Monday, December 24, 2012
Saturday, December 22, 2012
Cahayamata Tuan Guru Haji Abd Raof
Semoga diberkati kehidupannya, dunia dan akhirat.. Taat kepada Tuhan dan kedua ibubapanya sepanjang hayatnya di dunia.. Amin.. Amin Ya Robbal Alamin..
| dicatat oleh : anwar ukm |
Wednesday, December 19, 2012
Anak perempuan adalah Satu Rahmat Allah.
6652: "Sesiapa yang
dicuba/dibalai anak-anak perempuan dengan sesuatu (kepayahan) maka dia berbuat
baik terhadapnya , nescaya mereka akan menjadi pendinding baginya dari api
neraka". .. riwayat Muslim didalam Sahih.
Syarahan oleh Sheikh Taqi Usmani:
Maksud dibala itu, isyarat kepada mendidik dan mentarbiyah anak-anak perempuan lebih susah dikalangan anak - anak , sebabnya kebimbangan ibu-bapa terhadap anak-anak perempuan lebih banyak dari anak-anak lelaki.
al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani telah mengulas pula: maksud bala dalam hadis tersebut adalah Ikhtibar- iaitu memberi pengajaran.
---------------------------------------------------
ulasan - pangajaran kepada ibu-bapa.
Allah Allahu....
Fathul Mulhim bi Syrh Sahih Muslim... juzuk 6 , m.s 228 - al Allamah Sheikh Taqi Usmani
Syarahan oleh Sheikh Taqi Usmani:
Maksud dibala itu, isyarat kepada mendidik dan mentarbiyah anak-anak perempuan lebih susah dikalangan anak - anak , sebabnya kebimbangan ibu-bapa terhadap anak-anak perempuan lebih banyak dari anak-anak lelaki.
al Hafiz Ibnu Hajar al Asqolani telah mengulas pula: maksud bala dalam hadis tersebut adalah Ikhtibar- iaitu memberi pengajaran.
---------------------------------------------------
ulasan - pangajaran kepada ibu-bapa.
Allah Allahu....
Fathul Mulhim bi Syrh Sahih Muslim... juzuk 6 , m.s 228 - al Allamah Sheikh Taqi Usmani
Tuesday, December 18, 2012
USIA UMATKU....................
Sunan Tarmizi:
2484: Daripada Abu Hurairah r.anhu: Beliau berkata: Telah Bersabda Rasulullah s.a.w : Usia umatKu, antara enam puluh (60) ke tujuh puluh (70) tahun.
Berkata Imam Tarmizi : Ini Hadis Hasan Gharib. *
............................................
*Terdapat 2 kali mencatit Imam Tarmizi hadis ini dalam Sunannya. Isnad hadis ini juga dinilai sebagai Hasan berdasarkan jalan riwayat yang lain.
Tanbih.
Allah Allah... inilah gambar Tuan Guru, (semuga ALLAH cucuri rahmat keatas ruhnya) ... yang sangat tawadduk, yang sangat ingat kepada umur ketika tua, beliau karangkan kitab tentang umur. Beliau juga adalah guru kepada Ayahnda ku, ayahku diijazahkan belitan serban oleh beliau di Mekah. Ayahku selalu menceritakan tentang gurunya ini... sangat berkat lagi tahkik ilmunya.. siapa Tuan guru ni ye ?..
Umur UmatKu.....Baik dan jahatnya...
Sunan Tarmizi:
2482: Daripada Abdulla bin Busr : Bahawa sesungguhnya seorang arab badui berkata: Wahai Rasulullah, Siapakah sebaik-baik manusia?. Baginda s.a.w bersabda: Sesiapa yang panjang umurnya dan baik amalannya.
Kata Imam Tarmizi. Hadis Hasan Gharib dari wajah ini.
- hadis ini diriwayatkan juga oleh Ibnu Majah (3793) dengan sanad yang kuat, Imam Ahmad dalam Musnad (1768), dan Sahih Ibnu Hibban (814).
2483: Daripada Abd. Rahman bin Abi Bakrah, daripada bapanya: Bahawa seorang lelaki berkata: Wahai Rasulullah, Manakah manusia yang terbaik?. Bersabda baginda s..a.w: Sesiapa yang panjang usianya dan baik amalnya. Berkata lagi lelaki itu: Siapakah manusia yang paling jahat?. Bersabda baginda s.a.w: Sesiapa yang lanjut usianya dan jahat amalannya.
Kata Imam Tarmizi: Hadis ini Hasan Sahih.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,, ooooh Tuhanku.... Anugerahilah keberkatan umurku , lanjutkanlah usiaku didalam kebajikan, dan mentaatiMu Ya Allah.. Ampuniku dan rahmati selepas kematianku..
huk huk huk.....
Thursday, December 13, 2012
Al Allamah Doktor Sheikh Nuruddin Ittir
Nama lengkap beliau: Nuruddin Muhammad Hasan 'Itr. Lahir di Halab (Alleppo) (Sebuah daerah di wilayah Syam, Syria sekarang) pada tahun 1937 M / 1256 H.
Permulaannya beliau berguru dengan Ayah beliau, kemudian Datuknya Sheikh Al-Muhaddits Najib Siraj Al-Husaini. Kemudian ke Al Azhar meraih Ijazah Kedoktoran dalam bidang Hadis.
Mengajar di Universiti Islam MAdinah, kemudian Universiti Damsik.
Buku Mustolah karangn beliau:
1. Al-Imam at-Tirmidzi wa Al- Muwazanah bayna Jami'ahu wa Shohihain
2. I'lamul Anam ( Kitab penjelasan hadits-hadits dalam kitab Bulughul Maram )
3. Syarah 'Ilal At-Tirmidzi
4. Manhaj An-Naqd fi ulum Al-Hadits
5. Al-Mughni fi Ad-Dlu'afa li Al-Imam Adz-Dzahabi
6. Tahkik beliau atas kitab Nuzhatun Nazhor Karya Imam Ibn Hajar Al-Asqalani
Monday, December 10, 2012
Pandangan Sheikh Shuib Arnaut atas Neraca timbangan.
Sheikh Shuib Arnaut... Pernah berguru dengan Sheikh Abdul Qodir Arnaut... Salafiyyun Layyinuun.
Tidak syadid seperti Sheikh Nasharuddin al Bani.
Begitu juga dengan Sheikh Shuib Arnaut ni... Alim, lagi wari'., Salafiyy Layyiin.... mempunyai karangan menarik berkenaan ilmu hadis, mentahkikkan kitab2 hadis besar2, seperti Sunan Abi Daud, Ibn Hibban bi Tartib Ibn balban... berbelas2 juzuk.. tabarakallah . Saya meminati komentar2 beliau tentang Hadis2 walau pun dalam banyak perkara saya tak ikut pendapat beliau terutama dalam bidang asas agama, tawhid, fekah , tasawuf....
Usaha beliau mengorek naskhah2 Sunan Tarmizi contohnya patut dihargai...
Penemuan2 beliau terhadap naskhah2 yang ikhtilaf memang sangat berguna. Jazahullah khoir.
Kita sedia maklum, Kalau Naskhah Bukhari ada rujukannya naskhah Yanini yang dicetak di Turki Asalnya , begitu Muslim telah ada kamus ikhtilaf naskhahnya.. adapun Jamik Tarmizi masih berselerak lagi rujukannya..
Pernah ditanyai Sheikh Samer Nass tentang usha-usha Sheikh Shuib Arnaut , beliau jawab, boleh bekira,,, (ya'ni).. walaupun ada perkara Sheikh Shuib Arnaut tak patut sentuh, Sheikh Nuruddin Ittir pun ada beri pandangan sikit tentang S.Shuib menurut Sheikh Samer...
Allah, Allah.. kalaulah Sheikh Nuruddin Ittir sendiri dpt mentahkikkan Sunan sittah, Musnad Ahmad dan Sahih Ibn Hibban alangkah bagusnya...
........... Allahu Musta'an.
Contoh perkara yang Sheikh Shuib komen yang tidak sesuai dengan kita... Beliau kata Imam Tarmizi maksudkan "Makruh" dalam setiap ulasan hadis dalam Jamik Tarmizi adalah bererti HARAM. ...dan itu juga maksud itlak kalimat MAKRUH Imam Mazhab kita Shafie, tapi orang kemudian telah ubah makna makruh tu tak mesti makna haram, maka masuk juga makna "perkara yang tanzih , tinggal yg awla, tapi tak haram" iaitu makruh seperti dalam istilah usul fikah kita.. ini sudah bertentangan dengan fahaman kita..
Allah A'lam.
Harapkan Allah permudahkan Sheikh kita, Sheikh Samer Nass mengarang Tahkik Jamik Tarmizi .. mudah2an lapang hati kita........Amin amin..
Sunday, December 09, 2012
Metod Penulisan Sunan Sittah - Ibn Majah
Adapun Ibnu Majah- Maka kitab beliau memberi manfaat yang sangat kuat dalam bidang Fikah sepert yang disebut oleh Ibnu Atsir. Tetapi didalamnya terdapat hadis2 dhoif bahkan Hadis2 Munkar.
Abu Abdullah bin Ryusyaid menyebut: Kitab Ibnu Majah, mana2 yang tunggal (satu jalan riwayat sahaja) meriwayatkan hadisnya dari perawi2 yang dituduh dusta dan sariq hadis, yang mana sebahagiannya terdapat hadis2 yang perawinya tidak dikenali (majhul) melainkan dari pihak mereka sahaja, seperti Habib bin Abi Habib - juru tulis Imam Malik, al Alaa bin Zaid, Daud bin al Muhabbar, Abdullah al Wahhab bin al Dahhak, Ismail bin Ziyad as Sakuuni, Abdus Salam bin Abi al Janub dan selain mereka.
Abu Zura'ah telah menghukumkan banyak hadis2 dalam Ibnu Majah sebagai Batil, Saqith, atau Munkarah. Demikian telah dihikayatkan dalam kitab al Ilal karangan Ibn Abi Hatim.
Kami berpendapat: Dikeranakan jika ketunggalannya (Ibn Majah) meriwayatkan hadis dhoif jadi Dhoif hadis tersebut, Ramai ulamak hadis tidak menambahkan jumlah kitab2 hadis yang Sahih melebihi 5 buah sahaja. Iaitu tidak termasuk Ibnu Majah.
Al Hafiz Solahuddin al Alaai berkata: Sepatutnya dibilang kitab yang keenam adalah Sunan Darimi pengganti Ibnu Majah sebab didalam Sunan Darimi sangat sedikit perawi2 yang dhoif, sedikit sangat hadis2 yang Munkar dan Syazz. Sekalipun terdapat didalamnya Hadis2 mursal dan Hadis2 Mawquf. Maka sebab itu Kitab Sunan Darimi lebih utama dari Ibnu Majah.
Ibnu Hajar al Asqolani pula mengatakan : Sebahagian ahli Ilmu membilang Sunan yang keenam adalah al Muwatak karangan Imam Malik seperti yang telah dicontohi oleh as Sarqusthi dan telah diikuti oleh Ibnu Atsir didalam kitab Jami' Ushul .
Ibnu Hajar juga telah menyebut: Orang pertama yang memasukkan Ibnu Majah kedalam Sunan Sittah yang jadi Asas sumber agama, adalah Abu Fadhal Ibnu Tohir, dengan cara memasukkan kitab Hadis Ibnu Majah kedalam Athraaf (Ensiklopedia hadis ) beliau. Begitu juga dalam kitab "Syuruth aimmah sittah ", . al Hafiz Abd Ghani alMuqaddisi dalam "al Kamal fi asmaair Rijal", yang telah menyaringkannya oleh al Mizzi ...
Sebab dimasukkan Ibnu Majah kedalam Sunan Sittah.
Ibnu Hajar al Asqolani menyebut: Ibnu Tohir telah menyisihkan al Muwatak lalu membilang Ibnu Majah kedalam Sunan Sittah, kerana keadaan al Mawatak hanya menambah sedikit sahaja hadis2 Marfu kedalam Sunan yang lima. Berbanding Ibnu Majah, yang telah mengumpulkan hadis2 marfu dalam jumlah yang besar. Maka maksud dan tujuan para ulamak memasukkan Ibnu Majah kedalam Sunan yang Enam adalah untuk memperbanyakkan hadis2 yang Marfu bersama himpunan Sunan yang lima. Wallahu A'lam.
Metod Penulisan Sunan Sittah - Sunan Nasaie
Adapun Kitab Nasaie, mementingkan ketelitiannya dengan membanyakkan jalan riwayat (thuruq) hadis dan berlainan orang yang menukilkannya.
Abu Abdullah bin Ryushyaid berkata dalam kitab beliau : Kitab Nasaie adalah satu pembahruan cara karangan kitab2 hadis sunan. Karangan yang lebih elok dan susunan yang terbaik. Seolah2nya kitab Nasaie telah menghimpunkan dua metod iaitu Metod Bukhari dan metod Muslim serta sebahagian besarnya disertai keterangan ilat2 setiap hadisnya.
Kesimpulannya , Hadis2 dalam Kitab al Mujtaba Imam Nasaie sangat sedikit terdapat Hadis2 Dhoif dan perawi2 yang dimajruhkan ( dikritik).
Nukilan Ibnu Ryushyaid ini juga telah dicatit oleh Ibn Hajar al Asqolani dalam Nukat Ibn Sholah dan Imam Sayuthi dalam Kitab Zuhr beliau- ta'lik Nasaie..
MetodSunan Sittah..
Abu Abdullah bin Ryushyaid berkata dalam kitab beliau : Kitab Nasaie adalah satu pembahruan cara karangan kitab2 hadis sunan. Karangan yang lebih elok dan susunan yang terbaik. Seolah2nya kitab Nasaie telah menghimpunkan dua metod iaitu Metod Bukhari dan metod Muslim serta sebahagian besarnya disertai keterangan ilat2 setiap hadisnya.
Kesimpulannya , Hadis2 dalam Kitab al Mujtaba Imam Nasaie sangat sedikit terdapat Hadis2 Dhoif dan perawi2 yang dimajruhkan ( dikritik).
Nukilan Ibnu Ryushyaid ini juga telah dicatit oleh Ibn Hajar al Asqolani dalam Nukat Ibn Sholah dan Imam Sayuthi dalam Kitab Zuhr beliau- ta'lik Nasaie..
MetodSunan Sittah..
Saturday, December 08, 2012
memori daurah 5
tawadhu' ulamak sham...
himmah tinggi, berupaya menghabiskan sendiri bacaan hadis selama hampir 8 jam sehari selama 20 hari.
menjawab soalan . kemahiran Sheikh Samer tentang ilmu hadis..Beliau bercita2 untuk mengarang tahkik Kitab Jamik Tarmizi yang mengumpulkan semua naskhah Jamik Tarmizi yang berlainan. Mudahan dikabulkan Allah.
imam masjid kampung keling , bandar melaka.
pondok jorak. bersama ustaz Din.
himmah tinggi, berupaya menghabiskan sendiri bacaan hadis selama hampir 8 jam sehari selama 20 hari.
menjawab soalan . kemahiran Sheikh Samer tentang ilmu hadis..Beliau bercita2 untuk mengarang tahkik Kitab Jamik Tarmizi yang mengumpulkan semua naskhah Jamik Tarmizi yang berlainan. Mudahan dikabulkan Allah.
imam masjid kampung keling , bandar melaka.
pondok jorak. bersama ustaz Din.
Saturday, December 01, 2012
Keberangkatan Pulang Sheikh Samer ke Sham (confirm).
Dimaklumkan , penerbangan pulang Sheikh Samer an Nash serta rombongan dijadualkan pada pukul 2 pagi hari Isnin, 2 dec. 2012, melalui Bairut , Lubnan insyallah. Semuga Allah balasi jasa-jasa beliau menabur ilmu dan bakti diTanah Melayu ini, kepada anak bangsa ini . Allah selamatkan beliau dan rombongan serta keluarga beliau khasnya dan kepada Ahli Sham amnya, dari mara bahaya.
Amin amin ya rabbal a'lamin.
Harap tidak keliru kepada mereka yang ingin bertemu beliau diKLIA sebelum berangkat, pastikan datang KLIA besok malam... sebab 2 pagi isnin tu maknanya lepas pukul 12 malam besok, bukan lepas pukul 12 malam lusa..( hari isnin). Sekian harap maklum..
Flight ditangguhkan..
ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH..
DIMAKLUMKAN , KEPULANGAN BESOK SHEIKH SAMER DAN ROMBONGAN KE DAMSYIK ,
SYRIA DITANGGUHKAN , DISEBABKAN AIRPORT DISYRIA TELAH DITUTUP. SEKARANG
MASIH DALAM USHA UNTUK MENGHUBUNGI PIHAK EMERITE
UNTUK
MENDAPATKAN TARIKH PENERBANGAN AKAN DIBERITAU NANTI. HARAP HEBAHKAN
KEPADA MEREKA YANG NAK DATANG KE KLIA ESOK. PENERBANGAN DITANGGUHKAN
SEHINGGA DIBERITAU.. SEMUGA ALLAH MUDAHKAN URUSAN PARA ULAMA UNTUK
MENJALANKAN TUGAS DAKWAH MEREKA. WASSALAM.
Friday, November 30, 2012
Program Sheikh Samer untuk hari ini hingga Ahad.
1. Lepas Asar - menziarahi Masjid Kampung Hulu dan Masjid Kg. Keling - Bandar Melaka. MELAKA.
2. Esok - menziarahi Pondok Ustaz ( Ustaz Nazaruddin).. Ust Din Jorak, Muar, JOHOR.
3. Ahad- 2.00 am flight depart... to dubai to damsq.
2. Esok - menziarahi Pondok Ustaz ( Ustaz Nazaruddin).. Ust Din Jorak, Muar, JOHOR.
3. Ahad- 2.00 am flight depart... to dubai to damsq.
Sheikh Samer an Nass Berangkat Pulang....
Keberangkatan pulang 2 ulamak besar Sham.... Sheikh Samer an Nass da sheikh Firas Salu pada pukul 7 malam. ahad ini.
sila berada 3 jam awal kpda sesiapa yang nak menghantar diKLIA.
Thursday, November 29, 2012
Majlis Daurah Tamat.
Majlis Daurah Kitab Hadis Jamik Tarmizi telah tamat semalam. Seramai 150 peserta telah menghadiri dan telah diijazahkan sanad Sunan Tarmizi oleh Fadhilatus Sheikh Samer al Nash , ulamak dari negara Sham, Syria. ...Semuga sambungannya ditahun depan untuk Sunan Nasaie dan Sunan Ibn Majah dapat diadakan lagi. Aamin.
Subscribe to:
Posts (Atom)



























.jpg)