Saturday, December 01, 2012

Keberangkatan Pulang Sheikh Samer ke Sham (confirm).


Dimaklumkan , penerbangan pulang Sheikh Samer an Nash serta rombongan  dijadualkan pada pukul 2 pagi hari Isnin, 2 dec. 2012, melalui Bairut , Lubnan insyallah. Semuga Allah balasi jasa-jasa beliau menabur ilmu dan bakti diTanah Melayu ini, kepada anak bangsa ini . Allah selamatkan beliau dan rombongan serta keluarga beliau  khasnya dan kepada Ahli Sham amnya, dari mara bahaya.
Amin amin ya rabbal a'lamin.


Harap tidak keliru kepada mereka yang ingin bertemu beliau diKLIA  sebelum berangkat, pastikan datang KLIA besok malam... sebab 2 pagi isnin  tu maknanya  lepas pukul 12  malam besok, bukan lepas pukul 12 malam lusa..( hari isnin).  Sekian harap maklum..

Flight ditangguhkan..


ASSALAMUALAIKUM WARAH MATULLAHI WABARAKATUH.. 


DIMAKLUMKAN , KEPULANGAN BESOK SHEIKH SAMER DAN ROMBONGAN KE DAMSYIK , SYRIA DITANGGUHKAN , DISEBABKAN AIRPORT DISYRIA TELAH DITUTUP. SEKARANG MASIH DALAM USHA UNTUK MENGHUBUNGI PIHAK EMERITE 
UNTUK MENDAPATKAN TARIKH PENERBANGAN AKAN DIBERITAU NANTI. HARAP HEBAHKAN KEPADA MEREKA YANG NAK DATANG KE KLIA ESOK. PENERBANGAN DITANGGUHKAN SEHINGGA DIBERITAU.. SEMUGA ALLAH MUDAHKAN URUSAN PARA ULAMA UNTUK MENJALANKAN TUGAS DAKWAH MEREKA. WASSALAM.

Friday, November 30, 2012

Program Sheikh Samer untuk hari ini hingga Ahad.

1. Lepas Asar - menziarahi Masjid Kampung Hulu dan Masjid Kg. Keling - Bandar Melaka. MELAKA. 

2. Esok - menziarahi Pondok Ustaz ( Ustaz Nazaruddin).. Ust Din Jorak, Muar, JOHOR. 


3. Ahad- 2.00 am  flight depart... to dubai to damsq.

Sheikh Samer an Nass Berangkat Pulang....

Keberangkatan pulang 2 ulamak besar Sham.... Sheikh Samer an Nass da sheikh Firas Salu pada pukul 7 malam. ahad ini. sila berada 3 jam awal kpda sesiapa yang nak menghantar diKLIA.

Thursday, November 29, 2012

Majlis Daurah Tamat.


Majlis Daurah Kitab Hadis Jamik Tarmizi telah tamat semalam. Seramai 150 peserta telah menghadiri dan telah diijazahkan sanad Sunan Tarmizi oleh Fadhilatus Sheikh Samer al Nash , ulamak dari negara Sham, Syria. ...Semuga sambungannya ditahun depan  untuk Sunan Nasaie dan Sunan Ibn Majah dapat diadakan lagi. Aamin.

Monday, November 26, 2012

Jamik Tarmizi menurut Sheikh Marbawi

Adapun kemudian daripada itu , maka lebih dahulu daripada aku masuk didalam mengarang kitab ini dengan tawadhu" aku kepada Allah subhanawata'ala kiranya dipohonkan kepadaNYA , tiada salah menerangkan sedikit perkataan ini kepada segala saudaraku : 

Adalah kemudian daripada sudah aku mengaji kitab yang bernama Sahih Tarmizi , sudahlah jatuh didalam hatiku berahi dan suka kepadanya oleh aturannya dan kenyataannya pada segala hukum syariat Nabi Muhammad s.a.w . Dengan kerana beribu-ribu bab dan Ahadis serta diikutnya tiap-tiap hadisnya keterangan imam-imam mazhab lebih dari mazhab empat yang ma'ruf . JANGAN BICARA LAGI PADA SANAD  HADIS ITU BUKAN MAIN LAGI DIPERHALUSI DAN LAIN DARIPADANYA BEBERAPA ILMU.  .. intaha .. perkataan Sheikh Marbawi.

Sunday, November 25, 2012

Metod Penulisan Sunan Sittah- Bukhari, Muslim, Abi Daud dan Tarmizi

Setiap Kitab Hadis yang 6, iaitu BUKHARI, MUSLIM, SUNAN ABI DAUD, TARMIZI, NASAIE, DAN IBN MAJAH, masing-masing -masing telah di karang mengikut metod penulisan yang tersendiri.
Menurut Shuib Arnaut dlm mukaddimah Ta'liq Sunan Tarmizi beliau , ringkasnya....

-Kitab Sahih Bukhari..ditulis untuk mengasingkan hadis-hadis yang Sahih yang berhubung sanadnya dari hadis-hadis lain yang tidak berhubung sanadnya sekalipun Sahih.

- Muslim..ditulis untuk mengasingkan hadis-hadis Sahih yang telah ijmak para ahli hadis bahawa hadis itu berhubung sanadnya sekalipun dgn cara Marfu"... kaedah ini jika dibandingkan dgn Bukhari,,, Bukhari lebih tegas dalam susunan Sahih beliau trsebut..



- Abu Daud.... pula ditulis untuk menghimpunkan hadis-hadis yang boleh dibuat dalil dengannya , yang beredar dikalangan ulamak fekah , yang dibinakan hukum ahkam dengannya. oleh itu Sunan Abi Daud terdapat didalamnya hadis-hadis Sahih, Hasan , Dhoif , yang patut diamalkan menurut pengarang .



- Jamik TARMIZI juga telah mengumpulkan kedua-dua aliran iaitu metod Sahih Bukhari, Sahih Muslim dengan metod Sunan Abi Daud , dan menambahkannya lagi dengan meringkaskan turuq setiap hadis seringkas yang mungkin, jadilah dengan hanya dicatit satu sahaja hadis , dan yang selainnya memadai dengan cara diisyaratkan
Tarmizi juga menjelaskan martabat2 setiap hadis , Sahihnya, Hasan, Dhoif , Mungkar, dan juga menjelaskan bagaimana boleh jadi hadis itu Dhoif.
Tujuannya supaya setiap penuntut ilmu hadis dapat mengambil iktibar cara menilai setiap hadis. Dijelaskan juga mana yang telah diterima dengan ijmak, mana yang Gharib.
Di terangkan mazhab-mazhab para Sahabat r.anhum, dan mazhab-mazhab fukaha . Dicatit juga setiap nama perawi jika perlu disebut namanya, dan jika perlu kuniah juga disebutkan pula.
Jamik Tarmizi tiada mengundang kesamaran bagi sesiapa yang Ahli Ilmu, olehitu Jamik Tarmizi memadai untuk para Mujtahid dan mencukupi bagi rujukan para Ahli Taqlid. Wallahu a'lam...Allah sahaja yang Maha sempurna pengetahuannya.






Saturday, November 24, 2012

daurah tarmizi








Imam Tarmizi , dikatakan telah menyusun kitab jamiknya,,, dan mengulas hadis2nya mengikut pendapat2 ulamak fiqh ,, dikatakan beliau ulamak terawal menyusun fiqah muqarran- perbandingan mazhab dalam fiqh. wallahu a'lam.

  ..
hadis -hadis dalam jamik tarmizi sungguh bernilai dan bermakna dalam perbahasan fikah... jelas sungguh seperti catitan dalam kitab bahrul maazi karangan sheikh marbawi... baru la dapat difahami,, mengapa sheikh marbawi dalam bahrul maazi beliau mensyarahkan dan menghuraikan setiap hadis sunan tarmizi dengan nukilan-nukilan para ulama fikah muktabar yang hebat2, seperti, imam nawaawi dari syarah
muslim, majmuk syarah muhazzab, imam qurthubi,,, dan sebagainya.

kata sheikh marbawi lagi... usah lah didikata apa perihal sanad dan riwayatnya yang sungguh teguh..

maknanye.. kalau setakat nak beramal dgn hadis2 dlm sunan tarmizi tak payah le susah2 bahas sanadnya boleh pakai ke tak bolee.. pakai je lee..

kagummnya .....

keilmuan ulamak dahulu kala... maasyaallah ...



Monday, November 12, 2012

Suasana Daurah Bermula- Pondok Bongek Rembau, N. 9

Bacaan Sahih Muslim oleh  Sheikh Samer  alNas         Ulamak Syria. -                                                                                                                                                                                                                                                                                                                    

Sunday, November 11, 2012

Saturday, November 10, 2012

Tuesday, November 06, 2012

Daurah Bermula Ahad ini- 11 november 2012




Sahih Muslim dan SAhih Tarmizi cetakan Muassasah Risalah - Bairut.

Mungkin masih ada stok yang belum terjual. sila hubungi sdr safwan  zainal azmin.

Monday, November 05, 2012

Lupa Takbir rak'at pertama sembahyang aidilfitri/adha, diqodha dirak'at kedua?. -Khilaf Ibnu Hajar dan Ramli.

Gharib Kasful Litham 18

Ketika Sembahyang Aidil Fitri atau Aidil Adha:-


Nas: (Masalah) Maka manakala ketinggalan takbir yang tujuh pada rakaat yang pertama , kata Sheikh Ibn Hajar tiada lagi didatangkan dia pada rak'at yang keduanya dan kata Ramli sunat didatangkan  dia pada yang keduanya  di qiyaskan orang yang meninggalkan membaca surah al Jumah  pada rakaat pertama maka didatangkan dia pada rak'at kedua serta dengan surat al munafiqin , maka atas kata ini adakah didatangkan tujuh dahulu daripada yang lima atau yang lima itu didahulukan dia kerana tempatnya maka yang aqrabnya didahulukan yang tujuh dahulu itu. .. Tamat .



 Ulasan:

Ibn Hajar =  tiada takbir lagi bila terlupa takbir dirakaat pertama.
Sheikh Ramli= takbirkan 7 kali kemudian takbir pula 5 kali dirakaat kedua. 


(Fatwa Sheikh Ramli) Ini Fatwa yang tidak pernah kita dengar dan amalkan dalam masyarakat kita.  
Harus kita beramal dengannya dengan memilih  qaul Sheikh Ramli . 


Sunday, November 04, 2012

KELAS KASFUL LITHAM DAN DURRUSTHAMIN BULAN NOV. 2012

Assalamualailkum warahmatullahi wabarakatuh.  Dimaklumkan Kelas Taffaqquh Guru-guru Takmir/ kelas kasful litham untuk bulan NOVEMBER akan diadakan pada 4 -11-2012 hari Ahad. Bermula pukul 9.30 pagi hingga 12 tghari. Bertempat di Dewan Kuliah , Pejabat Agama Daerah Tampin , Negeri Sembilan. Kepada mereka yang berkenaan dan berminat sila ambil perhatian. wassalam.

Tuesday, October 30, 2012

SAMBUTAN JUBLI INTAN- Pondok Bongek

TENTATIF SAMBUTAN JUBLI INTAN MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM, KAMPUNG BONGEK ACHEH, 71300 REMBAU, NEGERI SEMBILAN



LOKASI MADRASAH ISLAMIAH HAJI IBRAHIM/PONDOK BONGEK.


Tarikh sambutan : 8, 9 dan 10 November 2012 (Majlis Umum).
                              11 Nov. sehingga 19 Nov. 2012 (Majlis Tertutup).
Tempat sambutan : 1.Madrasah Al-Islamiah Haji Ibrahim, Kampung Bongek Acheh, 71300, Rembau, Negeri Sembilan.
                                2. Bangunan Sekolah Rendah Agama Rakyat Haji Ibrahim.
Aktiviti :                 i. Ceramah Umum.
ii. Forum Perdana.
iii. Majlis Perasmian.
iv. Majlis Daurah Hadis Sohih Muslim.
v. Pertandingan Qosidah.
vi. Pameran dan Gerai Jualan.
vii. Pertandingan Dewasa dan Kanak-kanak.
viii. Lain-lain.
Aturcara :

(Khamis) 8 November 2012

9.00 malam-10.30 malam : Ceramah Umum oleh Ustaz Mohammad Nidzam bin Abdul Kadir (Personaliti al-Kulliyah,Tanyalah Ustaz dan Penulis Buku-Buku Agama).

(Jumaat) 9 November 2012.
08.30 pagi -06.30 petang: Aktiviti Umum.
- Pameran dan Gerai Jualan
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak.
7.00 malam : Solat Fardhu Maghrib Berjemaah.
- Makan Malam.
- Solat Fardhu Isyak Berjemaah.

8.30 mlm -11.00 mlm : Forum Perdana : “Bertuahnya Diriku Seorang Muslim”
Moderator : - Ustaz Soffhan bin Abdul Halim (Mudir Madrasah Aliyah,Seremban).
Ahli Panel: 1. Sohibul Fadhilah Ustaz Haji Nor Azamir bin Alias (Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Sembilan).
                
-Minum Malam

(Sabtu) 10 November 2012
06.30 pagi- 08.00 pagi : Solat Fardhu Subuh Berjemaah / Tazkirah Subuh / Sarapan Pagi.

08.30 pagi- 06.30 ptg : Aktiviti Umum
- Pameran dan Gerai Jualan.
- Pertandingan Dewasa dan Kanak-Kanak.
01.00 tengahari : Solat Fardhu Zuhur Berjemaah.
- Makan Tengahari.

02.30 ptg - 04.30 ptg : Pertandingan Qosidah/Nashid-4 penjuru.
04.30 ptg : Solat Fardhu Asar Berjemaah.
05.30 ptg : Pertunjukan Silat.
7.00 mlm : Solat Fardhu Maghrib Berjemaah.
- Makan Malam.
- Solat Fardhu Isyak Berjemaah.

08.30 mlm -11.00 mlm : Majlis Perasmian Jubli Intan Madrasah Islamiah Tuan Guru Haji Ibrahim.
- Bacaan al-Quran.
- Tayangan Video 75 Tahun Madrasah 1936-2011.
- Ucapan Aluan Pengerusi Madrasah Islamiah Haji Ibrahim : Dato’ Haji Dahalan bin Haji Aman.
- Ucapan Perasmian : Yang Berhormat Dato’ Dr. Haji Awaludin bin Said, ADUN Kawasan Kota.
- Ucapan Nasihat :Sohibus Samahah Dato’ Haji Murtadza bin Haji Ahmad.

- Ceramah : Sheikh Samir al-Nash dari Syria (terjemahan ).
- Penyampaian hadiah dan cenderamata.
- Minum Malam

Tentatif Daurah Hadis Muslim- Pondok Bongek.

ACARA KEMUNCAK
(Ahad) 11 November 2012 hingga ( Isnin ) 19 November 2012
Sesi Tertutup ( Terhad 300 Peserta Sahaja ) pendaftaran bermula pada hari perasmian.
Sesi Bacaan Hadis Sohih Muslim oleh Sheikh Samir al-Nash dengan dibantu oleh murid beliau Sheikh Firas Salu sebagai Muqri .

06.30 pagi - 8.30 pagi : Sesi 1
08.30 pagi – 10.00 pagi : Minum pagi

10.00 pagi - 1.00 tengahari : Sesi 2
1.00 tengahari – 04.30 petang: Makan Tengahari Solat Zuhur Berjemaah dan Rehat
04.30 petang - 6.30 petang : Sesi 3
06.30 petang - 8.30 malam : Makan Malam Solat Fardhu Maghrib dan Isyak Berjemaah
08.30 malam - 10.30 malam : Sesi 4
10.30 malam : Minum Malam

Monday, October 29, 2012

Fathul Wahhab menurut guru saya.

Saya pernah bertanya berkenaan kitab Fathul Wahhab kepada Tuan Guru saya, Tok Guru Pak Ya Telok ( Haji Yahya bin Mat Saman).

Apakah masalah2 yang menarik yang ada dalam Fathul Wahhab?...

Beliau berkata: "Fathul Wahhab kitab muktamad mazhab, semua isinya muktamad belaka, kecuali ada beberapa masalah yang dhoif dalamnya. Mahalli , bercampur, ada yang muktamad , ada yang dhoif. ".

Saya terlopong bila mendengar jawapan guru saya tu. Dalam Fathul Wahhab ada pendapat yang lemah?.

Beliau berkata lagi: " Masalah lapis kafan mayat lelaki. dalam fathul wahhab , nukilan dhoif".

"Tapi ada masalah yang oghang silap faham. Masalah jual hutang naik harga. Dalam Fathul Wahhab kata Makruh ja. Bukannya Riba. Orghang ramai kata riba. Misalnya, kalau jual bayak
(bayaran) tunai 20 ringgit, bila hutang kena bayak 25 ringgit, tu Makruh ja , bukannya riba.. Sebab itu masalah jual beli hutang, bukan bab Hutang yang jadi riba, Kalau pun masuk dalam bab jual beli atau bab hutang , tapi tak termasuk dalam bab jual beli Ribawi. Jual beli ribawi... lain. atau masuk bab hutang... tapi hutang begitu bukannya riba... hutang yang jadi riba ..lain (caranya)".

Maka terlopong lah sianak murid ini.........kehairanan.........maka fahmlah saya betapa perlunya berguru....

Saturday, October 27, 2012

Fathul Wahhab dan Guru Saya

Yang saya ingat, satu hari saya bertanya kepada Tuan Guru saya , al Marhum Tuan Guru Haji Yahya bin Mat Saman (Pak Ya telok), berkenaan kitab Fathul Wahhab.

 " Tuan Guru mengaji dengan siapa?". 


Beliau menjawab " Dengan Tok Bunut Payung".

Maksud beliau , beliau belajar Kitab Fikah Fathul Wahhab dengan al marhum Tuan Guru Sheikh Abdulah Tohir , Tuan Guru Madrasah Ahmadiah , Pondok Bunut Payung, Kota Bhru Kelantan. 

Satu Hari beliau bercerita lagi:
 " Masa saya dok mengaji di Bunut Payung, Kelantan, Tok Guru Haji Yazid Pendang, mai pondok Bunut Payung, tidok (singgah berehat ) di pondok saya, dia bukak kitab2 saya yang saya mengaji".
Kemudian beliau sambung:

"Baru2 ni ( sekitar tahun 1985 m) , saya pi ziarah Tok Guru Haji Yazid, dia habak... di Kedah ni .. La ni, yang ALIM... Tok Haji Bakar Palestin, Tok Haji Tajuddin Melele, Tok Haji Yazid, Pak Ya (Haji Yahya bin Mat Saman), ..... ( seorang lagi saya dah lupa pula , insyallah bila saya ingat , nanti saya akan catitkan) ... Ha yang 5 oghang ni Alim".

Haji Lah menyampuk: "Tok Haji Zakaria Kubang Siam?..."

Kata Tok Guru Haji Yazid " Boleh". Tak "Alim".


Kemudian Tuan Guru saya ( Tuan Guru Haji yahya ) menyampuk :

" Yang saya ,, apa pulak?.."..

Kata Tok Haji Yazid: "Aku Tau la Hang...".


Peristiwa ini saya masih ingat , berlaku disurau lama pondok telok, semasa saya msih belajar dengan al marhum Tuan Guru saya itu.

Ketika yang lain, al Marhum Tuan Guru saya itu bercerita ..
: " Saya mengaji habih Fathul Wahhab, Mahalli , Tafsir Nasafi, dengan Tok Bunut Payung".

Tok Bunut Payung memang Taraf Fuqaha, bila mengajak Mahalli tak tengok dah, pakai Muqri ja..".


Tok Haji Yazid mai pondok saya , belek habis kitab Fathul Wahhab saya...dia tengok kitab saya penuh dhobit.. lepas tu dia baca syair..


فلا تكتب بخطك ما يسرك فى القيامة


Saya jawab:


العلم صيد و الكتابة قيد -- قيد صيودك بحبل الواثقة . 

 


lagi pulak, macamana tanda (bukti/alamat) saya dah mengaji kalau tak dhobit?..  ( tak ada catitan)?.


Dia kata: Ikut mu laah"
.

Fathul Wahhab






Kitab Fikah Mazhab Shafie yang sangat bernilai ini, dapat dikatakan kitab Fathul Wahhab menjadi teks terpenting untuk menilai kemahiran seseorang pelajar dalam memahami ibarat kitab turas.

Tuesday, October 23, 2012

Aidil Adha





Insyallah sembahyang akan diadakan pada pukul 9.30 pagi.harap maklum.

Monday, October 08, 2012

Update (24 Okt 2012) : Ibadah Korban / Akikah - Aidil Adha 2012

Assalamualaikum,

Berikut adalah update mengenai Ibadah Korban / Akikah - Aidil Adha 2012

Setakat ini,

lembu pertama - CONFIRM
lembu kedua - CONFIRM
lembu ketiga - CONFIRM

SILA AMBIL PERHATIAN!.. Kepada sesiapa yang berkenaan, pembayaran ibadah korban boleh dibuat dengan menghubungi saya (anwar.ukm@gmail.com) atau berhubung direct dengan Al-Fadhil Tuan Guru Ust Raof.

Sesiapa yang berhajat utk mengorbankan kambing semperna Ibadah Korban.. Harga kambing BORONG dalah : RM3000 - 4 ekor kambing kacukan jamnapari (kambing betina)!

Wednesday, October 03, 2012

Maklumat rumah sewa di sekitar bandar Tampin

Dimaklumkan , kepada mereka yang ingin mendapatkan tempat tinggal sementara yg agak selesa
semasa mengikuti program daurah sunan Tarmizi.
Sekitar bandar Tampin terdapat hotel  dan rest house dengan bayaran sewa yang berpatutan;

Rumah Rehat Tampin...  Phone No: 06- 4413862/Fax : 06- 4413863

Hotel:
1 - Y&Z BAJET HOTEL: Phone: 06-4413139
2-HOTEL WANGSAMAS:  Phone: 06-4433333/Fax : 06-4419898.
3-HOTEL PERMAI INN:     Phone: 06-4418522
4-TAMPIN HOTEL:    Phone: 06-4411138.

Untuk maklumat, semua hotel tersebut bukan milik muslim,
maka makan minum tak pasti halal. kecuali rumah rehat tampin , milik bumiputera.

Sunday, September 30, 2012

DAURAH HADIS MUSLIM DAN SUNAN TARMIZI.


Assalamualaikum warahmatullah semua, 

InsyAllah pada 10 Nov. 2012 hingga 30 Nov. 2012, akan diadakan daurah pembacaan /periwayatan Kitab Hadis Sahih Muslim dan Kitab Hadis Sunan Tarmizi.
Tempat:
1) Madrasah Islamiah (Pondok) Kg Bongek Acheh, Rembau, Negeri Sembilan (selama 9 hari - untuk Kitab Sahih Muslim).

kemudiannya disambung di
2) Pondok Tampin, Jalan Kampong Padang Ragut, Repah, Tampin, N.Sembilan (selama 11 hari lagi - untuk Kitab Sunan Tarmizi)

Tarikh selesai daurah:
30 nov 2012 insyallah (Daurah akan berlangsung selama 20 hari).

Penyampaian bacaan dan periwayatan Kitab Jami’  Sahih Muslim dan Sunan Tarmizi akan disampaikan oleh:
Al-Allamah al-Sheikh Samir an-Nash (Biodata Sheikh Samir) - boleh juga tengok dalam website English, atau web sheikh samir atau  lagi biodata dan pengiktirafan ulamak dunia terhadap beliau atau dalam YouTube serta akan  dibantu oleh Sheikh Firas Salu sebagai Sheikh Muqri (pembaca teks) (Biodata Sheikh firas)
PERHATIAN:
Kepada mereka yang berkenaan sila ambil perhatian .
Kepada mereka yang berminat sila pastikan kemampuan untuk menanggung dan menerima ilmu yang akan disampaikan, sebab semua penyampaian adalah dalam bahasa arab tiada terjemahan. Para guru, Ustaz dan Ustazah, Para penuntut ilmu menegah dan peringkat tinggi  daripada Pondok , Madrasah, Sekolah Tinggi Agama dan Universiti adalah sangat digalakkan.
Maklumat lanjut mengenai syarat-syarat dan tentitif  perkara berkaitan akan diberitahu insyallah.
ORDER KITAB.
Kepada  sesiapa yang belum mempunyai kitab Jami’  Sahih Muslim dan Sunan Tarmizi boleh membuat pesanan seawal mungkin kepada  saudara urusetia daurah  Saudara Hanif (untuk urusan order kitab sahaja. 0136905847 ), disebabkan urusan pembelian dan penghantaran akan memerlukan masa. Sekian wassalam.

Sunday, September 23, 2012

OBJEKTIF DAURAH

OBJEKTIF
Antara objektif majlis ini diadakan adalah seperti berikut:
  • Menghidupkan tradisi berhimpun bersama ulama’ bagi tujuan talaqqi kitab-kitab mu’tabarah Ahli Sunnah Wal Jamaah.
  • Menambah keperihatinan di kalangan penuntut ilmu dan guru-guru agama tentang ilmu hadith dan cabang-cabangnya yang mana ianya agak kurang diterokai di kalangan penuntut ilmu di negara ini masa kini.
  • Meriwayatkan hadith-hadith Rasulullah s.a.w. yang terdapat dalam Sunan Sittah secara sama’i yang merupakan kaedah periwayatan yang utama berbanding dengan ijazah, wijadah dan sebagainya.
  • Menghasilkan sanad periwayatan hadith yang bersambung secara muttasil khususnya dengan periwayat yang masyhur kemahirannya dalam bidang hadith (thiqah al-dhobit) dan menghasilkan sanad yang tinggi (sanad ‘aliy) yang dianggap suatu ibadah di kalangan muhaddithin.
  • Memberi peluang silaturrahmi di kalangan para penuntut ilmu dan ulama’ khususnya ulama’ dari luar negara.
JANGKAMASA MAJLIS
Kaedah periwayatan secara mutlak (mutlaq al-riwayah) membabitkan seorang sheikh atau muqri’nya melakukan pembacaan hadith-hadith secara laju tanpa syarah yang panjang lebar yang mana tujuan utamanya adalah untuk mengkhatamkan suatu kitab tersebut dengan pembacaan dilakukan sepanjang hari hingga ke malam.
SASARAN PESERTA
Oeh kerana syarat periwayatan adalah dalam bahasa Arab, maka penyertaan adalah terhad kepada mereka yang berkebolehan memahami teks Arab. Adalah dicadangkan penyertaan dibuka secara utamanya kepada golongan penuntut ilmu di kalangan pelajar universiti dan madrasah tradisional (pondok), ustaz-ustazah sekolah, guru-guru agama takmir dan guru-guru pondok.

Tarikh akhir pesanan kitab

Perhatian kepada mereka yang belum membuat pesanan  kitab Sahih Muslim dan Tarmizi  , tarikh akhir pesanan adalah  , 27 sept. hari  khamis minggu ini. Sekian harap maklum. 

Siapa Imam Muslim dan Imam Tarmizi?

Pengenalan Imam Muslim penyusun Sahih Muslim.
Pengenalan Imam Tarmizi penyusun  Sunan Tarmizi.