Setakat
ini, semenjak tahun-tahun kebelakangan ini, bila sebut saja Acheh,
biasanya gambar awal yg timbul dalam kotak fikiran orang, adalah
Tsunami. Bencana Air Laut yang mengunung telah menerjah bumi Acheh,
menelan korban ratusan ribu jiwa dan mengakibatkan sebahagian besar
tanah Acheh telah hilang dari peta dunia. NANGGROE ACHEH DARUSSALAM- SERAMBI MEKAH.
1. Jaga solat pada awal waktu.
Kalau datang haid sekalipun jika tidak dapat solat, kena
duduk atas tikar sembahyang supaya anak tidak lihat kita
meninggal solat.
2. Hidupkan Bacaan Hadis Nabi saw di rumah dengan keluarga.
Dianjur baca Hadis Fadhilat Amal. Ini amalan sahabiah zaman
Nabi saw sehingga dari rumah kita keluar anak-anak yg soleh
yg mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa dunia/akhirat.
3. Baca Al Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak
mampu nak baca kerana terlalu sibuk, cukup dengan mencium
Al Quran dan muhasabah 'Ya Allah, apa dosa saya hingga saya
tak dapat nak baca kitab Mu pada hari ini."
4. Mendidik anak secara Islam.
Mengajar anak-anak dari kecil bermula dengan doa-doa masnun.
Iaitu doa seharian Nabi saw saperti doa tidur, bangun tidur,
makan dan sebagainya.
5. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami.
Setiap hari malaikat akan menghantar 500 jambangan bunga dari
syurga untuk wanita yg hidup sederhana. Setiap titisan air
masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan
kepada Allah swt atas wanita tersebut.
6. Galak suami untuk bermujahadah atas Agama Allah.
Seorang isteri yg menggalakan suaminya untuk solat berjemaah
di Masjid/Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk
solat dia sendiri.
InsyaAllah.. Al Fadhil Ustaz Haji Abd. Raof bin Nurin dan Ustaz Ahmad Naim akan tiba dari menunaikan Ibadah Umrah pada Hari Ini - Jumaat Malam Sabtu (05 Apr 2013) pukul 10 mlm di KLIA. Harap Maklum.
Siapa pun yang telah membunuh Sheikh Dr Saed
Ramadhan Bouthi, pihak mana pun yang melakukannya, adalah satu
pembelotan terhadap Islam, pengkhianatan terhadap penganutnya ,
penzaliman terhadap ahlussnnah wal jama'ah dan suatu perbuatan yang
tidak boleh diterima disudut agama, kemanusiaan , hati nurani yang
bersih dan akal yang waras.
Walaupun siapa dikalangan Orang
tidak Islam yang melakukannya atau Yang melakukannya orang Islam
sendiri yang suntuk akalnya yang waras,,, kita
tiada akan dapat menerima fahaman kufur, atau fahaman Syiah dari
sebarang sektanya, atau fahaman salafi wahabi yang ghulat yang
mengharuskan membunuh orang Islam yang tidak sehaluan...
Maaf
sejuta maaf -- jika golongan fahaman2 itu menganggap dapat 1 mata
kemenangan - dan boleh sewenang2nya dengan senang-lenang masuk
ketanahair melayu dengan bermodalkan peristiwa bouthi ini ...
Sebab masih ramai lagi anak-anak muda Ahli Sunnah Waljam'aah Asyaairah Maaturidyyah yang telah bangun dan bersedia untuk berkerja.
Dimaklumkan Ustaz Ahmad Naim bin Muhammad dan Ustaz Haji Abd.Raof bin Nurin dan Ustaz Zaidi bin Malek akan berangkat ke Makah al Mukarramah dan Madinah al Munawwarah pda 26 mac 2013 , hari selasa . penerbangan berangkat pada pukul 11.20 pagi . berangkat pulang ketanahair dijangkakn pada 6 april.
Semuga mendapat Umrah Mabrur , sihat badan dan fikiran, pergi dan pulang dengan selamat.
soalan: slm. kalau imam takbir tak cukup, contohnya 3 x sja rkat prtma. mkmum cmna ust.
atau boleh ka mkmum tkkbir sdgkn imm x?
al ustaz Jawab:
Soalan 1: Kalau imam takbir tak cukup,
contohnya 3 kali sahaja pada rakaat pertama makmum.
Jawab:Makmum boleh
sempurnakan takbir yang kurang itu dalam rakaat ke 2. Itupun jika imam juga takbir pada rakaat kedua tersebut, qaul ini menurut Sheikh Ramli.
Kalau menurut Ibn Hajar, makmum hendaklah ikut sahaja imam. Tidak ada tambah takbir lagi pada rakaat kedua . Maknanya pada rakaat ke 2 tidak ada takbir lagi samada imam atau makmum- ini menurut Sheikh Ibnu Hajar. Qaul ini Shekh Ibnu Hajar ini biasa diamalkan dalam masyarakat kita .
Soalan 2: Bolehkah makmum takbir sedangkan imam tidak takbir pada rakaat pertama atau kedua?.
Jawab: Pada rakaat pertama , Tidak ada lagi
takbir makmum, makmum kena ikut saja imam, maksudnya , bila imam langsung tidak takbir pada rakaat pertama , makmum tidak adalah lagi takbirnya . Kalau imam tidak takbir juga pada rakaat kedua , makmum juga tiada ada takbirnya. masalah ini ini tidak ada khilaf antara Sheikh Ibn Hajar dan Sheikh Ramli.. Khilaf berlaku hanya pada rakaat kedua , iaitu: Bila imam takbir pada rakaat kedua menurut qaul Sheikh Ramli yang membolehkan takbir 7 kali atau kurang dari 7 bila tidak dibacakan pada rakaat pertama , hendaklah dibacakan dia pada rakaat kedua, maka makmum bila dengar atau tahu saja imam takbir, maka makmum hendaklah takbir. .
Didalam Ibarat kitab fikah., sunat makmum tidak mengikut imam yang takbir lebih dari bilangan sepatutnya. Contohnya : Imam takbir lebih dari 8 kali pada rakaat pertama, maka makmum takbir 7 sahaja. Sebaliknya kalau imam takbir kurang pula, contohnya : 3 kali sahaja , maka 3 kali jugalah makmum takbir, walaupun imam itu mazhabnya lain dari mazhab makmum, misalnya kita sebagai makmum bermazhab Shafie, sepatutnya takbir 7 kali dirakaat pertama, sedangkan imam kita mazhab Maliki , takbirnya 3 kali , maka kita hendaklah takbir 3 kali sahaja. Kalau takbir lebih?. Makruh.
(Perhatian) : Kalau imam selepas fatihahnya, teringat tidak membaca takbir lagi , kemudian dia bertakbirnya pula.
maka sembahyang imam atau makmum tidak batal. Istimewa jika ditaklid Qaul Qodim yang mengharuskan buat begitu. Makmum adakah mengikut imam takbir atau tidak boleh ikut? Jawab: Kalau makmum ikut, makruh, tidak batal sembahyang. Melainkan jika makmum taklid juga qaul qadim itu, Maka Harus juga..tidak makruh , tidak batal. wallahu a'lam.
(Furu')Masalah: Makmum sembahyang raya berimamkan imam sembahyang subuh?.
Jawab: Maka makmum sunat juga takbir 7 kali rakaat pertamanya, 5 kali rakaat keduanya.
Soalan: Kerapkali terjadi kelupaan para imam sembahyang hariraya samada aidil fitri atau aidil adha, terlupa bertakbir 7 kali dirakaat pertama sebelum membaca bissmillah al fatihah, yang akan menyebabkan tidak boleh takbir lagi sehingga akhir sembahyang. Jemaah , orang ramai akan merungut bila selesai sembahyang.. macam tak raya tahun ni.. apa pandangan ustaz?
Jawab: Tidak ada takbir atau tidak boleh takbir lagi setelah mula membaca basmalah alfatihah, dan para makmum tidak perlu lagi menegur imam yang tak membaca takbir itu dengan subhanallah2... ada lah sebenarnya mengikut fatwa Ibnu Hajar dalam kitab Tuhfah. Dan ini biasanya diamalkan oleh masyarakat kita dan banyak sangat telah tercatit dalam kitab2 jawi/ melayu kita. Jadi ianya merupakan pegangan para ulamak kita dan umum masyarakat.
Cuma ada satu panduan/ fatwa yang agak selesa untuk beramalnya bagi awam , jika keadaan begitu. Tercatit dalam kitab Kasful Litham muka surat 61 juzuk pertama, fatwa dari Sheikh Ramli, boleh lagi bertakbir pada rakaat kedua, jika tinggal dirakaat pertama, dan di Qadokan dengan baca takbir 7 kali dahulu, kemudian baru takbir 5 kali pula untuk rakaat kedua.
Nampaknya catitan Sheikh Ramli agak melegakan. Boleh diamalkan. Dan para jemaah akan ceria. Sepatutnya tidak merungut lagi. Wallahu a'lam.
Nasnya: (Masalah) Manakala ketinggalan takbir yang tujuh pada rakat yang pertama kata Sheikh Ibnu Hajar Tiada lagi didatangkan dia pada rakaat yang keduanya. Dan kata Ramli sunat didatangkan dia pada yang keduanya, diqiyaskan orang yang meninggalkan membaca surah al jumaah pada rakaat yang pertama maka didatangkan dia pada rakaat yang kedua serta dengan surah al munafiqin, maka atas kata Ramli ini adakah didatangkan tujuh dahulu daripada lima atau yang lima itu didahulukan dia kerana tempatnya , maka yang aqrabnya didahulukan yang tujuh dahulu
BerkataGuru Kami Al Aalim al Aallamah Al Sheikh Abdal Hadi al Kharsa :
{PERKATAAN/PERCAKAPAN YANG IHTIMAL (BOLEH DITANGGUNG/DITIMBANG)
DARI SATU JALAN (CARA) DARI JALAN-JALAN TAKWILADALAH TIDAK SAH DIKUFURKAN ORANG YANG BERKATANYA, KERANANABI S.A.W TELAH BERSABDADALAM SATU HADIS:
“Tangkislah (TAHANLAH) HUDUD DARI
ORANG MUSLIMIN SEKUASA-KUASA KAMU”.}
Terjemahan penuh video:
Perkataan/ percakapan yang ihtimal (boleh ditanggung/ditimbang) dari satu jalan (cara) takwil dari jalan2 takwil , adalah tidak sah dikufurkanorang yang berkatanya, kerana
Nabi s.a.wtelah bersabda dalam satu hadis.. ” Tangkislah
(Tahanlah) hudud terhadap orang Muslimin sekuasa2 ( kamu”.
Apabila kita ditahan menjalankan hudud dengan sebab perkara syubhat (kesamaran). Sepertimana
telah berkata ahli Fekah. HUDUD (hukuman-hukuman) DITAHANDARI DILAKSANAKAN KERANA(
terdapat) PERKARA SYUBHAT (kesamaran)” , macamana pula boleh kita kafirkan orang pada perkara yang boleh
ditakwil (syubhat) ?.
Kerana itu lah berkata Imam Besarkita- Abu Hanifah r.a :
“ Apabila sampai kepada engkau sesuatu perkataan dari seseorang Islam yangmempunyai ihtimal 99yang diihtimalkan pada kufur dan 1 sahaja ihtimal iman, maka hendaklah
ihtimalkan (iaitu tanggungkan/ beratkan timbang/ tujukankan maksudnya)atas keimanan , jangan engkau diihtimalkan (iaitu
tanggungkan/ beratkan timbang/ tujukankan maksudnya) makna kufur,(sedemikian itu ) sebabnya supaya bahawa engkau :
- tersalah padakeimanannya padahal dia disisi
Allah sebenarnya dia kafir itu lebih baik,
– dariengkau tersalah pada (hukumkan dia) kufur padahal dia disisi Allah orang beriman”.
Suara orang bertanya – (adakah )Imam Abu Hanifah (berkata begitu)?.
-Ya, Imam Abu Hanifah (dia berkata begitu) .
Suara orang bertanya-Dalam kitab Mana?.
-Adadi Awal2 kitab Syarah Fiqhul Akbar.. Syarahan bagi Munlla Ali al Qoori.
“kerana bahawa supaya engkau tersalah padakeimanannya”
Yakni bersangka baik engkau (Husnu zan) baik terhadap seseorang INSAN dan engkau kata bahawa dia mukmin.
Adakah Engkau
akan di siksa (jika) engkau bersangka baik terhadapnya (begitu)?.
-Suara orang bertanya- Sekalipun dia kafir disisi Allah.
Kerana engkau tersalah takwil atas imannya , (itu
maknanya ) engkau masih ihtimalkan dia beriman, adapun jika engkau tersalah pada (menghukum)
diakufur , padahal dia disisi Allah beriman ..engkau tahulah apa akibatnya kan.. dan
persoalannya…
kerana seseorang insan itu bila berkata
kepada seorang insan yang lain “Kafir” padahal dia disisi Allah tidak kafir, nanti
akan kembali kata –kata itu kepadanya
semula …..
--------------------------------------------
Hubaya hubaya lah kaumku ,, jangan mudah2 kafirkan orang.
Adalah dimaklumkan pada 3 mac 2013 , hari ahad , pukul 9.30 - 12 tengahhari insyallah akan diadakan kelas taffaqquh fekah/tawhid - kitab kasful litham dan durrutthamin, di dewan kuliah Pejabat Agama Islam Daerah TAMPIN. NEGERI SEMBILAN . INSYALLAH. Terbuka kpada sesiapa yang berminat. jamuan sarapan pagi dan makan tengahhari disediakan. Kuliah akan disampaikan oleh al Ustaz Haji Abd. Raof bin Nurin. Kepada mereka yang jauh boleh mengikuti kuliah melalui USTREAM pondoktampin. Sekian dimaklumkan.