Saturday, February 16, 2008

Jika aku Mujtahid , aku tak akan ikut ........

{Sesungguhnya daku tidak akan mengikut pendapat Ibnu Taimiah sama sekali, (kerana) Sesunggguhnya jika aku sampai kedarjah Mujtahid, maka Aku tidak akan mengikut pendapat sesiapa pun. Sebaliknya jika daku tidak sampai kepangkat mujtahid, maka daku akan bersama-sama mengikuti pendapat majoriti ulamak , aku tidak akan bersama (menyokong mereka yang bertelingkah ) dengan mereka.
(Cara) yang begitu adalah yang lebih cermat dalam beragama. Dan lebih hampir pada sisi Aqli dan Naqli ( pada sudut pandangan ilmu-ilmu akliah dan ilmu-ilmu Syara).} - al allamah al-sheikh Yusuf al-Dijwi al Azhari.
Begitulah bunyi (Kalimah fi salafiah al haadhirah- كلمة فى سلفية الحاضرة) -surat yang dikirim beliau kepada al allamah Muhammad Zahid al Kawthari.
Al Allamah al-Syeikh Yusof al-Dijwi merupakan seorang yang cerdik dan berfikiran tangkas. Beliau mampu menerangkan sesuatu perkara dengan bahasa yang indah dan baik, daya ingatannya kuat dan ilmunya amat luas. Halaqah pengajian yang diadakannya di al Azhar Syarif, dihadiri oleh hampir seribu orang ulama' dan penuntut ilmu. Beliau menyampaikan ucapannya dengan keterangan dan penjelasan yang amat memukau dan menarik perhatian pendengar sehingga mengalir ke dalam diri mereka curahan ilmu yang berkesan. Beliau adalah seorang ahli tafsir, ahli hadith dan ahli falsafah al Azhar. Selain itu, beliau juga seorang pengarang dan khatib al Azhar yang benar-benar hebat di antara ulama' lain yang sezaman dengannya.
Beliau menjadi orang kepercayaan masyarakat Islam di seluruh dunia, menunjukkan pengiktirafan mereka terhadap keluasan ilmunya, ketulusannya dan ketinggian wara'nya. Banyak pertanyaan yang datang dari segenap tempat dan pelusuk dunia yang diajukan kepadanya untuk meminta fatwa.
Beliau juga adalah seorang yang bersifat pemurah dan mulia. Wajahnya akan ceria ketika dapat menyelesaikan hajat-hajat yang dikemukakan kepadanya walau dalam apa jua perkara. Layanan yang diberikannya kepada orang-orang asing tidak ada tolak bandingannya.
Kitab-kitab karangannya menarik perhatian umat Islam dan telah berada di serata pelusuk dunia. Banyak hasil makalahnya yang begitu bermanfaat telah tersebar ke segenap tempat dan masih lagi dimuatkan di dada-dada akhbar dan majalah Bahasa Arab sehingga ke akhir hayatnya. Ini adalah kurniaan Allah yang dianugerahkanNya kepada sesiapa yang dikehendakinya.
Telah berkata Imam Besar Syeikhul Azhar Dr. Abdul Halim Mahmud:
Sesungguhnya kami telah menghadiri majlis pengajian al Marhum al Alim al Kabir al arif billah Fadhilah Syeikh Yusof al Dijwi di Ruwaq Abbasiy di dalam Masjid al Azhar selepas sembahyang Subuh. Pengajian ilmu tafsirnya benar-benar menarik perhatian. Beliau telah menghimpunkan di antara ilmu yang ditimbanya semenjak sekian lama dengan ilmu yang diperolehinya melalui sumber ilham-ilham robbaniyyah. Tetapi sayang, tidak seorang pun yang membukukan pengajian-pengajiannya ini. Sekiranya ilmu yang dicurahkan dalam pengajian itu dibukukan, sudah tentu dapat dimanfaatkan ilmunya dan mutiara-mutiara ilhamnya.

Secubit biodata al- Dijwi
Dilahirkan di Dajwah yang terletak dalam daerah Qalyub Mesir pada tahun 1287 H. Ayahandanya berasal dari Bani Habib, manakala bondanya berketurunan Sayyidina Hasan r.a.
Setelah menghafaz al Quran di kampungnya, beliau dihantar oleh ayahandanya belajar dial Azhar. Beliau menerima ilmu ilmu Islam daripada ulama' al Azhar semenjak tahun 1301H hingga 1317H. Kemudian beliau memasuki peperiksaan darajah al Alimiyyah (sama taraf dengan Phd) pada zaman ini). Beliau telah berjaya dalam peperiksaan tersebut ddengan cemerlang sehingga salah seorang gurunya yang terkenal 'alim di kalangan ulama' Azhar iaitu Syeikh Radhi al Hanafi, datang menziarahi ke rumahnya untuk mengucapkan tahniah di atas kejayaannya.

Di antara guru-gurunya:
1. Syeikh Harun ibn Abdur Raziq al Banjawi (wafat 1335H dalam usia 87 tahun).
2. Syeikh Ahamad al Rifaii al Fayyumi (wafat pada tahun 1326H).
3. Syeikh Muhammad ibn Salim al Tomum (wafat pada tahun 1336H).
4. Syeikh Ahmad Faid al Zurqoni
5. Syeikh Daud al Maliki.
6. Syeikh al Azhar Syeikh Salim al Bisyri.
7. Syeikh Razzaq ibn Saqar al Barqami.
8. Syeikh Muhammad al Buhairi al Syafie
9. Syeikh Atiah al Adawi al Syafie
10. Syeikh Hasan al Jarisi (seorang guru beliau dalam ilmu Qiraat).

Murid-muridnya:

Ramai di kalangan murid-murindnya yang menjadi ulama' besar dalam semua bidang ilmu Islam dengan berkat didikannya.

Di antara mereka ialah:
1. Al Muhaddith Syeikh al Islam al Allamah Muhammad Zahid al Kawthari.
2. Mufti Besar Mesir al Muhaddith al Allamah al- Syeikh Hasanain Makhluf.
3. Syeikh al Azhar Imam al Akbar Dr. Abdul Halim Mahmud.
4. Imam Jami' al Azhar al Arif Billah Syeikh Soleh ibn Muhammad al Ja'fari.
5. Al Allamah Syeikh Muhammad Zaki Ibrahim.
6. Al Allamah Syeikh Muhammad al Hafiz al Tijani.

Wafatnya:

Beliau wafat di antara waktu Maghrib dan Isya' pada malam Rabu 5 Safar tahun 1365H, ketika berusia 78 tahun. Usianya telah dihabiskan dengan melaksanakan amal-amal soleh, menyebarkan ilmu-ilmu yang bermanfaat, berdakwah dengan cara berhikmah dam memberikan pengajaran yang baik serta berjihad pada jalan Allah dengan mata pena dan lisan.

Sunday, February 10, 2008

b.t.d.damsyik 10



Jamiah Abu nur... sheikh ahmad kaftaro... satu kejutan bila saya melihat cd2 tafsir al quran beliau terjual dikedai2 sekitar jamiah abunnur... gambar beliau dan nama tercatit. Gambar beliau pernah saya nampak . tapi tak saya sangka Sheikh Ahmad Kaftaro adalah beliau....rahimahullah... Mantan Mufti Syria.


Sifat-sifat Ulamak Akhirat
:
Dan bagi alim akhirat ada tanda-tandanya yang dapat dilihat.
Tidaklah
ia menuntut dunia, dengan ilmunya akan masalah-masalah agama. Bahwa tidaklah berlainan kata-katanya dengan perbuatannya. Dan pada perkara perintah , dialah yang mula-mula beramalnya. Dan pada larangan , dialah yang mula-mula menghindarinya. Dan adalah ia mementingkan ilmu yang nyata membawa gemar kepada taat. Dan ia menjaga dirinya dari ilmu yang melulu membanyakkan kata-kata yang sia-sia dan yang menghiasi perdebatan. Dan ia menjauhi berpoya-poya tentang makan. Berbagus-bagus pada perabot dan rumahtangga. Dan menjauhkan bersenang-lenang dan berhias-hias dengan pakaian. Dan cenderung ia kepada redho pada apa yang ada (qana'ah). Dan menjauhi diri ia dari menggauli sulthan (pemerintah) , dengan erti tidaklah ia masuk walaupun satu hari kecuali untuk menasihati atau menolak zalim atau memberi pembelaan terhadap apa-apa yang membawa kepada redho Allah. Maka bolehlah masuk. Dan terhadap Fatwa-fatwa, tidaklah ia ceroboh . Dan dikatakannya : {Tanyakanlah hal ini kepada orang yang ahli}. Tidak mau ia berijtihad kalau belum keadaan menentukan harus begitu dan dikatakannya {Saya tidak tau} , bila hal tersebut tidak mudah baginya . Dan bertujuan ia dengan ilmunya untuk mencapai kebahagiaan Akhirat yang besar. Dengan demikian , yang dipentingkannya adalah ilmu batin dan meneliti persoalan hati ,dan keselamatan hatinya dibuat segala macam siasah ( gaya tarbiyah) ................
-Hidayatul Azkiya ila Thoriqotil Awliya - Shaikh Zainuddin al Malibaari.

Sifat-sifat ulamak Dunia:

"Ulamak dunia,
Iaitu ulamak yang Jahat. Tujuan mereka dengan ilmunya untuk mendapatkan kesenangan dunia, dan mendapatkan kemegahan dan kedudukan disisi ahli dunia".
- Hidayatul Azkiya ila Thoriqotil Awliya-


Imam al-Ghazali menyebut dalam kitab Bidayatul Hidayah beliau:

Sifat Ulamak dunia atau sifat ulamak suu atau ulamak jahat.

" Dan orang yang ketiga ialah orang yang telah berpengaruh syaitan atasnya. maka dijadikan Ilmunya perantaraan untuk menimbun harta-benda dan berbangga-bangga dengan pengaruh dan jadi mulia dengan sebab banyak pengikut dan menipu ia dengan ilmunya akan segala tipuan, kerana mengharap berhasil segala hajat nya pada dunia. Dalam masa yang sama tersemat dalam hatinya merasa bahwa ia disisi Allah mempunyai kemuliaan dan kedudukan, kerana dia sudah bergaya dengan gaya ulamak , dan berasmi dengan adat ulamak pada uniform , tingkah-laku dan cara berbicara, padahal dia dengan zahir dan batinnya serentak telah melompat kepada dunia belaka.
Maka inilah orang yang termasuk dalam golongan orang yang binasa dan orang kurang akal yang terpedaya. Kerana harapan untuk bertaubat telah putus darinya. Sebab pada sangkaannya dia sudah tergolong dikalangan orang yang baik-baik. Tetapi dia lalai dari memerhatikan firman Allah " Hai orang yang beriman , mengapa kamu katakan suatu perkara padahal kamu tidak lakukannya?". Dan dia sudah termasuk dalam status yang disabdakan Nabi s.a.w " Ada sesuatu yang lebih daku bimbangkan atas kamu lebih dari Dajjal. maka sahabat bertanya " Apakah itu Ya Rasulullah?". Sabdanya "Ulama yang jahat".


Friday, February 01, 2008

berehat seketika utk tawajjuh kepada al Quran

teringat ke sheikh abdul basith....Allah Yaftah alaik ya sheikh..


REHLAH ILMIAH IMAM SAYUTHI r.a 4

IMAM SAYUTHI DAN ILMU LUGHAH ARABIAH. 3

Adapun kitab "Al Muzhir" merupakan karangan beliau dibidang Lughah yang sangat bernilai . Dengan kitab ini telah meningkat sedikit kecergasan dan keupayaan karangan beliau. Sebanyak 50 pelbagai perbahasan dalam bidang Lughah telah dikumpulkan dalam bentuk susunan yang mengikut kaedah penyusunan ilmu dengan method yang jelas.

Rujukan beliau dalam karangan al Muzhir ini menjangkau 171 buah kitab-kitab induk yang membahaskan Lughah, Adab (sastra arab), Tarajim (biodata para ulamak), Fiqah dan lain-lain.

Al Muzhir dianggap sebagai memadai untuk dijadikan petunjuk yang jelas bahawa Imam Sayuthi adalah seorang ulamak yang melimpah-ruah pengetahuannya dibidang Lughah (bahasa Arab) , dan ulamak yang bagaikan lautan. Ini kerana beliau mampu untuk mengambil, memetik (iqtibas) dan memahami ibarat nash-nash kalam para pengarang tersebut sebagai bahan kitab al Muzhir beliau.
Olehitu dikatakan al Muzhir adalah "Sebesar-besar karangan Imam Sayuthi dibidang *Fiqh Lughah*, dan dianggap karangan yang menghimpunkan semua karangan ilmu Lughah dan karangan yang lengkap dalam penyusunan pelajaran bahasa (lughah arab)".

Selesai sudah "Walimah Mabruk..."



alhamdulillahirabbilalamin ..selesai sudah walimah (kenduri kesyukuran) . hadirin melimpah ,,dianggarkan sekitar 1 ribu yang hadir semenjak seawal 12 tghari semalam sehingga tghmlm tadi....diucapkan berbanyak terimakasih ,Allah saja yang mmpu membalas khidmat Tuan-tuan, kepada semua anggota keluarga pondoktampin yang terlibat yang telah bertungkuslumus berkhidmat semenjak dua minggu lalu, kepada jemputan yang hadir , yang terdiri daripada para Tuan tuan guru, Ulama, Ustaz dan Ustazah, Para Pelajar Madrasah dan Ma'had disekitar Tampin dan Seremban, kepada para Ahli Persatuan Silat yang telah mengadakan pertunjukan, kepada J.B.A Daerah Tampin yang telah menghantar bantuan bekalan air, kepada Rakan-rakan lama yang sudi hadir, kepada para jemaah yang memberi bantuan dan sokongan material dan moral... dan lain-lain mereka yang terlibat sekalipun tidak dapat hadir... diucapkan sekali lagi Syukran jazakumullah khaira kathira....

Saturday, January 26, 2008

Yazid bin Muawiyah pembunuh Saidina Husin r.a?.

(Maka diJawabnya) Bahawasanya tiada harus dilaknatkan dia yakni Yazid bin Saidina Muawiyah seperti mensarihkan Jamaah kerana ditegah Nabi s.a.w daripada melaknatkan atas orang yang sembahyang dan akan orang yang ia daripada Ahli Qiblat . Dan tiada menyalahi kata mutaakhrin muwafakat merekaitu atas harus laknat atas orang yang membunuh Saidina Husain atau yang menyuruh membunuhkan dia atau orang yang mengharuskan dia atau yang redho dengan dia kerana maknanya daripada bab yang disebut pada hadis

لعن الله الخمرة وشاربها وساقيها وبائعها ومبتاعها وحاملحا

hingga akhir hadis riwayat Abu daud dan Ibnu Majah "Dan tiada sabit bahawasanya ia membunuh akandia dan tiada ia menyuruh dengan membunuh seperti barang yang mensarihkan jamaah , dan setengah daripadanya hujjatul Islam al Ghazali dan disebut pada kitabul Anwar dan tiada harus melaknat akan Yazid dan tiada boleh dikufurkan dia . Maka ia bahawasanya jumlah daripada orang yang mukmin , jika dikehendak Allah diberi rahmat dan jika dikehendak diseksanya dan menghikayatkan beberapa ia memuliakan Ali bin Husin hingga berpanjangan disebutkan ceritanya."- intaha furu' masail- m.s 10 juzuk satu- Sheikh Daud al fathoni.

Friday, January 25, 2008

Sekilas renungan...

Shah Waliyullah ad Dehlawi ….petikan dari al-Buduru al-Bazighah


Pendidikan Hati (Qalbu).

Ketahuilah bahawa qalbu (hati) itu adalah Tuan . Ialah yang akan disoal tentang rakyatnya . Daripada Hati datanglah ibarat dan kepada Hati kembalilah isyarat
( fungsi-fungsi) bukan kepada junud (anggota) . Sesungguhnya segala ilmu-ilmu berkenaan dengan insan hanya
membicarakan tentang hal-ehwal Hati saja .

Benar. Kadangkala pendidik Hati memeriksa akan junud (anggota-anggota) satu persatu sepertimana pendidik memberi perhatian kepada membetulkan Hati seorang salik apabila Hati sisalik sangat asyik dan tamak . Dia (pendidik) tahu bahawa Hati tidak berkuasa terhadap hukuman junud tabiat, kerana kuasa junud tabiat lebih kuat daripada Junud hati .

Dan telah kukuh pada junud tabiat sedemikian kekuatan , maka dia (pendidik) dapat melemahkannya dengan mengurangkan makan dan berjaga malam . Olehitu akan menjadikan lemahlah hukum tabiat, dan Hati (qalbu) pun tidak akan condong kepada tabiat dan hukumnya . Maka masaalah seseorang salik pun akan menjadi betul dan seimbang tidak pincang (dalam perjalanannya) - al -budur al Baazighah - m.s 37. naskhah arab. cetakan india.
--
------------------------------------------------------------------------------------------

Coretan ana yang dhaif ini;

Ilmu yang seperti ini , bukan ilmu tawhid, bukan ilmu fekah , bukan ilmu hadis,bukan musthalah bukan ilmu hisab, bukan ilmu mantik, bukan ilmu aljebra,bukan ilmu alam, bukan ilmu kira kali campur... ilmu apa agaknya?..

kira-kira...ilmu tasawuf atau sufi atau tarekat lah yek . tahkik.. tahkik..tahkik...

Satu lagi "kuasa junud tabiat lebih kuat daripada Junud hati" - pada saya adalah satu penemuan kaedah baru dalam arena tasauf sufi tarekat. Saya tak pernah jumpa lagi dalam buku2 tasauf kenyataan yg sebegitu ... hanya dalam buduuru baazighah sahaja. Wallahu a'lm.

Saturday, January 19, 2008

Kepentingan Bertalaqqi dan Bersanad.

Berkata Abu Hayyan alAndalusy:

يظن الغمر أن الكتب تهدى * أخا جهل لادراك العلوم

وما يدرى الجهول بأن فيها * غوامض حيرت عقل الفهيم

اذا رمت العلوم بغير شيخ * ضللت عن الصراط المستقيم

وتلتبس الأمور عليك حتى * تصير أضل من توما الحكيم

Menyangkalah orang yang tak berpengalaman akan
bahawa kitab-kitab/buku-buku (semata-mata) boleh


menunjuki sijahil bagi mendapatkan ilmu-ilmu.
padahal tidaklah mengetahui oleh sijahil bahawa


Sesungguhnya didalamnya (kitab-kitab/buku-buku)terdapat
perkara yang rumit,menghairankan aqal ahli kefahaman.

Apabila engkau capai ilmu tanpa berguru,
sesatlah engkau dari jalan yang lurus.

dan samarlah segala perkara atasmu sehingga,jadilah
engkau keciciran dari anting2 si-bijaksana.

Wednesday, January 16, 2008

al-Munqiz -Imam Ghazali mengiktiraf Tasawuf/sufi sebaik2 Cara Pembersihan Jiwa

Selalu kedengaran dikatakan orang (padahal hanya silap memahami kata2 Imam Ghazali dalam al-munqiz dan Iljam ilmi kalam) bahawa Ilmu Kalam/Tawhid telah dimasuki falsafah adalah pendapat Imam ghazali dalam kitab Al Munqiz min al-Dhalal beliau, tapi orang selalu juga lupa bahawa Imam Ghazali didalam al Munqiz juga telah mengiktiraf Ilmu tasawuf/tarikat sufi sebagai cara terbaik dan terbersih untuk mendekatkan diri kepada Allah s.w.t... wallahu ala maa naqulu Waakiil ...adapun jika berlaku penyimpangan dari asas-asas agama oleh mereka yang mendakwa sebagai sufi/tarekat?, maka ia merupakan kepincangan dipihak pengamalnya, bukan doktrin asas keilmuan itu sendiri. Jadilah kita umat yang menasihat dan membimbing bukan umat penghukum. Wallahu a'lam.

Sunday, January 13, 2008

Siri 3. Fahaman Yang Sahih pada al-Sunnah dan al-Bid'ah.


Perhatikanlah dan telitilah pada hadis yang pertama lawan bagi- "Perkara baru (al-muhdath) dan al-Bid'ah" – adalah- "Petunjuk Nabawi"-, dan bahawa petunjuk Rasul adalah sebaik-baik petunjuk . dan sejahat-jahat perkara baru yang bertentangan bagi petunjuk adalah bid'ah.

Hadis yang kedua ini :
.عليكم بسنتي وسنة الخلفاء … الخ
. واياكم ومحدثان الأمور فأن كل محدثة بدعة
dan pada hadis yang ketiga – "al-Sunnah yang baik (al-sunnah al-Hasanah)"- dilawankan -dengan "al-Sunnah yang buruk ( al-Sunnah al-Sayyiah)";

من سن سنة حسنة ومن سن سنة الحسنة مقابل بالسنة السيئة من سن سنة حسنة ومن سن سنة سيئة
Oleh itu, "al-Sunnah" yang disebut diawal hadis-hadis tersebut adalah merupakan "Asal" atau punca , sedangkan perkara yang keluar atau terbit atau dikatakan furu' dari asalnya,disebut
"al-Bida'h".


Kemudian marilah kita menyelidik , apakah yang dimaksudkan dengan "al-Sunnah" yang telah dilawankan dengan pasangannya "al-Bid'ah" didalam hadis riwayat al-Irbadh tersebut?.


"Al-Sunnah" pada sisi bahasa Arab dan disisi Syara' bermakna "al-Thoriqah" iaitu "Petunjuk Rasul s.a.w" . Pentakrifan begitu sebenarnya adalah yang paling tepat sebab ianya telah diambil dari sisi pihak matan Hadis-hadis tersebut sendiri .

Lihatlah saja pada kalimat dalam hadis Jabir :
من دعا إلى هدى
(Sesiapa yang telah menyeru kepada "Petunjuk" Rasul s.a.w )…

Satu lagi pada hadis Sahih yang Masyhur :
لتتبعن سنن من قبلكم

(Nanti kamu akan mengikuti sunnah-sunnah mereka yang terdahulu dari kamu)

- maksudnya - Thoriqah mereka- .

Demikian juga hadis: (Sesiapa yang melakukan satu SUNNAH yang baik didalam Islam…(Sebaliknya) sesiapa yang melakukan satu SUNNAH yang jahat) iaitu maksudnya adalah "Thoriqah- seperti makna-makna hadis dulu juga..

Maka Thoriqah Rasul s.a.w adalah PetunjukNya (al-Huda), samada menerimanya atau menolaknya adalah disebut juga al-Sunnah yang yang dimaksudkan dan ditafsirkan oleh hadis Jabir r.a dengan - Sunnah yang Baik- dan Sunnah yang jahat- iaitu Thoriqah yang baik atau Thoriqah kejahatan atau Petunjuk yang baik dan Petunjuk yang jahat. Disebut juga method.

Mendefinasikan al-Sunnah dalam hadis-hadis tersebut dengan makna-makna lain , seperti mana definasi "al-Sunnah" dalam ilmu Musthalah dan ilmu Usul Fiqh atau ilmu Fiqh , adalah kekeliruan yang membawa kepada bencana yang dahsyat dalam arena keilmuan.

1.Takrif al-Sunnah disisi ilmu Musthalah memaksudkan "hadis-hadis".

2.Takrif al-Sunnah disisi ilmu Fiqh dan Usulnya, bermaksud Muqobil (lawanan) bagi "al-Waajib".

Kedua-dua bentuk takrifan tesebut adalah bertentangan dan tidak menepati kehendak-kehendak hadis-hadis yang berkaitan. Kerana takrif al-Sunnah pada sisi kedua-dua bidang tersebut adalah bukan makna-makna yang difaham dari hadis-hadis yang berkaitannya. Bahkan yang dimaksudkan dengan "al-Sunnah" atau "Sunnatur Rasul" disisi hadis-hadis tersebut adalah -ThoriqahNya- pada Perbuatan, Perintah, Menerima dan Menolak – ianya juga merupakan Thoriqah Khalifah-khalifahnya (Khulafaa al-Raashidin) , yang telah mengikuti ThoriqahNya pada Perbuatan, Perintah, Menerima dan Menolak.

Saya menegaskan , jika dipakai makna ayat "Sunnatun Hasanatun dan Sunnatun Sayyiatun" sebagai makna 2 takrifan yang tersebut adalah yang betul dan menepati kehendak lafaz hadis tersebut?, maka timbul kemuskilan yang besar pula, iaitu " adakah pernah dijumpai dimana-mana petunjuk dalil bahawa terdapatnya satu contoh Sunnah Jahat (Sunnatun Sayyiatun) dalam Perbuatan, perkataan dan cita-cita Nabi s.a.w????? ". maka fikirkanlah dan kajilah dengan melalui method yang wajar.

Saturday, January 12, 2008

Bukti Shah Waliyullah ad Dehlewiy menerima Tasawuf /Tarekat.



Shah Waliyullah ad Dehlawiy - 1114 h - 1176 h- seorang tokoh mujadid yang tidak asing lagi . Kemahirannya dipelbagai bidang ilmu agama sangat dikagumi. Mahaguru bagi ilmu hadis dirayah dan riwayah kepada seluruh ulama India sehingga kini. Bahkan seluruh dunia Islam hingga sekarang masih mengecapi keharuman dan faedah ilmu dan barakah beliau . Walaupun disudut fekah beliau mencetuskan ijtihad2 baru yang agak mengemparkan dunia Islam, tetapi dibidang tasawuf, sufi, dan tarekat, beliau juga adalah ahlinya, mahagurunya, mujadidnya juga.... berbagai pengalaman dan pentahkikan baru dibidang tasawuf/tarekat telah dilalui beliau. Boleh diselidiki dan dibelek buku-buku karangan beliau dibidang ini. Qaul Jamil ini adalah diantaranya. Antara yang lain, seperti : (1) al-Tafhimat al Ilahiyah- sebahagian dalam bahasa arab dan sebahagiannya masih dalam Urdhu. (2) Kahir al Katsir- arab (3) Takwil al Ahadis fi rumuz al-Anbiya- arab (4) Budur al Baazighah- arab dan lain-lain. Terdapat beberapa lagi karangan dan ulasan murid-murid atau murid kepada murid-murid beliau dalam bidang ini.
Kandungan kitab-kitab tersebut adalah karangan beliau dibidang ini yang memang tidak dapat dinafikan lagi adalah bersifat tasawuf/sufi. Sangat menarik dan sesuatu penemuan baru yang mutakhir dibidang ini telah dibentangkan oleh Hujjatul Islam Shah Waliyullah ad dehlewi - rahmatullahi alaih..

Oleh yang demikian , adalah kesilapan jika menolak secara total ilmu tasawuf dan tarekat sebagai salah satu dispilin ilmu-ilmu Islam.

Maka teringatlah hamba yang dhaif ini akan satu hadis Nabi s.a.w yang martabatnya Hasan , bersabdanya Nabi s.a.w:
"Kasih olehmu akan kekasihmu itu berpada-pada, sebab mungkin satu hari ia jadi kebencianmu pula. Marah olehmu akan yang engkau marah itu berpada-pada, sebab mungkin satu hari ia jadi kekasihmu pulak". aw kama qol.

Maka kita ni orang Islam melayu, mudah lembut hati, kalau kok marah sangat ke tasawuf tarekat pun, toksah lah dok berlebih-lebihan. Panjangkanlah masa kajian dan renungan kita....


Thursday, January 03, 2008

REHLAH ILMIAH IMAM SAYUTHI r.a 3

IMAM SAYUTHI DAN ILMU LUGHAH ARABIAH. 2

Lihatlah persediaan ilmu-ilmu alat
Imam Sayuthi, sebelum masuk mengharungi lautan Ilmu Hadis dan tafsir. Betapa kukuh dan mantapnya kemampuan persediaan dan bekalan beliau untuk mencerna dan menilai hadis-hadis dan ayat-ayat Quran.
Imam Sayuthi telah menulis lebih daripada 100 buah kitab dan risalah berkaitan Ilmu Nahu dan Bahasa (lughah).
Karangan beliau yang terpenting berkenaan Lughah, Nahu (tatabahasa), Ilmu Bayan dan Badi' (iaitu dua ilmu cawangan ilmu lughah) iaitu :
1. al-Muzhir.
2. al-Akhbar al Marwiyah fi sababi wadh'i al Arabiyah.
3. al-Asybah wa Al Nazooir fil lughah- Nama yang sama tetapi adalah sebuah kitab lain daripada kitab al Asybah pada bicara ilmu Qawaid Fiqhiyah Mazhab Shafie.
4. Lum'ah al-Isyraq fil Isytiqaq.
5. al-Muhazzab fima warada fi al-quran min al Mu'arab.
6. Ta'rif al Daqiqah fi-Idrak al Haqiqah.
7. Ta'rif al A'jam bi huruf al Mu'jam.
8. Tahqiq al Tadhmin - satu risalah kecil setebal 10 mukasurat.
9. Huruf al Haija.- sebuah risalah berkenaan huruf ejaan.
10. Maudhu'aat mutanasyirah fi kitab al Kanzul Madfun.

Kesemua kitab tersebut adalah karangan dan perbahasan beliau yang terpenting dalam bidang bahasa (lughah) .

Adapun karangan dan perbahasan beliau dibidang Ilmu Nahu (tatabahasa) dan Ilmu Sharaf (ilmu tentang asal-usul setiap kalimah, makna dan huruf-hurufnya) :
1. al Iqtirah fi Usul al Nahwu.
2. Jam'ul Jawami'.
3. Ham'ul al Hawami' fi Syarh Jam'ul Jawami'.
4. al Faridah fi al Nahwu , wa Tasrif wa al Khath.
5. al-Nukat a'la Alfiyah , wa al-Kaafiyah, wa al- Syafiah , wa al- Syuzuz, wa al Nuzahhah.
6. فتح القريب على المغنى اللبيب
المصاعد العلية فى القواعد النحوية. 7
در التاج فى اعراب مشكل المنهاج. 8
التوشح على التوضيح 9
السيف الصقيل فى حواشى ابن عقيل. 10
الموشح . 11
شرح القصيدة الكافية فى التصريف .12
13. شرح التصريف لابن مالك
البهجة المرضية فى شرح ألفية ابن مالك .14
السلسلة .15.

Wednesday, January 02, 2008

Nasihat


Makan nasi berlauk kari,

ikan keli masak ciliapi,
jangan benci keluarga Nabi,
nanti api benci membakar diri..

Keluarga Nabi bila dah sahih,
Silsilahi Siti Fatimah dan Baginda Ali,
Hormatilah jangan berkurang kasih,
Agar ilmu dan amal tambah berseri.

Tambahlah pulak keturunan Nabi,
Peribadinya Ulamak, Hadis dihafal,
Lagilah pulak Wara' tak makan dikedai,
Wajib beradab jangan tak tentu fasal.

Aduhai Tuan dan Puan yang bijak,
Dimana akal, dok pertahan perkara ikhtilap,
sampaikan yang diNash Hadis dilanggar pijak,
Beradap dengan Pak Habib yang layak, dikata silap?.

Kalau ya pun habib mungkin silap,
Ya lah, tak maksum melainkan Nabi ,
Tegurlah beradap jangan salah silap,
ni nya tidak , nak diajuk cakap pun, rasanya ngeri....

Kasih kita kekeluarga Nabi,
Tidak pula bererti Syiah,
Semua orang pun tahu perkara ini,
Ahli Sunnah Wal Jamaah pemilik akidah.

Yang bebal suka sangat menuduh,
"Sufi tasawuf adalah Syiah",
Padahal berbeza yang sangat jauh,
Sufi ,Syafie adalah Sunni bukannya Syiah.

Kalau ada orang berhujjah,
Asal Tasawuf dari luar Islam,
Campuran Yahudi, hindu dan falsafah?.
Dalilnya pendapat pengarang kitab fajrul islam dan dhuhal islam?.

Kitab itu siapa yang baca,
jadi pening lalat, pedoman tak jumpa,
boleh ke dipakai , maklumat pendapat saja,
entah dimana , bukti tak ada...

Didalam kitab yang sama juga ,
tak senang dengan hadis , Bukhari dicuriga,
ini bukannya saya tipu , cerita reka,
m.s 2, buku "SALAH FAHAM TERHADAP HADITH" ada cerita.

Atau kita pun bolehlah buka,
Kitab Ahmad Amin tu punyalah reka,
sekitar 20 halaman pendapat yang sama,
dengan "Ignaz Goldziher" yang anti, ragu hadis belaka?..

Tak berhenti setakat tu saja,
Ilmu Tawhid dan taswuf dikata tak suci,
sama seperti perkara yang orang dakwa ,
macamana, kitab Ahmad Amin tu, nak pakai lagi ?..

Biasa seorang Sarjana ilmuan ,
berhempas pulas dapatkan maklumat,
tentulah kenal siapa gerangan,
Ignaz Goldziher dan Joseph Schacht?.

Pendapat tentang Hadis pun dah salah nyata,
Tentang ilmu Tawhid dan Tasawuf dah tentu dicuriga,
Macam tu lah Fikiran saya,
Sebab saya ni nak memudahkan cerita..

wassalam.

Syair daripada Imam Syafie r.a :

ياأهل بيت رسول الله حبكم * فرض من الله فى القرأن أنزله


يكفيكمو من عظيم القدر أنكمو* من لم يصل عليكم لا صلاة له


Duhai Ahli Bait Rasulillah, Kasihkan Kamu *

Adalah fardhu dari Allah didalam Quran telah diturunkan firmannya.


Memadakan kebesaran kadar darjat kamu oleh*

"Barangsiapa yang tidak berselawat pada kamu, tiadalah sembahyang baginya".

Komen Ibnu Katsir:
"Kami tidak mengingkari wasiat-wasiat terhadap Ahli bait, perintah berlaku baik terhadap mereka , menghormati dan memuliakan mereka , sebab mereka datang dari zuriat yang bersih yang semulia2 keturunan yang ada dipermukaan bumi. Apalagi kalau mereka ini dikalangan orang yang mengikut Sunnah Rasulullah s.a.w yang sohih lagi jelas dan nyata,sepertimana yang telah dilakukan oleh salaf dikalangan mereka seperti Saidina Abbas dan anaknya Abdullah r.ahuma, Saidina Ali dan SELURUH ZURIATNYA".- Tafsir al Quran alA'zim- tafsir Ibn Katsir- 6/199.

Razin bin 'Ubaid berkata " Ketika aku berada disisi Ibnu Abbas r.a , Zainul A'bidin bin Ali bi al Husain datang. Ibnu Abbas berkata kepadanya -

مرحبا بالحبيب ابن الحبيب

Selamat datang seorang Habib (kekasih) anak kepada Habib ( kekasih). - Imam Ahmad ,al musnad 1377 dgn sanad sahih. al Sakhawi dlm Istijlab 2/566 hadis no 302.

Imam Shafie bersyaer:


ان كان رفضا حب آل محمد # فليشهد الثقلان أنى رافضى


Kalaulah mencintai ahli bait dituduh sebagai kaum Rafidhah , maka biarlah manusia dan jin menyaksikan bahwa aku adalah Rafidhi (Syiah)..?..


Padahal Imam Shafie r.a adalah jauh dari Syiah samaada amalan maupun akidahnya. maka sekadar cinta , hormat , beradab dengan keturunan Nabi s.a.w sebenarnya adalah perintah agama yang tidak boleh disangkali.


Monday, December 31, 2007

KESYUKURAN.


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Adalah dimaklumkan bahawa pondoktampin akan mengadakan majlis kenduri kesyukuran pada HARI SABTU 31 JANUARI 2009, insyallah, sempena perkahwinan Tuan Guru al-Haj al-Ustaz Abd. Raof bin Haji Nurin- Ummu Syarifah binti Haji Nazlan . Kepada sesiapa yang berkelapangan dijemput hadir.
Sekian dimaklum.


Salaf al-sholeh adalah Insan yang Bijak..

Para salaf al-soleh menuju ke kuburan wali-wali Allah untuk ditunaikan hajat2??...

Antaranya :
1. Imam al Harabi- Sahabat Imam Ahmad, berkata "Kubur Ma'ruf al Karkhi al tiryaq yang mujarrab ( makbul bila berdoa disitu). Ibnu al Jawzi telah meriwayatkan cerita ini didalam Shifah al shofwah, al Zahabi juga meriwayatkannya didalam Siyar al A'lam Nubala.
2. Kubur Imam Harabi sendiripun makbul juga - diriwayatkan dalam Shifah al shofwah juga.
3.Manusia berdoa diturunkan hujan dikubur Abu Ayyub al Anshori- al Hilyah, Shifah al Shofwah, Siyar a'lam Nubala.
4. Al Daruquthni- Adalah kami bertabaruk di kubur Abi al fath al Qawsyi.
5.Imam Shafie r.a - Beliau ketika datang ke Baghdad beliau ziarah ke Pusara Imam Abi Hanifah , bertawassul dengannya agar ditunaikan hajat2 .- Khairat al Hissan fi manaqib al Nukman, Ibnu A'sakir juga telah meriwayatkan kisah Imam Shafie ini didalam Tarikh Baghdad dengan sanadnya .
6. Qadhi Al- Syarif Abi Ali al Hasyimi - menceritakan oleh Abu Muhammad al Tamimi-(merupakan guru Qadhi Ibnu Abi Yo'la) = "Daku telah menziarahi Kubur Imam Ahmad , sebab menemankan Al-Qadhi al- Syarif Abi Ali, Maka daku melihat beliau mencium ujung kaki kubur imam Ahmad?. Maka daku bertanya : Ada ke Athar (tentang perbuatan ini)??.. Maka beliau berkata: Imam Ahmad ni seorang yang besar ertinya buat diriku, daku tiada sangkaan bahwa Allah akan menyeksaku dengan sebab buat begini". Kisah ini diriwayatkan oleh al Qodhi Abi Yo'la dalam kitab Thabaqot al Hanabilah - fi tarjamah mufti al Hanabilah fi Baghdad al Qaodhi al Syarif Abi Ali al Hasyimi - salah seorang perawi akidah Imam Ahmad.-

Lihatlah !!
dan fikirkanlah...kalau nak dipakai pendapat orang2 yang anti sangat2 pada orang yang taksub bodoh kekubur sampai nak fitnah macam2 , maka adakah boleh dikatakan perawi ilmu akidah Imam Ahmad dan Penghulu2 Hanabilah adalah "Kuburiyuun" penyembah kubur?. Padahal kalau nak dibandingkan dengan para Ashab Mazhab lain2nya yang juga mengambil tabaruk dan tawassul dengan kubur para imam mereka - Tidaklah sehebat para Hanabilah-??..

7.

أنهم قحطوا فجاء رجل الى قبر النبى صلى الله عليه وسلم وقال يا محمد استسق لأمتك فانهم قد هلكوا
"Bahawa mereka ditimpa kemarau, maka datang seorang lelaki kekubur Nabi s.a.w berkata: Ya Muhammad, turunkan hujan kepada umatmu sebab mereka sungguhnya telah binasa"

Hadis ini diriwayatkan oleh Ibnu Abi Syaibah dlm Musannaf 12/13-33 , al Bukhari dalam Tarikh 7/304, al Hafiz Abu Yo'la dalam al Irsyad 23, al Baihaqi dalam dalilu an Nubuwwah 7/47, Al Hafiz Ibnu Hajar dalam fathul baari 2/495 berkata: Isnadnya Sahih, Ibnu katsir dalam Al Bidayah wan Nihayah 7/105 dan dalam Tafsir beliau 1/91 berkata: Isnadnya Sahih.

ada orang kata hadis ini dhoif.

cuba tengok sikit perbahasan sini.

sedikit sentuhan terhadap kritikan.

Sunday, December 30, 2007

b.t.d damsyik 9

Di sekitar Suuq al Hamidi, sangat banyak makam atau dhoreh yang patut diziarahi untuk mengucap salam, membacakan al-fatihah, qulhuwallah, tahlil dan disudahi dengan doa kepada tuan punya makan atau dhoreh yang bersemadi. Masuk sahaja melalui babus soghir di kanan lorongnya kita akan berjumpa Abu Hurairah r.a. Terus sahaja dan masuk ke lorong kanan, bertemu pula dengan Nuruddin al Zinki, raja yang sangat soleh dan mempunyai catitan sejarah yang sangat menarik. Oh ya, di sebelah makam al Malik al Zinki ada masjid tersorok, boleh menumpang sembahyang jemaah lima waktu dan yang menariknya di situ dikatakan tempat berhimpunnya para Masyaikh, bertalaqqi, berjumu serta berzikir . Terus berjalan di lorong al Zinqi tersebut, belok ke kanan, akan bertemu makam Muaz bin Jabal r. a. Jika kita terus ke Babus Soghir sampai ke pintu utama masjid Umawi, terus mengikut lorong yang mengarah ke belakang kiblat. Kemudian membelok pula ke kanan, akan berjumpa Abu Dardak r.a dan Muwaffiqquddin bin Quddamah al- Muqaddisi thumma al Dimsyaqi al Sholihi al Hanbali- seorang ulamak mazhab Hanbali.

Salam dan doa ke atas mereka serta ucapan syukur di atas jasa-jasa mereka. Jazakumullaahhu khaira jaza, min ummati Muhammadin Sallalaahu a'laihi wassalam.

Kubur kubur kubur kubur kubur lagi-lagi kubur, kuburiyyun ka? Taasub bodoh ke kubur ka? Eh…dah eh..teringat ke hadis Nabi saw je, statusnya hadis Sahih dan "Hasan" ....

قَالَ عَلَيْهِ الصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ:

كُنْ فِى الدُّنْيَا كَأَنَّكَ غَرِيْبٌ أَوْعَابِرُ سَبيْلِ وَ عُدَّ نَفْسَكَ فِى أَصْحَابِ الْقُبُوْر. .

Jadilah engkau di dunia seolah-olah orang yang berdagang, atau seorang yang sedang melalui perjalanan, dan hitung/ anggaplah dirimu ADALAH SEBAHAGIAN DARI AHLI KUBUR

Di awal lorong Babus Soghir, jika kita masuk lorong kiri selepas makam Abu Hurairah r.a, kemudian belok ke kanan pula, di kawasan kedai-kedai menjual barangan besi, tembaga dan perak, lorong kedai-kedai/bazar yang dipenuhi jualan barangan logam yang sesuai untuk dibuat cenderahati. Ohh..rupanya di situ bertemu madrasah Al Ashrafiyah, tempat Imam Nawawi menuntut dan mengajar ilmu hadis. Bertuahnya rasa di hati terjumpa madrasah tersebut tanpa disangka-sangka. Sehingga sekarang (masa itu ari le) masih lagi kelihatan para mua'lim keluar masuk di sekitar madrasah tersebut…. Al Fatihah untuk Imam Nawawi dan doa pada beliau atas jasa-jasanya.Aminn..

Dalam bercerita-cerita tentang ziarah kubur dan makam ni, teringatlah saya ke kubur al allamah Ibnu Quddamah al Hanbali- pengarang kitab al Mughni- kitab rujukan fekah mazhab Hanbali. Bila teringat je ke Ibnu Quddamah al Hanbali ni , maka teringat terus pada satu fatwa beliau tentang Sunat berziarah Madinah bila setiap kali selesai Haji dan umrah ... inilah catitannya..

فاذا فرغ من الحج استحب له زيارة قبر النبى صلعم وقبر صاحبيه - المغنى

Bila sudah selesai dari ibadah Haji , maka disunatkan ziarah KUBUR Nabi s.a.w dan kubur 2 Sahabatnya. - al Mughni - juzuk 5 m.s 465 .

Ohh.. kalau gitu Mazhab Shafie tidak keseorangan dalam soal ziarah lepas haji ni. Ibnu Quddamah al Hanbali sangat terhormat dalam fatwa2 fikihnya disisi Hanabilah .
Ini bukan apa... cuma ada terdengar je , orang yang berceramah mengatakan hadis "Sesiapa yang berhaji , padahal tiada berziarah daku (kemadinah) , maka dia telah berkasar dgnku." aw kama qol... maka terdengar oleh telinga saya sampai ada orang yang bercakap cakap, tak payah lah pergi kemadinah lagi lepas selesai haji umrah.. buat apa... kan ke hadisnya pun dhaif?.. ish ish.. nasib le saya dulu dimadrasah tok guru pesan.. kena pi madinah gak.. makruh kalau tak pi madinah bila dah selesai haji umrah.. sayapun pegang tok gurulah. disamping tu cari-cari gak dalilnya yang kata makruh tu.. rupe-rupenya tok guru tak pesan perkara kosong.. ada isi oii..

Friday, December 28, 2007

REHLAH ILMIAH IMAM SAYUTHI.r.a 2.

IMAM SAYUTHI DAN ILMU LUGHAH ARABIAH.

Tidak akan bertambah ilmu
pengetahuan melainkan berwasilahkan melalui BAHASA. Bahasa Arab sangat istimewa disebabkan anugerah Allah terhadap NabiNya yang penyudah dan diturunkun kitab Al- Quran dengannya. Seperti itu juga wajib mengetahui cara sembahyang dan zikir di dalam sembahyang menerusi Bahasa Arab. Oleh sebab yang demikian, Imam Al-Syafie telah menjelaskan perihal wajib mengetahui Bahasa Arab bagi setiap penuntut ilmu dan dan lazim bagi setiap Muslim mempelajarinya demi kesempurnaan agama. Boleh dilihat hal ini di dalam kitab al Risalah karangan Imam Al-Syafie mukasurat 48 hingga 49.

Al-Sayuti yang bermazhab Syafie, sangat mengamat- amati kalimah dan anjuran Imam Syafie, imam ikutannya yang agung itu. Beliau telah meluaskan pengetahuan Arabiahnya sehingga diberi gelaran Al A'lamah Al Lughawi (Imam yang sangat alim pada ilmu bahasa). Ada sarjana yang mengatakan karangan beliau tentang bahasa menjangkau 100 buah. Lihat sahaja kehebatan kitab al asbah wan nazhoir fin nahw (komentar matan alfiyah Ibnu Malik) berkenaan ilmu nahu yang sangat besar dan berjilid-jilid pula. Lihat juga al Muzhir, perbicaraan lughah/bahasa arab yang sangat halus dan luarbiasa.

Al-Sayuti mengkhabarkan puji-pujian guru beliau, Al Imam Taqiyuddin Ahmad bin Muhammad Al-Shumuni terhadap kitab Jamu'l Jawami' itu dengan taajubnya keheranan. Sheikh itu berkata, "Daku telah meneliti satu-satunya kitab Jamu'l Jawami' ini, dan karangan yang merupakan permata yang terkarang."

Al-A'lamah Mahyuddin al Kafiyaji, Al-Sayuti telah menceduk lautan ilmu selama 14 tahun daripada Sheikh ini. Beliau merupakan guru utama bagi Al- Sayuti, Al-Sayuti telah mensifatkan keperibadian Sheikhnya ini dalam kitab Al-Itqhon dengan ungkapan "Mahaguru bagi segala para ustaz, merupakan mata bagi seseorang manusia yang meneliti dan mengkaji, intisari bagi para ulamak semasa, A'llamah (ulamak yang sangat alim) semasa, kebanggaan zaman. Daku tidak pernah masuk menemuinya setiap kali dalam sehari melainkan akan mendapat faedah bertambah ilmu pada perkara yang tidak pernah aku dengar daripada pentahkikan yang sangat hebat dan berharga."

Di dalam kitab al Asbah wan Nazhoir, pada bicara ilmu Nahu, Al-Sayuti menceritakan pelajaran beliau dengan gurunya ini. "Pada suatu hari gurunya berkata, "Engkau i'rablah ayat 'Zaidun Qoo iimun'." Daku berkata. "Ya Sheikh, anda buat kami seperti dikedudukan kanak-kanak, anda hanya bertanya berkenaan hal ini sahaja?" Sheikhku menjawab, "Pada ayat "Zaidun Qoo iimun" terdapat 113 perbahasan" .

Maka As Sayuti merasa hairan dengan jawapan Sheikhnya itu lalu beliau tidak berdiri melainkan terus mencapai kitab-kitab beliau untuk mencatit setiap satu perbahasan tersebut, bermula daripada perbahasan ilmu Nahu sehingga hampir kepada perbahasan Falsafah dan Mantik. Yang demikian disebabkan Al A'lamah Mahyuddin al Kafiyaji sangat mendalami ilmu-ilmu Lughah dah 'Aqliah.

Wednesday, December 12, 2007

REHLAH ILMIAH IMAM SAYUTHI r.a . 1


Syekhul Islam al-Hafidz al-Imam al Allamah al-Sayuthi telah dilahirkan pada 849 h bersamaan 1445 m, mata beliau telah tertumpu pada kitab-kitab , fikiran beliau membaca, hati beliau menghalusi maklumatnya, mengenali, menghafal , melaksanakan, mentaati, menuruti, tangan kanan beliau memegang pena, melakari , menjalani tulisan demi tulisan tanpa lelah , tanpa jemu.

Sesungguhnya Allah s.w.t telah menganugerahi kepada Al-Sayuthi kekuatan ingatan , hafalan dan telah dibekalkan dengan kesabaran dalam pembelajaran . Perhatikanlah, beliau telah hafal al Quran padahal umurnya tidak sampai 8 tahun. Selepasnya menghafal pula kitab "al-Tanbih"- Imam Abi Ishaq al Sairazi, kemudiannya menghafal pula " Tahzib al-Furu' - Imam Baghawi , kemudiannya menghafal pula " Rawdhah al-Tholibin" - Imam Nawawi - 10 jilid !!!!, dan kemudiannya menghafal pula " Umdatul Ahkam"- al- Muqaddasi - matan hadis, kemudiannya lagi menghafal pula " Minhajul Usul " - al-Baidhawi " - ilmu usul fiqh, dan "al-Fiyah" - Ibnu Malik-ilmu Nahwu, padahal ketika belum lagi bergelar ulamak, ustaz maupun sheikh?..

Ini semua berlaku ditahap awal umur beliau, merupakan pesediaan untuk menghadapi medan ilmu yang sangat luas dan dalam. Terbukti dan ternyata "persediaan" beliau terserlah , apabila hadir dimajlis para ulamak , beliau menyebut semua hafalannya dari kitab kitab tersebut... kemampuannya memeranjatkan.... Maka tahap "persediaan" telah dilaluinya dengan cemerlang , sementara tahap kedua iaitu "menadah" , "duduk didalam halaqah-halaqah pengajian Ilmu" dan "bertalaqqi" ilmu dari para ulamak - Ini perkara yang tidak dapat tidak mesti dilalui untuk menghasilkan ilmu yang sebenar... juga telah dilalui beliau dengan sebaik-baiknya.

Sesungguhnya para ulamak telah menganggap "hari-hari" yang sangat berharga sebagai suatu "Fardhu" kewajipan untuk melalui tahap kedua ini, bagi setiap mereka yang mahu mencapai kemuliaan "Ilmu" dengan title "al-Alim" "al-Ustaz" , "al-Allamah" , "al-sheikh" dan sebagainya..
Mengapakah tidak begitu?, memang akan begitulah syaratnya, sebab kitab-kitab dan buku-buku merupakan benda-benda yang bisu yang tidak akan berbicara melainkan dimajlis para ulamak, dengan isyarat dan pencerahan dari mereka.


Merekalah yang akan mengerak-gerakkan huruf-hurufnya. Akan memancarkan khazanah-khazanah gedung pengetahuan dari dasar lautannya. Seseorang penuntut itu hanya akan bertemankan buku-bukunya saja, itulah saja yang mampu dibuatnya jika tidak mengikut aturan-aturan ILMU .
Ilmu adalah AGAMA, maka perhatikanlah darimana diperolehi agama kita..


Guru-guru Imam Sayuthi.

Pada tahun 864 h , al-Sayuthi mula bertalaqqi ilmu dari para Sheikh . Tidak ada seorangpun yang pernah beliau kenali melainkan beliau akan mengadapnya , bermulazamah dengan sungguh-sungguh dan dalam masa yang lama . Beliau akan mendapatkan intisari ilmu yang ada pada setiap sheikh tersebut. Guru-guru yang sangat ramai menjangkau 150 orang, mereka telah meninggalkan kesan yang mendalam pada peribadi al-Sayuthi. Jika dihimpunkan pula dengan guru-guru yang hanya mengijazahkan sanad-sanad dan sebagainya maka berjumlah 600 orang.
Bertuah Sungguh al-Sayuthi, guru terawal yang mengasuhnya adalah Al-Allamah al Muhaqiq Kamal bin Humam- pengarang kitab Fathul Qoder Syarah Hidayah- Fiqah Mazhab Hanafi, kitab rujukan Fiqh Hanafi.
Kemudian berguru pula kepada Sheikhul Islam, Qodhiul Qudhah al-Imam Al-Bulqini- al Sayuthi telah belajar dengan Sheikh ini dari tahun 865-868 h. Imam Bulqini ini telah mengijazahkan keizinan mengajar dan berfatwa kepada al-Sayuthi pada tahun 867 h.
Kemudian berguru pula kepada Al-Shulthan Al Hanafi- Shamsuddin Al-Hanafi - yang terkenal dengan kesolehan, uzlah , tumpuan ibadah dan mengajar. Al- Syauthi belajar kitab-kitab Lughah dan Akidah daripada beliau ini.
Kemudian berguru pula kepada Sheikh Syarafuddin Yahya Al-Manawi.- Al Sayuthi telah mulazamah dengan Sheikh ini selepas kewafatan al Bulqini tahun 868 h. Sheikh ini adalah guru Fiqah dan Ilmu-ilmu Syariat al Sayuthi.
Berguru kepada Imam Taqiyuddin Yahya bin Muhammad al-Syumuni.- Melazimi Sheikh ini selama 4 tahun bermula tahun 868 h , dan telah mengambil/belajar darinya ilmu hadis riwayah dan dirayah . Merupakan Sheikh yang teragung dalam Ilmu Arabiyah dan ilmu ma'ani.
Berguru pula kepada Al Allamah Mahyuddin al-Kafiiyaji- telah belajar al-Sayuthi kepada mahaguru ini selama 14 tahun . Kepada mahaguru ini al-Sayuthi telah melaziminya dalam masa yang sangat lama. al Sayuthi telah belajar dari mahaguru ini Ilmu Tafsir, Ilmu Usul, Nahwu dan semua pelajaran Bahasa Arab. Mahaguru ini telah mencatitkan Ijazah besar kepada al-Sayuthi untuk mengajar semua matapelajaran .

al-ٍٍSayuthi mengisahkan saat-saat pembelajaran
beliau: " Rutin setiap minggu ,daku setiap lepas subuh hadir kemajlis Imam Bulqini, sehingga hampir waktu Zuhur. Kemudian sehingga hampir masuk waktu Asar daku kemajlis Imam al-Syamuni - keadaan begini berlaku selama tiga hari : hari sabtu, isnin dan khamis. Manakala hari ahad dan selasa pula daku hadir kemajlis Sheikh Sahamsuddin al-hanafi pada awal pagi. Manakala selepas zuhurnya pula pada dua hari ini dan hari rabu, daku hadir kemajlis al sheikh Muhyuddin al Kaafiiyaji"

Rehlah Imam Sayuthi dalam pencarian Ilmu.

Begitulah kebiasaannya mesti seseorang ulamak itu menjelajah serata pelusuk dunia untuk mencari khazanah-khazanah ilmu yang terpendam atau menggali lombongnya.

Ini adalah tradisi para ulama Islam kita. Mereka menjelajah kenegara-negara lain, dengan mereguk kesusahan dalam perjalanan , mara–bahaya dalam perjalanan, rasa takutkan musuh, sejuk keseorangan, tidak dikenali untuk dihormati, maklumlah siapa yang kenal seorang ulama bila bermusafir ditempat yang tidak dikenali… demi untuk Ilmu dan Agama Lillah ta'ala, mereka lakukan juga.
Al-Sayuthi berangkat menuju ke Sham dan Hijaz untuk menunaikan haji pada tahun 869 h. Setahun kemudiannya beliau pergi ke daerah daerah di Mesir. Disetiap tempat yang dilaluinya beliau akan bertemu para ahli ilmu , mengambil ilmu dari mereka dan mereka pula mengambil darinya. Begitulah harta benda para ulamak. Perniagaan mereka tidak pula terlalu murah dan tidak terlalu mahal.
Sangat Istimewa pada al-Sayuthi , beliau telah mencatit catitan disetiap perjalanan (rehlah ilmiah) beliau. Peristiwa yang berlaku, dan dengan siapa beliau telah bertemu, maka disetiap rehlah beliau terdapat kitabnya, sepertimana kita boleh menjumpainya dalam kitab "al-Rihlah al fayyumiyah, wal- makkiyah wal dumyathiyyah".
Dalam kitab Husn al muhadarat- "Daku telah bermusafir, Alhamdulillah, kenegeri Sham, Hijaz, Yamen, India, Maghribi dan Takarrur".
Sekalipun setengah pendapat mengatakan rehlah ilmiyah Al Sayuti tidak lebih daripada sekitar negara Mesir dan Mekah, tetapi dapat dipastikan Al Sayuti memang menjelajah ke luar negara dalam rehlah ilmiyah beliau.

Kehebatan al Sayuthi menghafal dan mencerna ilmu.

Sesungguhnya ilmu pengetahuan ditancapkan pada kewujudan Al-Sayuti, jikalau anda berkata Al-Sayuti hidup untuk ilmu dan hidup dengan bernyawakan ilmu, anda adalah benar dengan pendapat tersebut. Satu bukti yang sangat baik untuk pendapat tersebut ialah perkataan beliau, "Sesungguhnya daku seorang laki-laki yang diberi cinta terhadap ilmu, membuat penelitian padanya, yang halusnya ataupun yang zahirnya. Menyelami hakikat-hakikat, menyelusuri kehalusan, memeriksa asal usul. Daku telah dikurniakan sedemikian sehinggalah tidak ada lagi tempat tumbuh sehelai bulu ditubuhku melainkan akan disebatikan dengannya."

Nampaknya perkataan beliau seolah-olah berlaku riak, tetapi itulah yang sebenarnya berlaku dan merupakan apa yang disebut sebagai tahaddus binni'mah. Perhatikanlah bagaimana akan berlaku sekiranya seseorang yang telah dilambung sesuatu perasaan cinta terhadap suatu perkara maka pertautan hati dan keasyikan akan berlaku. Begitulah keadaannya dengan Al Sayuti. Beliau tidak riak, bukan menunjuk-nunjuk, tidak sombong. Yang berlaku adalah asyik, kerinduan terhadap ilmu sehingga sampai ke dalam lubuk hatinya yang dalam dan menjalar keseluruh urat-urat dan sendi sehingga seluruh kehidupannya dicurahkan pada tiap sesuatu kearah mendapatkan ilmu , menghafal dan memeliharanya.

Beliau menyelami perbahasan kitab-kitab menerusi pemikiran yang tersembunyi dan daurah majlis ilmu dari siang hingga ke malamnya agar dapat memetik buah-buahan yang indah, agar dapat manfaat dan memberi manfaat kepada orang lain. Telah diberitakan berkenaan sikapnya itu, "Beliau tidak tidur pada malam hari melainkan sedikit sekali. Tidak pernah setiap kali dikala daku melihat beliau melainkan beliau sedang membaca atau menulis atau membahaskan ilmu."

Sesunguhnya Al-Sayuti telah dianugerahkan kekuatan ingatan dan hafalan sehingga mengkagumkan para gurunya. Kekuatan tersebut menolongnya bagi mempertingkatkan pencapaian ilmiah beliau. Berkekalan sepanjang hayat beliau sehingga kematian beliau, tidak dijengah sifat lupa atau nyanyuk. Beliau pernah memperikan hal tersebut dengan katanya, "Tidak berlaku pada diriku satu perkara yang daku akan segera menanggapinya tanpa teliti dan kaji, dan tidak pernah mendengar atau melihat satu perkara kemudian melupakannya".
Sebenarnya kekuatan ingatan yang seperti ini merupakan persediaan dan satu pertolongan yang sangat mencukupi untuk menghafal nas-nas dan hadis-hadis Nabawi. Sehingga beliau melebihi rakan-rakan seangkatan dalam pencapaian ilmiah sebagaimana yang akan anda jumpai buktinya di dalam setiap sesuatu perbahasan ilmiahnya. Al-Sya'rani pernah menceritakan bahawa Al-Sayuti sangat banyak menjawab soalan-soalan pertanyaan dengan penjelasan yang mudah difahami. Setelah menjawab setiap soalan, beliau akan berkata, ("Azzihnu khawaan- Silalah buka kitab si polan dan kiralah muka surat sekian-sekian, baris sekian-sekian, nanti kamu akan menjumpai persoalan ini insyallah seperti mana yang telah aku katakan tadi".) Apabila diperiksa kitab-kitab rujukan tersebut maka didapati jawapannya adalah benar. Demikianlah adanya al-Imam Al-Sheikhul Islam Al-Sayuti.

Antara perkara menarik dari Pandangan Imam Sayuthi r.a ;
1. Pernah menyatakan sesiapa yang berkata Imam Hujjatul Islam Al Ghazali tidak Faqeh  wajib atasnya hukuman dipukul .

2. Tiada suatu bab dalam kitab , fashal dalam bab melainkan akan ada sahaja kitab sayuthi.

3. Sayuthi pernah memandang kurang pada mantik, tetapi dalam masa yang sama beliau menulis kitab syarahan nazam bagi jamul jawamik ilmu ushul fekah , nazam  itu juga karangan beliau. Menarikanya syarahan itu beliau bahas metod ilmu munazarah yang sudah tentu mantik intisarinya.  Sayuthi sangat berhikmah dalam menobatkan ilmu hadis dan dalam masa yang sama tidak pernah tercicir dalam menobatkan ilmu2 akliah.

Tuesday, December 11, 2007

Majlis Korban di aidil adha 2007 h

Insyallah pondok dan madrasah Tahfiz Asma Munawarah akan mengadakan majlis korban selepas sembahyang aidil adha tahun ini . sesiapa yg berminat menyertai korban dipersilakan berhubung dengan ust safwan abd halim . bhagian lembu rm 350 satu bahgian. kambing mengikut harga seekor kambing. wasslam .

Sunday, December 09, 2007

b.t.d damsyik 8

Udara sangat sejuk,, kalau malam mencecah 12- 9 celcius. Oiish sejukkknya. Pepagi beketul ingus brcmpur darah beku. Bersiar-siar mesti pakai baju/jubah tebal. tutup sekali leher, jangan ada udara sejuk masuk. Nanti demam lambat kebah. Semasa menapak di Suuq Hamidi... dengan keadaan kesejukkan dan panas dalam badan, tetiba je ternampak di pintu gerbang ke Jamik Umawi ada gerai jual jus delima???.. perahan pure delima.. tanpa tambahan air dan gula . Bagus tu.. boleh jadi penawar panas dalam badan... mujarrab sangat. Tak syirik pun.. tak sesat pun... Bissmillah bebetul,,, mohon pada Allah sembuhkan panas dalam badan dengan sebab minum pure jus delima ni.. baca selawat Syifa beberapa kali... macam makan panadol le.. apapun gitulah. tak ke de syirik bid'ahnya. Kalau betul i'tikadnya. Maasyallah.. jus masam , manis , kelat, warna maroon tu bagusnya.. kena 2 gelas pun dah cukup. Segar rasa badan . Hidung lega, kepala pun ringan . Alhamdulillahi rabbil a'lamin.