Monday, March 11, 2013

kalau imam takbir tak cukup atau boleh kah makmum takbir sedangkan imam tidak takbir? - Sembahyang Hariraya.

soalan: slm. kalau imam takbir tak cukup, contohnya 3 x sja rkat prtma. mkmum cmna ust.

atau boleh ka mkmum tkkbir sdgkn imm x?


al ustaz Jawab:

Soalan 1:  Kalau imam takbir tak cukup, contohnya 3 kali  sahaja pada rakaat pertama makmum.

Jawab:Makmum boleh sempurnakan takbir yang kurang itu dalam rakaat ke 2. Itupun jika imam juga takbir pada rakaat kedua tersebut,   qaul ini  menurut Sheikh Ramli.

Kalau  menurut  Ibn Hajar, makmum hendaklah ikut sahaja imam. Tidak ada tambah takbir lagi pada rakaat kedua . Maknanya pada rakaat ke 2  tidak ada takbir lagi samada imam atau makmum- ini menurut Sheikh Ibnu Hajar.  Qaul ini Shekh Ibnu Hajar  ini  biasa diamalkan dalam masyarakat kita .



Soalan 2: Bolehkah makmum takbir sedangkan imam  tidak takbir pada rakaat  pertama atau kedua?.

Jawab:  Pada rakaat  pertama , Tidak ada lagi takbir makmum, makmum kena ikut saja imam, maksudnya , bila imam langsung tidak takbir pada rakaat pertama , makmum tidak adalah lagi  takbirnya .  Kalau imam tidak takbir juga pada rakaat kedua , makmum juga tiada ada takbirnya.   masalah ini  ini tidak ada  khilaf antara Sheikh Ibn Hajar dan Sheikh  Ramli..  Khilaf berlaku hanya pada rakaat kedua , iaitu: Bila imam takbir pada rakaat kedua menurut qaul Sheikh Ramli yang membolehkan takbir 7 kali atau kurang dari 7 bila tidak dibacakan pada rakaat pertama , hendaklah dibacakan dia pada rakaat kedua, maka makmum bila dengar atau tahu saja imam takbir, maka makmum hendaklah takbir. .

Didalam Ibarat  kitab fikah.,  sunat makmum tidak mengikut  imam yang takbir lebih dari bilangan sepatutnya. Contohnya : Imam takbir lebih dari 8 kali  pada rakaat pertama, maka makmum takbir 7 sahaja.  Sebaliknya kalau imam takbir kurang pula, contohnya : 3 kali sahaja , maka  3 kali jugalah  makmum takbir, walaupun imam itu mazhabnya lain dari mazhab makmum, misalnya kita sebagai makmum bermazhab Shafie, sepatutnya takbir 7 kali dirakaat pertama, sedangkan imam kita mazhab Maliki , takbirnya 3 kali , maka kita hendaklah takbir 3 kali sahaja.  Kalau takbir lebih?.  Makruh.


  (Perhatian) : Kalau imam selepas fatihahnya, teringat  tidak membaca takbir lagi , kemudian  dia bertakbirnya pula. maka sembahyang  imam atau makmum tidak batal.  Istimewa jika ditaklid  Qaul Qodim yang mengharuskan  buat begitu.  Makmum adakah  mengikut imam takbir atau tidak boleh ikut?  Jawab: Kalau makmum ikut, makruh, tidak batal sembahyang. Melainkan jika makmum taklid juga qaul qadim itu, Maka Harus juga..tidak makruh , tidak batal. wallahu a'lam.

(Furu') Masalah: Makmum sembahyang raya berimamkan imam sembahyang subuh?.

Jawab: Maka makmum sunat juga takbir 7 kali rakaat pertamanya, 5 kali rakaat keduanya.

Saturday, March 09, 2013

Tinggal takbir rakaat pertama sembahyang raya boleh takbir dirakaat kedua?- Khilaf Ibnu Hajar dan Ramli



Soalan: Kerapkali terjadi kelupaan para imam sembahyang hariraya samada aidil fitri atau aidil adha, terlupa bertakbir 7 kali dirakaat pertama sebelum membaca bissmillah al fatihah, yang akan menyebabkan tidak boleh takbir lagi sehingga akhir sembahyang. Jemaah , orang ramai akan merungut bila selesai sembahyang.. macam tak raya tahun ni..  apa pandangan ustaz?



Jawab: Tidak ada takbir atau tidak boleh takbir lagi setelah mula membaca basmalah alfatihah, dan para makmum tidak perlu lagi menegur imam yang tak membaca takbir itu dengan subhanallah2... ada lah sebenarnya mengikut fatwa Ibnu Hajar dalam kitab Tuhfah. Dan ini biasanya diamalkan oleh masyarakat kita dan banyak sangat telah tercatit dalam kitab2 jawi/ melayu kita. Jadi ianya merupakan pegangan para ulamak kita dan umum masyarakat. 

Cuma ada satu panduan/ fatwa yang agak selesa untuk beramalnya bagi awam , jika keadaan begitu. Tercatit dalam kitab Kasful Litham muka surat 61 juzuk pertama, fatwa dari Sheikh Ramli, boleh lagi bertakbir pada rakaat kedua, jika tinggal dirakaat pertama, dan di Qadokan dengan baca takbir 7 kali  dahulu, kemudian baru takbir 5 kali pula  untuk rakaat kedua.

Nampaknya catitan Sheikh Ramli agak melegakan.  Boleh diamalkan. Dan para jemaah akan ceria. Sepatutnya tidak merungut lagi. Wallahu a'lam. 


Nasnya: (Masalah) Manakala ketinggalan takbir yang tujuh pada rakat yang pertama kata Sheikh Ibnu Hajar Tiada lagi didatangkan dia pada rakaat yang keduanya. Dan kata Ramli sunat didatangkan dia pada yang keduanya, diqiyaskan orang yang meninggalkan membaca surah al jumaah pada rakaat yang pertama maka didatangkan dia pada rakaat yang kedua serta dengan surah al munafiqin, maka atas kata Ramli ini adakah didatangkan tujuh dahulu daripada lima atau yang lima itu didahulukan dia kerana tempatnya , maka yang aqrabnya didahulukan yang tujuh dahulu

Klik le pulak sini, tengok lagi... intaha kasful litham.




Monday, February 25, 2013

Jawapan Sheikh Hadi Kharsa- Jika Cakap yang masih boleh difaham antara Iman dan Kufur?. Wajib pakai makna Iman..





Berkata  Guru Kami Al Aalim al Aallamah Al Sheikh Abdal Hadi al Kharsa :

{PERKATAAN/PERCAKAPAN YANG IHTIMAL (BOLEH DITANGGUNG/DITIMBANG) DARI SATU JALAN  (CARA)  DARI JALAN-JALAN  TAKWIL  ADALAH TIDAK SAH DIKUFURKAN ORANG YANG  BERKATANYA, KERANA  NABI S.A.W  TELAH BERSABDA  DALAM SATU  HADIS:
 “Tangkislah (TAHANLAH)  HUDUD  DARI  ORANG  MUSLIMIN SEKUASA-KUASA  KAMU”.}

Terjemahan penuh video:
Perkataan/ percakapan  yang  ihtimal  (boleh ditanggung/ditimbang) dari satu  jalan (cara)  takwil dari jalan2 takwil , adalah  tidak sah  dikufurkan  orang yang berkatanya,  kerana  Nabi s.a.w  telah bersabda dalam satu hadis.. ” Tangkislah (Tahanlah)  hudud terhadap  orang Muslimin  sekuasa2 ( kamu”.
Apabila kita ditahan menjalankan   hudud  dengan sebab perkara syubhat (kesamaran). Sepertimana telah berkata ahli Fekah. HUDUD (hukuman-hukuman) DITAHAN  DARI DILAKSANAKAN  KERANA  ( terdapat) PERKARA SYUBHAT (kesamaran)” ,   macamana pula boleh kita kafirkan orang pada perkara yang boleh ditakwil (syubhat) ?.  
Kerana itu lah berkata Imam  Besar  kita  - Abu Hanifah r.a

 “ Apabila  sampai kepada engkau  sesuatu perkataan  dari seseorang  Islam yang  mempunyai ihtimal  99  yang diihtimalkan pada  kufur dan 1 sahaja ihtimal iman, maka hendaklah ihtimalkan (iaitu tanggungkan/ beratkan timbang/ tujukankan maksudnya)  atas keimanan , jangan engkau diihtimalkan (iaitu tanggungkan/ beratkan timbang/ tujukankan maksudnya) makna kufur, (sedemikian  itu ) sebabnya supaya bahawa engkau :


-  tersalah  pada  keimanannya  padahal dia disisi Allah sebenarnya dia kafir itu lebih baik,

 – dari  engkau  tersalah  pada (hukumkan dia) kufur  padahal dia disisi Allah orang beriman”.


Suara orang bertanya (adakah )Imam Abu Hanifah (berkata begitu)?.

-          Ya, Imam Abu Hanifah (dia berkata begitu) .

Suara orang bertanya  -Dalam kitab Mana?.

-          Ada   di Awal2  kitab Syarah Fiqhul Akbar..  Syarahan bagi Munlla Ali al Qoori.
“kerana bahawa supaya  engkau tersalah  pada  keimanannya”
Yakni bersangka  baik engkau (Husnu zan)  baik terhadap seseorang INSAN  dan engkau kata bahawa dia mukmin.

 Adakah  Engkau akan di siksa (jika) engkau bersangka baik  terhadapnya (begitu)?.

-Suara orang bertanya-  Sekalipun dia kafir  disisi Allah.

Kerana engkau tersalah takwil atas imannya , (itu maknanya ) engkau masih ihtimalkan dia beriman,  adapun jika engkau tersalah pada (menghukum) dia  kufur , padahal dia disisi  Allah beriman ..  engkau tahulah apa akibatnya kan.. dan persoalannya

kerana seseorang insan itu bila berkata kepada seorang insan yang lain “Kafir”  padahal dia disisi Allah tidak kafir, nanti akan kembali kata –kata  itu kepadanya semula …..

 --------------------------------------------
Hubaya hubaya lah kaumku ,, jangan mudah2 kafirkan orang. 




Wednesday, February 20, 2013

kelas kasful litham- tafaqquh guru takmir bulan mac 2013





Adalah dimaklumkan pada 3 mac 2013 , hari ahad , pukul 9.30 - 12 tengahhari insyallah akan diadakan kelas taffaqquh fekah/tawhid - kitab kasful litham dan durrutthamin, di dewan kuliah Pejabat Agama Islam Daerah  TAMPIN. NEGERI SEMBILAN . INSYALLAH. Terbuka kpada sesiapa yang berminat. jamuan sarapan pagi dan makan  tengahhari disediakan.  Kuliah akan disampaikan oleh al Ustaz Haji Abd. Raof bin Nurin. Kepada mereka yang jauh boleh mengikuti kuliah melalui USTREAM pondoktampin. Sekian dimaklumkan.

lagi gambar2 ijtimak....

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=468307483224994&set=a.113108708744875.28961.100001372382904&type=1&theater









































Tuesday, January 29, 2013

TENTATIF PROGRAM himpunan ulamak dipondok pak ya telok



TENTATIF PROGRAM HIMPUNAN ULAMA MALAYSIA THAILAND

Tarikh 26 Rabiulawal 1434H/07 Feb 2013M

10.30pagi
• Alunan Marhaban

02.12petang
• Pengajian Kitab
Kitab :’ Pelita Penuntut’
Oleh : Baba Abdul Aziz

05.15petang
• Bicara Ulama : ‘Sejarah Pondok Nusantara’
Oleh : Baba Ismail Bin Che Semit
(Pakar Sejarah Pattani)

07.50malam
• Kulliyyah Maghrib
Oleh : Baba Mat Bermin

09.15malam
• Forum Perdana :
Tajuk : ‘ Rasulullah Sebagai Ikon Sepanjang Zaman’
Moderator :
Syeikh Abdullah Awang Sa
(Ketua Penolong Pengarah, Jabatan Hal Ehwal Islam Kedah (Bahagian Dakwah)
Penceramah:
Ustaz Haslin Baharin
(Pendakwah Bebas)
Syeikh Ismail Hashim
(Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, YADIM)
Ustaz Sobri Arshad
(Mudir Maahad Ad-Da’wah Al Islamiyyah, Padang Menora)

Tarikh 27 Rabiulawal 1434H 8 Februari 2013M

07.00pagi
• Kuliyyah Subuh
Oleh : Baba Mat Bermin

08.30pagi
• Bicara Ilmiah
Oleh : Baba Ismail Sepanjang

10.30pagi
• Pengajian Kitab (Sambungan)
Kitab :’ Pelita Penuntut’
Oleh : Baba Karim

02.30petang
• Pengajian Kitab (Sambungan)
Kitab :’ Pelita Penuntut’
Oleh : Baba Abdul Rahman

05.00petang
• Bicara Ulama Antarabangsa
Tajuk :
Rasulullah : Qudwatul Mahabati Li ‘Alamin
(Rasullullah Simbol Kasih Sayang Sejagat)
Oleh : Syeikh Ali (London)
Penterjemah : Ustaz Helmi

07.50malam
• Tazkirah : Ust Khairul

09.15malam
• Bicara Ulama Turath
‘Mampukah Sistem Pondok Dipertahankan’
Moderator :
Ustaz Marzuki
Ahli Panel :
Tuan Guru Rauf (Pondok Tampin)
Tuan Guru Zulkifli (Pondok Melaka)
Baba Abd Rahman (Pondok Pattani)

Tarikh 28 Rabiulawal 1434H 9 Februari 2013 M

07.00pagi
• Kuliyyah Subuh
Oleh : Ust Li Pasir Putih

09.00pagi
• Pengajian Kitab (Sambungan)
Kitab :’ Pelita Penuntut’
Oleh : Baba Ahmad Nawawi

10.45pagi
• Pengajian Kitab (Sambungan)
Kitab :’ Pelita Penuntut’
Oleh : Baba Karim Dala

02.15petang
• Pengajian Kitab (Sambungan)
Kitab :’ Pelita Penuntut’
Oleh : Baba Lah Chenak

05.15petang
• Anak Muda Bersama Imam Muda Azhar
Anak Muda Menyintai Ulama

08.00malam
• Tahlil Perdana Khas Untuk Almarhum Tuan Guru Haji Yahya Mat Saman
(Pengasas Pondok Pak Ya Teluk)

09.15malam
• Wasiat Ulama
Ulama’ : ‘Pewaris Kesinambungan Perjuangan Rasulullah’
Oleh : Semua Tuan Guru Malaysia dan Pattani





Monday, January 28, 2013

Himpunan Ulamak sempena Maulud Nabi s.a.w



Kehadiran ulamak dijangka melebihi 200 orang. 

klik 


Diantara para ulamak besar Thailand (Fathani) yang akan hadir insyallah:
1. Tuan Guru Baba Ahmad  Mokmawi. 
2. Tuan Guru Baba  Ismail Sepanjang.
3. Tuan Guru Baba Abdul  Karim  Pondok Dala.
4. Tuan Guru Baba Man Bendang Ramah.
5. Dan lain-lain.



Sunday, January 27, 2013

Sunday, January 20, 2013

Himpunan Ulama Pondok Malaysia - Thailand.

Himpunan Ulama Pondok Malaysia - Thailand secara besar - besaran pada 7,8,9 Feb 2013. - Sempena MAULUD NABI S.A.W.

 

 

 

Bertempat di:

 Pondok TuanGuru Haji Yahya bin Mat Saman, 

Kampong Telok Dalam, Bukit Pinang, 

Alor Setar,

Kedah,

 Darul Aman. 

Saturday, January 19, 2013

TENTATIF DAURAH MUSHOLLI.

Tentatif telah dikeluarkan oleh pejabat agama tampin.

Sunday, January 13, 2013

KALIMAH ALLAH DI MENARA GEREJA?...

http://www.facebook.com/abkareem.khadaied



Pengalaman Pelajar Kita Di Indonesia

SILA SEBARKAN/SHARE...

Just nak kongsi pengalaman sepanjang lebih 5 tahun tinggal dan belajar di Indonesia. Saya tidak berniat memburukkan Indonesia.. They have my respect, dan saya tahu orang2 Indonesia tidak seburuk yang disangkakan di sini.. (orang Indonesia baik dan ramah, pintar dan rajin.. that’s a fact!)

Pengalaman ini saya kongsi supaya orang ramai boleh tahu dan membayangkan implikasinya jika penggunaan nama Allah oleh non-muslim dibiarkan. Di satu sisi memang agak lucu, tapi di sisi lain terdapat keseriusan di dalamnya Aku ingat satu hari aku bukak TV perdana dia pastu tengok satu program.. Aku ingat ceramah agama lah.. dia punya penceramah punya semangat berkobar2.. “Kita semua sudah berdosa! Allah Maha Kuasa! Allah Maha Penyayang! Kembalilah kita semua ke jalan Allah! (aku dalam hati, Alhamdulillah.. bagus!) pastu tak pasal2 dia sambung “Kembalilah ke Yesus Kristus dan Bunda Maryam!” aku langsung tergolek… astaghfirullah! ceramah Kristian rupanya..

Satu lagi kenangan aku kat Indonesia, kalo baca surat khabar sana nanti ada slot obituaries: “Telah Kembali ke Rahmat Allah, Sdr. XXX pada XXX Semoga ruh beliau dicucuri rahmat Allah” Bila tengok balik nama yang mati Eduardus, Kristus, Paulus, etc. (nama org Kristian) pastu ada salib diikuti tulisan kecik “ash to ash, dust to dust, fade to black”… tergolek lagi aku..

wakakaka..

Satu lagi cerita aku kat Indonesia, satu hari aku ‘bermusafir’ lah ke daerah Jawa Barat naik motor, pastu nak berhentilah solat.. aku toleh ke kiri kanan jalan cari masjid.. Pastu aku nampak ada signboard kalimah Allah (dlm arab!) pastu ada banner “Ayuh kerjakan kewajipan kita kepada Allah dan agamanya!” aku pun pergilah dekat.. tup2 aik, awat lain macam tempat ni, siap ada patung jesus kena salib??!! Tergolek lagi aku.. lah.. gereja Kristian rupenye.. Satu lagi kat sana nak beli buku-buku agama kena hati-hati.. Aku dulu pernah ‘usha’ buku kat kedai buku..

Ada satu buku aku tak ingat persis tapi tajuk buku dia lebih kurang camni: “Memantapkan Iman Anda Kepada Allah” bila bukak2 browsing per helai aku start confuse, amacam lain macam aje ayat2 dan hadis dia.. Aku tengok balik lah.. ayat2 kutipan dari Bible.. tergolek aku lagi.. lah, buku dakwah Kristian rupanya.. risau gak klu jadi camni kat M’sia

Moral dari cerita ini ialah, benda-benda yang di ceritakan oleh pelajar ini tidak mustahil akan berlaku juga di malaysia 5 ke 10 tahun lagi jika masih terus menyokong tindakan kristian menggunakan kalimah ALLAH dalam setiap urusan ritual agama mereka.

Jadi korang semua fikir-fikirkan lah yang baik buruknya.