلامهم على مصرف (في سبيل الله)؛ إذ إن هذا المصرف يشمل العلم والجهاد؛ لأن الجهاد يكون باللسان كما يكون بالسنان، كما قال تعالى في القرآن الكريم: ﴿فَلاَ تُطِعِ الكَافِرِينَ وَجَاهِدْهُم بِهِ جِهَادًا كَبِيرًا﴾ [الفرقان: 52]. بل إن بعض الفقهاء جعلوه شاملاً لجميع القُرَب عند الحاجة؛ قال الكاساني في (بدائع الصنائع): [وأما قوله تعالى: "وفي سبيل الله" فعبارة عن جميع القُرَب؛ فيدخل فيه كل مَن سعى في طاعة الله وسبيل الخــيرات إذا كان محتاجًا] ا هـ. ونصَّ العلماء على دخول الإنفاق على طلبة العلم ضمن مصرف "وفي سبيل الله"؛ ومن هؤلاء العلماء الميرغيناني ومنلاخسرو وصاحب الفتاوي الظهيرية وغيرهم. بل صرح الحنفية بجواز نقل الزكاة من بلد إلى بلد آخر لطالب العلم. ومما يستدل به على ما ذهبوا إليه من دخول الإنفاق على طلبة العلم ضمن مصرف "وفي سبيل الله" قوله صلى الله تعالى عليه وآله وسلم: «مَن خَرَجَ في طَلَبِ العِلمِ فهو في سَبِيلِ اللهِ حتى يَرجِعَ» أخرجه الترمذي وحسّنه. وبناءً على ذلك وفي واقعة السؤال: فإنه يجوز شرعًا إعطاء أموال الزكاة للمنح التعليمية والصرف منها على طلبة العلم.
maka teringatlah ana , satu ajaran dalam ilmu mustalah hadis, " jika tiada sanad, nescaya berkata seseorang apa yang dia nak kata" aw kama qol..
tapi seingat ana , kaedah tu diguna pakai dalam ilmu hadis... kalau ya pun nak menilai ilmu2 yang lain dengan kaedah tu,,, mesti le di comparekan dengan satu hadis sahih riwayat bukhari " innam ilm bitta'alluum... hanyasanya ilmu itu didapat ia dengan taa'llum .. belajar, talaqqi. musyafahah dari mulut2 guru2 yang pernah belajar pula dengan guru2 nya.
ilmu hadis memang sangat perlu penelitian sanad2 sbb ia ilmu bentuk nukilan, dari satu orang guru ke satu guru sehingga ke Nabi s.a.w., dapat dipastikan tiada sebarang perubahan ayat maupun kalimat atau makna-makna yang didengar atau diambil dari Nabi s.a.w.
adapun ilmu-ilmu yang selain hadis,, sprt fekah cnthnya,, mmng akan ada perubahan kalimat2 atau makna2 yang tak dapat tidak. sbb para guru2 yang menerimannya dari guru yang sebelumnya bukannya menghafal setiap kalimat guru2 sebelumnya. ia hanya mafhum atau ijtihad2 , pendapat2 , syarahan2, huraian2 yang pastinya mengalami perubahan2 dalam penyampaian , walaupun makna2 atau maksud2 setiap guru itu sama pada kebiasaannya.
apa yang perlu bagi setiap murid ialah mempastikan , adakah ajaran gurunya itu benar dengan sebab gurunya itupun pernah belajar dengan guru-guru sebelumnya yang betul dan benar juga ajarannya. sehingga sampailah titihan ilmu tersebut ketabaqah tabi'in seterusnya para sahabat dan para sahabat belajar pula kepada Nabi s.a.w. Ini juga dinamakan sanad. bahkan sanad yang macam lebih hebat, lebih kuat dan lebih dipercayai dalam agama. walaupun simurid tersebut tidak diberikan sebarang tanda pengakuan , seperti kertas sijil, cop stempel , tanda tangan gurunya . simurid tersebut tetap sah bersanadkan ilmu dan amal yang diwarisnya dari sigurunya yang tersebut dan murid yang macam itu , adalah pewaris ilmu yang hakiki jika nak dibandingkan dengan yang hanya amik ijazah sanad kitab sahaja. tetapi ini tidak pula bermakna ana menafikan sifat-sifat murid dalam ilmu tasawuf sufi, yang hanya memadai dgn ijazah sahaja. itu soal lain le. sebab tasauf tu dikaitkn dengan keramat pulak.
kalau yang macam ini keadaannya, tak semestinya sanad tu ada tertulis dalam kertas atau ada cop dan tanda tangan.. kalau ada orang yang cube mewajibkan cara yang begitu dan cube pula nak membatalkan ilmu dan amalan orang lain.. itu namanya cuba mengada-ngadakan perkara baru yag ulamak dulu2 pun tak pernah sebut dalam mana2 kitab mereka.
fahaman yang begini tak boleh dibiarkan , nanti merosakkan agama pula. betul2 mencari pecah belah , tidak mencari persatuan. ana maksudkan fahaman macamtu bukan dari fahaman wahabiah, wahabi cerita lain. ni cerita yang tak wahabi ni.. yang ngaji kitab turas, kitab kuning juga ni.
Ni haa,,, sampai ada ana dengar cerita ,ada pulak, entah sape sape tak tau le... yang mintak sanad kitab musalli. kalau tak de sanad tak sah mengaji kitab tu... ish ish... jahil nye manusia...
ana pun dulu ada mengaji kitab musalli karangan Sheikh Daud tu dengan arwah tuanguru Pak Ya Telok, to guru ana tu le. seingat ana 3 kali khatam, mengaji pulak dengan al marhum tuan guru Haji Halim , pondok sungai jagong , pendang, sekali khatam. masa sebelum tu dipahang , ana dah khatam dah sekali dengan ust Soleh Kedah. lepas tu ana baca untuk orang yang mintak tolong bacakan .. entah berapa kali dah tak ingat.... ana pun tak pernah tanya tuan guru tuan guru ana tu mana sanadnya kitab musalli Tok Sheikh Daud tu... agaknya sah ke tak sah ilmu yang ana belajar dalam kitab musall tu dan bacakan pada orang tu??...
Tapi ...seingat-ingat ana.. setiap kali kitab itu tamat khatam, tuan-tuan guru itu akan sudahinya dengan beberapa ayat yang maksudnya difatihahkan kepada Rasulullah s.a.w , kepada semua guru-guru yang pernah tuan-tuan guru tu belajar kepada mereka kitab tu, khasnya kepada pengarang kitab Tuan Sheikh Daud al Fathoni.. al fatihah.. baca le sekali... maksudnya ringkasan sanad kitab tu telah disebut diakhirnya.
Ringkasnya macam ni le... patutnya memadai tanya je guru yang kita nak mengaji tu , dia belajar dengan siapa kitab tu... tu pun dah cukup. Mun idak pun toksah tanye le.. mun kalau dah seorang ulamak tu namanya ulamak.. yang ilmunya benar.. dia boleh baca kitab apa pun .. yang tak ade ijazah pun dia boleh baca dan berhak baca dan ajarkan pada orang, sebab ijazah2 sanad kitab tu bukan nya umdah ilmu. umdah ilmu mengaji , belajar, musyafahah, sekadar yang termampu, dan bila telah sampai ketahap pelajarannya kepada kajian. bukan lagi semata-mata mas'mu'. boleh baca kitab2 yang tak de ijazah . itu semua harus, tidak haram. ini boleh dibelek dalam kitab ihya imam ghazali ada bahas sikit disana. Ijazah2 sanad kitab tu kata Sheikh Yasin dalam masalik al jaali hanya :
لأنه لم يبق فى هذا الزمان الا رجاء حصول الخير والبركة باتصال السند دون ما كان مقصودا للمتقدمين من ضبط المسموع
untuk mendapatkan barakah .. bukan samaie...
Apa yang ana nampak, kebanyakan ulamak melayu bukannya takde sanad, khasnya kitab2 melayu/jawi yang mereka ajarkan. sebenarnya ada, sebab bila dikorek2, bila diselidik nanti kita akan jumpa ada. cuma mungkinlah, dah jadi kebiasaan agaknya, orang kita ni kurang sikit tonjol2kn bab sanad ilmu. bukan takde ilmu atau ilmunya tak sah..tu je. sebabtu sepatutnya bila dah tau seseorang guru tu belajar dgn gurunya, ada gurunya, maka tak perlu nak buruk sangka, suu zaan, yang bawa dosa pula.
adapun berkenaan ijazah dan mandat dalam ilmu tasawuf sufi tarekat,, nnti le kalau ada masa ana tulis sikit.
Jawab: Adalah tidak wajib atas isteri yang kaya membayarkan zakat fitrah untuk dirinya atau suaminya dan anak anaknya dengan sebab suaminya tidak mampu. tetapi jika ia hendak bayar juga?. Maka harus, dan mesti kena izin suaminya terlebih dahulu, sebab niat membayarkan zakat adalah hak suami , iaitu suaminyalah yang berniat, kalau pakai niat siisteri sahaja maka tak sah dan zakat itu jadi sedekah biasa sahaja, sekalipun wang itu kepunyaan isteri. Kesimpulannya , zakat tidak wajib bila orang yang menanggung nafkah tidak mampu, walaupun isterinya kaya raya.
6. Apakah tindakan yang mesti dibuat oleh seseorang yang tidak mampu membayar zakat fitrah tanggungannya?.
Jawab: Zakat fitrah wajib hukumnya atas diri sendiri dan semua orang yang jadi kewajipan menanggung nafakahnya, seperti isterinya, anak-anaknya yang belum baligh, ibu bapanya yang miskin dan hamba hamba nya. Jika seseorang itu tidak mampu bayar untuk tanggungannya, maka wajib dibayar untuk dirinya sahaja. Kalau mampu hanya untuk beberapa orang sahaja, wajib bayar ikut tertib, contohnya : dahulukan dirinya, kemudian jika ada lebih, untuk isterinya, kemudian anaknya, kemudian bapanya , kemudian ibunya dan akhir sekali hamba. Didahulukan bapa dari ibu dalam masalah zakat sebab kemuliaan anak berasal dari bapa, kalau masalah nafkah didahulukan hak ibu dari bapa sebab perempuan lebih berhajat kepada anak disudut nafakah.
kalau seseorang itu ada ramai anak pula, dan tidak mampu bayar zakat untuk kesemua mereka, maka bayar sekadar yang boleh sahaja dengan tidak mengira usia atau anak dari isteri yang mana, sebab semuanya sama taraf saja.
7. Adakah wajib bayar zakat untuk pembantu rumah (maid) dan bagaimana pula dengan anak angkat?.
Jawab: Pembantu rumah adalah wajib dirinya sendiri yang membayarkan zakat , bukan majikannya. dia tidak boleh dikategorikan sebagai hamba. Anak angkat pula, kalau asalnya dari ibubapa Islam, maka ibu bapa mereka lah yang wajib bayar. seterusnya ikut tertib mereka yang wajib tanggung nafkah. Iaitu kalau takde ibubapa, maka datuknya seterusnyalah. Ibu Bapa angkatnya tidak wajib bayar. Kalau nak bayarkan juga, boleh , tapi kena izin dari mereka yang wajib menafkahkannya, seperti izin atau dimaklumkan terlebih dulu kepada ibu bapanya yang asal.
Kalau dari yang tidak Islam, maka tak wajib apa suatupun . Semua anak angkat yang sudah baligh , kawajipan tertanggung atas diri mereka sendiri, jika mampu.
minal aaidin wal faaizin.. Pondok Tampin dan semua warga memohon ampun maaf kepada semua penjaring yang bertandang disini. Semuga sentiasa mendapat rahmat dan ampunanAllah s.w.t. AAmin.
3. Jika anak yg tidak sihat , contohnya gila atau buta dsbnya , adakah masih wajib bapanya membayarkan zakat fitrah untuknya?.
Jawab: Anak-anak yang uzur seperti buta, gila, bisu ,pekak dan sebagainya , adalah nafkah dan zakat fitrahnya tanggung-jawab bapanya. Bapanyanya yang membayarkan fitrah mereka dan yang berniat mengeluarkan zakat fitrah adalah bapanya sendiri.
4. Bagaimana pula jika sianak berkemampuan, dan anak mahu membayarkan zakat fitrah ibu bapanya pula sekalipun keduanya juga golongan kaya?. Adakah sah dan bagaimana caranya?.
Jawab: Boleh dan sah. Cuma ibubapanya saja yang wajib berniat mengeluarkan zakat fitrah untuk diri mereka dan perlu minta izin atau memaklumkan kepada mereka terlebih dulu. Sebab kalau mereka tak berniat , zakat tersebut tidak sah. Walaupun anak yang tolong niatkan. Bahkan kalau anak ramai, semuanya boleh berkongsi sikit seorang keluarkan zakat fitrah untuk kedua mereka. 5. Adakah wajib adek beradek yang kaya menafakahkan saudaranya yang miskin dan membayarkan zakat fitrahnya?.
Jawab: Tidak wajib atas saudara menanggung nafkah saudara-saudarinya melainkan ketika darurat, dan tidak wajib membayarkan zakat fitrah mereka. Dan jika saudara-saudari itu miskin/tidak mampu, kewajiban berzakat gugur daripada diri mereka. Tetapi harus tolong membayarkannya dan wajib saudara-saudari itu yang berniat sendiri .
1. Janda yang kaya ,mampu pada malam 1 syawal, adakah wajib berzakat?.
Jawab: Wajib seorang janda yang kaya , maksudnya yang mempunyai makanan yang lebih pada waktu mula tengelam matahari malam 1 syawal, membayar zakat fitrah untuk dirinya dan anak-anaknya.
2. Bagaimana hukumnya zakat untuk anak-anak yang telah akil baligh tetapi masih tidak bekerja?.
Jawab: Seseorang bapa tidak wajib mengeluarkan zakat fitrah bagi anak-anaknya yang telah baligh , walaupun anak perempuan. Kewajipan tersebut tertanggung atas diri mereka sendiri jika mereka mampu , maksudnya samada mereka mempunyai wang sendiri atau harta sendiri atau duit-duit sedekah orang kepada mereka , adalah boleh digunakan sebagai pembayar zakat fitrah. Sebaliknya , jika memang mereka tidak berkemampuan bahkan mereka disara oleh ibu-bapa mereka , maka gugur kewajipan zakat fitrah atas mereka. Ertinya mereka tidak diwajibkan membayarnya.
Kemudian, jika ibu atau bapa mereka pula mahu membayarkan juga fitrah anak-anak yang sudah akil baligh itu, maka harus. Tetapi anak-anak tersebut yang mesti berniat membayar zakat tersebut , bukan ibu atau bapanya. Maksudnya ibu atau bapa mereka mesti memberitahu kepada anak-anak tersebut dahulu sebagai tanda izin dari mereka untuk dibayarkan zakatnya oleh ibu atau bapanya. Kalau tidak, zakat tersebut tidak sah, sekalipun pada asalnya zakat itu adalah tidak wajib. Cara yang paling mudah, ialah Ibu bapa berikan saja harta atau duit-duit kepada mereka sebagai belanja, dan arahkan mereka bayarkan sendiri zakat fitrah menggunakan duit-duit tersebut. Cuma cara ini mungkin tidak lagi dinamakan ibu bapa pembayar zakat anak-anak mereka yang sudah akil baligh. wallahu a'lam.
Atau , boleh juga anak-anak tersebut mewakilkan kepada bapanya untuk membayarkan zakat fitrahnya. cara ini juga tidak lagi dinamakan bapanya sebagai pembayar zakat fitrah anak-anaknya yang akil baligh. Boleh pilih salah satu cara.
Seorang yang tertinggal bacaan Qunut sebab terlupa, terus saja sujud, kemudian teringat didalam sujudnya “tak baca qunut lagi”,,,, lalu dengan sengaja bangun semula sehingga berdiri tegak dan membaca qunut. Soalannya adakah sembahyangnya batal atau tidak , jika tidak adakah disunatkan sujud sahwi?.
Jawab:Sembahyangnya batal, sebab dia sudah membuat satu perbuatan yang menyerupai rukun ,iaitu perbuatan bangun berdiri tegak . Tetapi jika ia tidak bangun , itu yang betulnya dan meneruskan sembahyangnya maka disunatkan sujud sahwi.
Nasnya dalam kitab Iqna' juzuk 2 hasyiah Bujairimi m.s 93 cetakan halabi 1951 m:
ولو نسى قنوتا فذكره فى سجوده لم يعد له لتلبسه بفرض . أو قبله بأن لم يضع جميع أعضاء السجود حتى لو وضع الجبهة فقط أو بعض أعضاء السجود جاز له العود لعدم التلبس بالفرض وسجد للسهو ان بلغ أقل الركوع فى هويه لأنه زاد ركوعا سهوا والعمد به
Maka tersebutlah kisah sanad sanad oo sanad… ana telah ditanya oleh seseorng
yg mula nak masuk blajar … mana sanad ustaz?.
yg dlm gambar tu le sanad ana.....
yg ana tau...
dulu dulu.. zaman 30, 40 tahun dulu dulu sbb tok tok guru ana pun ada cerita juga ttng hal ni.
mereka2 yg mula2 masuk belajar dipondok ke mana2 madrasah ke... tak pernah awal2 lagi ..tanya ttng sanad. bila sampai je ke rumh tok guru.. terus je masuk kelas.. mnghafal matan jurmiah ke, dhommum ke.. tak de pulak tanya sanad tok guru.. minta maaf... ana tak pernh dengar smnjak mula ana mengaji pondok ada orang yg buat mcmtu, yg lain dari kebiasaan. tapi smnjak dua mnjak ni.. dah lain macam pulak jadinya.. seolah2nya sanad ijazah kitab tu jadi umdah pulak.. jadi asas pulak dlm mnjalani pngajian. ..smpai ke nak
baca
brzanjipun nak kesanad gak. he he he... demam sanad agak nya..
kalau pulak ada satu puak tu lagi , yg agak agresif... cari2 sanad2 orghang .. tujuannya nak komplen ,,, mana yg putus mana yg tidak.. ish2 ish .. waliyyazubillah...yg cm ni lagi merosakkn. kalau takde alhamdulillh. takpe le. kot kot ade. jgn biar bagi ade pulak.
seolah2nya beramal orang dihari ini tak sah, sesat, sbb takde sanad.. he he.. kitab mana yg ada cakap cmtu?...
adapun ana ni, tak sangat mementingkan sanad2 ijazah tu. sbb bagi ana
sanad melalui
masmu' itu adalah sebenar2 sanad. itulah dia sanad yg telah ijmak ulamak semenjak zaman brzaman, tidak ada pertelingkahan lagi.
masmu' tu ertinya, mengaji , menadah, musyafahah dari lidah2 pada ulamak. haa tu dia sanad yg betul2 kemaih. tapi ana tak pulak menafikan sanad2 yg diperolehi dgn cara ijazah tu... ana pun ada gak .. tok guru ana bagi dulu ni sblum mereka balik menghadap Allah s.wt. .. .
ana sendiri pernah satu ketika mintak ijazah sebuah kitab tafsir pada tok guru ana.. tafsir jalalain. dia ketawakan ana.. tok guru ana kata masatu "ngaji la "... sampainya hati tok guru gelakkan ana... tapi akhirnya sbelum ana balik kampong , berenti mengaji.. beliau ijazahkn juga semua kitab2 yg ana pernah mngaji.. yg tak ngaji pun ijazahkn semuanya juga..
adapun ana pulak tak pernah mengijazahkn sanad ilmu kepada sesiapa pun yg tak pernah mengaji dgn ana melainkan setelah mereka tamamt pengajian ataupun ana brpuashati dgn kebolehan mereka.
ni,, soal sanad sanad ni nak kena telitilah sikit.. mana sanad yg umdah ... mana sanad yg fadhlah... jgn sampai terkeliru le.. dek sbb kekurangan maklumat ttng sanad yg mana penting yg mana sanad tidak penting, pun sampai kita sesama pun nak pecah belah.. sape yg rugi nanti?..
ni nasihat je..
yg tak faham soal ni ..nak brtanya.. silakan email pondok_tampin@yahoo.com
mari kita bincang..tengokle ada masa ana nak tulis sikit pasal sanad ni.. doa2 kn le.