Ummahaatul Mu’minin.
1. Khadijah al Kubro.
2. Saudah binti Zum’ah.
3. .Aaisyah binti abi Bakr.
4. Hafshah binti Umar.
5. Ummu salamah.
6. Zainab Binti Jahsy.
7. Shofiyyah binti Huyyai.
8. Juwairiyyah binti al Harith.
9. Maimunah binti Al Harith.
10. Mariah al Qibthiyah.
11. Ummu Habibah.
Rasulullah s.a.w berakhir hanya dengan 9 orang Isteri.
Setiap orang yang pernah membaca sejarah dan mengetahui sifat-sifat orang besar akan hairan dalam hal ini, bagaimana Rasulullah s.a.w mengendalikan keluarga yang besar.
Agar kita tidak terlupa, Rasulullah s.a.w berakhir hanya dengan 9 isteri , yang lain itu adalah hamba (Ummul Walad) ada 4 orang , antaranya Siti Mariah, sementara Siti Raihanah pula , ada yang mengatakan sebagai Ummul Walad dan ada yang mengatakan Ummul Mukminin, dan ini pendapat yang kuat.
Sembilan orang itu pula ialah Saudah, Aisyah, Hafshah, Zainab binti Jahsyi, Ummu Salamah, Juwairiah, Safiah, Ummu Habibah, Maimunah.
Rasulullah s.a.w juga mengahwini sejumlah wanita lain, ada yang mengatakan 12 orang dan ada yang mengatakannya 23 orang dan yang telah dipinang Rasulullah s.a.w tetapi menolak dengan minta uzur kerana anaknya masih kecil dan sebagainya 6-7 orang. Semuanya menjadi 30 orang. Di antaranya yang 30 orang ini, 23 orang semuanya telah dinikahi Rasulullah s.a.w , kemudian diceraikan Rasulullah s.a.w dengan baik, diberi hadiah dan dihantar kembali kepada keluarganya dengan baik. Dua orang di antara 23 orang itu Rasulullah s.a.w telah nikah dengan mereka, melalui wali gadis itu yang datang bersama utusan kaumnya, tetapi anak gadisnya masih di kampung dan akan dikirim ke Madinah, tetapi tidak sempat kerana Rasulullah s.a.w wafat.
Friday, February 13, 2009
Sinopsis Rumahtangga Rasulullah s.a.w
Wednesday, December 31, 2008
Wednesday, December 24, 2008
Wednesday, December 17, 2008
Anwar ukm .... semuga cepat sembuh..

anwar rashidi ni, yang berasal dari setiawan perak, orangnya hensem. dulu-dulu le,,, sebelum beliau berumhtngga .. kalau saya ada adek perempuan yang dengar cakap, dan kalau beliau pun setuju, saya kawinkn je dengan beliau ni, buat adek ipar..sape le pulak tak nak beriparkn dan bermenantukan orang baik2 he he.. gegurau je. mintak ampun maaf .. jgn le pulak ade sesape terasa pulak. saya hanya nak cerita perasaan masa tu.. 8, 9 tahun dulu.
beliau ni bekas matrikulasi kuala pilah, dan bekas mahasiswa ukm. sekarang bertugas diputra jaya. kerja apa saya pun tak ketahuan.. he he.. asalkn halal utuk belanja anak isteri sudahlh. beliau ni memang kenalan dan sahabat lama saya.
semenjak beliau dimatrikulasi kuala pilah, beliau mula saya kenali sebb selalu bertandang ke pondok tampin. ketika itu saya masih tak berapa ada orang yang nak dekati saya .. almaklumlah uniform dan penampilan saya ni... kan ke biasanya ada masalah sikit.. sikit je tau.. tak banyak.. he he. masatu saya selalu keseorangan dipondok. beliau ni le yg dtg menjengah hujung2 minggu. tolong itu ini apa kerja yg patut dipondok. sampai ke dah masuk ukm pun masih lagi intim dgn pondok tampin.. bila dah berumah tangga lain le sikit kaan.. itupun masih tak berubh kasih beliau pada pondok dan pengajian. majlis bebaru ni pun beliau bertungkus lumus menolong itu ni. ni blog ni pun sebahgian dari operasinya pun atas usaha beliau... beliau ni mmng banyak tolong saya... kalau saya kemana2 pun, ketika ziarah dan lawatan dalam atau luar negara.. beliau ni la yang terbanyak sms saya.. minta doakan .. mnta tolong sampaikan salam.. tapi minta tolong belikn barang , tak pernah pun...teringat pula ke filem bawang putih bawang merah, itu istimewa sahabat saya ni.
pernah satu ketika saya kehabisan belanja , sampai nak makan pun dah kehabisan. saya sms je beliau, saya dah tak boleh bergerak kemana2 lagi tengah dok gali ubi kayu nak bakar ganti nasi... ketika tu beliau pun kekeringn.. tiba2 timbul je muka beliau dipintu rumh.. ish ish... sahabt saya ni.. mmng istimewa, kasihnya. kalau saya ke KL.. kalau ada ape2 je muskilah yg tak dpt diselesaikan.. bila saya call je beliau ni.. beliau akan dtg.. atau mcm2 le ushanya tu.. ish ish.. sahabat saya ni.. mmng baik hati...
cuma bebaru ni.. pagi dulu semalam beliau ditimpa musibah.. jatuh motor sorang-sorang. tak terlibat dgn sesiapa pun. ceritanya pukul 10 pagi. kaki kiri patah , doktor ikat dgn besi. kepala berjahit 14 jahitan. jari kelingking kiri patah. lengan lebam2. badan tak sempat tengok. mungkin ada masalah. masih lali dikatil. tapi sedar. boleh ziarah 10 pg - 4 ptg , atau sblh mlm tak pasti pulak jaduwalnya. ..
moga2 Allah lipat gandakan pahala kpd saudara anuwar ukm. sbb tiada suatu musibah yg menimpa sesorang beriman melainkan akan dibalaskan ganjaran pahala atau diganti dgn sesuatu yg terlebih baik lagi... aamin ya Ar Amaar roohimin....
Tuesday, December 09, 2008

aidil adha .... Allahu akbar, Allahu akbar, Allahu akbar ..walillahil hamddimaklumkan bahawa pondoktampin akan mendirikan sembahyang aidil adha pada 10 pg dan takbir akan dimulakan 9 pagi . semua jemaah sembahyang dijemput hadir. dan insyallah lepas sembahyang sembelih korbn akan diadakn.. insyallah.
Thursday, December 04, 2008
Tuesday, November 18, 2008
Ijazah dari Al allamah al Habib Salim al Syathiri

Sunday, November 16, 2008
Secerah Langit
adakalanya guruh yang mengingatkan bahawa dunia bukan tempat kemanan sentiasa selamanya...
adakalanya petir yang menembak dan membakar kebatilan suu zan dan anasir anasir yang menggelapkan matlamat hidup..
ada angin bayu dan sepoi2 bahasa yang sangat menyenangkn bunga bunga dan kumbang kumbang bercanda.
pungguk yang rindukan bulan juga tidak ketinggalan berjaga malam menikmati keindahan yang sangat tenang...
angin kelembutan lathif dan halim ketuhanan yang bersifat jaamil membuai buai ciptaanNya.
diharapkan diakhir harinya tiada lagi guruh dan petir petir yang mengganggu keamanan sihamba untuk menumpu kepadaNya

Thursday, November 13, 2008
Hadis dalam Ihya Ulumiddin?.
mengapa ihya masih popular dan relevan hinga kini wlupun trdpt hadis2 dlmnya yg maudhu?. mngapakh ahli tasawuf hanya bramal dgn hadis muduk?.
ust ada mngajar atu belajar tk ilmu hadis masa dipondok. maaf ust brtnya hal pribdi sikit. syukran jazakumullah
Jawapan al Ustaz:
kenapa masih relevan walaupun ada hadis2nya yg maudhu..?.. jwp : cara susunan karangan ihya sahaja sudah cukup menjadi jwapan.
mula2.. imam ghazali akan memulakan dgn ayat2 quran sebagai asas Tajuk-tajuk perbincangan" yg dibincangkan. kmudian diiringi hadis2 sahih yg mutawatir, jika ada. kmudian hadis sahih yg ahad, kmudian yg hasan jika ada, kmudian dhaif jika ada, kmudian yg ikhtilaf kdhaifannya- jika ada, kmudian yg ikhtilaf maudhu'nya -jika ada, kmudian yg semata2 maudhu,.. ttpi maknanya sahih sbb sama mknanya dgn dalil2 yg trdahulu samada sama mkna quran atau hadis2 sahih atau hadis2 hasan atau atshar yg sahih atau dhaif. sbb hadis dhaif apabila banyak turuqnya yang brtlain2 ttpi sama kndungn mknanya maka trnaik kpd hasan ligairihi, begitu juga hadis2 maudhuk apabila ada turuq yg selainnya yg skalipun dhaif maka trnaik kpd martabat hadis munkar " wal munkar min qibalil dhoif"- munkar itu dari pihak dhaif. maka dhoif dan maudhu' adalh dua perkara yg brlainan. ibarat langit dgn bumi jauhnya.. bhkn jauh lagi.
ringkasnya, setiap tajuk yg imm ghazali bincangkn dan bahaskn dlm ihya adalah sahih maknanya dan benar sbb merupakan isi kandungan quran atau hadis2 sahih itu sendiri , sementalahan imam ghazal pula merupakan imam mujtahid yg BERKELAYAKAN MENGALI MAKNA2 QURAN, sekalipun beliau sebut atau dibawakan juga hadis2 yg trjadi pertikian atau ittifaq kedhaifan atau maudhu'nya.
ana nak tanya antum .. mana dapat, semua hadis2 dlm ihya adalah dhaif atau maudhu' dan ahli tasawuf hanya bramal dgn hadis maudhu' dhaif?. kalau dlm ittihaf syarah ihya.. biasanya Al- zabidi seboleh2nya akan mengihtimal hadis2 disitu kearah yg masih boleh diprtimbangkan. tkde pula trus kata apa yg imam ghazali sebut dlm ihya tu batal atau ajaran sesat sbb hadis maudhu'. .. apa sbbnya ?. nmpk ke tak masih kelabu?. zabidi, s. fattah abu ghuddah, dan allaknawi dan banyak lagi pakar ilmu hadis semunya mngatakan "hadis2 maudhu dalam ihya adalah dalam jumlah yang sedikit sahaja" mana datangnya pula "banyak maudhu' tu"..
atau ke anta mengikut mazhab orang yg kata " hadis dhaif dan maudhu, - duanya sama saja takde beza".
Wednesday, November 05, 2008
Perempuan ziarah kubur?.
Illat makruh perempuan ziarah kubur adalah "li mazhinnati bukaaiihinna" - kerana tempat zan tangisan mereka. Oleh sebab mereka biasanya tidak tahan hati bila berada diperkuburan.Oleh sebab tidak dapat menahan ratapan, Maka makruh . Kalau sebaliknya jika ada yang tahan hati, maka tidak mkruh lagi, bahkan sunat ziarah. Tapi kena jagalah perkara lain yang tidak bertentangan dengan hukum .
Kalau ditanya kenapa pula makruh , tidak haram?.
Jawabnya: Sebab illat haram itu tidak tahkik. Cuba perhatikn perkataan "Limazhinnati"... zan tidak menunjjukan tahkik.Wallahu a'lm.
Kalau ditanya lagi mana pula dalil ada orang perempuan boleh ziarah kubur?.
Jawab : Ada banyak sangat. Salah satunya hadis sahih " fazaaruuha"- kamu ziarahilah- sedangkan Siti Aisyah ada dalam "majlis khitab" pada sabdaan Nabi tersebut.
Aisyah adalah perempuan dan kalimat "tum" juga tidak membezakan antara lelaki dan perempuan. Sebab itu diriwayatkan Aisyah setiap hari akan selalu keluar ke kubur.
Oleh yang demikian , kelaziman menziarahi kubur juga tidak boleh dikatakan sebagai taksub kepada kubur. . wallahu a'lam.
Monday, October 27, 2008

Banjir: OIC gesa negara anggota bantu Yemen
beberapa buah kenderaan terkandas apabila sebuah jambatan di Lembah Sayoun, tenggara Yemen runtuh dilanda banjir, kelmarin.
- Reuters
DUBAI 26 Okt. - Setiausaha Agung Pertubuhan Persidangan Islam (OIC), Profesor Ekmeleddin Ihsanoglu menggesa negara anggota, penderma, pertubuhan kemanusiaan dan institusi kewangan dari seluruh dunia Islam supaya tampil menyalurkan bantuan kepada Yemen yang kini dilanda banjir besar.
Beliau turut mengarahkan Jabatan Hal Ehwal Kemanusiaan OIC supaya menggerakkan kempen kemanusiaan bagi membantu penduduk negara itu.
"Setiausaha Agung menyuarakan rasa simpati kepada kerajaan dan penduduk Yemen berikutan banjir besar yang berlaku sehingga menyebabkan krisis kemanusiaan khususnya di Hadramaut dan Mahra," kata Ekmeleddin dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau menyifatkan banjir di Yemen sebagai bencana negara berikutan jumlah kematian dan kemusnahan besar yang dialami oleh penduduk negara itu.
Banjir itu turut menjejaskan kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, bekalan tenaga dan pengagihan bekalan air bersih.
Justeru, beliau turut menggesa masyarakat antarabangsa tampil menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada penduduk Yemen yang terjejas dalam bencana tersebut.
Sementara itu, jumlah korban dalam banjir di Yemen kini mencapai 61 orang dengan lebih 1,700 rumah turut musnah kebanyakannya di wilayah Mouhara dan Hadramut.
Menurut Ketua Polis wilayah Hadramut, Hamid el-Kharashi, angka korban dan kemusnahan dijangka terus meningkat kerana masih ramai penduduk dilaporkan hilang.
"Selain itu, beratus-ratus lagi penduduk dilaporkan masih terperangkap dalam banjir besar dan sukar untuk dihubungi," katanya.
Beliau berkata, banyak rumah di Hadramut yang merupakan wilayah terbesar di Yemen, musnah teruk kerana kebanyakannya diperbuat daripada tanah liat.
Kerajaan Yemen dilaporkan sedang bertungkus-lumus untuk menghantar bantuan kepada mangsa yang terperangkap selepas banjir merosakkan banyak jalan raya dan menyulitkan pengagihan bantuan.
- Agensi
Sunday, October 26, 2008
Kenduri Arwah lagi...
Mekah banjir...-->
Saturday, October 25, 2008
Cerpen Fiksyen
Bab Kedua
Tak patut- tak patut , tok pawang bertindak menujum keturunan maharaja yang sudah tersohor serata anak alam turunannya
baik-baik dan jinak-jinak dengan anak Negara dan anak alam
Pada peribadi turunan tok moyang maharaja tak terbit sikitpun tanda-tanda penyakit gatal-gatal meropeh salah laku orang maupun nyamuk ades mencari-cari air kudis penyakit cacar dan nanah danur.
Nujuman tok pawang memang tidak sepatutnya berlaku, sebab walaupun tok pawang selalu berjumpa dengan maharaja masa dulu-dulu, tapi pawang tidak rapat dengan maharaja sehingga boleh masuk bilik rahsia maharaja. Tak terlintaspun dalam hati pawang bahawa maharaja ada bilik rahsia maupun peti rahsia. Pawang tak pernah walau pun sekali bertanya maharaja tentang darah suku sakat maharaja. Masa zaman dulu-dulu tu , pawang tak tahu , apa itu istilah anak perut , adek beradek sepusat sepusing , suku dan adek-beradek seperdu. Banyak sangat lagi istilah-istilah kekeluargaan diraja yang pawang tak faham faham.
brsmbung.
Sunday, October 19, 2008
Cerpen Fiksyen
Sebelum mula menyelam cerpen ni .. mulakanlah dengan -- Cerita ini adalah semata-mata rekaan….takde kaitan dgn yang hidup maupun yang sudah tinggal dunia.
Bab satu:
Maka tersebutlah al-kisah dinegeri “tengah gunung”, dimana terdapatnya Maharaja yang tinggi ilmunya dan tenung makrifatnya. Semua anak Negara dalam kesedihan disebabkan hubungan terjalin dengan “anak alam” - “tecedra” disebabkan kesilapan tok pawang menujum dalam air nujumannya mengatakan maharaja tidak asli keturunannya , “adake pulak dikata oleh sipawang bapa kepada bapa maharaja orang kebanyakan bukan darah raja yang mengalir dalam tubuh maharaja…” inilah yang jadi penyebab murka maharaja dan duka-nestapa anak Negara.
Dulu-dulu,,, entah berentah , berapa lama masanya ,, waktu itu …
Sementara pawang yang pernah berjumpa maharaja sekali-sekala semasa berselisih membeli-belah barangan dapur, ketika permaisuri masih beradu dibuaian diraja, aah ….itu semua cerita lama. Masa itu sipawang yang masih anak-anak ,, selalu merafak sembah pada maharaja ketika bertemu dilaluan Maharaja, sebab pawang tau turunan Maharaja memang jelas betul turunannya. Berdarah Raja, lagi panglima. Sempat menuntut dengan guru-guru Maharaja Seberang yang handal-handal ilmu persilatan dan kayu-kayan. Sebabitu Istana Maharaja bukan sebarangan. Rasuk, tiang , gelegar, siku-siku, sendal dan tongkat pintu tingkap, bukan mainlah tegap-tegapnya. Sekali ditiup angin putting beliung.. tak begerak-gerak pun dengan takdir dan izin Allah s.w.t.
Maharaja juga sempat berguru dengan “Raja Puncak Gunung” , handal ilmu besi dan air. Sebab tu Maharaja sangat kebal dengan hujanan panah dan tikaman lembing, pisau parang kapak dan cangkul yang tak bermata maupun bermata.
Maharaja juga kebal dari sengal-sengal pada kata-kata yang tak bernas. Yang buat kacau bilau negeri. Sebab maharaja dah terbiasa minum air keramat mentera kitab-kitab bernas masa menuntut dulu-dulu.
Masa tu pawang belum tau apa-apa tentang ilmu pawang lagi. Masa tu pawang kalau nak beli barangan , kalau kebetulan bertemu Maharaja , akan selalu minta petunjuk Maharaja, mana satu barangan berharga dan bernilai. Mana satu kayu dan paku pakis yang ori mana yang plastik. Masatu…. Pawang masih lagi teragak-agak kalau nak membeli,, bajet tak cukup kalau-kalau terlebih oder barangan, duit takde dalam poket.
Maharaja laaah yang hulurkan sekeping dua kupang duit pecukup bayaran.
Masatu… kalau ade pedagang-pedagang luar datang dengan tongkang bahtera penuh muatan, pawang akan terlonjak-lonjak kesukaan ,,, terlompat-lompat,,,, sambil tangan pawang menguis-nguis tangan kearah maharaja lalu ditunding jari arah laut … untuk alihkan perhatian maharaja.
Mengikut sejarah, sipawang memang pernah juga berguru dengan simaharaja sekali sekala. Bertanya hukum tilik tenung dalam air dan tanah serta telur bergolek. Ditambah bertih goring dengan susu lembu asli. Ilmu sipawang kadang-kadang menjadi kadang-kadang tak jadi. Hal ini maharaja sangat arif. Sebab kelengkapan persediaan pawang untuk masuk menyelami ilmu-ilmu rohani sangatlah dangkal. Ini bukan tekaan simaharaja semata-reka. Maharaja sangat arif ilmu gerak dan pernafasan , ilmu yang pernah dituntutnya dengan tok pawang gunung sejati.
Pernah satu ketika pawang meneka dan menujum orang kehilangan kerbau. SiMaharaja dengan fihrasatnya nampak pada zihinnya lembu hilang dipekan Kuala Peluang. Kalau cari disitu memang ada, insyallah jumpa lah , kata maharaja. Tapi pawang meyanggah , tidak tidak , sekali-kali tidak. Kerbau ada dalam kandang tepi Tasik Keluang. Akhirnya yang nyata fihrasat maharaja jua yang betul.
Banyak kali juga, maharaja bersanggah tilikan dengan pawang. Sekali tu , pawang berpetua boleh bermasjidkan tanah milik pribadi seseorang, takada masalahnya. Maharaja menilik , tanah masjid itu mesti diwakafkan, kalau tidakpun akan terwakaf juga , kalau tidak nanti masalah besar akan timbul. Setelah dibelek-belek kitab-kitab jampi mentera zaman dulu-dulu nyata maharaja jua yang betul benar tilikannya. Untungnya, mujur juga tuan tanah mau mendengar titah maharaja. Kalau tidak memang perang hangit adek-beradek tak bertegur sapa.
bersambung..
Wednesday, October 15, 2008
Al Baqarah ayat 111 dan 112: Maksudnya...
Dan mereka (Yahudi dan Nasrani) berkata:
"Sekali-kali tidak akan masuk surga kecuali
orang-orang (yang beragama) Yahudi atau
Nasrani". demikian itu (hanya) angan-angan
mereka yang kosong belaka. Katakanlah:
"Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika
kamu adalah orang yang benar".
Tidak demikian - Bahkan barangsiapa
yang menyerahkan diri kepada Allah,
sedang ia berbuat kebajikan,
Maka baginya pahala pada sisi
Tuhannya dan tidak ada kekhawatiran
terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati....
..............................................................................................................................................................
= Memandangkan kepada makna-makna yang terkandung dalam dua ayat tersebut setelah diperhatikan beberapa kitab tafsir, maka merenunglah diri ini...
adakah sifat2 dua kaum itu ada terpahat dipribadi..
adakah dengan semata-mata "kelebihan" , maka "kekurangan" pasti tak dijumpai...
adakah dengan sebab ada sesuatu "kelebihan" maka "yang kurang " itu terbatal..
adakah dengan "anggapan-anggapan" itu... maka itulah keputusan dan hukuman..
adakah boleh dikerat potong dan dihina jalanan oranglain dengan sebab tidak serupa rinti-rintik dan bulu-bulu halus dan kasarnya....
?
.........
Tuesday, October 14, 2008
PERBAHASAN TAHLIL DAN KENDURI ARWAH
Nak Kaji... kelik la
Monday, October 13, 2008
Adakah Fahaman Ibn Taymiah bukan Faham Salaf?..
للشيخ شهاب الدين ابن جهبل _ المتوفى 733 هـ _ رحمه الله، وردت في طبقات الشافعية الكبرى لتاج الدّين السّبكي رضي الله عنه، يبيّن فيها بطلان دعوى الجهة لله سبحانه، وفساد استدلال القائلين بها، وهم: الحشويَّة ( قومٌ ينتسبون إلى العلم والسنة، وهم حقاً: أهل الجهل والبِدعة؛ يتبعون أهوائهم، وينقادون لأوهامهم )
Antara isinya:
فعند المُدَّعِي: يجب تعليم العَوامّ حديثَ الجهة، وما علَّمَها رسولُ الله صلى الله عليه وسلم!!
وأما نحن، فالذي نقوله: أنه لا يُخَاضُ في مثل هذا، ويُسْكَتُ عنه كما سَكَتَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم وأصحابُه، ويسعنا ما وسعهم، ولذلك لم يوجد منا أحدٌ يأمر العوامَّ بشيء من الخوض في الصّفات.
والقومُ قد جعلوا دأبَهم: الدخول فيها والأمر بها!!
فليت شعري من الأشبه بالسلف؟!
Nak tengok .. buat kajian.. ape salahnya, ..., klik je..
Friday, October 10, 2008
ولد رحمه الله في عام 1322هـ في مدينة منديلين في جزيرة سومطرة بإندونيسيا .
نشأته : في البداية أخذ عن علماء بلدته منديلين ثم رحل إلى مدينة قدح بماليزيا فدرس بمعهدها الديني بقرية ( كَاجَه مَاتىِ ) وأستمر بها قرابة الخمس سنوات ثم انتقل قاصداً بيت الله الحرام لأداء فريضة الحج سنة 1347هـ . وبعد تمام النسك أقام بمكة المكرمة طالباً ومجاوراً فأخذ عن العلماء المحققين .
شيوخه : للشيخ مشايخ كثيرون منهم في بلدته ومسقط رأسه الشيخ المنديلى ، وفي قدح ( الشيخ إبراهيم فطاني= فأ جو هيم ) وكذا في مكة المكرمة : الشيخ محمد علي بن حسين المالكي ، والشيخ حسن المشاط ، والشيخ عمر بن حمدان المحرسي ، والشيخ إسماعيل فطاني ، والسيد علوي مالكي ، والشيخ حسن يماني ، والشيخ احيدالبوقوري، والشيخ محمد العربي التباني وغيرهم رحمهم الله تعالى .
دروسه : شارك العلماء في التدريس بالمسجد الحرام بحصوة باب العمرة بالعربية وبالملايو ، وكانت حلقته لا تقل عن مائتي طالب ، وأوقات تدريسه بعد العصر وبعد العشاء وبعد الفجر , وفي منزله العامر بقاعة الشفا ثم ببرحة الطفران بأجياد كعادة علماء البلد الحرام .
طلابه : للشيخ طلاب من شتى البقاع الإسلامية وأكثرهم من دول جنوب شرق آسيا .
مؤلفاته :
1- تحفة القاري المسلم من الأحاديث المتفق عليها بين الإمام البخاري والإمام مسلم . باللغة العربية
2- الخزائن السُنية من مشاهير الكتب الفقهية لأئمتنا الفقهاء الشافعية . باللغة العربية
3- سلاح المسلم باللغة الملايويه
4- دِرع لجميع المكلفين أو(حصن لجميع المكلفين ) بالغة الملايويه= فريساى باكى مكلف.
5- دوا للقلب باللغة الملايويه
6- موقف الدين الإسلامي باللغة الملايويه . وغيرها حيث بلغت 36 رسالة بالملايو ولا تزال تُطبع إلى الآن وخصوصاً في ماليزيا
وفاته : أصيب بمرض في مؤخرة قدمه وفي موسم 1384هـ أشار إليه بعض الأطباء بالذهاب إلى اندونيسيا فذهب فمكث فترة قصيرة ولم يرض بإجراء العملية الجراحية عاد بعدها لمكة المكرمة ثم ذهب إلى المدينة المنورة ثم عاد إلى مكة المكرمة ليكون بها الممات
-Demikian dari sedutan dari - mawqi' makkawi..
Monday, October 06, 2008
petikan khutbah aidifitri 2008 m -1429 h- pondoktampin
Seperkara lagi perlu diingatkan bahawa, untuk menambah lagi ganjaran pahala mengiringi pahala sepanjang Ramadhan, adalah dituntut supaya berpuasa sunat enam hari dalam bulan Syawal sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w:
" مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ" رواه مسلم.
Ertinya: Sesiapa berpuasa bulan Ramadhan kemudian mengikutinya (dengan) berpuasa enam hari daripada bulan Syawal nescaya mendapat pahala sepanjang masa,
Ini suatu perkara yang selalu dilupai dan terlupa. Jangan sekali-kali dilupa-lupa. Kalau boleh yang terbaiknya , berpuasalah mula dari 2 syawwal, kerana menunjjukan kesyukuran . Berpuasa seawal begini adalah sebahagian daripada amalan para Salafusholeh yang sangat patut dicontohi..






