Friday, June 29, 2007




1.Hadis Jariah- Tidak menunjjukan Tuhan berada diLangit.









2. Ibu-Bapa Nabi s.a.w di Syurga- Al Alim Al Allamah Al Sayuthi- "at Ta'zimm wal minnah"- telah ditahkik oleh (mantan) Mufti Negara Mesir berserta anggota jemaah ulamak besar, Fadhilah al Sheikh Hasanin Muhammad Makhluf r.a. boleh didapati di maktabah Darul jawami'ul kalim..Kaherah.

Wednesday, May 30, 2007

Kubur Nabi-nabi dlm Masjid? Bagaimana Sembahyang didlmnya?

1.Adakah hadis-hadis yang Sahih atau Hasan yang menyatakan terdapatnya Kubur Nabi-nabi berada dalam masjid-masjid?.

2. Adakah sah bersembahyang dimasjid yang didalamnya terdapat kubur?.


JAWAB:
Soalan 1:

قبور الأنبيأ –عليهم الصلاة- التى بمسجد الخيف

أخرج البزار فى مسنده( كشف الأستار 1177) والطبرانى فى أكبر معاجمعه
( 12\316, 13525) وهو فى مشيخه ابن طهمان جميعهم من حديث ابراهيم بن طهمان عن منصور عن مجاهد عن ابن عمر رضى الله عنه قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم

فى مسجد الخيف قبر سبعين نبيا
Didalam Masjid Khaif (Mina) terdapat 70 Kuburan Para Nabi- alaihimussholatuwassalam.

قال البزار : لا نعلمه عن ابن عمر بأحسن من هذا, تفرد به ابراهيم و عمرعن منصور

قال الحافظ ابن حجر فى (( مختصر زوائد )) رقم 713 (( وهو اسناد صحيح ))

Berkata : AlHafiz Ibnu Hajar dalam Mukhtasar Zawaid no 713 " Iaitu Isnadnya Sohih".

و قال الحافظ الهيثمى فى - المجمع- (3\297) رواه البزار: ورجاله ثقات


Berkata al hafiz Al Haisthami dalam "Majma" (2\297) "Telah meriwayatkannya al Bazzar, Dan Rijalnya adalah Thiqaat (kepercayaan) ".

فهذا الاسناد رجاله ثقات , وهو غاية فى الصحة , بل هو صحيح على شرط الشيخين , فلله دَرّ هذين الحافظين الجليلين

Soalan 2.

Jikalau kubur tersebut adalah sebahagian dari Masjid, maka tidak harus.
Tetapi kalau Kubur berada didalam/pinggiran masjid, maka tidak jadi masalah besembahyang disitu. Sah sembahyang . Melainkan jika kubur berada diarah kiblat depan masjid , maka makruh sembahyang dimasjid begitu disisi ulamak mazhab Hanafi. wallahu a'lam.
Terlebih jelas keharusannya , jika kubur hanya berada diruangan yang dikhaskan dengan berdinding yg hanya berada disisi masjid seperti MASJID NABAWI, MASJID DISISI MAKAM IMAM SHAFIE, MASJID DISISI MAKAM KEPALA SAYYDINA HUSIN R.A. DAN SEBAGAINYA. Maka tak ada masalah langsung dan tidak ada kena mengena langsung dengan hadis-hadis yg larang jadikan kuburan tempat sembahan. Wallahu a'lam.

Saturday, May 26, 2007

KINI: Perkara Perlu Tahu kalau tidak terkeliru.


Perbezaan antara fahaman Kaum Tua dengan Fahaman Kaum Muda.


1. Tahlil Arwah-Harus menurut Kaum Tua - Haram lagi Bid'ah menurut Kaum Muda.

2. Zikir/doa berjemaah lepas sembahyang Fardhu- Afdhal menurut Kaum Tua - Bid'ah menurut kaum muda.

3. Tarekat Shufi -Harus dan Baik menurut Kaum Tua - Bid'ah lagi haram , lagi sesat menurut Kaum Muda.

4. Baca Ushali niat sembahyang sebelum Takbiratul Ihram- Harus dan Mustahab menurut Kaum Tua - Bid'ah/tak harus /tak baik menurut Kaum Muda.

5.Tawassul Wasilah - Harus menurut Kaum Tua - Haram / Syirik menurut Kaum Muda.

6.Baca Doa Qunut setiap Fardhu Subuh - Sunat menurut Kaum Tua- Bid'ah menurut Kaum Muda.

7. Belajar Ilmu Tawhid menurut Kaedah Sifat 20- Baik dan Wajib menurut Kaum Tua - Bid'ah dan Haram menurut Kaum Muda.

8. Mengamalkan wirid-wirid dan zikir-zikir yang tidak dibaca Nabi/ yg disusun oleh selain Nabi s.aw - Harus dan pembacanya diberi pahala selama mana zikir-zikir dan wirid tersebut tidak bercanggah dgn kaedah-kaedah Syara'- Haram dan bid'ah menurut Kaum Muda.

9. Azan dua kali sebelum Khutbah Juma'at - Sunat dan perlu menurut kaum Tua - Bid'ah dan tak perlu menurut Kaum Muda.

10. Majlis Maulud Nabi - harus dan diberi pahala kerana niat membesarkan dan mensyukuri Nikmat terbesar iaitu Kelahiran Nabi s.a.w menurut Kaum Tua - Bid'ah dan membazir dan haram menurut Kaum Muda.

11. Berpegang dengan satu-satu mazhab yang muktabar - Wajib bagi orang awam sebab itu yang lebih diZanni menepati dgn kehendak Sohibus Syara' kecuali ketika darurat atau kepayahan , menurut Kaum Tua - Haram dan menyusahkan dan menyempitkan menurut Kaum Muda.

12. Berpegang dengan fatwa-fatwa ulamak mazhab tidak terus kepada Al-Quran dan al Hadis - Wajib bagi orang awam sebab itulah cara/method yang betul bagi makna berpegang kepada al Quran dan al hadis menurut Kaum Tua- Cara/method yang tidak betul dan haram kerana meninggalkan al Quran dan al Hadis menurut kaum Muda.

13.Kaedah pengajian- Mendahulukan pengajian Ilmu asas: Feqah, Tawhid, Tasawuf berdasarkan Mazhab Imam Shafie, Imam Abu Hasan Ashaari dan Imam Ghazali, serta mendalaminya dengan berteraskan ilmu-ilmu alat Arabiyah seperti: Nahu , Sharaf, Balaghah, Mantiq, Maqulat, Usul Fiqah , Usul Tasfir dan sebagainya kemudian barulah disudahi dengan Ilmu Tafsir, Hadis dan Ilmu Tarekat , menurut Kaum Tua - Mendahulukan pengajian Ilmu Hadis, semuanya sehingga pada peringkat ibtidaiyyah sudah dimulai dengan ayat-ayat Quran dan Hadis-hadis menurut kaum Muda .

14. Pakai Serban- Sunat memakainya pada lelaki samaada hari jum'at atau bila-bila waktu pun, sebab memang pakaian Nabi s.a.w- menurut Kaum Tua- Harus sebab serban hanya budaya arab dan diberi pahala jika niat ikut Nabi s.a.w menurut Kaum Muda.

15. Sembahyang Sunat Awwabin diantara maghrib-isya- Sunat menurut Kaum Tua- Tak sunat dan bid'ah menurut kaum Muda.

16. Maulud Nabi- Baik dan harus -menurut Kaum tua- Haram dan bid'ah dalalah menurut kaum Muda.
macam-macam lagi , akan ditambah lain2.. insyallah.

Monday, April 23, 2007

ِِALLAH TIADA BERTEMPAT

PENGUMUMAN , KEPADA MEREKA YG MEMANDAI-MANDAI BAWA PERKATAAN IMAM ABU HASAN AL ASHARI DLM MAQOOLAT ISLAMIYYIN YG MENGATAKAN " AKIDAH TUHAN TIDAK BERTEMPAT ADALAH AKIDAH MUKTAZILAH " MAKA RENUNG-RENUNGKAN LAH PULA YANG INI:

- وقال إمام أهل السنة أبو الحسن الأشعري (324 هـ) رضي الله عنه ما نصه : " كان الله ولا مكان فخلق العرش والكرسي ولم يحتج إلى مكان، وهو بعد خلق المكان كما كان قبل خلقه " اهـ أي بلا مكان ومن غير احتياج إلى العرش والكرسي. نقل ذلك عنه الحافظ ابن عساكر نقلا عن القاضي أبي المعالي الجويني. - تبيين كذب المفتري , ص/ 150


Berkata Imam Ahlusunnah Abu Hasan Al-Ashaari ( wafat 324 h.) r.a bermula nasnya: "Ada Allah. Tiada bertempat. Maka Dia mencipta Arasy dan Kursi , tiada pula Ia berhajat kepada TEMPAT , padahal selepas Ia menciptakan TEMPAT , adalah keadaanNya sama seperti sebelum menciptakannya"

- Tanpa bertempat dan tiada berhajat kepada Arasy dan Kursi. Telah menukil sedemikian dari pada Imam Abu Hasan oleh al-Hafizh Ibnu Asakir akan nukilan daripada al Qodhi Abi Ma'ali al Juwaini- Tabyyin Kazibi al- Muftari m.s. 150-.

aaMACAM PULAK??..

Thursday, April 12, 2007


innalilaahi waiinna ilaihirooji'un... kembali ke Rahmat Allah 11.40 pagi tadi.
12 .4. 2007.. ......al fatihah il ruhih.. Tuan Guru Haji Wan .

Ya Jamil Ya Allah..

Subhanak Ya Allah...

Wednesday, April 11, 2007

{Takhrij Asal} Amalan Maulud Nabi.s.a.w



Sesiapa yang rajin, tengok le ke naskhah arab kitab al hawi lil fatawa Imam Sayuthi nih.. ade ke dalil maulid seperti yg dikemukakn oleh pembangkang?. .. pada mengikut ke pendapat-pendapat yg adalah pendapat , elok lagi le ikut Ibn Hajar , Sayuthi.

Saturday, April 07, 2007

lokasi pondok bongek

(Pondok)Madrasah al-Islamiah Haji Ibrahim Kampung Bongek Acheh adalah satu-satunya madrasah (Pondok) yang tertua dalam Daerah Rembau khasnya, yang telah wujud pada tahun 1936 dengan diasaskan sendiri oleh Tuan Guru Haji Ibrahim bin Mohd Dahan , seorang ulamak yang terkenal di Negeri Sembilan (1907-1997). Hampir kebanyakan ulamak terkenal negeri sembilan adalah merupakan bekas murid Tuan Guru Haji Ibrahim. antaranya mantan mufti n. sembilan, Datuk Sheikh Murtadha bin Sheikh Ahmad dan al ustaz Sheikh Fuad bin Kamaluddin dan ramai lagi tokoh2 terkemuka tanahair. Sekarang madrasah (pondok) ini diterajui oleh cucunda Tuan Guru Haji Ibrahim, iaitu al-Ustaz Khairuddin , lepasan Kuliah Tafsir Universiti al-Azhar Mesir.

Peta jalan ke BONGEK
Jalan ke “Bongek” Rembau – N9

Antara jalan untuk ke “Bongek” Rembau - N9.

Jika dari KL bolehlah Exit toll pedas dan menghala ke Rembau/Tampin (Jalan Warna Merah) Lebih kurang 12 KM untuk sampai ke Bongek..
Jika dari JB bolehlah Exit toll Alor Gajah/Tampin - -Spg 4-- Kendong--> Bongek - iaitu ikut jalan menghala ke Rembau, Seremban , Lebih kurang 13 KM untuk sampai ke Bongek.

Thursday, March 29, 2007

YA RASULALLAH YA HABIBALLAH


صلوات الله وسلامه عليك
يا رسول الله
يا حبيب الله
يا أمين وحى الله
مرحبا مرحبا بك ياسيد الرسلين

Wednesday, March 28, 2007


Para ulamak melayu dialam melayu sependapat mempertahankan:

1. Ahli Sunnah Wal Jamaah- menerima konsep pelajaran sifat 20 (Asyairah dan Maturidiah dan tafsiran para ulamak didalam aliran mereka ).
2.Mazhab Shafie-Shafieyah .
3. Bertasawuf dan mengikut tarekat-tarekat yang muktabar (yang sahih).
--
Kenyataan
almarhum Tuan Guru Haji Wan Muhammad Saghir bin Wan Abdullah di Forum Ijtimak Tolabah seMalaysia,
yang telah berlangsung pada 16 feb - 18 feb 2007 di Madrasah Islamiah kg Bongek Acheh,Rembau, N. 9.
Forum bertajuk "Pengajian Tradisional antara Cabaran dan Harapan".
Beliau merupakan Tokoh (Pengkaji Ilmu dan Tokohnya diAlam Melayu) yang telah mengkaji selama 48 tahun.
Masyallah tabarakallah.

Saturday, March 24, 2007

ada org kata ustaz sebut alhafiz ibn hajar memaksudkan ilmu kalam adalah ilmu sifat 20 mcmna tu?.
jawabnya: ilmu kalam,ilmu sifat 20, ilmu tawhid, ilmu sifat, ilmu fiqhul akbar, ilmu i'tikad adalah nama-nama bagi ilmu akidah Islam. diawal video klip yg masih blum diuploadkn , ustaz mmbincangkn penolakkan terhadap tuduhan mereka yg mngatakan ilmu sifat 20 adalah ilmu falsafah. dan maksud-maksud imam besar sprt imam ghazali yg menentang ilmu kalam sbnrnya brmaksud tentangan trhadap ilmu falsafah kalam saja, bukan ilmu kalam yg dimaksudkan sebagai ilmu tawhid atau ilmu sifat atau ilmu sifat 20, atau ilmu akidah dsbnya. harap tidak terkelabu. sbb istilah ilmu kalam mmng terbahagi 2.
1. ilmu kalam brmaksud falsafah - sprt yg ditentang imam al-ghazali dan imam al-shafie r.a.
2. ilmu kalam brmaksud ilmu tawhid, akidah, sifat, sifat 20 dsbnya - maka disudut peristilahan tak patut ada kekeliruan yg memesongkan maksud syarahan alustaz dlm video trsebut, harap maklum. wslm- pondoktampin
JEMPUTAN MAJLIS MAULID RASUL S.A.W 2007 H.
PONDOK TUANGURU HJ ZUKI, KUANTAN.

Tempat: Madrasah Darus Salam.

Lorong 9, Kg Sri Damai, 25350 Kuantan, Pahang Darulmakmur.

Tarikh: 7 April 2007 M - (Sabtu malamAhad) Bersamaan 19 R’awal 1428 H.

Dengan segala hormatnya kami menjemput Tuan2 Guru, Ustaz, Dato’, Datin, Tuan/Puan

sekeluarga/saudara mara dan sahabat handai ke majlis Maulidurrasul dan Tahlil di madrasah

kami pada tarikh yang tertera pada kad ini..

Semoga kehadiran Tuan/Puan akan menambahkan lagi keberkatan dan beroleh keampunan dari Allah SWT.

Rujukan: Tuan Guru Hj. Wan Mohd Zukir b, Wan Ismail. HP : 012-9881971

Atucara Majlis:

7.16 malam : Sembahyang Maghrib berjemaah

7.33 malam : Maulid dan Tahlil

9.00 malam : Sembahyang Isya’ berjemaah

9.15 malam :Sembahyang Hajat

9.25 malam : Jamuan makan

: Bersurai

Semoga semuanya beroleh Rahmat dan Keampunan daripada Allah SWT.

Monday, March 19, 2007

Persoalan Akidah Imam Ahmad Bin Hanbal r.a .



Sesapa yang boleh baca arab , cecuba le peratikan sesikit hak yg dalam kitab fatawa s. ibn hajar ni ha... abih tidak nya dapat lah kita reti, akidah Tuhan bertempat/mempunyai pihak/berjihat/ pihak yg enam, tu isnadnya tak mutawatir. tak sekata ahli ilmu Islam yg faham gitu. abihtu?. nak pakai ke ilmu akidah yg kucar kacir riwayatnya tuh?.. memikir le kita, jgn tak memikir. kalau dema kata ,, eeh akidah tuhan tak bertempat tu ada dimasuki falsafah..?.. eeeh kita pulak mnjawab,, bukan soal falsafah -falsampahnya... sbb bila dah sampai periwayatan ilmu akidah ketabaqah salfussoleh , kok mane falsafahnya lagi?. bahkan akidah deme tu yg kate Tuhan bertempat ,,nampak-nampaknya mcm telah dimasuki faham mujassimah... ingatle sikit.. yg tak Islam pun berakidahkan Tuhan bertempat.

sesapa pulak yg rajin mmbc buku, beli le dan bacale pulak buku ustaz abdullah mustaqim "ALLAH WUJUD TANPA BERTEMPAT". - jahabersa. buku ni walaupun ade anak pak wahab sorangtu yg kritik ,kononya dah dijawab oleh sorng ustaz deme, tak kesah kita , sbb isi kandungn buku tu betul ngn akidah ASWJ yg sebenar.. sbb dalil dan hujjah2nya boleh dikorek dlm kitab2 aslinya yg bahasa arab yg jadi rujukan buku tuh...


Friday, March 16, 2007

ALLAH TIADA BERTEMPAT AKIDAH MUKTAZILAH SESAT?.

soalan tawhid:

aslmkum ustaz.
1.adakah benar akidah Allah tak bertempat akidah muktazilah?.
2. adakah betul imam abu hasan asha'ri ade tulis dlm kitab maqolat islamiyyin beliau?. syukran jzakumullah ustaz. -mohd azmin. ipoh.


walaikummuslm.
JAWAB:
1.Ya, tetapi tidak semestinya mereka yang beri'tiqod begitu akan dikategorikan sebagai pengikut muktazilah . Kerana bukan akidah Muktazilah sahaja yang menafikan Allah bertempat. Bahkah akidah Ahlusunnah wal Jama'ah yang benar, beri'tiqod "Allah tiada bertempat". Lihat sajalah buktinya akidah AHLUSUNNAH WAL JAMA'AH yang telah dinukil oleh Imam Abu Hanifah dalam kitab beliau "Fiqh al-Absath" ,

كان الله ولا مكان كان قبل أن يخلق الخلق ولم يكن أين
(ALLAH ADA, TIADA MEMPUNYAI TEMPAT. ADANYA ALLAH SEBELUM MENCIPTA MAKHLUK DAN TIDAK ADA PADANYA KALIMAH "DIMANA?". )

Siapakah IMAM ABU HANIFAH?. Tak perlu bahas. Bahkan Imam Abu Hanifah lebih mengerti apa itu akidah SALAF, sebab beliau adalah salah seorang Salaf yang hakiki. Menuntut ilmu dengan Sahabat Nabi s.a.w.


2.Ya, memang ade dlm Maqolatul Islamiyyin , tetapi tak boleh juga dibuat modal cek ooi , sebab perkataan Imam Abu Hasan dalam Maqoolat tersebut tidak mengatakan akidah "Allah tidak bertempat sebagai bukan akidah Ahli Sunnah wal Jama'ah". tak ade sebut pun "Akidah, Allah tidak bertempat bukan akidah Ahli Sunnah wal Jama'ah". tak de pun dlm kitab tu kata gitu. Imam Abu Hasan Ashaari hanya menyatakan akidah-akidah yang sepakat antara pemuka muktazilah dan akidah-akidah yang berikhtilaf antara sesama mereka dalam bab "هذا شرح قول المعتزلة فى التوحيد وغيره." bukannya antara muktazilah dengan ahli sunnah. cube cube le peratikan bebetul tajuk di m.s235 tuh.

kalau nak pakai fahaman "Imam Abu Hasan Ashaariy telah menyatakan I'tiqod Tuhan Tidak Bertempat Adalah I'tiqod Muktazilah Yang Sesat bukan I'tiqod Ahli Sunnah Wal Jama'ah" , sepertimana yang beliau nyatakan dalam kitab Maqoolat Islamiyyin"...???
kena lah masukkan juga " I'tiqod Allah tidak menyerupai sesuatu , bersifat sama' , basar, tidak berjisim, tidak berdaging, tidak berdarah....... adalah AKIDAH MUKTAZILAH yang sesat". Sebab perkataan begitu juga dicatit diawal bab ???.
---------------------------
perhatian:
KALAU ADA ORANG YANG MENDAKWA I'TIQOD TUHAN TIADA BERTEMPAT ADALAH MUKTAZILAH YANG SESAT SEMATA DAN BUKAN AKIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMA'AH, BUANGKANLAH SAJA PERKATAANNYA SEBAB KATA-KATA YANG BEGITU TERBIT DARI ORANG YANG TIDAK MENGERTI APA ITU AKIDAH TAWHID, SATU PERCUBAAN UNTUK MENYESATKAN UMAT .

Sunday, March 04, 2007

Berkompang semasa Nashid dan selawat contohnya berkompang dimajlis bacaan qosidah burdah untuk majlis maulud Nabi dan sebagainya, dilakukan didalam masjid adalah HARUS .

Allamah Ibnu Hajar al Haitami menyebut dalam tiga kitab beliau, kitab
1. Kaffu Ruaa',
2..Fatawa al Kubro dan
3.Fathul Jawwad bi Syarhil Irsyad:

Ibnu Hajar berkata dalam Kaffu Rua'a- di Haamisy Az Zawajir 1/81:


قال شيخان : حيث أبحنا الدف فهو فيما اذا لم يكن فيه جلاحل, فان كانت فيه فلأصح حلّه أيضا.

Berkata Imam Rafi'e dan Imam Nawawi: manakala kami mengharuskan kompang maka bermaksud pada kompang yang tiada alat berbunyi kelencing, jika ada (alat kelencing), maka Qaul Ashah adalah Halal juga.

dalam Fatawa al Kubro - 3/356

وقد رقص الحبشة فى المسجد وهو صلعم ينظرهم ويقرهم على ذلك . وفى الترمذى وسنن ابن ماجه عن عائشة رضى الله تعالى عنها أن النبى صلى الله عليه وسلم قال :( أعلنوا هذا النكاح وافعلوا فى المسجد واضربوا عليه بالدف )

وفيه ايماء الى جواز ضرب الدف فى المساجد لأجل ذلك فعلى تسليمه يقاس به غيره


Sesungguhnya orang Habsyi ber RUQS didalam Masjid Nabi, Nabi melihat dan mengakui/tidak membantah perbuatan mereka. Didalam hadis Tirmizi dan Sunan Ibnu Majah dari Siti Aisyah r.anha, dari Nabi s.a.w Beliau bersabda: Iklankan oleh kamu akan pernikahan , dan lakukannya dimasjid-masjid, dan pukullah kompang kerananya .

Pada hadis ini terdapat satu isyarat menunjjukan Harus memukul kompang didalam MASJID-MASJID sebab mengiklankan perkahwinan, maka atas persetujuan kefahaman ini ,diqiyaskan dengannya pada keadaan-keadaan yang lain.

Fathul Jawwad bi Syarhil Irsyad - 2/406

ويباح الدف وان كان فيه نحو جلاجل , لرجل وامرأة ولو بلا سبب


DiHARUSkan kompang , sekalipun pada yang mempunyai kelencing, keharusan itu bagi lelaki dan perempuan sekalipun tanpa sebab.

Saturday, March 03, 2007

Sunday, February 25, 2007



A-cd tayangan slide multimedia pada hari ijtimak ---------- RM 5 sahaja.

B-cd Huraian matan al Hikam- Prof Muhibuddin al-Waliyy- vcd 1, 2 dan 3 - RM 5 - setiap satu vcd.

C- cd kupasan ayat-ayat mutasayabihat- T.G.Hj. Ismail sepanjang-vcd 1 , 2 , 3 dan 4 - RM 5 setiap satu vcd.

D- cd Forum -"Pengajian Tradisional antara Cabaran dan Harapan"-vcd 1 , 2 dan 3- RM 5 setiap satu vcd.

CD-CD rakaman video sepanjang majlis boleh ditempah dengan menghantar email ke pondok_tampin@yahoo.com .